Khamis, 29 Ogos 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Langat 2 dipersetujui jika syarat dipenuhi

Posted: 29 Aug 2013 12:51 AM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju meneruskan pembinaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) dengan syarat projek berkenaan menjadi antara aset yang perlu dimasukkan dalam penstrukturan semula industri air Selangor.


Menteri Besar, Tan Sri Adbul Khalid Ibrahim yang dipetik Harian Metro berkata terdapat dua isu utama yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat iaitu membabitkan kos operasi dan Langat 2.



"Kita bersetuju untuk meneruskan pembinaan Langat 2 dengan syarat projek berkenaan menjadi antara aset yang perlu dimasukkan dalam penstrukturan semula industri air negeri ini.



"Terdapat dua isu utama yang dibangkitkan sehingga menyebabkan berlakunya perbezaan pendapatiaitu berkaitan kos operasi dan Langat 2.



"Bagi yang berkaitan dengan operasi, kkta boleh katakan ia hampir selesai dan menerima tawaran harga daripada kerajaan negeri. Kalau hendak harga tinggi, perkara itu mesti diselesaikan di peringkat Timbang Tara Antarabangsa," jelasnya.



Khalid yang turut memberitahu, pembinaan projek tersebut dan penstrukturan semula industri air antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan dimasukkan dalam perbincangan meja bulat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.



Selain itu juga beliau turut menjelaskan perkara tersebut juga turut dibincangkan di dalam mesyuarat Exco semalam tetapi bukan hanya tertumpu kepada Langat 2 sahaja, malah turut mengenal pasti sumber air lain yang ada di Selangor.

Harakahdaily/-

Kesan kekejaman rejim di Dataran Raba'ah Adawiyah

Posted: 29 Aug 2013 12:44 AM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Beginilah suasana di sekitar Dataran Raba'ah Adawiah. Tiada bahasa yang dapat digambaran apabila melihat sendiri kesan kemusnahan dan kebakaran terhadap Masjid Rabaa serta hospital sementara yang terletak bersebelahannya.
Dataran yang terletak di pinggir Kota Kaherah telah diserang dan dimusnahkan dengan kejam oleh beribu-ribu tentera dan polis khas junta tanpa sebarang perikemanusiaan. 


Dataran bersejarah ini merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Mohamad Morsi yang mendirikan khemah-khemah sementara serta tempat himpunan utama mereka selama hampir dua bulan yang lalu. 



Kini hasil peninggalan serangan tentera dan polis yang ganas adalah Masjid Rabaa yang dibakar serta bangunan hospital sementara bersebelahan dengan masjid yang juga telah di bakar oleh mereka yang bertindak ganas terhadap rakyat awam yang tidak berdosa. 



Tiada lagi hiruk pikuk anak-anak muda yang begitu sibuk menguruskan urusan di dataran ini setiap hari. Begitu juga dengan ibu-ibu dan muslimat yang amat bersemangat untuk terus kekal di Dataran Adawiah selagi Presidan Morsi tidak dikembalikan secara adil.



Datara Rabaa ini juga disediakan khemah-khemah sementara dengan pelbagai kelengkapan asas seperti kemudahan air, saluran elektrik serta makan minum yang sentiasa mencukupi kepada ratusan ribu yang berkumpul setiap hari. Malah pada hari minggu himpunan besar yang biasanya diadakan dianggarkan lebih 3 juta rakyat akan berhimpun.



Menurut saksi-saksi yang ditemui, operasi pembunuhan besar-besaran ini bermula jam 7.00 pagi tadi waktu Mesir. 



Sebelum serangan itu, pihak berkuasa telah memutuskan semua bekalan elektrik dan pasukan tentera dan polis dilaporkan telah memulakan serangan dengan menggunakan kereta-kereta perisai, bulldozer serta menyediakan penembak-penembak tepat diatas bangunan-bangunan tinggi di sekeliling Datara Rabaa. 



Saksi-saksi yang sempat ditemui juga memberitahu bahawa pasukan penembak tepat juga berada di dalam pesawat tentera yang melakukan penerbangan di ruang udara Raba'ah. 



Polis khas yang di kerah di situ juga telah menembak gas beracun yang dahsyat di kawasan Rabaa termasuk ke dalam masjid dan hospital sementara Raba'a yang mnempatkan beratus-ratus orang awam yang tercedera. 



Jumlah angka korban serangan kejam di Dataran Rabaa ini dianggarkan melebihi 3,000 orang awam yang tidak berdosa dan lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera. Turut terbunuh ialah 65 orang kanak-kanak dan ramai lagi di tahap kritikal dan dirawat di hospital-hospital sekitar Kaherah.



Iniah realiti kekejaman junta tentera yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini. Rakyat akan terus bangkit menentang kekejaman junta tentera walaupun dengan darah mereka. 



Dataran Raba'a Adawiah kini menjadi lambang penentangan seluruh masyarakat dunia yang membantah keras kekejaman pembunuhan berdarah terhadap rakyat Mesir yang tidak berdosa.

Harakahdaily/-


K'jaan ambil alih aset 49 pertubuhan haram

Posted: 29 Aug 2013 12:39 AM PDT


22 Syawal 1434 H. [MOD] -

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan nama 49 kongsi gelap yang antara lainnya terlibat dalam kegiatan mengedar dadah, peras ugut dan pergaduhan dengan kumpulan kongsi lain, melakukan huru-hara, pembunuhan termasuk dengan senjata api.

Kenyataan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri menyebut, pertubuhan berkenaan antara lainnya terlibat dalam kegiatan mengedar dadah, peras ugut dan pergaduhan dengan kumpulan kongsi lain.

Menurutnya, kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) kta Pertubuhan 1966.

Menurut kenyataan itu, pengharaman berkenaan antara lainnya memberi kuasa kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mengambil alih segala aset dan harta pertubuhan berkenaan.

Pertubuhan berkenaan juga tidak akan dapat menggunakan semula nama kumpulan mereka, mengikut peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini menyebut, individu yang masih bergiat dalam aktiviti kumpulan terbabit boleh disiasat dan didakwa mengikut  Seksyen 6(2), Seksyen 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi memberitahu sidang akhbar dilaporkan berkata pengharaman tersebut dibuat melalui satu pewartaan semalam.
Abdul Rahim berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:   



  • Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
  • Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  • Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.   
  • Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.  
  • Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
  • Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor,  Kuala Lumpur,  Pulau Pinang,  Perak dan Johor)
  • Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur,  Perak dan Johor)
  • Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  • Gee Ah Eng
  • Loh Kuan
  • Tiang Yee Tong
  • Geng 21
  • Ang Soon Thong
  • Wah Kee
  • Sio Sam Ong
  • PNEH
  • Hong Hong San
  • Hai San
  • Sin Ang Bin
  • New Cell 20
  • Jit It Hai
  • Sio Koon Tong
  • Gee Lam Kor
  • Geng Leng Hor
  • Geng 35
  • Geng 303
  • Geng Satu Hati 
DI SABAH:
  • Sabah ATAP
  • Hung Ann
  • Sui Yuk
  • Otai
  • Borneo Red EMP   
DI SARAWAK: 
  • Sarawak Ah Ngau
  • Batu Tiga
  • Ah Feng
  • Batu 10
  • Sibu T
  • Ah Seng
  • Ah Chin
  • Lee Lung
  • Lo Han
  • Sg Merah
  • Sg Badut
  • Ting Ching Lee
  • Tua Cak Lee
  • Teksi Station
  • Pintu Merah
  • Krokop       
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.  

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap
tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan,  menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.
    -- BERNAMA

Polis tahan anggota kongsi gelap rekrut pelajar sekolah

Posted: 28 Aug 2013 09:43 PM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

Ipoh: Polis Perak tahan seorang anggota kongsi gelap yang mengaku merekrut pelajar sebuah sekolah menengah di sini menjadi ahli kumpulan itu.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata polis sedang menyiasat lelaki itu yang ditahan baru-baru ini termasuk mengenal pasti kumpulan pelajar yang menjadi sasaran. 

Katanya, siasatan juga dibuat selepas polis menerima maklumat bahawa kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah berusia antara 15 dan 18 tahun untuk menjual dadah kepada rakan mereka yang lain. 

Dalam pada itu, beliau mengesahkan seramai 46 orang ditahan dalam Ops Cantas Khas di Perak. Katanya, operasi yg bermula 1 Ogos lalu itu memeriksa 5,164 orang. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan IPK Perak.

KDN Umum 49 Pertubuhan Haram

Posted: 28 Aug 2013 09:30 PM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.
Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:
1) Geng 04
2) Geng 08

3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop

'Pil Ajaib' Dipromosi Di Sekolah

Posted: 28 Aug 2013 08:02 PM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

Bungkusan 'pil ajaib' yang didakwa boleh menjadikan pelajar lebih bijak.
PETALING JAYA: Sekolah-sekolah di beberapa negeri telah 'dipromosikan' dengan pil yang kononnya boleh membuatkan pelajar lebih bijak.

Promoter pil tersebut turut mendakwa pil tablet pintar yang dinamakan Dimensi 108 yang dipasarkan sebagai makanan tambahan boleh mengubah tingkah laku kanak-kanak untuk menjadikan mereka lebih taat dan rajin serta tahan penyakit.
Ibu bapa yang prihatin dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur menghubungi The Starapabila pil tablet itu diedarkan kepada murid-murid darjah 6 awal minggu ini dengan berkata anak-anak mereka dipaksa untuk membeli pil tersebut.
Salah seorang ibu bapa murid di sekolah itu berkata, dia telah meminta anak perempuannya supaya memulangkan pil tersebut kepada guru kelasnya dan enggan membayar pil berkenaan.
"Apabila anak perempuan saya dan beberapa rakan-rakannya memulangkan pil tersebut, guru tersebut memberitahu mereka untuk tidak menyalahkannya jika mereka tidak pandai dalam UPSR (yang akan bermula 9 Septemer).
"Bolehkah anda mempercayainya? Guru itu sepatutnya menggalakkan murid-murid supaya berusaha keras untuk peperiksaan mereka dan tidak bergantung kepada pil-pil tertentu," katanya kepada The Star.
Seorang lagi pengadu yang adiknya belajar di sekolah tersebut telah membuat aduan bertulis kepada Kementerian Kesihatan.
"Seorang pegawai kementerian memberitahu saya bahawa mereka akan meneliti perkara itu dan saya telah menghantar gambar bungkusan pil yang tertera logo kementerian tertera di atasnya.
"Saya berharap mereka akan meneliti perkara ini dengan segera kerana kami perlu tahu sama ada produk itu sah atau tidak," katanya.
Guru besar sekolah tersebut berkata ibu bapa telah salah faham mengenai pil berkenaan dan ia tidak diwajibkan kepada murid-murid untuk dibeli.
"Kami tidak akan mempromosikan benda tidak baik kepada murid-murid...ia seperti makanan tambahan herba untuk membantu mereka fokus dan membina tenaga untuk peperiksaan yang akan datang.
"Ia mengandungi bahan-bahan seperti spirulina dan kurma merah yang baik untuk kesihatan. Saya sendiri memberikannya kepada anak-anak saya menjelang peperiksaan.
"Produk itu turut disokong oleh Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), bermaksud ia telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan," katanya.
Guru besar itu mendakwa pil tersebut dibekalkan ke sekolah terbabit oleh GMGBM.
"Salah seorang ibu bapa berkongsi keprihatinannya dengan saya secara peribadi dan apabila saya menjelaskan situsai tersebut, dia menyokong tindakan itu," katanya.
Beberapa ibu bapa masih ragu-ragu.
"Hanya RM5 untuk mengubah tingkah laku? Ini adalah cara paling murah untuk mendapatkan produk terbaik sejak penemuan DNA," seloroh salah seorang ibu bapa di laman Facebook.
"Berbelanja beberapa ratus, masalah tingkah laku diselesaikan...di mana saya boleh membuat tempahan yang banyak? Atau bagaimana cara untuk menjadi ejen," kata seorang lagi ibu bapa.
mstar.com.my

Senjata kimia: Tiada tindakan terhadap Syria sehingga laporan penuh PBB - Britain

Posted: 28 Aug 2013 08:00 PM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

LONDON: Britain tidak akan mengambil tindakan ketenteraan terhadap regim Syria sebelum laporan pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membuktikan terdapat penggunaan senjata kimia di negara itu. 


Ahli Parlimen Britain dijadual mengadakan undi dalam usul tergempar sama ada negara itu akan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia. 


Britain yang menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dijangka akan diberi taklimat secepat mungkin sebaik pemeriksa khas PBB selesai menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia berkenaan. 


"Majlis Keselamatan PBB mesti diberi peluang segera untuk memjelaskan perkara itu sebelum Resolusi Majlis Keselamtan memutuskan sebarang tindakan yang disokong oleh kenteraan. 

"Sebelum sebarang pembabitan Britain dalam perkara ini, Parlimen mesti mengadakan undian," kata usul berkenaan. - AFP 

Belum ada keputusan untuk serang Syria, kata Obama

Posted: 28 Aug 2013 07:58 PM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

WASHINGTON: Presiden Barack Obama hari ini berkata, beliau belum membuat keputusan sama ada untuk menyerang Syria tetapi sebarang tindakan negara itu sebagai amaran supaya tiada lagi penggunaan senjata kimia. 


Obama berkata, kerajaannya merumuskan bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad memain peranan dalam serangan berdarah terhadap orang awam di pinggir Damsyik yang dikaitkan dengan penggunaan senjata kimia.


"Saya belum lagi membuat keputusan," kata Obama memberitahu stesen televisyen PBS NewsHour apabila ditanya sama ada beliau sudah menandatangani arahan kepada tentera AS supaya menyerang Syria. 


Beliau berkata, sebarang penggunaan ketenteraan secara langsung di Syria tidak akan membantu usaha menyelesaikan perang saudara di Syria. - AFP 

Tembakan meletus di Kedutaan Malaysia di Kaherah

Posted: 28 Aug 2013 07:57 PM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Bunyi tembakan kedengaran di Gamaat El Dawal semalam, kawasan terletaknya bangunan Kedutaan Malaysia di Mesir. 


Tembakan dikatakan mula didengar kira-kira 4.15 petang (waktu tempatan) dan sehingga 6 petang, ia masih dilaporkan berlaku.


Pegawai Education Malaysian Egypt, Zaliha Zulkifli, berkata insiden dipercayai bermula daripada tembakan rambang dari sebuah bangunan tinggi di kawasan berkenaan ke arah kem kawalan tentera sebelum kedua-dua pihak berbalas tembak. 


"Anak saya menghubungi mengatakan rumah tak ada elektrik dan selepas beberapa minit ada bunyi tembakan bertalu-bertalu berhampiran kedutaan. 

"Ada juga bunyi bom kedengaran begitu dekat dengan rumah saya yang hanya 50 meter dari kedutaan," katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata kali terakhir kejadian sedemikian berlaku ialah pada 14 Ogos lepas. 

Kejadian itu turut disahkan Pengarah Education Malaysia Egypt Datuk Dr Su'adi Safei. 
"Ketika melintasi dari lebuhr raya, saya nampak kenderaan cuba lari daripada tempat berkenaan. 

"Isteri saya turut menghubungi (saya) mendengar bunyi tembakan bertalu-talu dari (kawasan) rumah saya yang 300 meter dari tempat berkenaan," katanya. 

Ini menurutnya, mungkin episod permulaan kepada 'Jumaat kemarahan' pada Jumaat ini. 

Dr Su'adi dan Zaliha mengikuti delegasi Kementerian Pendidikan yang ke negara bergolak itu sejak Isnin lepas untuk membincangkan isu penuntut Malaysia di sini bersama pihak-pihak universiti di negara ini. - BERNAMA

Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap

Posted: 28 Aug 2013 07:55 PM PDT


22 Syawal 1434 H. [MOD] -


Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.

Malaysiakini/-



Jom sertai XPDC dakwah ambang Merdeka 2013

Posted: 28 Aug 2013 07:53 PM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,28 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Bagi menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan XPDC Dakwah yang akan diadakan di kesemua lokasi sambutan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. 



"Dewan Pemuda PAS negeri-negeri bersama DPP kawasan-kawasan diamanahkan untuk menjayakan XPDC tahun ini," ujar Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataan kepada Harakahdaily.



Katanya, XPDC Dakwah telah dijayakan setiap tahun, bermula tahun 2000 sebagai acara tahunan DPPM dengan melibatkan pimpinan setiap peringkat. 



Tambahnya, tujuan utamanya sebagai suatu kesinambungan kerja-kerja dakwah kerana mereka perlu dibimbing, dipandu dan dipimpin agar tidak hanyut dalam kehidupan. 



Selain itu, jelas beliau ia adalah peluang terbaik Pemuda PAS bertemu dengan golongan belia agar kehadiran Pemuda PAS di tengah masyarakat dirasai. 



Katanya, golongan belia perlu difahamkan mengenai makna kemerdekaan sebenar di samping isu-isu global yang membelenggu masyarakat supaya mereka prihatin terhadap nasib yang menimpa umat sejagat.



Menurutnya, antara aktiviti utama yang akan diadakan pada malam tersebut adalah edaran risalah, bertemu dan beramah mesra dengan anak-anak muda selain memperkenalkan pemimpin Pemuda PAS. 



"Program ini akan bermula pada jam 10.00 malam dengan taklimat dan amanat pimpinan selain pembahagian kumpulan," jelasnya. 



Katanya, setiap kumpulan pula akan dipecahkan bagi mencapai sasaran bertemu seramai mungkin golongan belia di lokasi tertentu. 



Justeru, ujar Khairul Faizi DPPM mengajak semua lapisan masyarakat termasuk parti-parti politik, NGO, badan dakwah, mahasiswa untuk bersama dalam XPDC Dakwah itu. 



"Kesemua entiti yang akan bersama nanti digalakkan membawa kain sepanduk, bahan cetakan dan lain-lain sebagai bahan edaran kepada masyarakat untuk dikongsikan bersama peserta XPDC Dakwah tersebut," ujarnya.

Merdeka 56 tahun, ideologi penjajah masih tebal

Posted: 28 Aug 2013 07:52 PM PDT


22 Syawal 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kata Mursyidul Am PAS, kita telah pun merdeka lebih 50 tahun, namun fahaman kebangsaan yang dibawa masuk penjajah masih lagi menebal di negara ini.


Lebih malang lagi katanya, orang Melayu sendiri jelas menolak Islam dan digantikan dengan ideologi kebangsaan.



Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, segala kepincangan tersebut menyebabkan timbulnya masalah sama ada ekonomi, politik dan sosial yang kini dilihat semakin berleluasa.



"Kemerdekaan sebenar membuang kebangsaan dan menjadikan Islam sebagai dasar sama ada dalam aspek pemerintahan, kehidupan dan sebagainya.



"Hanya Islam agama yang memberi keaadilan untuk seluruh makhluk. Sebagai pemimpin yang mengaku Islam mestilah menghalau fahaman kebangsaan dan meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan negara," katanya di sini semalam.



Pada sebelah petang Tuan Guru Nik Abdul Aziz diziarahi Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Pulau Melaka.



Presiden PAS dan keluarga datang dari Kuala Lumpur sampai di Pulau Melaka kira-kira jam 3.30 petang. 



Mursyidul Am sebelum ini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira seminggu. Beliau keluar wad Ahad lepas.



Presiden PAS juga mengimamkan solat Asar di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka sebelum pulang ke Marang, Terengganu. 



Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima rakyat sehingga kerajaan BN terpaksa menghapuskan ISA yang tidak bertamadun hasil desakan pembangkang.
harakahdaily.net

Petriotikkah anda tanpa hormat lagu petriotik?

Posted: 28 Aug 2013 03:45 PM PDT

22 Syawal 1434 H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Adakah anda tidak petriotik? Begitulah antara soalan yang sering kita dengar dilemparkan oleh pemimpin masyarakat setiap kali kita menyuarakan pandangan yang seperti mengkritik kerajaan. Apakah maksud petriotik? Apakah dengan mengkritik pemimpin atau kerajaan boleh dianggap tidak petriotik?

Perkataan patriotik berasal daripada perkataan patriot yang bermaksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Jadi patriotik bermaksud bersifat patriot iaitu orang yang sifat mencintai negara dan mempertahankan kedaulatan negara. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Berdasarkan pengertian di atas polis, askar dan seumpama mereka sah-sahlah petriotik. Begitu juga pegawai kerajaan terutama guru-guru sekolah, mereka pasti petriotik kerana kerja mereka untuk membantu negara dan rakyat. Namun dalam menjalankan tugas mereka tidak terlepas daripada mengkritik kerajaan atau pemimpin.

Dalam setuasi itu mereka seharusnya tidak disifatkan sebagai tidak bersifat petriotik. Malah boleh jadi mereka sangat pertriotik kerana mereka tidak senang hati atau sensitif dengan penyelewengan atau kelemahan kerajaan. Orang yang mengkritik kerajaan tentu kerana mereka lihat sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran kerajaan.

SIAPA YANG TIDAK PETRIOTIK?


Sebenarnya orang yang tidak bersifat petriotik boleh dilihat pada tindakan hariannya dalam negara ini. Jika mereka kelihatan tidak sayang kepada negara sekali gus membuka ruang kepada orang lain untuk mempermain-mainkan negara maka dia tidak lagi petriotik. Anda mungkin pernah menonton sebuah filem Melayu lama bagaimana Melaka diserang Portugis. Seorang pembesar negeri yang rasa kecewa dengan sultan Melaka lalu membuka sempadan dan berpakat dengan pedangang Portugis untuk menggulingkan sultan. Sah beliau tidak petriotik.

Adakah masih wujud rakyat Malaysia yang sifatnya seperti pembesar Melaka itu? Mungkin ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang memburuk-buruk nama baik Malaysia di luar negara atau suka mendedahkan keaiban kerajaan kepada pihak musuh. Atau ada pegawai kerajaan yang mendedahkan rahsia atau strategi kerajaan kepada musuh. Mereka ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai tidak petriotik.

Suatu ketika kita dihebohkan ada rakyat Malaysia yang mempermain-mainkan lagu "negaraku". Saya sendiri tidak pernah dengar lagu itu dan tidak pernah membaca lirik yang diubahsuai itu. Ramai yang memberi respons memarahi tindakannya. Ya, kalau dia dengan lagu itu menghina dan meletakkan Malaysia di tempat yang rendah sahlah dia tidak petriotik.

Tetapi kalau ada orang luar Malaysia memburukkan Malaysia, menghina pengangan agama kita, mereka itu tidak boleh dikatakan tidak petriotik kerana mereka bukan warganegara. Namun jika ada rakyat Malaysia yang tidak membantah tindakan mereka itu maka hakikatnya rakyat Malaysia itulah yang tidak pertriotik. Adakah wujud rakyat Malaysia seperti itu?

Dalam setuasi lain, pernah kita jumpa bendera Malaysia, Jalur Gemilang jatuh menyembah bumi. Mungkin ikatannya tidak kuat atau digamkan dengan gam yang kurang kuat. Apakah sikap anda apabila melihat bendera itu? Kalau anda hanya mengais dengan kaki ke tepi jalan kerana menganggapnya sebagai sampah sahaja. Maka perbuatan itu seperti tidak menghormati Malaysia kerana bendera itu adalah lambang kewujudan Malaysia. Sikapnya ketika itu sudah dikira tidak petriotik.

Keadaan ini berbeza kalau seseorang itu meletakkan bendera itu pada keretanya tetapi kemudian terjatuh sewaktu tengah memandu di jalan raya. Dia bukan tidak petriotik kalau tidak berhenti mengambil bendera itu kembali. Keadaan itu tidak mengizinkan untuk dia berhenti.

Tetapi adakah orang yang tidak pasang bendera jalur gemilang di mana-mana primisnya atau kenderaannya dikira sebagai tidak petriotik? Di sini kita perlu menilai apakah sebab dia tidak mahu memasang. Mungkin kerana tiada wang untuk membelinya atau rasa tidak selamat diletakan di sini. Mereka ini masih petriotik. Tetapi kalau dia menganggap enting, dan dianggap tidak ada erti apa-apa dengan bendera itu padanya, maka sahlah dia tidak petriotik.

Lagu Petriotik


Apakah tidak menghormati lagu petrotik boleh dikira tidak pertriotik? Tidak dinafikan lagu petriotik dapat melahirkan rasa cinta kepada negara. Namun tidak semua lagu petriotik membawa mesej yang boleh membangunkan jiwa kita kepada cintakan negara. Jika ketika lagu itu dimainkan kita menutup telinga atau menutup radio, adakah kita boleh dikategorikan sebagai tidak petriotik?

Ya, sikap itu memang tidak enak dipandang. Kalau kita tidak suka dengar, biarlah lagu itu berlalu tanpa sebarang kritikan. Biarlah lagu itu dengan nyanyiannya, tidak rugi apa-apa pun. Mungkin pada kita, tidak memberi apa-apa makna, tetapi lain pula pada orang lain. Namun tidaklah boleh dianggap tidak petriotik dengan sikap itu, apatah lagi kalau dia memang tidak minat menyanyi. Setiap orang diberi anugerah yang tidak sama.

Apakah petriotik dianjurkan Islam?


Tidak ada dalil baik daripada al-Quran mahupun hadis yang secara jelas menyuruh kita cintakan negara. Memang ada satu ungkapan yang disebut-sebut sebagai hadis ialah "cinta negara sebahagian daripada iman" namun kata-kata itu dipertikaikan kesahihannya. Jadi secara jelasnya memang tidak ada dalil.

Walau bagaimanapun, di segi amalinya Rasulullah dan para Sahabat baginda amat cintakan Madinah, negara Islam pertama. Mereka mempertahankan negara daripada serangan musuh dalam beberapa peperangan. Malah tidakan seorang sahabat yang berniat untuk membocorkan rahsia bahawa rombongan tentera Islam akan bertolak menyerang Makkah terus diambil tindakan.

Sahabat tersebut ialah Hathib bin Abi Baltaah dia menulis surat kepada sanak saudaranya yang berada di Makkah tentang serangan yang bakal dibuat oleh Rasulullah. Surat itu diserahkan kepada seorang wanita yang sedang menuju ke Makkah. Baginda yang mendapat maklumat itu telah mengarahkan Saiyidina Ali supaya menahan wanita itu dan mengambil surat itu.

Dalam surat itu dengan jelas menyebut daripada Hathib bin Abi Baltaah meminta Quraisy bersedia dengan serangan Rasulullah. Akhirnya Rasulullah menangkap Hathib bin Abi Baltaah untuk soal siasat. Atas pengakuan salahnya baginda pertimbangkan untuk memaafkan namun dihalang oleh sahabat lain. Kemaafan itu adalah kerana Hathib salah orang tentera Badr.

Berdasarkan kisah di atas, wajarlah kita bersifat petriotik. Siapapun kita, atas nama rakyat Malaysia kita wajar sayangkan Malaysia apatah lagi dengan berada di negara ini kita boleh melakukan ibadah dengan baik dan dapat melaksanakan hukum Allah dengan sempurna. Bahkah kita tidak dihalang untuk berdakwah bagi menyedarkan manusia kepada Allah dan rasul-Nya.  

Ikhwanul Muslimin bukan pengganas

Posted: 28 Aug 2013 03:41 PM PDT


22 Syawal 1434 H. [MOD] -

Kaherah: Seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang sedang diburu pihak berkuasa menafikan pergerakannya melakukan keganasan selepas tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi. 


Pandangan itu disuarakan oleh Mohammed el-Beltagy kelmarin, ketika Ikhwan merancang bantahan baru, mencabar pasukan keselamatan yang sudah menahan dan memenjara ramai anggota kanan dan pertengahannya. 


Antaranya termasuk warga Amerika Syarikat, Mohamed Soltan, 25, anak pemimpin Ikhwan yang lantang bersuara, Salah Soltan. 


El-Beltagy dikehendaki atas tuduhan menghasut keganasan dan sudah diburu hampir tiga minggu. 



Buru Yusuf al-Qaradawi 



Sementara itu, pihak berkuasa lapangan terbang juga memberitahu mereka akan menahan pendakwah terkenal Mesir, Yusuf al-Qaradawi, jika masuk ke negara itu dari ibu pejabatnya di Qatar, kerana dia menyatakan tentangan terhadap pemimpin tentera yang menyingkirkan Morsi. 



El-Beltagy berkata, pihak berkuasa cuba mengubah krisis politik kepada krisis keganasan. 
Media Mesir yang hampir semua anti-Ikhwan selepas penutupan stesen televisyen lain menyifatkannya sebagai perang menentang keganasan. 



Jangan tertipu dengan penipuan dan pembohongan ini yang bertujuan melabel kami pengganas, suka mengganas dan membunuh ketika tangan pemerintah sendiri penuh darah, katanya. 



El-Beltagy bersembunyi awal bulan ini selepas pihak berkuasa menggunakan kekerasan bagi merobohkan perkhemahan penyokong Morsi yang digulingkan pada 3 Julai lalu oleh tentera. 



Beratus-ratus orang terbunuh dalam operasi itu termasuk anak perempuan El-Beltagy. 



Sebagai membalas tindakan itu, penyokong Morsi menyerang balai polis, bangunan kerajaan dan gereja. 
AP

Tiada ulasan:

Nuffnang