Isnin, 28 Mac 2011

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Video seks: Siapa Soi Lek mahu desak Anwar

Posted: 27 Mar 2011 08:28 PM PDT

PERMATANG PAUH, 27 Mac: Desakan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kebenaran dakwaan terlibat dalam video seks lucah sepertimana yang hangat diperkatakan diselar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim ketika berucap dalam ceramah penerangan isu fitnah III malam tadi di sini berkata, Soi Lek yang tidak mempunyai moral yang tinggi kerana terbukti terlibat dalam video seks sebelum ini tidak layak untuk bercakap mengenai hal ini kecuali beliau adalah orang yang bersih.


"Siapa Soi Lek yang cuba mendesak Anwar supaya mengesahkan watak pelakon dalam video seks lucah tersebut. Apakah jika beliau sendiri berpengalaman dan tercemar imej diri dan parti MCA sebelum ini, maka beliau layak untuk bertanya sedemikian?


"Hanya orang yang ada moral tinggi sahaja yang patut bertanyakan perkara ini kepada Anwar," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyelar Datuk Seri Najib kerana mendakwa Umno tidak mempunyai kaitan dengan isu video seks lucah itu.

"Jika Umno tidak terlibat, apakah Tan Sri Rahim Thamby Chik ini bukan orang Umno. Bila pula beliau keluar dari Umno?" tanya beliau lagi.


Lim juga mendesak Najib supaya tidak bermain dengan cara politik yang kotor semata-mata untuk menyekat kemaraan Anwar.

Katanya lagi, berpolitik harus dengan cara yang bermoral serta berakhlak tinggi, bukannya dengan menjadikan konspirasi yang tidak sudah-sudah semata-mata untuk membenamkan kebangkitan Anwar untuk merampas tampuk pemerintahan negara.


Hadir bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Chegu Bard serta kepimpinan PR negeri dan Kedah.

Jangan gopoh walaupun hampir menang

Posted: 27 Mar 2011 07:28 PM PDT

KUALA KRAU, 27 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan.


Katanya, para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.


"Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT," ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.


Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut mengajak para petugas PAS supaya mengambil pengajaran daripada perjuangan para rasul dan nabi.


"Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini," ujarnya.


Tambahnya, para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan.


"Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan," ujarnya lagi.


Beliau juga menjelaskan bahawa Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendaki-Nya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia.


Katanya, asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia.

Menurutnya lagi, Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah.


Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.

Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda.


"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Nuffnang