Nuffnang

Direct Free Kick

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:05 PTG

Direct Free Kick


5 KAWASAN PANGSAPURI DIPILIH UNTUK PROGRAM SEROJA.

Posted: 29 Aug 2013 08:11 AM PDT

SHAH ALAM, 29 OGOS - Lima kawasan pangsapuri di bawah lima pentadbiran PBT di Selangor dipilih untuk dilaksanakan Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja) mulai Oktober ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, lima pangsapuri tersebut melibatkan 2,298 unit kediaman dengan jumlah penduduk hampir 10,000 orang.

"Kawasan terlibat ialah di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Pangsapuri Seri Era Desa Latania di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pangsapuri Puchong Permai Blok A27-A30 di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pangsapuri Mawar & Cempaka di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pangsapuri Laksamana Jaya A di Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak 900 unit kediaman terdapat di Pangsapuri Megahvilla, 315 unit di Pangsapuri Seri Era Desa Latania, 300 unit di Pangsapuri Puchong Permai Blok A27-A30, 613 unit di Pangsapuri Mawar & Cempaka dan 170 unit di Pangsapuri Laksamana Jaya A.

Iskandar berkata, pemilihan dibuat berdasarkan maklum balas dari pelbagai pihak seperti PBT dan pihak polis di mana setiap kawasan akan diperuntukkan geran maksimum RM10,000 setahun untuk menganjurkan program kemasyarakatan.

"Program Seroja ini bukan hanya bertujuan untuk menjaga keselamatan tetapi untuk mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.

"Selain dari itu, setiap kawasan akan juga menerima peralatan-peralatan seperti cota, wisel, lampu suluh dan jaket keselamatan. Untuk tahun 2014, sebanyak 25 lagi akan dilaksanakan program Seroja ini," katanya.

Beliau berkata, pelancaran bagi lima kawasan untuk tahun ini akan diadakan di salah satu kawasan tersebut akhir September.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP