Rabu, 17 Julai 2013

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

Give Nie Ching Your Vote, Give Malaysia A Hope @ 国家要改变,古来在前线!

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Perbahasan saya di Parlimen pada 11hb Julai tentang isu projek Kuokuang di Pengerang

Posted: 17 Jul 2013 05:11 PM PDT

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Piawaian yang diguna pakai untuk projek-projek tersebut ada dua kategori. Pertama adalah piawaian negara kita sendiri yang sememangnya ada garis panduan di Jabatan Alam Sekitar. Kedua adalah piawaian antarabangsa yang menjadi rujukan juga. Ini kerana, apa yang kita mahu juga adalah untuk membandingkan piawaian kita dengan piawaian antarabangsa, oleh itu kedua-duanya memang dirujuk untuk diguna pakai.
■1010

Di dalam projek ini, bilangan pakar runding EIA ini adalah 1,098 orang untuk Quantitative Risk Analysis kerana di dalam projek seperti ini Quantitative Risk Analysis untuk keselamatan dan kesihatan adalah penting, 47 orang. Selain daripada itu, terdapat juga 84 chemical process expert yang juga menjalankan kajian EIA bersama-sama mereka ini untuk mendapat maklumat terperinci. Selepas itu membuat laporan sememangnya yang berkualiti dan sahih untuk dinilai oleh panel penilaian yang telah pun dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.

Ahli-ahli panel penilaian juga merangkumi pakar-pakar daripada luar termasuk daripada NGO juga dan juga pakar-pakar daripada agensi-agensi yang berkaitan. Semua panel penilaian ini nanti apabila sudah tiba masanya selepas laporan itu diproses akan mengadakan mesyuarat dan digabungkan di dalam penilaian ini adalah komen-komen juga daripada pihak-pihak yang sudah pun membaca dan menilai laporan ini. Sekian, terima kasih.

Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak pastilah sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah baca ini laporan DEIA. Akan tetapi saya di sini ada salinan. Menurut laporan ini yang menyatakan di muka surat E(5), I quote, "The proposed KPTC is estimated to bring in a foreign investment of approximately RM40 billion and it is expected to contribute approximately RM40,000 million to the national annual revenues upon full operation. An estimate of around 40,000 employment is expected during the construction stage and approximately 3,000 employment opportunity during the operation of the project".

DR 11.7.2013 3

(More......)

Perbahasan saya di Parlimen Mengenai Isu Tenaga Kerja Wanita

Posted: 17 Jul 2013 05:09 PM PDT

Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tambah sikit. Saya rasa kuota ataupun target untuk mencapai 30% ini adalah sebenarnya satu target minimum. Akan tetapi sebenarnya, saya rasa kerajaan kita pun ada satu sasaran. Kita harap bahawa sampai tahun 2015 kita ada ataupun peratusan wanita yang terlibat dalam tenaga kerja boleh mencapai 55%. Ini adalah sasaran yang ditetapkan oleh bekas menteri wanita iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Jadi apa yang saya khuatir di sini ialah selama 15 tahun, peratusan wanita yang terlibat dalam bidang kerja hanyalah 46% walaupun negara jiran kita...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ringkaskan.

Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Seperti Filipina sudah mencapai 52%, Indonesia pun sudah mencapai 52%, Singapura pun ada 60%, Brunei pun ada 61%, Thailand pun sudah ada 71%. Jadi saya di sini hendak tanya menteri yang baru ini menteri kita, saya rasa di bawah Yang Berhormat Menteri, berkeyakinan tak, bolehkah kita mencapai sasaran 55% ini di dalam bidang kerja untuk melibatkan golongan wanita kita kerana kita hanyalah satu tahun setengah sahaja iaitu lebih kurang 18 bulan sahaja. Jadi mintalah pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat lepas jawab bolehlah isu lain pula.

(More......)

Perbahasan Di Parlimen

Posted: 17 Jul 2013 05:06 PM PDT

Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya rasa di antara DAP dan PKR, mana satu yang lebih popular, saya tidak ada komen. Akan tetapi saya rasa mestilah ini yang menyebabkan Yang Berhormat Tanjong Karang tidak begitu popular lagi.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini yang popular!


Puan Teo Nie Ching [Kulai]: ...Sebab dia pindah dari sana ke backbencher.

Beberapa Ahli: [Ketawa]


Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Kalau saya dekat sana, saya tidak cakap macam tadi.


(More......)

Perbahasan SPR & JPM

Posted: 17 Jul 2013 02:00 AM PDT

Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Dua item sahaja.

Pertama, Maksud B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya.

Saya rasa PRU ke-13 sudah berlalu tetapi masih ada banyak masalah teknikal yang saya tidak tahu sama ada SPR kita memang mampu selesaikan secepat mungkin. Seperti semasa PRU ke-13, saya rasa ramai petugas-petugas di tempat mengundi, mereka tidak terima arahan yang cukup tepat. Saya sendiri di Kulai, sepatutnya setiap orang calon Parlimen dan juga untuk DUN, mereka berhak untuk menghantar satu orang untuk menjadi ejen tempat mengundi.

Akan tetapi saya tidak tahu mengapa, untuk tempat mengundi di Kulai pada mulanya informasi yang saya terima, arahan yang saya terima daripada petugas di tempat mengundi adalah Pakatan Rakyat walaupun kami ada calon untuk Parlimen dan juga calon untuk DUN, tetapi kami hanya berhak untuk hantar satu orang untuk menjadi ejen tempat mengundi. Sepatutnya calon Parlimen dan calon ADUN, sepatutnya mereka hantar ejen tempat mengundi mereka secara masing-masing. Maksudnya Pakatan Rakyat sepatutnya ada dua orang ejen di setiap bilik darjah.

Akan tetapi saya tidak tahu mengapa pada sesi pagi itu, arahan yang kami terima di kawasan Kulai adalah Pakatan Rakyat hanya diizinkan dan dibenarkan untuk menghantar satu ejen tempat mengundi. Jadi saya harap bahawa masalah teknikal seperti ini tidak berulang lagi dan saya harap bahawa SPR mengambil perhatian untuk memastikan bahawa petugas-petugas yang dihantar oleh mereka menerima maklumat yang cukup tepat.
Saya rasa isu teknikal kedua yang saya temui semasa PRU ke-13 adalah ada orang walaupun mereka belum mengundi lagi, walaupun tangan mereka, jari mereka memang tidak ada
(More......)

没强制独中生考SPM 张念群促修关中批文

Posted: 16 Jul 2013 09:28 PM PDT

【吉隆坡16日讯】行动党古来区国会议员张念群以教育部书面回答说明教育部并没有强制独中生报考大马教育文凭为由,促请政府考虑修改关丹中华中学批文,取消学生必须报考大马教育文凭考试的条款。

张念群今天在国会走廊召开新闻发布会说明,根据教育部长丹斯里慕尤丁在7月3日的书面回答,教育部并没有强制独中生报考大马教育文凭,独中生可以私人考生名义报考该项考试。

慕尤丁说,在1996年教育法令下,独中获准赋予保留原状的地位,这意味着,不会再增建新独中或分校,仅允准开办国中,以应付各族的教育需求。

"无论如何,在1996年教育法令下,私立学校可以根据18(1)条文阐明来执教。"

也是副首相的慕尤丁在书面回应张念群询问有关宽柔独中第二分校的学生是否需要报考大马教育文凭,以及政府是否在昔加末开办独中时,如是回应。

张念群说,关丹中华中学的课题在社会引起很大争议,甚至为华教带来分裂,如要停止分裂及平息纷争,教育部应考虑修改关丹中华中学的批文。

她说,首相拿督斯里纳吉在第十三届全国大选期间宣布在巴西古当增建宽柔第二分校,令她关注该校学生是否需要同样强制报考大马教育文凭考试。

"既然政府无意强制宽柔独中生报考大马教育文凭,我们希望同样条例实施在关丹中华中学。"

她强调本身无意反对学生报考该项考试,而是认为学生或学校理应在报考考试时有选择权。

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang