Anwar Ibrahim |
- Pendakwaraya Tidak Nafi Saiful Berbohong
- Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda
- Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Siri Jelajah Perak
Pendakwaraya Tidak Nafi Saiful Berbohong Posted: 25 Apr 2011 11:28 PM PDT Dari Malaysia Wave Penggulungan Karpal semalam tidak dapat dijawab dan dipatahkan oleh Pendakwaraya. Antara pembohongan Saiful adalah: 1.0 Beliau mendakwa beliau dipaksa oleh Anwar untuk diliwat. PAdahal beliau dituduh di bawah Seksyen 337b yang menunjukkan liwat berlaku dengan sukarela. Ini BERLAWANAN dengan dakwaan Saiful yang mengatakan beliau dipaksa. 2.0 Saiful mengaku beliau duduk minum kopi dan makan karipap selepas beliau diliwat. Ini bukan tanda-tanda orang yang dipaksa untuk diliwat. Ini tanda-tanda orang itu sukarela untuk diliwat kerana orang yang dipaksa untuk diliwat pasti menunjukkan kesan-kesan emosional dan tidak mungkin boleh duduk dan minum kopi. Lagi bukti Saiful berbohong. 3.0 Saiful mengaku beliau merapati "Anwar" apabila beliau dipanggil. Padahal pada waktu itu beliau boleh menjerit dan lari keluar dari bilik, sekiranya beliau dipaksa. Lagi bukti Saiful berbohong. (Laporan kronologi boleh dibaca di sini). Pendakwaraya pula tidak menjawab hujjah2 Karpal ini. Pendakwaraya tidak berjaya membuktikan bahwa Saiful tidak makan karipap dan minum kopi selepas diliwat. Pendakwaraya tidak pula menjelaskan mengapa Saiful tidak lari dan menjerit apabila beliau dipanggil masuk ke dalam bilik. Pendakwaraya semata-mata bergantung kepada tuduhan kononnya wujud air mani Anwar dalam jubur Saiful. Pada waktu yang sama, Pendakwaraya tidak dapat beritahu bagaimana air mani Anwar boleh masuk jubur Saiful sedangkan pakar-pakar membuktikan tiada “tembusan” berlaku ke atas lubang jubur Saiful Bukhari. Namun, kita semua tahu air mani lelaki Y itu adalah sebenarnya air mani Saiful Bukhari sendiri. Dengan kata lain, Pendakwaraya tidak mampu menafikan Saiful Bukhari seorang pembohong. Dan Pendakwaraya sendiri pembohong sebab kata air mani lelaki Y adalah air mani Anwar Ibrahim. Akhir sekali, Allah SWT menunjukkan kepada kita sedikit demi sedikit bahawa seluruh kes ini adalah satu fitnah yang maha besar ke atas Anwar tajaan Najib dan UMNO. Tulang Besi |
Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda Posted: 25 Apr 2011 05:35 PM PDT Oleh: Siti Aishah Shaik Ismail Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa. Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara. Media yang dikawal secara jelas dan berterusan menjadi boneka menjalankan propaganda liar yang tidak matang untuk ditatap oleh anak muda yang akhirnya menjejaskan kualiti generasi hari ini. Perancangan anak muda terbantut apabila kehidupan diasak hebat dengan cara pemerintah mentadbir urusan rakyat. Ia sebenarnya adalah bukti beban dan punca masalah generasi ini. Kos sara hidup yang meningkat, hutang yang semakin membebankan, keadaan dan persekitaran semasa yang tidak memberikan jaminan keselamatan memberi gambaran kepada generasi muda bahawa harapan untuk mempunyai sebuah kehidupan yang bernilai pada masa hadapan pudar dan lenyap. Peningkatan masalah sosial dan akidah remaja semakin teruk dan membimbangkan. Saban hari muncul permasalahan baru dikalangan remaja yang dilaporkan. Namun, ia hanya menjadi topik perbualan pinggiran dan tidak dibahaskan secara serius yang akhirnya meletakkan nasib mereka seolah-olah sedang diperjudi dan digadaikan atas nama kuasa. Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun. Manakala, pemerintah dilihat lebih senang melihat generasi ini untuk lalai dan tidak memikirkan langsung usaha meningkatkan kualiti kehidupan, yang seharusnya digarap melalui pendidikan, tahap kefahaman agama dan nilai kemasyarakatan yang lebih bertanggungjawab. Namun, perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian ialah nasib dan hala tuju generasi muda. Tumpuan dan perhatian khusus kepada generasi ini perlu diberikan sehabis daya dengan fokus, kerana generasi ini adalah insan yang akan meneruskan perjuangan pada masa akan datang. Sekiranya kerajaan masih meneruskan lanskap politik dinegara ini secara semberono dan membabi buta, apakah yang menjadi harapan kita untuk melihat generasi muda mencipta sebuah perubahan? Kerana itulah anak muda keseluruhannya diseru untuk melakukan perubahan agar dilihat sebagai suatu kumpulan pendesak yang digeruni oleh pemerintah yang tidak tahu dan menghormati hak generasi ini untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan terjamin. Ayuh anak muda kita berubah !!! Penulis adalah Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia |
Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Siri Jelajah Perak Posted: 25 Apr 2011 05:20 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan