N50 Dun Sri Muda |
- MP BN Hanya Menerima Input Dari TV3 & Utusan
- Tindakan Biadap Alvin & Vivian Ini Melampau
- Rakyat Harus Matang Menggunakan Laman Sosial
MP BN Hanya Menerima Input Dari TV3 & Utusan Posted: 16 Jul 2013 07:27 PM PDT KUALA LUMPUR 16 JULAI: Terlalu bergantung kepada laporan TV3 danUtusan Malaysia punca Ahli Parlimen BN tidak mendapat maklumat sebenar berhubung kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama semasa mengendalikan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum KEADILAN itu mengulas dakwaan Ahli Parlimen BN kononnya kegagalan SPR hanya melibatkan penggunaan dakwat yang tidak kekal dan tiada isu lain melibatkan badan itu. "Ahli Parlimen BN sering cabar selain dakwat kekal tiada isu lain yang dibangkitkan Pakatan Rakyat melibatkan SPR kerana mereka hanya baca Utusan dan tonton TV3, sedangkan kalau teliti petisyen (pilihan raya) yang dikemukakan, banyak kes seperti pengundi hantu. "Petisyen (Parlimen) Libaran misalnya menyebut secara khusus (kewujudan) pengundi yang bukan warga negara dalam senarai (daftar pemilih)," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Anwar, insiden blackout (lampu padam) semasa pengundian 5 Mei lalu dan petisyen bantahan berhubung isu itu melibatkan Parlimen Baram di Sarawak, DUN Klias, Sabah dan kawasan lain yang pernah didedah Pakatan Rakyat dinafi SPR dan pemimpin BN. "Begitu juga di Parlimen Tapah yang kini menjadi kes mahkamah. Bagaimana SPR mengizinkan kakitangan Majlis Daerah mengangkut keluar peti-peti undi dari lokap pada masa yang tidak dibenarkan. "Manakala penipuan di Parlimen Balik Pulau, bilangan undi melebihi jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Sebanyak 700 kertas undi diterima pegawai pengurus SPR sedangkan bilangan yang ada hanya 424, selain Borang 14 menyebut 556," kata Anwar lagi. TV3 dan Utusan tidak memberi peluang kepada Ketua Pembangkang itu untuk diwawancara tetapi memberi temuramah khas kepada SPR untuk menyerang Pakatan. KD |
Tindakan Biadap Alvin & Vivian Ini Melampau Posted: 16 Jul 2013 07:21 PM PDT DAP kesal tiada tindakan dikenakan terhadap ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan parti itu dengan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dalam ucapan perbahasannya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, Bung Mokhtar telah menyalahgunakan peluang bercakap di Parlimen untuk memfitnah DAP. "Kita amat kesal apabila beliau mengeluarkan kenyataan fitnah itu. Nampaknya beliau sengaja mengucapkannya di Parlimen kerana tahu ada imuniti. "Malangnya tiada tindakan dikenakan kepada beliau walaupun kita sudah membangkitkan soal peraturan mesyuarat. Kita harap Speaker Dewan Rakyat dapat menegur dan ambil tindakan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen. Terdahulu, Bung Mokhtar dalam ucapan perbahasannya mendakwa pasangan Alvin dan Vivian mendapat tajaan DAP. Tindakannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantah dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Loke sendiri. Menurut Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, kenyataan Bung itu cuba memberi gambaran buruk terhadap DAP. "Seperti yang ditegaskan sebelum ini, DAP mengutuk perbuatan pasangan blogger berkenaan. Tindakan mereka ternyata boleh mendatangkan kemarahan umat Islam dan menimbulkan masalah hubungan kaum. "Namun, kita lebih kesal apabila ada pihak yang kaitkan mereka dengan DAP. Ini semua modus operandi Umno untuk memberikan imej negatif kepada DAP," katanya. - SH |
Rakyat Harus Matang Menggunakan Laman Sosial Posted: 16 Jul 2013 06:54 PM PDT Beberapa Badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mengutuk tindakan segelintir individu yang menjadikan laman sosial untuk menjatuhkan imej seseorang, agama atau menghina sesebuah bangsa dan negara. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman, berkata laman sosial bukan bertujuan mencetuskan perbalahan, sebaliknya dijadikan medium menyatupadukan sesebuah bangsa dalam dunia ini. "Selari dengan kemajuan teknologi, semua perlu menggunakan teknologi dengan bijak dan bukannya mengikut perasaan," katanya kepada Bernama semasa majlis berbuka puasa bersama kira-kira 32 NGO Islam, hari ini. Abdullah Zaik turut mengutuk perbuatan sesetengah NGO yang menganjurkan demonstrasi jalanan dan kebanyakannya menarik penglibatan golongan muda. Setiausaha Agung Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak pula meminta rakyat pelbagai bangsa supaya hormat-menghormati. Beliau turut menggesa perbuatan menghina atau bertelagah di laman sosial dihenti segera kerana kelemahan sesebuah bangsa akan terserlah melalui perbalahan. "Pertelagahan berlaku apabila tiada rasa hormat sesama sendiri..Jangan sampai kita berpecah, kita perlu bangkit bersatu, kuatkan barisan," katanya. - Bernama, |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan