Nuffnang

DUN BUKIT PAYONG

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:21 PG

DUN BUKIT PAYONG


Kenang jasa “orang lama”

Posted: 29 Aug 2013 06:15 AM PDT


Wakaf Mempelam : Satu majlis "Jasamu Dikenang"  anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT)  telah diadakan semalam bertempat di sebuah restoran dekat sini.
Majlis yang dihadiri oleh hampir semua ahli jawatankuasa (AJK) baru DPPKT serta beberapa bekas kepimpinan DPPKT yang lalu bertujuan bagi meraikan mereka-mereka yang telah berjasa kepada DPPKT.
Turut memeriahkan majlis ialah Adun Alur Limbat, YB Ustaz Ariffin Deraman dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang hadir sebagai jemputan khas.
Dalam ucapan Ketua DPPKT Ustaz Wan Faizul Wan Abbas, beliau menyatakan hasrat utama kepimpinan beliau ialah untuk menambahkan lagi ahli DPPKT kerana pemuda adalah faktor utama kemenangan 5-0 di Kuala Terengganu.
Membayangkan tugas getir yang bakal dihadapi beliau, iaitu mempertahankan kemenangan, beliau seterusnya berharap agar semua AJK yang terpilih kali ini memberikan komitmen yang maksimum bagi membantu PAS mengekalkan kemenangan.
Manakala dalam ucapan YB Ustaz Mohd Nor pula, beliau mengingatkan agar AJK menjaga usrah yang dilihat sebagai elemen penting bagi memupuk kerjasama dalam pasukan Islam.
"Walaupun anda tak boleh hadir usrah, tapi pastikan anda mengetahui apakah kandungan usrah yang dibincangkan," pesan beliau.
Beiau juga mengingatkan AJK agar tidak merasa bangga dengan sedikit sumbangan yang diberikan kerana perasaan bangga itu akan memusnahkan kebaikan yang telah dilakukan disamping ianya merendahkan pengorbanan orang terdahulu.
Beliau mengingatkan bahawa perjuangan Islam ini ialah perjuangan berantai yang mana bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada bekas pimpinan DPPKT dan penyerahan sijil kepada semua AJK yang teripilih dan yang dilantik.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP