Isnin, 28 Mac 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kenduri kahwin kelam-kabut

Posted: 27 Mar 2011 09:00 PM PDT


Kenduri kahwin kelam-kabut

Sinar Harian 28 Mac 2011


REMBAU - Majlis kenduri perkahwinan anak saudara seorang penduduk di Kampung Gaing Baru, Pedas, dekat sini terpaksa dilangsungkan dalam kesulitan gara-gara bekalan air terputus, semalam.


Penduduk, Kamarulzaman Yahya, 44, berkata, situasi itu menyukarkan keluarganya memastikan kenduri berjalan dengan lancar kerana mereka memerlukan air yang banyak untuk memasak, mencuci pinggan mangkuk dan peralatan dapur.


"Memang kelam-kabut hari ini (semalam). Tekanan air semalam (kelmarin) agak rendah mengakibatkan kami tidak dapat menadah air dalam kuantiti yang banyak. "Lori Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) datang menghantar air tetapi saya masih risau ia tidak mencukupi untuk kerja kenduri," katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, masalah gangguan bekalan air kerap berlaku di Kampung Gaing Baru sejak 15 tahun lalu. "Penduduk yang menghuni 45 kediaman di kawasan di sini berdepan kesulitan melakukan urusan seharian setiap kali masalah ini berlaku.


"Kami telah memaklumkan kepada pihak berkenaan mengenai isu ini tetapi sehingga kini belum pasti tindakan yang diambil," katanya.


Kamarulzaman berkata, paip air di kawasan berkenaan selalu pecah dan penduduk kampung berharap, pihak terbabit segera menggantikannya dengan yang baru. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8913047.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang