Dr Siti Mariah Mahmud |
Hina Agama : Dr Mariah gesa tangani tanpa pilih kasih Posted: 17 Jul 2013 05:23 AM PDT Kemarahan umat Islam terhadap pasangan Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam sebelum ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa ada pilih kasih. Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata masyarakat hari ini mudah menjadi marah apabila berlaku hinaan ke atas agama Islam oleh bukan Islam. Sebaliknya, hanya berdiam diri apabila terdapat orang Islam sendiri yang menghina Islam dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum Islam itu. "Ya, memang wajar umat Islam marah apabila ada bukan Islam menghina Islam. Tapi anehnya, apabila ada orang Islam yang jelas menghina agama, tiada pula yang marah," kata beliau ketika diminta mengulas tindakan pasangan tersebut. Bercakap pada wartawan pada sidang media di lobi parlimen, hari ini Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat itu berkata terdapat pemimpin negara ini yang beragama Islam secara jelas mempunyai pegangan saham judi di Genting. Malah, tambah Dr. Mariah terdapat korporat-korporat di negara ini yang beragama Islam yang menjalankan perniagaan dengan mengambil keuntungan dari hasil riba yang jelas haram di sisi Islam. "Sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran yang mengatakan riba itu bukan satu perniagaan. Dan tindakan mengenakan riba itu juga merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam itu sendiri," kata beliau. Sehubungan itu, beliau meminta sebarang isu berkaitan sensitiviti mana-mana agama perlu diberikan perhatian seadil-adilnya tanpa pilih kasih. |
Posted: 16 Jul 2013 08:13 PM PDT Pakar bongkar, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan kepada Dewan Rakyat seorang usahawan bernama Mohamed Salleh Mohd Ali sebagai individu yang bertanggungjawab membekal dakwat kekal pada PRU13. Beliau mendakwa, usahawan itu mendapat tender terus daripada SPR membekalkan topi, kemeja-T dan dakwat kekal. Dakwa beliau lagi, Mohamed Salleh pakar dalam rundingan terus apabila memperolehi banyak projek kerajaan termasuk bersama Kementerian Pertahanan. "Pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya. Ada tiga syarikat dikawal oleh niagawan ini, salah satunya syarikatIntergrated Challenger Malaysia Sdn Bhd. "Sebab itu saya minta menteri sebut sebelum kami dedahkan, sebab selepas keluar (pendedahan) akan datang persepsi tidak baik. "Ada dua syarikat lagi masuk dalam rundingan terus yang dikawal Mohamed Salleh ini," katanya pada sesi pembahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan, hari ini. Menurut Rafizi, maklumat yang diperolehi itu daripada orang dalam SPR sendiri. "Saya minta menteri sahkan maklumat yang kami terima ini."Apa tindakan akan diambil kepada pakar rundingan terus ini?," soalnya. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang mencelah perbahasan itu, mempersoalkan pendedahan yang dibuat Rafizi. "Di mana salahnya? Soal rundingan terus bukan menjadi amalan sekarang tetapi menjadi amalan dari pimpinan terdahulu termasuk ketika Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan," katanya. Membidas kenyataan itu, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) berkata, ada banyak kelemahan melibatkan rundingan terus sehingga dakwat kekal yang dijanjikan tidak kekal. "Kesalahan itu adalah bila rundingan terus dibeli pada harga jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan kualiti barang yang sudah rosak," katanya. Dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu mengundang pelbagai kontroversi apabila ia tidak mampu bertahan lama sepertimana yang diuar-uarkan SPR. Ekoran itu, pelbagai siri bantahan dan petisyen difailkan PR dan BN kerana meragui keputusan PRU13 di beberapa kawasan Parlimen dan Dun yang didakwa berlaku penipuan pilihan raya. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan