Rabu, 17 Julai 2013

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Kumpulan aktivis serah memorandum gesa rundingan TPPA ditunda

Posted: 16 Jul 2013 09:46 PM PDT

Haider Yutim
Julai 16, 2013
Astro Awani
Kumpulan aktivis serah memorandum gesa rundingan TPPA ditunda

KUALA LUMPUR: Kumpulan aktivis, Gabungan Bantah FTA hari ini telah menyerahkan sebuah memorandum bagi menggesa rundingan tentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), ditunda.

Memorandum tersebut, meminta kerajaan Malaysia menunda rundingan itu untuk membenarkan ia didebatkan di Dewan Rakyat.

Ia telah diterima oleh ahli parlimen Sunga Siput (PSM) Dr Michael Jeyakumar dan juga ahli parlimen Lembah Pantai (PKR) Nurul Izzah Anwar, yang mana kedua-dua mereka juga merupakan anggota kaukus Parlimen mengenai TPPA.

Dr Jeyakumar ketia mengulas perkara tersebut, meminta kerajaan memberi jaminan akan mengambil kira pandangan rakyat, khususnya pihak-pihak yang berkepentingan sebelum apa-apa keputusan diambil.

"Kita mahu jaminan daripada kerajaan yang akan diberitahu kepada Parlimen, (supaya) beri kita tiga bulan untuk bawa balik pada kawasan untuk dapatkan pandangan rakyat Malaysia.

"Tiada tandangan tanpa pendedahan penuh. Jika tidak boleh pegang janji itu, hentikanlah (rundingan)," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Nurul Izzah pula memohon supaya sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai TPPA ditubuhkan kerana kaukus tidak mempunyai kuasa sebagaimana sebuah jawatankuasa khas Parlimen.

Beliau juga meminta supaya dokumen analisis kos-faedah dipaparkan kepada umum.

"Ini bukan berkait dengan perjanjian yang rahsia.. ini hanyalah kos faedah yang seharusnya diberikan pada umum kerana ia dibuat oleh kerajaan," katanya.

Beliau juga menyuarakan rasa kecewa kerana anggota-anggota kaukus Parlimen dari Barisan Nasional (BN) tidak hadir semasa penerimaan memorandum tersebut.

Terdahulu, kira-kira 100 ahli Gabungan Bantah FTA pagi tadi telah berhimpun di luar Parlimen bagi membantah TPPA.

Himpunan itu diketuai oleh Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim yang meminta perjanjian itu dibatalkan dan menyifatkannya suatu bentuk penjajahan yang baru.

Beberapa anggota dari kumpulan itu kemudiannya bergerak menuju ke dalam premis Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada beberapa ahli-ahli Parlimen.

Dipetik Dari:
http://www.astroawani.com/news/show/kumpulan-aktivis-serah-memorandum-gesa-rundingan-tppa-ditunda-18416

Tiada ulasan:

Nuffnang