|   R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang   | 
| Posted: 30 May 2013 10:44 AM PDT PETALING JAYA 30 MEI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta tidak  terus memperalatkan pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk tujuan  politik, gesa Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa. Tegas beliau, KDN yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid  seharusnya memberi ruang dan kebebasan kepada polis untuk menumpukan  perhatian terhadap skop tugas mereka yang sebenar. "Saya tidak menyalahkan polis-polis ini kerana mereka terpaksa akur  dengan arahan bos-bos mereka untuk menyiasat perkara seperti perhimpunan  aman yang jelas bukan satu jenayah. "Saya yakin polis juga sebenarnya tidak mahu membuang masa menyiasat dan menahan rakyat yang berhimpun secara aman. "KDN khususnya Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab terhadap  penyelewengan ini, sepatutnya KDN perlu biar PDRM fokus dengan kerja  membendung kejadian jenayah yang makin meningkat dan merunsingkan  rakyat, bukan sebaliknya," ujarnya di depan Balai Polis Tropicana di  sini. Ditemani peguam, G. Sivamalar, beliau hadir untuk disoal siasat di  bawah Akta Pehimpunan Aman 2012 berhubung kehadirannya dalam himpunan  solidariti Adam Adli pada 22 Mei lalu. Pada malam tersebut, seramai 18 orang, termasuk pembantu peribadi  beliau, Peter Chong ditahan ketika berhimpun di hadapan lokap Balai  Polis Jinjang. "Saya tidak faham mengapa saya dipanggil untuk soal siasat sedangkan  segala yang berlaku pada malam itu disaksikan puluhan anggota polis,  malah sudah pasti ada rakaman video mengenainya, semua ini polis sudah  sedia maklum. "Saya ditanya soalan yang mereka sudah tahu jawapannya, nampak sangat  polis terpaksa buang masa untuk tindakan politik," ujarnya kesal. Beliau bagaimanapun berkata tidak diberitahu samada akan dipanggil semula untuk soal siasat atau akan ditahan selepas ini. Siasatan bermula pada jam 10.50 pagi tadi dan tamat kira-kira 55 minit kemudian. ~ SelangorKu  . | 
| You are subscribed to email updates from R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
  
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan