Isnin, 28 Mac 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 28 Mar 2011 12:32 AM PDT

Beri kerjasama sepenuhnya kepada Khalid - Sultan Selangor
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 28 Mac: Sultan Selangor, Sultam Sharafuddin Idris Shah menggesa semua pihak termasuk pembangkang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meningkatkan pentadbiran negeri.

"Beta berharap kita semua akan bekerja dengan niat baik serta memberikan kerjasama perlu kepada kepimpinan negeri diketuai Memanda Menteri Besar.

"Beta sendiri sentiasa berbincang dengan Memanda Menteri Besar baik dalam soal pentadbiran, ekonomi dan permasalahan sosial terutama melibatkan negeri di mana beta banyak memberi nasihat kepada Memanda beta demi kesejahteraan rakyat," tegas baginda.

Sultan Selangor bertitah demikian ketika merasmikan Sidang Dewan Negeri Selangor Pertama Penggal keempat Dun Kedua Belas pada pagi ini.

Baginda bertitah semua pimpinan terutama Adun hendaklah mengepikan fahaman politik kepartian dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Titah baginda, semua perkara yang dibincangkan dalam dewan hendaklah mengutamakan rakyat dan negeri.

Baginda berharap dewan kali ini menjadi medan terbaik menyelesaikan pelbagai isu khusus melibatkan kepentingan rakyat.

Dengan amanah yang diberi, keutamaan semua wakil rakyat adalah untuk hadir ke dewan berbahas dan membawa suara akar umbi merentasi kepentingan agama, kaum, politik dan sosial, tambah baginda.

"Semua perkara berbangkit hendaklah dibincangkan dalam dewan mulia ini dengan penuh intelektual dan bukannya dengan emosi.

"Beta berbangga dengan kemajuan negeri yang memberikan sumbangan besar kepada hasil pendapatan negara," tegas baginda.

Dalam pada itu, baginda sedar Selangor sebagai negeri maju pada 2010 telah mendapat pelaburan sebanyak RM10.64 bilion dengan 325 projek industri berteknologi tinggi diluluskan.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 47 projek berbanding 2009.

"Namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika, Eropah dan Timur Tengah.

"Jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan, pengalaman lalu harus dijadikan tauladan," tegas baginda.

Baginda berharap Belanjawan 2011 bertemakan Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan empat startegi utama akan dilaksanakan Kerajaan Selangor; pengurusan sumber negeri secara bijaksana, pengurusan perbelanjaan cekap, mendokong pembangunan modal insan dan melestarikan pembangunan negeri dengan baik dan berkesan dapat memangkin agenda berkaitan.

Badrul hadir, Shuhaimi diminta ke mahkamah

Tan Sri Abdul Khalid dan semua Exco Kerajaan Negeri serta seluruh Adun hadir termasuk Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang diisytiharkan kosong oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim sebelum ini.

Meskipun Mahkamah memutuskan Badrul masih kekal sebagai Adun namun dalam sidang media terakhir, Teng sebutkan beliau belum menerima apa-apa secara rasmi dari mahkamah.

Sementara itu, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei kesal dengan tindakan mahkamah yang tetap memerintahkan beliau hadir juga meskipun perasmian sidang Dun sedang berjalan.

Menerusi smsnya, beliau berkata, dalam masa 30 minit beliau diminta hadir atau waran tangkap dikeluar ke atasnya.

Beliau bagaimanapun hadir juga ke Mahkamah Sesyen, dekat sini selepas itu.


Sumber: Harakah

Posted: 28 Mar 2011 12:13 AM PDT

ADUN Sri Muda nyaris dikenakan waran tangkap
Mac 28, 11 1:34pm
Kongsi 10
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 25 April depan untuk sebutan semula kes ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang didakwa menerbitkan artikel mengandungi ayat-ayat menghasut di laman blognya pada 30 Dis tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Edmund Bon yang mewakili Shuhaimi, 42.

scah ipcmc talk 181207 edmund bonBon memohon satu tarikh sebutan semula bagi membolehkan pihaknya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi selewat-lewatnya Jumaat ini untuk memohon satu deklarasi bahawa Akta Hasutan 1948 bercanggah dengan Artikel 5,8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum itu, pertuduhan dibacakan semula kepada Shuhaimi memandangkan kes itu pada tarikh lepas telah disebut di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

ADUN daripada PKR itu didakwa menerbitkan artikel bertajuk "Pandangan saya berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959" yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di Shah Alam, 30 Dis tahun lalu.

Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketidakhadiran Shuhaimi ketika mahkamah bersidang pada pukul 9 pagi menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepada ADUN itu.

NONEBon bagaimanapun memaklumkan bahawa pihaknya telah menyerahkan surat kepada mahkamah pada 25 Mac lepas memohon agar kes itu disebut pada sebelah petang berikutan Shuhaimi perlu menghadiri pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dirasmikan oleh Sultan Selangor.

Beliau juga berkata pihaknya baru menerima dokumen berkaitan daripada polis pada 25 Mac lepas dan perlu membuat persiapan terakhir sebelum memfailkan permohonan deklarasi di Mahkamah Tinggi.

Mohamad Hanafiah berkata peguam sepatutnya menasihatkan Shuhaimi untuk hadir pada prosiding pagi ini memandangkan mahkamah tidak memberi jawapan kepada surat mereka, apatah lagi Shuhaimi terikat dengan syarat-syarat jaminan dan tarikh sebutan pada hari ini telah ditetapkan awal iaitu pada 7 Feb lepas (tarikh Shuhaimi pertama kali hadir di mahkamah).

Bon berkata ini satu situasi yang ada alasan munasabah kerana tertuduh wajib hadir sidang DUN dan memohon untuk menangguhkan prosiding untuk mendapatkan tertuduh hadir ke mahkamah."

Slamat membenarkan permohonan peguam itu dan menangguhkan seketika prosiding mahkamah.

Shuhaimi tidak lama kemudian dilihat hadir kira-kira pukul 10.05 pagi dengan berpakaian rasmi Sidang DUN dan bersongkok.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding selesai, Shuhaimi jelas kecewa kerana kegagalannya hadir di mahkamah lebih awal hampir menyebabkan beliau dikenakan waran tangkap.

"Kami telah memohon secara lisan kepada mahkamah di peringkat awal kes bahawa saya tidak dapat hadir pada prosiding pagi kerana perlu hadir pembukaan Sidang DUN. Kita hantar surat pada minggu lepas tetapi mungkin disebabkan hakim telah bertukar surat tidak sampai.

"Ini seakan-akan memberi imej jika saya tidak dapat hadir (sidang DUN) maka pihak tertentu akan cakap saya tidak hormati sultan," katanya.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di blognya yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) yang baru.

Sumber: Bernama / Malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang