:: cina islam | 2011 :: |
- Kebocoran air radioaktif di loji Fukushima merebak
- Persidangan DUN Perak ditunda ke 12 April
- Judi Loteri tetap diharamkan di Kelantan.
- Hukum siapa yang bersalah
- Rasuah dan lemah urus ekonomi negara punca sebenar harga barang naik
- PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak
- Pakatan anjur solat hajat anti-fitnah
- Kemenangan PRK Kuala Terengganu jadi motivasi
- Persidangan DUN Perak 5 April Ditunda 12 April
- RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab
- Pelajar cemerlang dapat anugerah di Kelantan
- DAP Berkemungkinan Bertanding di 15 Kerusi
- SPRM serbu pejabat Ahli MBSA
- PAS Temerloh usul perhimpuan BERSIH 2
- Gempa Kuat Landa Jepun
- 113 sertai Umno hanya satu gimik
- Di sebalik lumpuhnya tentera udara Gaddafi
- Raja Nazrin perkenan agenda Islam
- Jika itu gambar saya, buka penutupnya - Wartawan Harakah
- TEST - Posting under maintenance
- Anak tak sah taraf bukan anak bapak
- Libya: Di mana peranan Malaysia?
- Jangan gopoh walaupun hampir menang
- Dulu mata kini perut jadi sasaran
- Video seks: Siapa Soi Lek mahu desak Anwar
Kebocoran air radioaktif di loji Fukushima merebak Posted: 28 Mar 2011 05:22 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - OSAKA: Air dengan radioaktif tahap tinggi bocor dari satu turbin reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, sekali gus menambah kebimbangan cecair itu meresap ke persekitaran. Pegawai Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata air terbabit yang ditemui di terowong bawah tanah yang menghubungkan reaktor nombor dua di loji berkenaan menunjukkan bacaan radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam. Dianggarkan terdapat beribu meter padu air itu di torowong terbabit. "Kami perlu memeriksa jika air berkenaan boleh mengalir terus ke laut," katanya. Setiap bangunan turbin reaktor dihubungkan dengan terowong penyelenggaraan yang cukup besar untuk pekerja berjalan melaluinya. Dalam kes terowong reaktor nombor dua, air berkenaan meningkat hampir satu meter ke paras atas terowong setinggi 15.9 meter itu yang terletak 55 meter dari laut, menyebabkan kebimbangan ia akan melimpah. Semalam, paras iodine radioaktif 1,850 kali ganda daripada had yang dibenarkan undang-undang dikesan dalanm air laut beberapa meter dari pantai tetapi pihak berkuasa menolak ia memberi ancaman segera terhadap kehidupan marin dan keselamatan makanan laut. Sebelum ini, radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam dikesan pada air dalam bangunan turbin reaktor nombor dua, sekali gus melengahkan kerja membaikpulih sistem penyejukan bagi memulihkan kawalan terhadap loji nuklear berkenaan. - AFP |
Persidangan DUN Perak ditunda ke 12 April Posted: 28 Mar 2011 05:18 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadual diadakan pada 5 April ini ditunda ke 12 April, kata Speaker DUN, Datuk R Ganeson, hari ini. Beliau berkata, notis mengenainya akan dihantar hari ini kepada semua wakil rakyat dan pegawai yang terbabit. Notis mesyuarat pada 5 April itu dikeluarkan minggu lalu. "Saya memutuskan persidangan kali ini dilewatkan tujuh hari dari tarikh asal," katanya. Ganesan, bagaimanapun, tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan itu. |
Judi Loteri tetap diharamkan di Kelantan. Posted: 28 Mar 2011 05:08 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu. Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini. Takiyuddin berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan pada mesyuarat exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan. Undang-undang itu membolehkan kerajaan negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan. |
Posted: 28 Mar 2011 03:38 AM PDT Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Ahmad Baei Jaafar Sekali lagi kita dikejutkan dengan isu seks membabitkan pemimpin pembangkang negera ini. Dalam teka meneka siapa pemimpin yang dimaksudkan dalam video yang dimaksudkan, tiba-tiba secara berani Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan. Pada mulanya isu ini dianggap perkara biasa kerana itulah lazim yang akan terjadi menjelang pilihan raya. Apatah lagi pilihan raya negeri Sarawak ini agak menggugat BN. Jadi, imej pembangkang perlu dirosakkan demi mencapai kemenangan BN. Tetapi apabila pendedahan ini melibatkan orang yang ada kepentingan tertentu dengan pemimpin pembangkang itu, isu ini boleh menjadi sebaliknya dan merosakkan nama BN pula. Dalam artikel ini bukan saya hendak membela satu pihak dan mengutuk satu pihak yang lain, tetapi ingin menjelaskan beberapa pendekatan Islam. Semoga selepas ini umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya syaitan dan kafir. Drama dalam video yang dimaksudkan itu kalaupun betul watak yang digambarkan adalah pelakon yang dimaksudkan, kita perlu merujuk kepada pendekatan Islam iaitu; Siapa yang mengambil rakaman itu? Bila diambil rakaman itu? Adakah pelakon itu tahu drama itu sedang dirakam atau tidak? Kenapa disebarkan video itu? Kita andaikan jawapannya begini: Si A yang mengambil rakaman itu. Diambil rakaman itu pada tahun 2000 Pelakon itu tahu dirakam Disebarkan untuk tujuan bisnes Kalau itulah jawapannya, maka Si A, pelakon, penyebar telah melakukan kerja dosa dan hasil pendapatan adalah haram. Tetapi kalau jawapannya untuk soalan akhir adalah untuk mendedahkan keburukan pelakon itu, maka Si A dan penyebar melakukan dua dosa. Pertama dosa mengambil dan kedua dosa berniat jahat. Manakala pelakon hanya berdosa kerana membiarkan perbuatannya dirakam. Walau bagaimanapun kalau penyebaran itu dilakukan 10 tahun kemudian atau tujuan memburukkan pelakon itu, sedangkan pelakon itu sudah bertaubat atas dosanya, maka pelakon itu tidak lagi berdosa. Manakala yang lain tetap kekal dalam keadaan dosa itu. Jika soalan adakah pelakon itu menyedari mereka dirakam, maka jawapannya, tidak sedar adegan mereka dirakam, mereka tetap juga berdosa tetapi berdosa dengan Allah, sedangkan Si A melakukan dosa kepada Allah dan pelakon itu. Hukum ini adalah jelas dan semua pihak perlu faham bahawa seseorang yang berdosa kepada Allah boleh diampunkan apabila mereka bertaubat. Tetapi mereka yang bersalah dengan Allah dan manusia, keampunan tidak akan terjadi selagi dosa itu tidak diampunkan oleh manusia. Berbalik kepada isu video di atas, kita tidak tahu status video itu yang sebenar kerana tidak diberi peluang untuk menontonnya. Kalaulah jawapan soalan di atas diajukan kepada mereka dan dijawab seperti yang tertera maka itulah hukum yang harus mereka faham. Tetapi kalau video itu terdapat suntingan yang memasukkan gambar orang lain bagi tujuan jahat, dosa mereka sudah tentu lebih besar lagi. Oleh sebab itu, tokoh di atas perlu dihukum dengan yang selayaknya. Kalau undang-undang Jenayah tidak boleh sabitkan mereka, eloklah semua umat Islam memulaukan mereka. |
Rasuah dan lemah urus ekonomi negara punca sebenar harga barang naik Posted: 28 Mar 2011 03:32 AM PDT 23Rabiulakhir 1432H. [MOD] - IPOH, 28 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah Negara Dunia yang lain. Menurut beliau, dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk dan apa yang lebih membimbangkan lagi adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yangberada. Beliau menyatakan, Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya di dalam Negara kita. Memetik ucapan beliau " Hal ini berlaku kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat." Beliau juga menyataka kerajaan UMNO/BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun. Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol. Beliau menjelaskan lagi, Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung. Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah, jelas beliau. Menurut beliau, tabiat kerajaan UMNO/BN sememangnya suka menghabiskan duit rakyat disebabkan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan budaya rasuah yang berleluasa telah merebak dalam diri pemimpiN UMNO dan BN sehingga mereka sanggup menggadaikan hak rakyat demi kepentingan pemimpin UMNO/BN serta krono-kroni mereka. ustazabubakar.wordpress.com |
PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak Posted: 28 Mar 2011 03:23 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP. "...selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga hadir pada mesyuarat sebelum itu bagaimanapun terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan. "Nama-nama kerusi dan calon itu serah kepada parti masing-masing dan akan diumumkan di Kuching. "Pandangan kita tak perlu umum di sini kerana kita hanya dapat input dari negeri. Kita hanya mengesahkan perundingan di negeri," kata Anwar lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan rundingan PAS dengan PKR dan DAP selesai. Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak berada di sana sejak minggu lalu bagi urusan perbincangan kerusi tersebut. |
Pakatan anjur solat hajat anti-fitnah Posted: 28 Mar 2011 02:00 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Genap seminggu munculnya video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat malam ini menganjurkan majlis solat hajat terhadap apa yang dikatakan "fitnah" terhadap ketua pembangkang itu. Ia akan disusuli ceramah oleh pemimpin utama gabungan itu, termasuklah oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Anwar sendiri. Selain itu, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul - dipercayai wakil rakyat tunggal pembangkang yang menonton video kontroversi itu - dijadual turut berucap. Menurut kenyataan daripada lajnah penerangan PAS, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan menyampaikan kuliah Magrib di situ malam ini. Isnin lalu, politik negara gempar apabila pihak media didedahkan dengan video seks yang pelakonnya mirip Anwar oleh sekumpulan tiga orang yang menggelarkan diri mereka Datuk T. Selepas Anwar menafikan dan membuat laporan polis, dua daripada mereka - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - tampil mendesak supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan video itu. Debat berhubung sama ada'pelakon' dalam video itu benar-benar Anwar berpanjangan apabila Johari dan seorang lagi bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin - yang turut mengaku menontonnya menafikan penglibatan Anwar. Dalam perkembangan terkini, PKR semalam menyenaraikan semula status kemaskini laman sosial Anwar bagi membuktikan rekod alibi bahawa beliau berada di rumah ketika kejadian pada malam 21 Mac itu. Malaysiakini/- |
Kemenangan PRK Kuala Terengganu jadi motivasi Posted: 28 Mar 2011 01:49 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - IPOH, 28 Mac: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berharap anak-anak Terengganu di perantauan supaya bersama-sama berusaha memenangkan PAS terutamanya di negeri itu. Katanya, mereka hendaklah menjadikan semangat memenangkan PAS di dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 2009 sebagai motivasi untuk memenangkan PAS dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau menyatakan demikian pada program hi-tea bersama beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu anjuran Persatuan Anak Negeri Terengganu di Perantauan (Perantau) Perak di sebuah hotel di sini, kelmarin. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden dan Setiausaha Perantau Pusat, Prof Dr. Kamarulzaman Yusuf dan Suhaimi Embong. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu dan negeri Perak selaku selaku tetamu jemputan. Program itu mendapat sambutan di luar jangkaan daripada anak-anak Terengganu di seluruh Perak dengan kehadiran kira-kira 200 orang. Menurut pengarah program, Nuri Al-Amin Endut, program yang julung kalinya diadakan di Perak itu membuktikan sokongan anak-anak Terengganu masih lagi teguh dan bersetuju dengan slogan PAS Ganti Umno yang digerakkan oleh PAS negeri. Katanya, rata-rata hadirin juga yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu untuk menggantikan Umno BN sebagai pemerintah Malaysia serta menentang keras Umno yang merampas Perak secara haram daripada Pakatan Rakyat. Dr Kamarulzaman Yusof pula dalam ucapan penutupnya memberikan gambaran bagaimana kuasa rakyat dengan menggunakan media baru seperti facebook, twitter dan sebagainya boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan di Asia Barat seperti Mesir dan Tunisia walaupun telah berkuasa selama 30 tahun. Harakahdaily/- |
Persidangan DUN Perak 5 April Ditunda 12 April Posted: 28 Mar 2011 01:40 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadual diadakan pada 5 April ini ditunda ke 12 April, kata Speaker Datuk R. Ganeson pada Isnin. Beliau memberitahu bahawa notis mengenainya akan dihantar hari ini kepada semua wakil rakyat dan pegawai yang terlibat. Notis mesyuarat pada 5 April itu telah dikeluarkan minggu lepas. "Saya memutuskan persidangan kali ini dilewatkan tujuh hari dari tarikh asal," kata Ganeson. Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan itu. mStar/- |
RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab Posted: 28 Mar 2011 01:31 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - BUKIT KATIL, 28 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab dan digesa meletakkan jawatan kerana gagal menjaga kepentingan orang Melayu. "Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham Bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan Bumiputera malah yang ada pun lesap," kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab. Katanya, seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepentingan Bumiputera itu. Baru-baru ini, Najib mengakui saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap, yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera. Yusof yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukitt Katil hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham Bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan kroni. "Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini. "Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini?" soalnya. Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalannya dalam isu itu. "Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan Bumiputera. "Dahlah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana," kata Yusof dengan kesal. Menurutnya, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu. Harakahdaily/- Oleh : Ahmad Danial. |
Pelajar cemerlang dapat anugerah di Kelantan Posted: 28 Mar 2011 01:24 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 28 Mac: Buat tahun keempat berturut-turut kerajaan Kelantan akan memberi saguhati kepada pelajar cemerlang bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata keputusan itu telah diluluskan dalam mesyuarat exco pagi tadi. Katanya, pelajar SPM yang memperolehi 9A ke atas STAM 10 Mumtaz dan STPM 4A layak membuat permohonan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang akan menjadi urusetia pada program ini. "Majlis khas bagi meraikan pelajar cemerlang akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan tanpa mengira bangsa agama serta dari sekolah mana mereka belajar termasuk rakyat Kelantan yang cemerlang belajar di luar,"ujarnya lagi. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat minggu exco, di Kota Darulnaim di sini pagi tadi. Amar seterusnya memberitahu jumlah peruntukan sebenar belum diketahui memandangkan rekod kecemerlangan pelajar bawah Kementerian Pendidikan belum diketahui. Sambungnya, dalam tempoh tiga hari lagi pelajar cemerlang boleh mendapatkan borang permohonan di Yik. Harakahdaily/- Oleh : Salmah Mat Husain |
DAP Berkemungkinan Bertanding di 15 Kerusi Posted: 28 Mar 2011 01:12 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 28 MAC : DAP berkemungkinan besar akan bertanding hanya di 15 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. Menurut sumber parti DAP, selepas membuat rundingan dengan parti kompenannya PKR, DAP akur untuk menyerahkan tiga daripada lima kerusi yang dituntut parti itu. Pengumuman muktamad berhubung agihan kerusi Pakatan Rakyat dijangka dibuat oleh pemimpin kanan Pakatan di parlimen hari ini, lapor malaysiakini. Antara kerusi yang akan dilepaskan oleh DAP adalah Padungan, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching yang kini dipegang oleh ADUN PKR, Dominique Ng. Kerusi Padungan dianggap agak simbolik kepada DAP kerana sejak dua dekad lalu ia adalah kubu kuat parti itu. Bagaimanapun Padungan juga adalah kerusi tunggal PKR di Malaysia Timur dan Pakatan mempunyai persetujuan bahawa parti yang telah memenangi sesuatu kerusi berhak mempertahankannya semula. DAP juga dijangka akan melepaskan kerusi Senadin, yang masyarakat Cina merupakan hampir separuh daripada pengundinya dan kerusi majoriti pengundi Iban di Balai Ringin. Pada pilihanraya negeri 2006, Senadin ditandingi oleh PKR manakala Balai Ringin diberikan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap). Sementara itu, difahamkan PKR juga telah menggugurkan tuntutannya ke atas Dudong, satu lagi kerusi majoriti pengundi Cina dan Iban. Pada pilihan raya negeri 2006, DAP tewas di Dudong dengan hanya 408 undi. PKR dilaporan berkemungkinan bertanding di Batu Kawah, kerusi majoriti pengundi Cina di selatan Kuching. Tv Selangor/- |
Posted: 28 Mar 2011 01:02 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 28 MAC : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Ang Leng Kiat. Ang yang juga seorang ahli peniagaan berkata pegawai SPRM tiba kira-kira jam 10 pagi tadi tanpa memberikan sebarang notis, lapor Malaysiakini. "Mereka kata mereka melakukan pemeriksaan rambang terhadap saya dan syarikat saya. Mereka tak kata apa-apa mengenai MBSA," kata Ang yang memiliki syarikat yang bergiat dalam industri perkapalan. Ang yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor menegaskan beliau akan memberi kerjasama kepada SPRM. SPRM sebelum ini mensasarkan beberapa EXCO kerajaan Selangor namun hasil siasatan itu tidak dimaklumkan setelah pembantu kepada EXCO Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock mati di perkarangan bangunan SPRM selepas di soal oleh badan itu pada Julai 2009. Tv Selangor/- Edi Suleiman |
PAS Temerloh usul perhimpuan BERSIH 2 Posted: 28 Mar 2011 12:53 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - TEMERLOH, 28 Mac: Masyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh ke 24 semalam (Ahad) meluluskan usul menuntut PAS Pusat supaya menggerakkan perhimpunan BERSIH 2 bagi menuntut pilihan raya yang adil. Usul daripada jawatankuasa yang dibawa oleh Amiruslan Manaf itu, mahukan pertandingan demokrasi yang betul-betul telus dan adil bagi membolehkan rakyat dapat menilai dan memilih pemimpin mereka tanpa dipengaruhi penipuan dan ugutan. "Sehubungan dengan itu, PAS Kawasan Temerloh menggesa PAS Pusat menggerakkan perhimpunan sejuta rakyat BERSIH 2 bagi menuntut proses demokrasi yang adil sebagai mana tuntutan yang terdahulu iaitu akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik. "SPR juga mesti melaksanakan penggunaan dakwat kekal (celup jari) untuk menghalang pengundian berganda. Selain itu memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara," tambah Amiruslan. Tambah Amiruslan lagi, PAS mahukan satu sistem baru di mana semua warga negara ini layak mengundi apabila berusia 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi. "Kami juga mahukan tuntutan baru iaitu persempadanan kawasan pilihan raya hendaklah mengikut perlembagaan negara iaitu berdasarkan persempadanan geografi dan sosio ekonomi, bukannya berdasarkan kehendak parti politik. "Yang keduanya melanjutkan waktu tempoh berkempen sekarang daripada sekitar 8 hari kepada 21 hari sebagaimana yang diamalkan di negara-negara komonwel yang lain," ujarnya. Amiruslan juga berhujah, PAS yang memiliki ahli paling ramai dalam komponen Pakatan mestilah dilihat lebih menonjol dan terkehadapan dalam usaha menuntut demokrasi. PAS tidak seharusnya dipandang berada di tempat ketiga bagi tujuan menuntut keadilan itu. Beliau mengingatkan BERSIH 1 telah berjaya membuatkan lima negeri jatuh ke tangan Pakatan. Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Nik Zawawi Nik Salleh. Sementara itu PAS Temerloh memeilih kepimpinan baru semalam iaitu Haji Jusoh Darus sebagai Yang Di Pertua, Hassanuddin Salim timbalannya dan naib pula ialah Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Muhamad. Kesemua mereka menang selepas bertanding satu lawan satu. Harakahdaily/- Oleh : Khairil Abdul Rahim. |
Posted: 28 Mar 2011 12:42 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 MAC : Gempa bumi kuat berukuran 6.5-magnitud berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada pukul 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah. Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini. Tv Selangor/- |
113 sertai Umno hanya satu gimik Posted: 28 Mar 2011 12:30 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, : "Itu hanya gimik politik Umno" demikian reaksi Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berhubung laporan kononnya anggota PAS dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno semalam. Sambil menyifatkan Umno bahagian itu ketandusan idea Wan Hassan mendakwa selain itu mereka sanggup melakukan pelbagai taktik untuk membayangkan kekuatan parti itu kepada umum. Sedangkan katanya, semua tindakan itu sebenarnya tidak ubah bak kata pepatah 'indah khabar dari rupa.' "Kami tahu hakikat sebenar. Sandiwara penyertaan begini sudah masak bagi kami, jadi bila ada laporan-laporan sedemikian rupa ia tidak menjadi tamparan buat kami. "Sepanjang tahun ini saja entah berapa kali dah berita mengenai ahli PAS masuk Umno disiarkan oleh pelbagai media tapi apa yang pasti hasil dari siasatan kami tiadapun identiti mereka yang terbabit itu menunjukkan ahli PAS," katanya dihubungi Harakahdaily lewat malam tadi. Portal berita Malaysiakini memetik Bernama semalam melaporkan 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan. Wan Hassan yang juga AdunN Semerak berkata, tindakan Umno tersebut sebagai satu taktik kotor serangan saraf bagi mewujudkan persepsi buruk di kalangan penyokong serta ahli PAS yang lain terhadap parti yang mendokong dasar Membangun Bersama Islam selama ini. "Bagaimanapun taktik itu sedkitpun tidak membimbangkan PAS kawasan Semerak khususnya. "Bahkan kita percaya selepas ini akan ada lagi gimik seperti itu akan dilakukan Umno," ujarnya. Harakahdaily/- |
Di sebalik lumpuhnya tentera udara Gaddafi Posted: 28 Mar 2011 12:27 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - REVOLUSI di Libya berlaku selepas kejayaan revolusi di Tunisia dan di Mesir. Muammar Gaddafi telah menyaksikannya dan telah mempelajarinya. Dia telah melihat Zine Al Abidene Ben Ali dan Hosni Mubarak. Mempertahankan diri pun tak selamat, menyerah seperti tuntutan para demonstran pun tidak selamat. Komen Gaddafi sebelum tercetus revolusi di Libya, tidak mungkin tercetus revolusi di Libya seperti di Tunisia dan di Mesir kerana rakyat Libya mengasihinya. Tidak sampai seminggu lepas dia berkata, rakyat Libya pun bangun hingga berjaya menguasai sebahagian bandar besar di Libya kecuali di Tripoli. Gaddafi rupanya sudah tertipu dengan rakyatnya sendiri. Ketika dia menyangka rakyat Libya menyayanginya, rupanya sebahagian besar dari mereka membencinya. Ketika kebanyakan kota besar jatuh ke tangan pemberontak, dia masih memberitahu rakyat Libya dan penduduk dunia, rakyat Libya masih menyayanginya. Yang ramai membantah itu, mengikutnya, adalah orang yang dihasut oleh Al-Kaedah. Dia pura-pura percaya rakyat bersamanya ketika dia hanya masih menguasai Tripoli. Rakyat yang menunjuk perasaan itu tidak bersenjata. Dia dapat bertahan di Tripoli kerana rakyat tidak bersenjata, sedang dia menguasai senjata. Sekiranya dia tidak bersenjata, dipercayai sudah lama penduduk menguasai Tripoli seperti kota-kota lain. Kota-kota lain jatuh ke tangan orang yang tidak bersenjata kerana tentera yang menguasai senjata tidak mahu menggunakan senjata, bahkan mereka berpaling tadah menyertai rakyat yang memberontak. Penduduk dan tentera di Tripoli mengaku setia kepadanya kerana dia berada di situ dan dia dikawal oleh tentera upahan yang mengancam sesiapa saja yang tidak setia kepadanya. Dia enggan memenuhi tuntutan rakyat supaya berundur kerana dia menyangka dia masih disayangi rakyat tetapi dia mengaku akan menentang kebangkitan itu hingga ke laki-laki terakhir dan perempuan terakhir. Ini bererti dia bersedia untuk berperang dengan rakyatnya sekali pun dia tahu rakyat sudah tidak bersamanya lagi. Dan sekarang dia sudah pun mengerahkan tentera yang setia kepadanya untuk mematahkan daerah yang sudah jatuh ke tangan pemberontak dan menggunakan pesawat pejuang yang ada untuk mengebom bandar yang menentangnya. Tentera yang berpaling tadah kini mulai membekalkan senjata yang ada kepada pemberontak dan menubuhkan pasukan tentera rakyat, memberi latihan asas peperangan bagi menentang dan membebaskan Tripoli daripada penyokong Gaddafi dan bagi menangkis kiranya tentera Gaddafi cuba menyerang kawasan yang sudah dibebaskan. Agak sukar bagi rakyat menghadapi Gaddafi dalam waktu yang singkat kerana ia menguasai tentera udara. Ia boleh menggunakan pesawat pejuang untuk menentang rakyat. Gaddafi kini cuba bertahan dengan sokongan yang rapuh oleh orang yang mengaku setia kepadanya. Dia tidak dapat mengagak berapa lama golongan yang sudah jadi minoriti itu boleh bertahan menentang penentang yang majoriti. Jika menteri dan diplomatnya sudah berpaling tadah, maka tiada jaminan orang yang mengaku setia itu akan kekal bersamanya. Mereka juga mahu menikmati udara kebebasan yang mulai dirasa oleh mereka yang berjaya membebaskan diri dari kegerunan Gaddafi. Gaddafi tidak teragak-agak untuk menggugurkan bom ke atas penentangnya bagi mengekalkan kuasanya. Dia sedia menumpah darah hingga tinggal dia dan keluarganya. Dia boleh menjadikan Libya padang jarak dan padang terkukur kerana dia ada kapalterbang. Ini mendorongkan rakyat minta bantuan asing khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tentunya Amerika dan Eropah boleh mengambil kesempatan untuk campur tangan. Gaddafi suka kalau kuasa asing campur tangan bagi dijadikan alasan betapa yang menentangnya itu adalah kuasa asing. Tetapi rakyat Libya yang memberontak itu menolak campur tangan Amerika dan Nato seperti di Iraq dan di Afghanistan. Yang mereka mahu sekadar sekatan kepada Gaddafi menggunakan ruang udara bagi mengebom rakyat. Guna apa jua cara supaya Gaddafi tidak dapat menggunakan pesawat. Gaddafi boleh menentang orang yang menentangnya tetapi jika yang menentangnya adalah seluruh rakyat, maka Gaddafi tidak boleh menjadi pemimpin kepada makhluk yang bukan manusia atau rakyat yang amat minoriti. Harakahdaily/- Oleh : Subky Latif. |
Raja Nazrin perkenan agenda Islam Posted: 28 Mar 2011 12:09 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - IPOH, 28 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang diberikan perkenan mengadap sekali lagi Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah semalam di Istana Raja Muda, di sini telah membincangkan agenda pembangunan Islam terutama di negeri ini. Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, antara hasil perbincangan berkaitan tulis jawi yang telah dititahkan oleh Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini dan juga usaha menemukan antara Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS yang akan turut diperhalusi. "DPPN Pk yakin perbincangan yang telah diadakan semasa majlis mengadap semalam akan membuahkan hasil bagi memastikan agenda Islam di Perak akan terus dipelihara dan berkembang dengan baik," ujarnya. DPPN Pk juga, katanya yakin penekanan Raja Dr Nazrin Shah terhadap perkembangan dan kemajuan aspek pendidikan Islam di Perak, terutama di peringkat pengajian tinggi juga akan diambil perhatian yang serius. "Akhirnya, DPPN Pk merakamkan ucapan terima kasih di atas perkenan Raja Dr Nazrin Shah menerima rombongan DPPN Pk merafak sembah mengadap bagi tujuan tersebut," ujarnya. Harakahdaily/- |
Jika itu gambar saya, buka penutupnya - Wartawan Harakah Posted: 28 Mar 2011 12:00 AM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: "Jika benar itu gambar saya, saya cabar mereka membuang penutup muka itu," cabar Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakob ekoran laporan blog Umno kononnya wartawan Harakah mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video seks. Wartawan Harakah adalah mangsa fitnah blogger Umno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah Umno. Bukan itu sahaja, dua pemimpin PAS juga turut menjadi mangsa kononnya mereka telah menonton video lucah tetapi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan mengenainya. Wan Nordin adalah satu-satunya wartawan Harakah yang telah menonton video seks di Carcosa Sri Negara Isnin lepas bersama dengan wartawan dari media lain. Ekoran itu, mulai semalam, blog Umno menyiarkan laporan kononnya seorang wartawan Harakah telah mengaku bahawa lelaki dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim. Pengakuan itu, lapor blog Umno itu dibuat dalam satu kedai makan di Jalan Yap Kwan Seng dalam pertemuan dengan mereka. Bagi membuktikan pertemuan itu, blog itu turut menyiarkan sekeping gambar (gambar) dua orang yang ditutup mukanya kononnya itulah wartawan Harakah yang menonton video itu dan bertemu dengan mereka serta membuat pengakuan itu. "Kalau benar itu gambar saya, saya cabar mereka buang penutup muka itu," kata Wan Nordin kepada Harakahdaily yang sangat kesal dengan fitnah itu. Ini kerana, tanpa disebut nama, orang akan mengaitkan beliau dengan gambar itu kerana hanya dia yang menonton video itu. Selain memfitnah wartawan Harakah, blog Umno turut memfitnah dua pemimpin PAS. Selain dalam bloh, ia juga disebarkan dalam twitter. "M** **** dan M******* *** dari PAS dah lihat Video Porno Anwar Ibrahim. Pasal apa depa diam? Patut depa cakap hal ni kepada juak Pas yg lain," tulis blogger Umno berkenaan dalam Twitternya. Ketika dihubungi, kedua-dua pemimpin PAS berkenaan menafikannya. "Depa bohong..ana blum tengok pun lagi..." kata salah seorang darinya. Seorang lagi pemimpin PAS yang dihantar salinan Twitter berkenaan pula menjawab, "Belum tengok dan tak minat nak tengok." Harakahdaily/- |
TEST - Posting under maintenance Posted: 27 Mar 2011 11:32 PM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 28 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada pukul 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah. Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini. – Bernama TEST 2 Pemberontak Libya mara SEORANG anggota tentera pemberontak mengibarkan bendera Libya ketika berjalan di hadapan kereta kebal yang musnah dibedil dalam serangan udara Tentera Bersekutu di bandar Ajdabiya, kelmarin. - AFP BENGHAZI 27 Mac - Pemberontak Libya hari ini meneruskan kemaraan selepas menawan semula empat bandar utama daripada tentera Muammar Gaddafi dalam kemenangan pertama mereka sejak kuasa Barat melancarkan serangan udara. Pemberontak yang sebelum ini berada di ambang kekalahan di kubu kuat mereka, Benghazi di timur Libya sebelum serangan tentera bersekutu dilancarkan pada 19 Mac lalu, menawan semula Ajdabiya dan Brega, 160 dan 240 kilometer ke barat, semalam sebelum kembali menguasai bandar minyak Ras Lanuf hari ini. Bandar Bin Jawad, kira-kira 50 kilometer ke selatan Ras Lanuf turut berjaya di tawan hari ini selepas mengambil kesempatan daripada serangan udara Perancis yang memusnahkan kereta kebal tentera Gaddafi. Mendapat dorongan daripada serangan udara itu, mereka hari ini mensasarkan pekan Al-Bisher, 30 kilometer lagi ke barat, di jalan menghala ke bandar kelahiran Gaddafi, Sirte. Di Tripoli, jurucakap kerajaan Mussa Ibrahim malam tadi berkata, serangan udara tentera bersekutu bukan sekadar membunuh askar tetapi juga penduduk awam di sepanjang jalan di antara Ajdabiya dan Sirte. "Malam ini serangan udara ke atas negara kami diteruskan dengan sehebat-hebatnya dan kami mengalami banyak korban jiwa di kalangan anggota tentera dan orang awam," kata Ibrahim. Beliau mengulangi seruan supaya gencatan senjata diisytiharkan dan sidang tergempar diadakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meluluskan campur tangan ketenteraan itu bagi menghalang rejim Gaddafi daripada menyerang penduduk awam. Namun Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates dalam wawancara disiarkan hari ini menuduh tentera Gaddafi menempatkan mayat 'penduduk yang dibunuhnya' di lokasi serangan udara tentera bersekutu, bagi menggambarkan seolah-olah merekalah mangsa serangan itu. Serangan udara tentera bersekutu itu diperhebatkan semalam dengan 160 misi serangan, berbanding 153 kelmarin, menurut Pentagon. Di barat Libya, jet pejuang Perancis memusnahkan sekurang-kurangnya lima pesawat perang dan dua helikopter tentera Gaddafi di kawasan Zintan dan Misrata semalam, sementara lima kereta berperisai Libya di musnahkan dalam serangan udara pesawat Britain di Ajdabiya dan Misrata kelmarin. Semalam, pemberontak dengan bantuan bedilan udara Barat itu membanjiri Ajdabiya, di mana kereta kebal dan kenderaan tentera yang musnah berselerak di jalan raya. - AFP |
Anak tak sah taraf bukan anak bapak Posted: 27 Mar 2011 11:30 PM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Dalam Islam anak luar nikah sepatutnya dibin atau dibintikan kepada ibu kerana anak itu memang anak ibunya yang sah. Tetapi di sudut syarak, anak itu dikira tak sah taraf kerana dilahirkan tanpa bapa yang sah. Oleh sebab itu anak tersebut tidak boleh dibin atau bintikan kepada bapa yang tidak sah itu. Namun dalam masyarakat Melayu amalan membinkan atau membintikan kepada ibu adalah dianggap ganjil. Nanti pelbagai tuduhan yang akan datang dan ketika itu yang hina dan malunya ialah anak itu dan ibunya. Maka bagi menyelamatkan keadaan ini suka saya mencadangkan dua keadaan iaitu: Pertama, nama anak itu disandarkan kepada nama ibu tanpa memasukkan bin atau binti. Sebagai contoh; nama anak itu Soleh dan ibunya Kalsum, maka jadikan namanya Soleh Kalsum. Kedua, nama anak itu disandarkan kepada nama suami ibunya tanpa bin atau binti. Sebagai contoh, suami ibunya bernama Badrul, jadi Soleh Badrul. Sebenarnya status anak itu dengan bapa sandaran itu adalah bapa tiri yang sememangnya tidak boleh menjadi wali bagi anak perempuannya. Namun bengan sandaran begini sedikit sebanyak boleh mengurangkan tekanan kepada anak itu apabila dewasa. Walau bagaimanapun cadangan ini perlu mendapat kebenaran dan persetujuan Jabatan Pendaftaran Negara. Anak luar nikah tidak berdosa Walaupun anak tersebut tidak sah taraf namun sebagai manusia, kedudukan mereka adalah sama sahaja dengan mereka yang sah taraf. Mereka di sisi Allah dinilai siapa yang lebih bertaqwa. Mungkin kedudukannya lebih baik daripada anak sah taraf jika mereka lebih bertaqwa. Jadi, mereka tidak wajar dihina hanya atas kesalahan ibunya yang berzina. Ibu dan bapanya yang berdosa melakukan zina memang wajar dihukum, tetapi kalau mereka berdua telah bertaubat nasuha sebelum berkahwin dan seterusnya dapat meneruskan kehidupan rumah tangga dengan baik, tidak wajar lagi kita menghukum mereka. Sesungguhnya orang yang bertaubat setelah diterima Allah, kedudukannya seperti orang yang tidak berdosa. Anak ini walaupun tidak sah taraf, dia tetapi anak ibu yang sah. Walaupun anak itu tidak ada bapa yang sah, dia masih ada bapa tiri yang sah. Jadi, sebagai anak bapa tiri kedudukannya tetap mahram kalau dia anak perempuan. Cuma dalam hal ini bapanya itu tidak boleh menjadi wali pernikahannya dan anak itu tidak boleh mewarisi harta pusakanya. Jika semua pihak dapat memahami isu ini dengan baik, masa depan anak tak sah taraf atau anak luar nikah ini akan berada dalam keadaan lebih baik. Anak-anak itu tidak lagi berasa seperti tiada bapa atau diejek oleh pihak lain tentang statusnya itu. Kita perlu ingat dalam Islam sikap mendedahkan aib orang lain adalah dosa, sebaliknya menutup keaiban orang lain satu pahala yang besar pula. Wali Perkahwinan Pasangan yang memiliki anak tak sah taraf akan berhadapan dengan dilema untuk menjelaskan status anak itu yang sebenar. Apatah lagi anak perempuan yang akan berkahwin tanpa wali. Oleh sebab itu ibu bapa anak tersebut perlu berterus terang dengannya apabila dia sudah cukup dewasa atau setidak-tidaknya sebelum dia bersedia untuk berkahwin. Walau bagaimanapun jika anak itu dibintikan dengan bapa yang menyebabkan dia dilahirkan, tentu ada masalah untuk menjelaskan kepada anak itu akan kedudukan yang sebenar. Anak itu nanti akan mempersoalkan itu dan ini. Kenapa dibintikan kepada bukan bapa sebenar? Kenapa memalukan saya waktu ini? Kenapa bapa lakukan ini semua? Keadaan ini pasti terjadi kerana kerana si bapa ini telah melanggar undang-undang Islam yang mengharamkan nasab anak kepada yang bukan bapanya. Anak luar nikah hakikatnya bukan anak bapa yang menyebabkan ia dilahirkan. Jadi, haram dinasabkan nama anak itu kepada bapa tersebut. Begitu juga dengan anak angkat, tidak boleh ditukar nasab sebenar kepada nasab bapa angkat. Lain keadaannya dengan sekadar sandaran kerana sandaran tidak semestinya merujuk kepada bapa. Boleh jadi merujuk kepada suami, bapa angkat, bapa tiri, ibu yang semuanya termasuk dalam kategori penjaga. Sebenarnya perkara ini telah diamal oleh orang Melayu secara lisan sekian seperti kata seseorang, "saya nak pergi ziarah Kalsum." Dengan kenyataan itu akan timbul pertanyaan, "Kalsum mana tu?". Lalu dia jawab, "Kalsum Dolah" sedangkan Dolah itu suaminya. Sandaran ini kadang-kadang merujuk kepada orang yang lebih dikenali. Percayalah dengan penggunan sandaran ini, anak-anak yang terlibat akan mudah diberi penjelasan apabila sampai waktunya. Biasanya anak yang sudah dewasa setelah memasuki sekolah atau universiti akan bertanya kepada ibu bapanya, mengapa namanya tidak ada bin atau binti. Di sinilah peluang ibu bapa menjelaskan kedudukan anak itu. Sebagai contoh, Soleh Badrul, maka terus dijelaskan bahawa Badrul ini adalah bapa angkat kamu atau bapa tiri kamu dan sebagainya. Perkara ini tidak perlu dirahsiakan kepada anak-anak terlibat. Namun perlu diingat, kedudukannya sebagai anak tidak sah taraf tidak perlu dijelas. Ertinya perkara itu hendaklah terus menjadi rahsia. Kalau dia bertanya tentang ayahnya yang sebenar, lebih baik ditutupkan dengan kata-kata bahawa ayahnya sudah mati. Kata-kata ini bukan menipu tetapi itulah hakikat sebenar yang bapanya memang tiada secara sah. Dengan cara ini mudahlah anak itu hendak berkahwin dan tidak menjadi satu keaiban baginya untuk berwalikan wali hakim. Ketika itu dia tidak akan berasa pelik kerana bukan dia seorang yang perlukan wali hakim seperti yang termaktub dalam undang-undang Islam. Jadi, dengan cara ini juga anak tak sah taraf tidak akan mengetahui statusnya apatah lagi orang lain. Ahmad Baei Jaafar |
Libya: Di mana peranan Malaysia? Posted: 27 Mar 2011 11:00 PM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 28 Mac: Presiden PAS sekali lagi melahirkan rasa kecewa terhadap peranan Malaysia selaku negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dalam isu perang saudara di Libya. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia perlu memainkan peranan untuk mendesak OIC campur tangan bagi menyelamatkan rakyat Libya yang kini menjadi sasaran perang. "Masih belum terlambat, kita mahu supaya Malaysia main peranan bersungguh supaya OIC menjadi pelindung kepada umat dan contoh kepada keadilan manusia sejagat, termasuk orang bukan Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Beliau menyatakan demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini. "Di mana perginya negara arab, OIC. Apa peranan yang perlu diambil negara ini? "Seolah-olah kita sudah terperangkap dengan kepentingan kuasa besar dunia sehingga menggadai hak asasi manusia negara anggota sendiri," katanya lagi. Sehingga kini ribuan terbunuh sejak bantahan agar Muammar Gaddafi berundur diadakan dan dijangka akan terus meningkat apabila turut dicampurtangan tentera bersekutu. Sementara itu, agensi berita AP semalam melaporkan Pemberontak Libya yang disokong serangan udara tentera bersekutu menawan semula bandar minyak utama dalam kemaraan mereka ke arah barat menuju ke ibu negara, Tripoli. Selepas terhalang dengan penggunaan senjata berat oleh tentera Gaddafi, pihak pemberontak menawan bandar Ajadibya semalam dan mara ke bandar minyak Brega. Serangan udara antarabangsa memusnahkan banyak senjata berat tentera Libya di kawasan itu. Harakahdaily/- Oleh : Nazri Abdullah. |
Jangan gopoh walaupun hampir menang Posted: 27 Mar 2011 10:00 PM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA KRAU, : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan. Katanya, para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan. "Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT," ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut mengajak para petugas PAS supaya mengambil pengajaran daripada perjuangan para rasul dan nabi. "Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini," ujarnya. Tambahnya, para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan. "Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan," ujarnya lagi. Beliau juga menjelaskan bahawa Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendaki-Nya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia. Katanya, asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia. Menurutnya lagi, Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah. Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan. Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda. "Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti." Harakahdaily/- |
Dulu mata kini perut jadi sasaran Posted: 27 Mar 2011 09:30 PM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PERMATANG PAUH, : "Dulu mata, kini perut pula jadi sasaran" kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi gelak ketawa para hadirin di majlis minun petang di perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, semalam. Kata beliau, orang ramai apabila terserempak asyik memandang perutnya, bukan lagi muka sambil melemparkan senyuman sepertimana biasa yang dilakukan sebelum ini. Sekarang ini baru beliau menyedari rupanya mereka hendak membandingkan apa yang dikatakan oleh orang yang dijemput menonton video lucah kononnya dirinya terlibat dan menjadi 'hero' dalam adegan berkenaan. Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang diceritakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul individu yang dikatakan Anwar itu perutnya buncit, punggung dan bahunya nampak besar, tiada langsung miripnya. "Itulah yang diberitahukan oleh Johari Abdul. Saya dan isteri tidak tengok lagi," tegasnya. Jelas beliau sambil jenaka, setiap kali keluar rumah, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah akan mengingatkannya agar jangan makan banyak nanti perut buncit, baru semacam dengan individu yang digambarkan dalam video lucah tersebut. Menyentuh mengenai tayangan itu, beliau membidas pihak terbabit kerana sampai kini polis masih tidak menahan 'trio' Umno yang bertanggung jawab memainkan video lucah. Bahkan, katanya mereka sanggup menjemput para media untuk menegak benang basah ciptaan karut untuk mengaibkan dirinya, keluarga, parti dan gagasan yang sudah bersedia mengambil alih pemerintahan negara pada bila-bila masa. "Rupanya bila wujud isu baru, rakyat bukan naik muak tapi datang lagi ramai mendengar ceramah penerangan yang kami buat. Mungkin itu petanda Kerajaan Barisan Nasional (BN) dah nak jatuh. "Rakyat akan ajar kepimpinan BN pada pilihan raya umum nanti," ujarnya. Harakahdaily/- Oleh : Mohd Sabri Said. |
Video seks: Siapa Soi Lek mahu desak Anwar Posted: 27 Mar 2011 09:00 PM PDT 23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PERMATANG PAUH, : Desakan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan kebenaran dakwaan terlibat dalam video seks lucah sepertimana yang hangat diperkatakan diselar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Lim ketika berucap dalam ceramah penerangan isu fitnah III malam tadi di sini berkata, Soi Lek yang tidak mempunyai moral yang tinggi kerana terbukti terlibat dalam video seks sebelum ini tidak layak untuk bercakap mengenai hal ini kecuali beliau adalah orang yang bersih. "Siapa Soi Lek yang cuba mendesak Anwar supaya mengesahkan watak pelakon dalam video seks lucah tersebut. Apakah jika beliau sendiri berpengalaman dan tercemar imej diri dan parti MCA sebelum ini, maka beliau layak untuk bertanya sedemikian? "Hanya orang yang ada moral tinggi sahaja yang patut bertanyakan perkara ini kepada Anwar," katanya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyelar Datuk Seri Najib kerana mendakwa Umno tidak mempunyai kaitan dengan isu video seks lucah itu. "Jika Umno tidak terlibat, apakah Tan Sri Rahim Thamby Chik ini bukan orang Umno. Bila pula beliau keluar dari Umno?" tanya beliau lagi. Lim juga mendesak Najib supaya tidak bermain dengan cara politik yang kotor semata-mata untuk menyekat kemaraan Anwar. Katanya lagi, berpolitik harus dengan cara yang bermoral serta berakhlak tinggi, bukannya dengan menjadikan konspirasi yang tidak sudah-sudah semata-mata untuk membenamkan kebangkitan Anwar untuk merampas tampuk pemerintahan negara. Hadir bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Chegu Bard serta kepimpinan PR negeri dan Kedah. Harakahdaily/- Oleh : Fakhri Ali. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan