Isnin, 28 Mac 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Kenyataan YB Iskandar A. Samad :
Ketua Polis Daerah Ampang mesti bertindak adil

Posted: 27 Mar 2011 10:55 PM PDT

Sekiranya Ketua Polis Daerah Ampang benar-benar adil, Majlis Makan Malam 1 Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Kg. Pandan pada 29 Mac ini mesti diarah untuk dibatalkan.

Polis Daerah Ampang pada 25 Mac lepas telah menganggu ceramah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kedua-dua majlis di Kg. Pandan dan di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak itu adalah satu perhimpunan maka tindakan ke atas kedua-dua majlis ini mestilah serupa.

Kalau satu majlis telah dihalang maka majlis yang satu lagi juga patut dihalang. Rakyat sedang menjadi hakim. Sekiranya pihak Polis sendiri mengamalkan sikap 'double-standard' maka agak susah bagi rakyat untuk menghormati mereka. Akhirnya akan timbul huru-hara di dalam masyarakat kerana mereka yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang gagal mendapat keyakinan rakyat.

Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor / ADUN Chempaka 28 Mac 2011

Sidang DUN Selangor Penggal Keempat bermula hari ini 28 Mac 2011.

Posted: 27 Mar 2011 06:48 PM PDT

Hebatnya pentadbiran Kerajaan BN!

Posted: 27 Mar 2011 04:54 PM PDT

Hari adalah pembukaan sidang DUN Selangor oleh Tuanku Sultan Selangor.

Pada sidang DUN yang lepas, Menteri Besar telah mengumumkan bahawa hutang-hutang Talam kepada Kerajaan Negeri telah dapat dipungut melalui pengambilan alih aset-aset Talam oleh Kerajaan Negeri.

Hutang yang mencecah RM395 juta itu sebelum ini 'tersembunyi' di dalam perjanjian-perjanjian di antara Kerajaan BN dan Talam. Ia telah dikenalpasti melalui satu pasukan khas.

Tidaklah saya mahu membincangkan di sini sama ada hutang-hutang itu disedari oleh Kerajaan BN atau mereka sengaja buat-buat tidak sedar. Tetapi yang nyata, Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya memungut hutang-hutang itu untuk dimanfaatkan untuk rakayat. Buat permulaan RM50 juta akan digunakan untuk skim mikrokredit iaitu pinjaman untuk peniaga-peniaga kecil.

Jadi siapa yang lebih cekap? Siapa pula yang lemah? Kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan?

28 Mac 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang