:: cina islam | 2011 :: |
- 4 penyokong Morsi terkorban digempur polis di Ramsis
- Kerajaan belanja RM44 juta lawatan PM ke luar negara, kata Shahidan
- 14 bulan kelilingi planet Neptune
- Peraturan baru Bank Negara, selesaikah masalah rakyat Malaysia ?
- Pelajar Cemerlang Kemuka Rayuan Selepas Tidak Ditawarkan Sebarang Kursus di IPTA
- Tiada langsung Islamis dalam kabinet sementara Mesir
- 8 kanak-kanak maut keracunan makanan di India
- Kerajaan baru Mesir angkat sumpah
- Polis diserang dengan bom petrol keganasan di Ireland Utara
- 16 dibakar hidup-hidup pertempuran etnik di barat Afrika
- Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara
- 250 ikan pari ditemui mati di pantai Mexico
4 penyokong Morsi terkorban digempur polis di Ramsis Posted: 17 Jul 2013 02:26 AM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
|
Kerajaan belanja RM44 juta lawatan PM ke luar negara, kata Shahidan Posted: 16 Jul 2013 11:24 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Sebanyak RM44.071 juta dibelanjakan oleh rombongan Pejabat Perdana Menteri untuk lawatan ke luar negara dari Mac 2008 hingga Mei tahun ini. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di Dewan Rakyat, hari ini. Nga ingin tahu jumlah perbelanjaan yang dibayar untuk lawatan luar negara Perdana Menteri dari Mac 2008 hingga Mei 2013. Untuk rekod, Perdana Menteri ketika Mac 2008 ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi manakala Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan itu sejak 3 April, 2009 hingga sekarang. - Bernama, 17 Julai, 2013 TMI/' |
14 bulan kelilingi planet Neptune Posted: 16 Jul 2013 11:15 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Lakaran NASA pada 1989 menunjukkan beberapa bulan mengelilingi Neptune. - Foto REUTERS CAPE CANAVERAL: Seorang pakar astronomi mengkaji imej arkib Neptune yang diambil Teleskop Angkasa Lepas Hubble mengesan bulan ke-14 yang mengorbit planet berkenaan. Dianggarkan dalam bergaris pusat 20 kilometer, bulan terbabit berada kira-kira 105,251 kilometer dari Neptune. Pakar astronomi terbabit, Mark Showalter dari Institut SETI di Mountain View, California membuat penyelidikan imej Hubble bagi bulan di dalam serpihan berbentuk cincin di sekeliling Neptune. Perluas analisis Beliau menemui bulan ke-14 itu selepas memutuskan untuk memperluas analisisnya ke kawasan lebih luas. "Kami memproses data untuk beberapa lama dan saya mengatakan bahawa, baiklah, mari kita tengok lebih jauh," kata Showalter. "Saya ubah program yang tidak hanya berhenti di luar serpihan itu. Sementara ia memproses data, saya keluar dari bilik komputer dan menunggu sejam sementara ia memproses semuanya untuk saya. "Apabila kembali semula, saya lihat imej dan ada titik tambahan sedangkan ia tidak sepatutnya ada di situ," kata Showalter. Analisis susulan imej arkib lain Hubble mengesahkan bahawa objek terbabit adalah bulan. Showalter dan rakannya kini memikirkan satu nama untuk dicadangkan kepada Kesatuan Astronomi Antarabangsa, yang membuat keputusan muktamad mengenai perkara berkenaan. "Kita tidak benar-benar jauh daripadanya. Apa yang boleh saya katakan bahawa nama itu akan keluar dalam mitologi Roman dan Greek dan ia membabitkan karektor berkaitan dengan Neptune, dewa lautan," kata Showalter. Bulan terbesar Neptune, Triton dikesan pada 1846 beberapa hari selepas planet itu sendiri ditemui. Nereid, bulan ketiga terbesar Neptune ditemui pada 1949. - REUTERS |
Peraturan baru Bank Negara, selesaikah masalah rakyat Malaysia ? Posted: 16 Jul 2013 10:18 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Dr. Muhammad Agus Yusuff PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan. Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah 'juara' dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%. Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang). Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak. Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran. Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja. Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20"X70" pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya? Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu? Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang? Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin 'tidak masuk akal' sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih 'menyewa' lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti. Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut: i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya. ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan. iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau. iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar. v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal. vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment 'layak duduk' yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan 'kalau ayam mahal jangan makan ayam', atau 'kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung'. Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini. Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini... - Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Penganalisis Politik, Pensyarah UKM |
Pelajar Cemerlang Kemuka Rayuan Selepas Tidak Ditawarkan Sebarang Kursus di IPTA Posted: 16 Jul 2013 09:33 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mereka antara pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang namun ia masih belum cukup untuk mereka diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini. Lapan pelajar yang mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 tidak ditawarkan sebarang kursus di IPTA walaupun telah menghantar borang permohonan mereka untuk masuk ke IPTA. Mereka antara 108 kes rayuan yang diterima oleh MCA daripada pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan program matrikulasi sejak isu berkenaan menjadi perhatian minggu lalu. Daripada jumlah berkenaan seramai 55 pelajar mencatatkan keputusan CGPA 4.0.Pengerusi Biro Pendidikan MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau tidak dapat terima alasan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan bahawa wujudnya kesilapan teknikal yang menyebabkan pelajar cemerlang berkenaan tercicir daripada mendapat tempat atau tidak mendapat kursus pilihan mereka di IPTA. "Mereka memperoleh keputusan cemerlang dengan CGPA 4.0. Jangan beritahu saya mereka tidak tahu mengisi borang. "Saya tidak boleh terima alasan yang bodoh seperti itu. Ia sangat tidak adil kepada pelajar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuaan dengan 22 pelajar dan keluarga mereka di Wisma MCA pada Selasa. Mengulas lanjut mengenai isu teknikal yang dikatakan berlaku, Dr Wee berkata 16 daripada 22 pelajar telah dipanggil untuk menghadiri temuduga di Universiti Sains Malaysia. "Sekiranya ada berlaku kesilapan teknikal, bagaimana pihak USM boleh panggil mereka menghadiri temuduga?," ujarnya. Beliau berkata parti itu akan meminta bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan isu berkenaan. Najib dalam twitternya berkata beliau tahu ada yang pihak yang kecewa apabila tidak mendapat tempat di IPTA. "Jangan putus asa. (Saya) akan berbincang dengan Kabinet minggu ini mengenai langkah terbaik untuk membantu pelajar ini," katanya. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MIC, G. Kalaicelvan berkata parti itu turut menerima banyak aduan ramai pelajar India yang cemerlang tidak mendapat kursus pilihan mereka di IPTA. "Kebanyakan pelajar ini mahu kursus perubatan dan keputusan STPM mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan bagaimanapun mereka tidak mendapat tempat di IPTA," kata Kalaicelvan. Beliau berkata ramai pelajar India yang cemerlang itu kecewa selepas keputusan STPM diumumkan tahun lalu. "Ia adalah masalah yang tiada berkesudahan," katanya. mstar.com.my/ |
Tiada langsung Islamis dalam kabinet sementara Mesir Posted: 16 Jul 2013 09:27 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran besar untuk mengembalikan pemerintahan awam dan menyelamatkan ekonomi negara itu, proses yang dirumitkan dengan siri tunjuk perasaan dan kebuntuan politik dengan kumpulan Islamis berpengaruh. Ketua kerajaan sementara Adli Mansour, hakim yang mengetuai kerajaan yang disokong tentera, mengangkat sumpah bersama 33 lagi menteri yang dilihat liberal dan teknokrat di istana presiden pada Selasa, lapor Reauters.Tiada seorang pun menteri dipilih daripada kumpulan Islamis Mesir yang memenangi 5 kali pilihan raya secara berterusan sejak 2011. Presiden Islamis Mohamed Mursi digulingkan tentera pada 3 Julai selepas jutaan rakyat Mesir menunjuk perasaan di jalan-jalan raya bagi menuntut pengundurannya. Ikhwanul Muslimin menolak kerajaan sementara itu, termasuk Perdana Menteri Hazem el-Beblawi, seorang ekonomis veteran liberal. "Ia kerajaan haram, perdana menteri haram dan kabinet haram," kata jurucakap Ikhwan Gehad El-Haddad. "Kami tak iktiraf seorang pun dalamnya. Kami juga tak sesekali mengiktiraf kuasanya sebagai wakil kerajaan." Menteri-menteri itu memasuki pejabat masing-masing hanya beberapa jam selepas tujuh lagi terbunuh dan 260 tercedera akibat pertembungan penyokong Ikhwan dengan polis di tengah kota Kaherah, berdekatan Giza. Angkat itu menjadikan jumlah keseluruhan terkorban selepas Mursi digulingkan sekurang-kurangnya 99 orang. Ketegangan antara dua kumpulan pula mewujudkan pemisahan masyarakat yang jelas antara yang menyokong campur tangan tentera dan yang menentangnya. Bagaimanapun, di balik kegasanan dan pergaduhan politik, kerajaan sementara menggalas tugas besar untuk membawa ekonomi Mesir keluar daripada kelembapan, selepas dua tahun setengah pergolakan dan ketika bekalan makanan sekarang di paras bahaya. |
8 kanak-kanak maut keracunan makanan di India Posted: 16 Jul 2013 09:20 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - PATNA, India 17 Julai - Lapan kanak-kanak maut manakala 80 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan di timur India, semalam. Seorang pegawai kerajaan, Abhijit Sinha berkata, lapan kanak-kanak itu meninggal dunia selepas menikmati makan tengah hari yang disediakan di sekolah mereka. "Kesemua mangsa yang berusia di bawah 10 tahun menikmati nasi dan sejenis lauk yang dihasilkan dari kekacang."Bagaimanapun, ada di antara mereka yang tidak mengalami sebarang masalah selepas menikmati juadah tersebut," katanya. Sehubungan itu, pasukan forensik dikerah ke sekolah tersebut untuk menyiasat punca keracunan. - AFP |
Kerajaan baru Mesir angkat sumpah Posted: 16 Jul 2013 07:45 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin, gerakan Islam yang melahirkan Morsi, segera menolak barisan kabinet baru yang terdiri daripada 35 ahli itu. Barisan kabinet baru itu tidak menyenaraikan seorang pun menteri yang bergabung dengan mana-mana parti atau pergerakan Islam. Kerajaan baru itu diketuai oleh ahli ekonomi liberal, Hazem al-Beblawi. Sementara itu, ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi, ketua di sebalik rampasan kuasa ke atas Morsi, menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Pertahanan. - AFP |
Polis diserang dengan bom petrol keganasan di Ireland Utara Posted: 16 Jul 2013 07:42 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - LONDON: Beberapa anggota polis diserang dengan bom petrol dan seorang jurugambar akhbar Perancis turut diserang ketika keganasan yang tercetus di timur Belfast di sini, lewat malam tadi. Perkhidmatan Polis Ireland Utara (PSNI) berkata, pertempuran itu berlaku apabila orang ramai berkumpul di jalanan dekat Lower Newtownards Road. Sebuah kenderaan polis turut diserang dengan dua bom petrol dan beberapa tembakan, namun tiada kecederaan dilaporkan. |
16 dibakar hidup-hidup pertempuran etnik di barat Afrika Posted: 16 Jul 2013 07:39 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Keganasan berlaku di kawasan hutan di selatan negeri, awal pagi semalam apabila pengawal stesen minyak dari suku Guerze memukul sehingga mati seorang remaja etnik Konianku kerana dituduh mencuri. "Keganasan yang direkodkan sejak Isnin di Koule, dan kemudian di N'Zerekore, merekodkan 16 orang mati dan kira-kira 80 cedera," kata jurucakap kerajaan, Albert Damatang Camara. - AFP |
Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara Posted: 16 Jul 2013 07:37 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), pusat gempa terletak 100 kilometer di utara Langsa, Indonesia dan 233 kilometer di barat daya Langkawi, Kedah. JMM sedang memantau perkembangan itu. - BERNAMA |
250 ikan pari ditemui mati di pantai Mexico Posted: 16 Jul 2013 07:17 PM PDT 8 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Kira-kira 250 ikan pari ditemui mati di pantai Teluk Veracruz. Datuk Bandar Ursulo Galvan, Martin Verdejo, berkata saksi memberitahu pihak berkuasa bahawa nelayan membuang ikan itu di pantai kerana tidak mampu menjualnya pada harga yang tinggi. - Foto AFP Penduduk dan pengunjung mengesan kematian ikan pari itu semalam di pantai Chachalacas, bandar Ursulo Galvan dan menyiarkan gambar berkenaan di media sosial. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan