Nuffnang

Lim Guan Eng

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:18 PTG

Lim Guan Eng


Teks Ucapan Sempena Majils Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang (bm/cn)

Posted: 28 Aug 2013 07:52 PM PDT

UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG PADA 26 OGOS 2013 DI DEWAN SRI PINANG:
Selamat pagi dan salam bersih kepada semua.

1. Bersempena Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2013 ini, dengan penuh takzim dan kesyukuran, saya bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Pulau Pinang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan dirgahayu kepada Tuan Yang Terutama Tun, sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-75. Kami semua merafakkan doa ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dilanjutkan usia, dirahmati serta dianugerahi oleh Tuhan Yang Maha Esa dengan nikmat kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan untuk terus mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat dan negeri Pulau Pinang.
Tuan Yang Terutama Tun,

2. Di Majlis yang mulia pagi ini, saya sekali lagi bersama-sama dengan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, pemimpin-pemimpin di pelbagai peringkat dan seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang, dengan ini memperbaharui ikrar taat setia kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan negara Malaysia yang tercinta.

3. Di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun, rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di negeri ini sentiasa hidup bersatu padu dan saling bekerjasama dalam suasana penuh harmoni dan muhibah. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk terus mentadbir negeri ini dengan lancar dan berkesan.

4. Sesungguhnya, amanah yang diberikan ini akan saya pikul dan laksanakan bersama-sama barisan pimpinan negeri ini dengan penuh dedikasi dan integriti. Adalah menjadi tanggungjawab saya dan barisan pimpinan yang lain untuk melaksanakan tugas secara amanah dengan mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) demi kebaikan negeri serta kesejahteraan rakyat jua.

5. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima darjah-darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri pada tahun ini. Semoga pengurniaan ini dapat menyemarakkan lagi azam, semangat dan iltizam para penerima anugerah sekelian dalam memberikan sumbangan dan jasa bakti demi pembangunan dan kemajuan negeri dan negara.
Tuan Yang Terutama Tun,

6. Sememangnya, mandat besar yang diberi oleh pengundi dalam Pilihanraya Umum yang lalu yang membolehkan kerajaan negeri menambahkan undi popular sebanyak 10% kepada 68% dan menambahkan satu kerusi kepada 30 daripada 40 kerusi DUN, mencerminkan kepercayaan dan sokongan padu rakyat negeri ini terhadap Kerajaan Negeri. Sokongan rakyat kepada kerajaan negeri ini sedikit sebanyak mencerminkan kejayaan usaha untuk memantapkan pentadbiran awam negeri agar menjadi lebih efisien, bersih dan berkesan dalam penyampaian perkhidmatan.

7. Pada masa yang sama kehilangan sokongan di Balik Pulau juga memberikan petanda tentang kelemahan yang perlu diatasi dan tahap pentadbiran yang perlu diperkasakan. Sememangnya krisis keyakinan orang awam terhadap institusi awam harus diatasi dan usaha-usaha transformasi di dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terus didokong bagi merealisasikan visi ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar

Tuan Yang Terutama Tun,

8. Sepanjang 5 tahun yang lepas, Kerajaan Negeri telah memberi penekanan kepada pentadbiran berteraskan belanjawan (budget-based administration) menerusi urustadbir Cekap Akauntabel Telus(CAT) untuk mengatasi sebarang ketirisan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah. Urustadbir CAT telah berjaya menjanakan lebihan bajet(surplus) setiap tahun sejak 2008, menambahkan asset negeri sebanyak 50% kepada RM1.2 bilion dan mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95%.

9. Kejayaan belanjawan lebihan dan pengurangan hutang kerajaan adalah penting kerana Fitch Ratings mengkaji semula penarafan kredit Malaysia daripada "kukuh"(stable) kepada "negative" kerana peningkatan hutang kerajaan persekutuan dan kekurangan reformasi belanjawan. Ini dicerminkan dengan defisit Belanjawan sebanyak 4% GDP dan peningkatan hutang kerajaan persekutuan kepada 54% GDP atau 70% GDP sekiranya tanggungan/jaminan(contingent liabilities) diambilkira.

10. Prestasi pengurusan kewangan kerajaan negeri membolehkan program kebajikan sosial sebanyak RM 150 juta dijalankan menerusi program "Emas" kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, mahasiswa, kelahiran anak dan pelajar-pelajar serta menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan kemiskinan. Baru-baru ini golongan ibu yang tidak bekerja, pemandu teksi, penarik beca dan nelayan pun menjadi penerima menafaat tersebut – iaitu golongan sasaran yang pertama kali menerimanya di Malaysia. Kerajaan negeri juga akan meneruskan program pembinaan rumah mampu milik dengan dana RM500 juta untuk membina 22,172 yunit rumah di kelima daerah Pulau Pinang.

11. Bagi tujuan mengekalkan pembangunan negeri yang mapan, kerajaan negeri telah menjalankan ekonomi berteraskan 3PRO, iaitu pro-growth, pro-jobs dan pro-poor. Setelah kejayaan pentadbiran berteraskan belanjawan yang berjaya mengawal ketirisan dalam perbelanjaan, kerajaan negeri menjurus ke arah pentadbiran berteraskan hasil (outcome-based administration). Ini bukan sekadar memenuhi prinsip value for money dan penggunaan sumber secara maximum tetapi juga memastikan setiap projek yang dirancang mampu memberikan impak optimal kepada rakyat. Janganlah sekadar belanja demi belanja dan sungguhpun tidak ada kemungkaran, ia akan menjadi projek gajah putih sahaja.

12. Adalah perlu pelaburan dan perbelanjaan dijalankan ke atas kemudahan infrastruktur dan juga sektor ekonomi yang boleh menjanakan pulangan dan menggerakkan pertumbuhan. Pada separuh tahun pertama 2013 berbanding dengan separuh tahun pertama 2012 di Malaysia, sektor pembuatan bertumbuh sebanyak 1.9% (5.1%), perkhidmatan sebanyak 5.4%(6.2%) dan pembinaan sebanyak 12%(18.5%). Memandangkan sektor pembuatan bertumbuh secara lembab sekadar 1.9% maka kerajaan negeri terpaksa menumpukan perhatian kepada sektor pembinaan dan perkhidmatan seperti pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

13. Kerajaan Negeri yakin dapat memperluaskan sumbangan industri perkhidmatan dan pelancongan untuk mengimbangi kekurangan sumbangan daripada sektor pembuatan sehingga ia pulih semula. Sektor pelancongan akan dimajukan dengan projek jalan dan infrastruktur di kawasan pulau dan Seberang Perai.

14. Usaha memperbesarkan perkhidmatan Bukit Bendera mendatangkan hasil bila projek-projek baru dapat mencatatkan rekod baru 10,300 pelawat sehari dengan sasaran melebihi 1.2 juta pelawat setahun. Pengumuman taman bertema air di atas laut di Teluk Bahang dan Batu Feringgi, pembinaan beberapa hotel berjenama seperti The Banyan Tree, Aman Resorts dan St Giles, penglibatan hospital baru dan pusat jualan baru serta penubuhan institusi pengajian tinggi yang baru di Batu Kawan akan bergandingan dengan perkembangan perkhidmatan kewangan seperti Citigroup dan pemerosesan data daripada syarikat gergasi dunia.

15. Selain daripada produk-produk baru, adalah penting juga "events" atau acara baru disediakan demi memberikan satu pengalaman yang akan kerap dikenang oleh pelancong. Persembahan acara-acara menarik yang melibatkan seni budaya, warisan atau kegemaran, lukisan mural seni di atas dinding dan ukiran besi akan ditambah. Tajaan Edinburgh Art Festival, salah satu pesta seni yang terbesar di dunia, yang menjemput kami sebagai tetamu khas adalah pengiktirafan istimewa sumbangan George Town World Heritage Festival kepada dunia seni. Acara sukan dan berbasikal akan digalakkan.

16. Kunjungan pelancong cruise telah memberi anggaran pulangan sebanyak RM34.8 juta dan kini menerima kunjungan kapal-kapal yang lebih besar. Untuk itu, saya berharap Kerajaan Persekutuan akan berusaha mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di sekitar kawasan pelabuhan dan feri serta membina semula Tanjung City Marina yang sudah tenggelam ke laut.

17. Samada sektor pelancongan dapat dimajukan bergantung kepada menjayakan inisiatif Pulau Pinang yang lebih "bersih, hijau, sihat dan selamat". Inisiatif ini telah dipinda kepada Safer, Cleaner, Greener and Healthier Penang demi mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri terselamat di Malaysia.

18. Di samping pemasangan tiang lampu jalan, sebanyak 125 buah CCTV dengan kos RM3 juta akan disiapkan pada akhir tahun ini, menjadikan keseluruahnnya 229 CCTV di seluruh Pulau Pinang. Sepanjang ini, Kerajaan Negeri bekerjasama rapat dengan polis dengan menawarkan sumber untuk melantik pekerja terlatih bagi memantau CCTV supaya polis boleh menumpukan usaha kepada pencegahan jenayah. Penubuhan Pasukan Peronda Sukarela(PPS) dengan 6,000 anggota sekarang akan dinaikkan kepada sasaran 10,000 anggota untuk membantu pihak polis menjalankan rondaan keselamatan. Kuliah khas daripada pakar jenayah daripada tempatan dan luar negeri akan diberikan kepada ahli PPS ini.

Tuan Yang di Pertua,

19. Saya percaya dengan perancangan yang baik dan usaha yang gigih serta tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi, negeri ini akan bertambah makmur. Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan rakyat sentiasa bersatu padu, hormat menghormati dan bekerja sama di antara satu sama lain serta berusaha kuat bersama-sama dengan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sedia ada untuk memaju dan meningkatkan lagi kemakmuran negeri Pulau Pinang. Sekalung budi dan segunung intan kepada semua warga pentadbiran, pihak berkuasa keselamatan dan polis atas sumbangan memastikan Pulau Pinang terus aman, damai dan berfungsi lancar.

20.Akhir kata, saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat negeri ini, sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas jasa bakti dan keperihatinan Tuan Yang Terutama Tun dalam menerajui pemerintahan negeri ini dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi Yang Ke-75. Kami berdoa agar Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Berbahagia Toh Puan serta keluarga sentiasa dilimpahi oleh Yang Maha Esa dengan segala keberkatan di dalam menjalani kehidupan seharian serta hidup aman bahagia dan sejahtera selalu hendaknya.

Sekian, terima kasih.

=====Mandarin Version ===================================
首长于2013年8月26日在槟州赐封典礼上的演讲

2.在这项典礼上,我再次与州政府团队、各级领袖及全体槟城人民效忠州元首、国家元首及敬爱的马来西亚。

3. 在州元首辖下,各族人民、各宗教与文化时时都在和谐的气氛中,团结一致、互助合作。我也对于州元首给予我的信心与信任,让我能有效的治理槟州在此致上万二分的谢意。

4. 基于信任,我与州政府团队将忠诚与诚信的推行政务。这将是我跟团队的责任,以能干、公信、透明的方针推行利州及利民的政策。

5. 在此,我也要恭喜今年各界受封的有功人士。希望借这次的功勋肯定,能激发受封人士更积极地为国为州的发展做出贡献。

6. 在刚过去的大选,州政府获得选民极大的委托,让州政府的总选票增加了10%至68%,并从40各州议席当中获得了30个州议席,增加了一个州议席,显示了州民对州政府的信任与支持。人民支持州政府,多多少少显示了过去州政府成功,让公共施政的服务效率更高、更干净及更有效用。

7. 与此同时,失去浮罗山背国席,也指出了不足的地方有待改进及施政有待加强。公众对于公共机构的信心危机需要解决,同时持续改革以提升公共服务品质,使人民获得最佳的服务,实现槟州成为国际水准及智慧型的州属。

8. 过去五年,州政府强调预算型管理,延续着能干、公信、透明的施政方针,以防滥权、贪污。能干、公信、透明的施政方针自2008年开始,让槟州年年获得预算盈余,增加了50%的资产至12亿令吉,并减少了95%的州政府债务。

9. 州政府预算盈余增加及减债是非常重要的,因为根据惠誉国际评级(Fitch Ratings) 研究显示,马来西亚的评级已经从稳定转为负面,因为联邦政府的债务增加及缺乏预算改革。这显示了预算赤字占了国民生产总值(GDP)的4%,使联邦政府债务的增加,占据了54%的国民生产总值,若加上或有负债(contingent liabilities) 计算在内则占据了70%的国民生产总值。

10. 州政府的财务表现,允许州政府府有能力推行1亿5000万令吉的社会福利计划,这些计划包括乐龄人士回馈、单亲妈妈、残障人士、大专生、快乐宝贝、快乐学生及全马首个州属成功消灭贫穷的计划。如今,槟州的士司机、三轮车夫、渔夫及赋闲在家的母亲,也将成为马来西亚首度被惠及的社会阶层,享有社会福利。州政府将继续进行以5亿令吉为资金,在5个县属兴建可负担房屋的计划。

11. 为了永续发展,州政府进行了强调有成长、有工作、有济贫的"三有"经济政策。经过了预算型施政成功节制了开销上的纰漏,州政府正迈向成果型施政(outcome-based administration). 所谓成果型施政,不单只是符合价格及善用资源的原则而以,更必须确保每一项计划都是最佳的利民计划,而不是只会不断开销拨款进行计划,即使没恶意,但却只会沦为白象计划。

12. 投资及拨款在进行基础设施与经济领域上是必须的,因为它将促进成长。根据马来西亚2013年上半年与2012年上半年比较,制造业增加了1.9%(至5.1%),服务业则增加了5.4%(至6.2%),而建造业则增加了12%(至18.5%)。有鉴于制造业疲软只增长1.9%,州政府被迫关注在建造业及服务业,如旅游业、医药卫生及教育。

13. 州政府有信心扩大服务业及旅游业以平衡制造业的疲软,直到该产业恢复为止。在槟威两岸的造路及兴建基础设施计划下,州内旅游业将会获得助益与发展。

14. 升旗山的扩大服务计划带来了成效,创下了单日1万300名游客的新纪录,达到年度游客120万名的目标。直落巴巷与峇都丁宜海上游乐场的宣布、The Banyan Tree, Aman Resorts 及St Giles等数间酒店的兴建、医院与购物中心的兴建,还有峇都交湾将成立的高等教育中心。同时还有花旗集团的金融服务中心及世界知名的资料处理中心。

15. 除了新产品,创新的活动也是必不可少,才能让游客留下难忘的印象。这些活动包含了艺术、文化与古迹,当中包括了壁画艺术及铁雕艺术。世界知名的艺术盛会《爱丁堡艺术节》甚至邀请槟城作为该艺术节的特别嘉宾,乔治市节庆对艺术界所做出的贡献可见一斑。同时也将会推广体育及脚车运动。

16. 自邮轮访槟的游客预估也带来了3480万令吉的经济效益,如今陆续将有更大型的邮轮靠岸访槟。我希望联邦政府能提升码头及渡轮码头的基础设施,同时重建已经沉入海底的丹绒城市游艇中心。

17. 旅游业是否成功,端看槟城"干净、绿化、健康与安全"的政策。如今,该政策将以"安全、干净、绿化与健康",把安全摆首位,以让槟城继续成为最安全的州属。

18. 除了增加安装路灯,耗资300万令吉安装的125架电眼,将在年底完成。届时全槟将有229架电眼。州政府与警方密切合作,协助聘请受训人员监视电眼,让警方能专心防治罪案。同时,州内6000名自愿巡逻队将增援至10000名成员,以协助警方巡逻治安。来自国内位的治安专家将会提供自愿巡逻队员特别训练。

19. 我相信凭着妥善的计划、努力不懈的执行及高度廉洁与问责,槟城将会更繁荣。因此,我呼吁州内各阶层人民要团结一致,相敬如宾、互助合作,同时与州政府团队携手,让槟城更加繁荣。感谢所有政府人员、治安人员与警方的贡献,以确保槟城长治久安。

The Penang State Government Issued An Advisory, Not A Ban And No Action Will Be Taken Against Any Cinema Operators In Penang Who Continue To Screen “Tanda Putera”.(en/bm/cn)

Posted: 28 Aug 2013 07:44 PM PDT

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 29.8.2013

The Penang State Government issued an advisory, not a ban and no action will be taken against any cinema operators in Penang who continue to screen "Tanda Putera". Just like any travel advisory issued by the government for the safety of citizens travelling in strife-torn or dangerous countries, this advisory is issued to cinema operators to highlight to the public the dangerous lies in this film that can only threaten and tear the fabric of national and racial unity in the country.

Just as no action is taken against citizens who risk their personal safety by ignoring such travel advisories, no action will be taken against cinema operators who ignore the state government's advisory. To rebut the lies by the BN-controlled media, the Penang state government reiterates that it will not stop anyone who wants to see the film in Penang. Both local councils Majlis Perbandaran Pulau Pinang and Majlis Perbandaran Seberang Perai will not punish cinema operators in Penang for screening the film.

The Penang state government has taken this step to issue an advisory because the film has crossed a red line in using public funds to propagate lies that promotes hatred instead of racial harmony between the various races in Malaysia. "Tanda Putera" was produced at a cost of RM4.8 million provided by the National Film Development Corporation (Finas) and the Multimedia Development Corporation (Mdec).

The Federal government's sponsorship of the film can only be seen as a full official endorsement of the film, including fictitious scenes which the director admits are untrue but is explained as "creative license". Creative license does not give anyone the license to spread lies that may cause racial disharmony and conflicts. This raises questions whether by promoting racial hatred against minorities, blaming minorities as the source of all problems and even using the minorities is part of the justification and excuse for abuses of power and corruption.

The Penang state government is concerned that the demonization of minorities in the film may lead to future brutalisation of their rights and that of any Malaysian who advocates universal human rights for all. As a form of moral compass, this advisory is all the Penang state government can do to strongly object against a film that provokes racist sentiments and embodies racial hatred.

We passionately believe that hating any racial groups is akin to hating humanity as we all belong to one race – the human race. Let us show that Malaysia has the capacity to be the best it could be regardless of race or religion.

—-BM Version–
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.8.2013

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mengeluarkan Nasihat, Bukan Larangan Dan Tiada Tindakan Akan Diambil Ke Atas Mana-mana Pengendali Panggung Wayang Di Pulau Pinang Yang Menayangkan Filem "Tanda Putera".

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan nasihat, bukan larangan dan tiada tindakan akan diambil ke atas mana-mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem "Tanda Putera". Sepertimana nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan rakyat yang melawat negara-negara yang bahaya, nasihat ini dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk menekankan kepada orang umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan nasional dan kaum di negara ini.

Sepertimana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat Kerajaan Negeri. Demi menyangkal fitnah oleh media kawalan BN, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengulangi bahawa tidak ada sesiapa akan dihalang daripada menonton filem ini di Pulau Pinang. Kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau Pinang kerana menayangkan filem tersebut.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk mengeluarkan nasihat ini kerana filem ini telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. "Tanda Putera" telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).

Pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan ini boleh dilihat sebagai suatu pengesahan rasmi filem tersebut, termasuk babak-babak di mana pengarah sendiri telah mengakui adalah tidak benar dan sebenarnya dibuat dengan menggunakan "lesen kreatif". Lesen kreatif ini tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian dan mencetuskan konflik. Ini menimbulkan soalan sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bimbang bahawa pemomokan minoriti dalam filem ini akan membawa kepada pencabulan hak mereka dan juga mana-mana rakyat Malaysia yang menyokong hak asasi manusia untuk semua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya mampu memberi nasihat ini sebagai kompas moral dan tanda bantahan terhadap filem yang menggalakkan provokasi sentimen perkauman dan kebencian kaum.

Kami percaya dengan sesungguhnya bahawa kebencian terhadap mana-mana golongan kaum adalah umpama kebencian terhadap kemanusiaan sendiri, kerana kita semua sebenarnya satu kaum – kaum manusia. Mari kita tunjukkan bahawa Malaysia berupaya untuk menjadi terbaik tanpa mengira kaum atau agama.

Lim Guan Eng

—–Mandarin Version —–
槟州首长林冠英于2013年8月29日在乔治市光大发表声明:

槟州政府发出"劝告",而不是禁令,如果槟州电影院者继续播放《王者之风》(Tanda Putera)",我们也不会采取行动。

槟州政府发出"劝告",而不是禁令,如果槟州电影院业者继续播放《王者之风》(Tanda Putera)",我们也不会采取行动。正如任何政府为了国民的安危而针对某些局势危险的国家发出"旅游警告",我们向电影院发出这项"劝告"是为了让公众注意这部电影的危险谎言,它足以威胁及分裂我国的国民及种族团结。

正如公民若不理会旅游警告而决定冒险前往危险国家,他们不会被对付,所以,电影院若不理会州政府的劝告,他们也不会被对付。在反驳国阵控制的媒体时,槟州政府重申我们不会阻止任何人看这部电影,槟岛市政局及威省市政局管辖的电影院若播放这部电影,也不会受到对付。

槟州政府发出劝告,是因为这部电影已经越界,使用公共资源宣传谎言,散播仇恨,而不是各族之间的种族和谐。《王者之风》的480万令吉制作费是国家电影发展机构及多媒体发展机构拨出的。

联邦政府的拨款可以被视为对这部电影的官方背书,包括电影中的编造片段,而导演也承认部分情节非事实,而是"艺术破格(creative license)"。然而,艺术破格并不允许任何人散布可能造成种族不和谐及冲突的谎言。这也引发疑问,是否在主张针对少数族群的种族仇恨?把一切问题归咎于少数族群,甚至利用少数种族来合理化所有的滥权、贪污?

槟州政府关心电影中妖魔化少数族群的部分,将导致少数族群的权益以及任何倡议普世人权的马来西亚公民在未来继续被侵蚀。基于道义精神,槟州政府对于这部煽动种族情绪及具体表达种族仇恨的电影,唯一能表达强烈抗议的做法就是发出"劝告"。

我们热切地相信,仇视任何族群等同于仇视人类,因为我们都是同属人类。让我们证明马来西亚不论什么种族、宗教背景的人,都能登峰造极。

林冠英

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP