Khamis, 30 Mei 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Sultan Selangor Bertitah Sempena Istiadat Bersejarah

Posted: 30 May 2013 07:07 PM PDT

Tuanku Sultan Selangor
"Beta tidak berkenan mereka yang telah mendapat mandat mengambil kesempatan untuk memperolehi sesuatu demi kepentingan diri sendiri," baginda Sultan Selangor
Exco Selangor 2013 bersama Ex Officio
Sultan titah Kerajaan Selangor tunai janji manifesto PRU

KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan pimpinan kerajaan negeri yang diteraju gabungan parti Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya yang lepas, secara adil dan saksama berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.

Baginda bertitah manifesto yang dibuat oleh sesebuah parti adalah "satu janji dengan rakyat" yang mesti dilaksanakan tanpa berlengah apabila mereka memerintah negeri.

"Oleh itu, amatlah penting ianya (manifesto) ditunaikan dan janganlah melupakan rakyat yang menaruh penuh harapan untuk menikmati sebuah negeri yang aman makmur dalam suasana rakyat hidup dengan penuh harmoni," titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan dan mengangkat sumpah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Alam Shah, di sini hari ini.

Sultan Selangor menyeru pimpinan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangunkan program yang memberi impak sebenar kepada negeri itu untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran.

Titah baginda setiap tanggungjawab yang dipikul hendaklah dikendalikan secara intelektual, bukan secara emosi dengan mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri berbanding kepentingan diri atau parti masing-masing.

"Apabila menjalankan tugas, Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah berpandukan kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan dan janganlah sekali-kali melanggar undang-undang ini serta membuat sesuatu dengan mengikut kehendak hati semata-mata," titah baginda sambil mengingatkan wakil rakyat Selangor menjauhkan diri daripada amalan rasuah.

Dalam pada itu, Sultan Selangor mengingatkan wakil rakyat Selangor yang dipilih memahami kehendak dan keperluan rakyat dan sentiasa menitikberatkan perpaduan berteraskan konsep muhibah antara kaum.

Titah baginda, keutamaan perlu diberi kepada memajukan negeri Selangor di samping memastikan kehidupan rakyat berbilang kaum berada dalam keadaan selesa dan aman sehingga ke generasi akan datang.

Titah baginda, wakil rakyat Selangor hendaklah sentiasa berdamping dengan rakyat untuk mengetahui kehendak dan keperluan mereka serta mengatasi masalah-masalah yang dihadapi mereka.  

"Janganlah apabila memerlukan undi, Ahli-ahli Yang Berhormat menjanjikan bulan dan bintang serta sanggup melawat mereka sehingga ke dapur rumah mereka, tetapi apabila telah mendapat undi dan memperolehi kemenangan, kelibat Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian pun tidak kelihatan.

"Beta tidak berkenan mereka yang telah mendapat mandat mengambil kesempatan untuk memperolehi sesuatu demi kepentingan diri sendiri," titah baginda. - Bernama/sinar harian


40 % Exco Selangor 2013 Adalah Wanita

Posted: 29 May 2013 11:13 PM PDT

Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor 2013

YAB Dato' Menteri Besar Selangor:

YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim ADUN Pelabuhan Klang

Portfolio

• Kewangan • Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam • Majlis Tindakan Ekonomi Negeri • Penerangan • Jawatankuasa Adat Melayu

Wakil PAS:

YB Tuan Iskandar Bin Abdul Samad ADUN Cempaka

Portfolio
• Perumahan • Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar

YB Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi ADUN Sijangkang
Portfolio
• Belia Dan Sukan • Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

YB Puan Dr. Halimah Binti Ali ADUN Selat Klang

Portfolio
• Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi • Pembangunan Modal Insan

YB Tuan Sallehin Bin Mukhyi ADUN Sabak

Portfolio • Hal Ehwal Islam • Permodenan Pertanian • Pembangunan Desa

Wakil DAP

YB Tuan Ean Yong Hian Wah ADUN Sri Kembangan

Portfolio
• Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan • Pembangunan Kampung Baharu Dan Pemutihan Kilang Haram

YB Tuan Ganapathi Rao A/l Veraman ADUN Kota Alam Shah

Portfolio
• Pekerja Ladang • Kemiskinan • Kerajaan Prihatin

YB Dato' Teng Chang Khim ADUN Sungai Pinang

Portfolio
• Kerajaan Tempatan • Kajian Dan Penyelidikan

Wakil PKR

YB Puan Dr. Rodziah Binti Ismail ADUN Batu Tiga


Portfolio
• Kebajikan • Hal Ehwal Wanita

YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi ADUN Sementa

Portfolio
• Kesihatan • Pembangunan Usahawan • Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB Puan Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan

Portfolio
• Pelancongan • Hal Ehwal Pengguna • Alam Sekitar

Dewan Negeri Selangor:

YB Puan Hannah Yeoh ADUN Subang Jaya

Portfolio
• Speaker Dewan Negeri Selangor

YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad ADUN Seri Setia

Portfolio
• Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor

Tiada ulasan:

Nuffnang