:: cina islam | 2011 :: |
- Takziah buat keluarga tregedi bot karam
- Kepala cikgu Lijah pecah dipukul
- Mayat pertama mangsa bot karam ditemui
- Muka ditimpa sawit
- Kesal tanah pusaka ‘diceroboh’
- Negara Paling Selamat: Anak Menteri Kena Ragut: Rugi RM8,000
- Mangsa karam kongsi cerita
- Dihempap besi terlerai
- Dihempap besi terlerai
- Masjid dibakar di Myanmar
- Meracau tahan derita
- Polis siasat ibu bayi jatuh dalam lubang tandas
- Letak anak dalam penyejuk beku untuk hentikan tangisan
- NGO T’ganu bersolidariti bela Safwan Anang
- Khalid ucap tahniah kepada Exco Selangor
- Pemuda PAS 'salute' Safwan Anang, Adam Adli
- Air terjun seperti teh tarik
- Lintah merah jambu terdapat di Australia
- 12 tahun anak dalam sangkar
- Pas sertai himpunan
- Aku dan Ustaz Azizan: Catatan jimat cermat
- Wanita diserang ‘penunggu’ almari
- Baiki sistem pilihan raya tindakan bunuh diri BN
- Saya terlepas dari amanah yang berat - Dr Rani
- Mayat pertama mangsa bot karam ditemui
Takziah buat keluarga tregedi bot karam Posted: 30 May 2013 12:17 AM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] -
Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob berkata tradegi tersebut wajar membuka mata pihak berkenaan agar langkah-langkah keselamatan yang yang telah ditetapkan ketika mengambil penumpang. "Nyawa bukanlah sesuatu yang boleh ditukar ganti dan nyawa penumpang juga lebih berharga daripada keuntungan mengambil penumpang secara berlebihan. "Moga tragedi ini menjadi iktibar bukan sahaja kepada pemilik kenderaan air malahan juga kenderaan di daratan juga," katanya. Dalam tragedi tersebut, bot ekspres 'Kawan Mas' yang didakwa membawa lebih muatan sehingga 200 penumpang itu telah melanggar batu dan menyebabkan karam. Ketika itu, bot berkenaan dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit. Mayat pertama ditemui Ekorannya kejadian itu juga, 11 penumpang didakwa hilang dan salah seorang darinya ditemui pagi ini dalam keadaan telah meninggal dunia. Mayat pertama yang merupakan seorang lelaki itu dilaporkan dijumpai penduduk rumah panjang Uma Tebok, Long Buyun, tidak jauh dari lokasi kejadian. sinar/- | ||
Kepala cikgu Lijah pecah dipukul Posted: 30 May 2013 12:11 AM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - KAJANG - Seorang pesara guru ditemui mati dipercayai dibunuh, selepas disamun dalam kejadian di rumahnya di Jalan Mewah Abu Samah, Kampung Sungai Jai, Beranang, di sini, semalam. Mangsa, Khalijah Abu Samah, 74, ditemui dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah di bahagian ruang tamu berhampiran pintu dapur rumahnya. Mangsa yang tinggal bersendirian ditemui oleh jirannya seorang warga Indonesia, Ahmad Zaini Kasmuri, 54, kira-kira jam 10 pagi. Ahmad Zaini ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, dia yang berniaga sayur keluar rumah untuk ke pasar pada jam 7 pagi. Menurutnya, apabila kembali semula ke rumahnya kira-kira tiga jam kemudian, dia mendapati rumah mangsa kosong. Katanya, dia bagaimanapun melihat terdapat sebuah motosikal hitam jenis Yamaha 125Z diparkir berdekatan pagar laman rumah mangsa. Ahmad Zaini berkata, dia kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk meletakkan barang, sebelum bergegas ke rumah mangsa untuk menjenguknya. "Biasanya kalau saya balik setiap hari dari pasar, kakak (mangsa) akan duduk di luar rumah, tetapi hari ini (semalam) tiada. "Saya rasa tak sedap hati dan terus pergi ke rumah kakak. Apabila saya tolak pintu dapur, nampak kakak sudah tertiarap tidak sedarkan diri di kawasan ruang tamu rumah," katanya. Kepala ditutupi tudung Ahmad Zaini berkata, ketika ditemui kepala mangsa ditutup dengan tudung dan terdapat kesan darah yang banyak sehingga ke lantai. Menurutnya, dia menarik tudung mangsa dan mendapati kepalanya pecah, selain banyak serpihan kaca bertaburan di atas lantai. Ahmad Zaini berkata, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan kepada jiran berdekatan tentang perkara tersebut. "Salah seorang jiran terus buat laporan polis, manakala saya hubungi menantu mangsa memaklumkan perkara tersebut," katanya yang sudah tiga tahun berjiran dengan mangsa. Ketika ditanya berhubung motosikal yang dilihatnya sebelum itu, beliau berkata, motosikal itu sudah tiada ketika dia pergi ke rumah mangsa. Menurutnya, dia berasa sedih dengan kejadian yang berlaku, kerana selama ini, dia dan isteri diamanahkan oleh tiga anak mangsa untuk menjaga dan menjenguk keadaannya kerana mereka tinggal berjauhan termasuk seorang di Arab Saudi. "Selalu saya belikan dia barang atau makanan dan dia akan masak sendiri. Tapi tak sangka perkara sebegini menimpanya," katanya. Keluarga kerap datang melawat Menantu mangsa, Zunfar Mohd Saad, 45, yang tinggal di Kajang berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas jirannya menghubungi melalui telefon kira-kira jam 11 pagi. Menurutnya, dia dan suami yang merupakan anak bongsu mangsa kerap datang melawat kerana mereka yang tinggal paling dekat dengan rumah mangsa. "Kami memang selalu pesan pada jiran untuk tengok-tengokkan emak sebab dia tinggal seorang. Tapi tak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku," katanya. Maut akibat dipukul objek tumpul Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian. Beliau berkata, siasatan menunjukkan mangsa dibunuh antara jam 7.30 pagi ke 10 pagi semalam. Menurutnya, pemeriksaan awal menunjukkan terdapat dua kesan kecederaan pada kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul. "Tiada sebarang senjata yang digunakan dalam kejadian ditemui dan premis juga tidak dipecah masuk. "Keadaan rumah berselerak dipercayai digeledah suspek dan hanya barangan kemas mangsa dikenal pasti hilang. Setakat ini, kita percaya individu yang menyerang mangsa hanya seorang," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. sinar/- | ||
Mayat pertama mangsa bot karam ditemui Posted: 29 May 2013 11:59 PM PDT KAPIT 30 Mei - Mayat seorang lelaki berumur 44 tahun yang disenaraikan sebagai antara penumpang bot ekspres "Kawan Mas" yang karam Selasa lepas, ditemui pagi ini. Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sebau berkata, mayat Tujok Lah dijumpai penduduk rumah panjang Uma Tebok, Long Buyun, tidak jauh dari lokasi kejadian. Beliau berkata mayat akan dibawa ke Bazar Belaga. Bakar turut mengingatkan pengguna sungai dan penduduk di sepanjang pinggir Sungai Rajang supaya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan air dari empangan hidroelektrik Bakun akan dilepaskan untuk menaikkan paras sungai. "Peningkatan jumlah air akan turut menjadikan arus semakin deras dan saya menasihati pengguna serta dan penduduk berhampiran sungai di kawasan ini supaya lebih berhati-hati," katanya. Bot ekspres Kawan Mas dikatakan membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit apabila terlanggar batu lalu karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, antara 8.30 pagi dan 9 pagi Selasa. - BERNAMA | ||
Posted: 29 May 2013 11:57 PM PDT Ledang: Seorang pekebun parah apabila setandan kelapa sawit seberat kira-kira 20 kilogram yang baru dipetik menimpa mukanya di Parit Bunga di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa, Teo Liang Chuan, 43, parah di muka sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan. Bapa mangsa yang mahu dikenali Teo, 60-an, berkata, pada hari kejadian, anaknya ke kebun berkenaan ditemani isteri dan seorang pekerja warga Indonesia. Menurutnya, dia mengambil alih tugas memetik buah kelapa sawit di kebun milik rakan anaknya itu selepas seorang daripada pekerja mereka berhenti beberapa bulan lalu. MANGSA dikejarkan ke HPSF untuk rawatan. "Ketika kejadian, menantu saya berada selang tiga pokok dari tempat Liang Chuan memetik buah kelapa sawit. metro/- | ||
Kesal tanah pusaka ‘diceroboh’ Posted: 29 May 2013 11:54 PM PDT ROMPIN – Seorang warga emas kecewa apabila tanah pusaka miliknya dibangunkan jalan tar, saluran paip dan tiang elektrik tanpa sebarang permohonan dari pihak yang berkenaan. Peneroka, Osman Ali, 64, berkata, pembangunan tanpa kebenaran itu dilakukan sejak arwah ayahnya masih hidup iaitu pemilik asal tanah tersebut tetapi ketika itu dia tidak membuat sebarang tuntutan kerana tanah masih belum ditukar hak milik kepada namanya. "Saya sedih dan kecewa kerana tanah yang sah-sah milik saya dibangunkan tanpa sebarang permohonan kebenaran atau makluman. "Sudah tiga tahun saya menunggu, tetapi sampai sekarang masih tiada maklum balas positif dari kerajaan negeri mengenai tuntutan saya," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Beliau yang berasal dari Keratong 9 juga hampa dengan ramai peguam apabila sejak 2004, tiada yang berani untuk mewakilinya untuk melakukan tuntutan tersebut. "Sejak geran ditukar nama pada 2004, saya cari peguam di merata tempat tetapi semuanya tak berani kerana kata mereka ini kes melawan kerajaan. Nasib baik jumpa dengan peguam ini yang berani mewakili saya," katanya. Peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly, 35, berkata, hak anak guamnya adalah dijamin undang-undang tanah negara. "Kes anak guam saya ini ialah pembangunan yang dijalankan di atas tanahnya tanpa persetujuan dan bayaran pampasan sebagai mana yang dinyatakan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960. "Dalam akta tersebut menyatakan mana-mana tanah yang diambil bagi tujuan pembangunan, ia mesti dibayar pampasan," katanya. Menurutnya, Osman tidak pernah mendapat dokumen atau permohonan dari kerajaan negeri dan cukai tanah dibayar setiap tahun tanpa gagal. "Saya yang mewakili anak guam menghantar notis tuntutan kepada Pentadbir Tanah daerah Rompin bagi pihak kerajaan negeri menuntut supaya satu ganti rugi diberikan dan tuntutan bayaran sewa penggunaan tanah beliau. "Pernah dipanggil beberapa kali oleh Pentadbir Tanah dan yang terakhir pada Julai 2011, namun hingga kini senyap. Oleh demikian, satu penjelasan dari kerajaan negeri dan Pentadbir Tanah Rompin tentang status masalah ini mesti diberikan," katanya. Beliau menegaskan bahawa hak menuntut ganti rugi adalah dijamin Perlembagaan Malaysia dan sedang mempertimbangkan untuk membawa kes ini ke Biro Pengaduan Awam sebelum memfailkan kes di mahkamah. sinar/- | ||
Negara Paling Selamat: Anak Menteri Kena Ragut: Rugi RM8,000 Posted: 29 May 2013 11:51 PM PDT Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa. Mangsa, merupakan seorang guru wanita berumur 26 tahun, turut cedera ringan di bahagian lutut kanan akibat kejadian ragut pada kira-kira 11.50 pagi itu. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata wanita itu diragut ketika meletak barang dalam but kereta jenis Suzuki Swift. "Suspek menaiki kenderaan jenis Proton Satria, meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga mangsa iaitu Ipad, Iphone dan wang tunai RM5,000," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, Khamis. Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20-an berkaitan kes pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat dalam operasi sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. "Ketujuh-tujuh suspek merupakan warga asing dan ditahan bagi membantu siasatan," katanya. Pada 4 Mei lepas, mayat David James Ginter, 62, ditemui di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini oleh jiran dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon. — Bernama | ||
Posted: 29 May 2013 11:49 PM PDT BELAGA – Seorang lelaki bukan sahaja trauma, malah terkilan apabila gagal menyelamatkan isterinya yang sedang mengandung lima bulan apabila Bot Ekspres Bakun Mas yang mereka naiki karam di Jeram Tukok/Jeram Bungan kelmarin. Mengimbau semula kejadian itu, John Soon, 39, memberitahu, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Roslin Jati, 34, dan anak lelakinya, Jacky Soon, 5, dalam perjalanan pulang dari kem pembalakan Sin Yang, Lakin B, Bakun ke kampungnya di Nangat Merit, Kapit bagi menyambut Hari Gawai, Sabtu ini. Katanya, mereka duduk bersama di dalam bot yang berlepas pada pukul 7 pagi dari Jeti Bakun sebelum singgah di Jeti Belaga kira-kira sejam kemudian. "Ketika sedang dalam perjalanan, tiba-tiba enjin bot tersebut senyap dan kenderaan itu seolah-olah terumbang-ambing sebelum saya terdengar bunyi seperti sesuatu berlanggar. "Semasa bot ekspres itu mulai tenggelam sedikit demi sedikit, saya pegang tangan anak dan isteri untuk bawa mereka keluar, tetapi ketika keluar melalui pintu depan bot, saya terlepas tangan isteri saya yang saya agak tenggelam bersama bot," ceritanya ketika ditemui berhampiran Rumah Panjang Uma Tevok dekat sini semalam. sinar/- | ||
Posted: 29 May 2013 11:36 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - Petaling Jaya: Seorang lelaki maut manakala majikannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah besi kerangka kren yang terjatuh dari sebuah treler dalam kejadian di susur keluar Jalan Lapangan Terbang Subang menghala Lebuhraya Persekutuan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa Kelvin Kumar, 26; maut di tempat kejadian manakala majikannya, Anisa Abd Rahman, 43, cedera parah selepas besi berkenaan jatuh di atas kereta Peugeot 3008 dipandu wanita terbabit. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus pihaknya percaya kejadian berlaku akibat besi berkenaan tidak diikat dengan kuat sehingga mengakibatkannya terjatuh sebelum menghempap kenderaan mangsa. "Mangsa lelaki yang bekerja di restoran wanita terbabit sebagai tukang masak duduk di bahagian penumpang depan ketika kejadian dan mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. KEADAAN kereta yang remuk selepas ditimpa besi kerangka kren. Gambar kecil, anggota trafik memeriksa kereta mangsa yang remuk, semalam. "Manakala wanita terbabit dihantar ke pusat perubatan swasta berdekatan untuk rawatan," katanya. sinar/- | ||
Posted: 29 May 2013 11:35 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - Petaling Jaya: Seorang lelaki maut manakala majikannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah besi kerangka kren yang terjatuh dari sebuah treler dalam kejadian di susur keluar Jalan Lapangan Terbang Subang menghala Lebuhraya Persekutuan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa Kelvin Kumar, 26; maut di tempat kejadian manakala majikannya, Anisa Abd Rahman, 43, cedera parah selepas besi berkenaan jatuh di atas kereta Peugeot 3008 dipandu wanita terbabit. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus pihaknya percaya kejadian berlaku akibat besi berkenaan tidak diikat dengan kuat sehingga mengakibatkannya terjatuh sebelum menghempap kenderaan mangsa. "Mangsa lelaki yang bekerja di restoran wanita terbabit sebagai tukang masak duduk di bahagian penumpang depan ketika kejadian dan mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. "Manakala wanita terbabit dihantar ke pusat perubatan swasta berdekatan untuk rawatan," katanya. sinar/- | ||
Posted: 29 May 2013 11:17 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - YANGON - Keganasan agama merebak ke kawasan baharu di Myanmar dengan sekumpulan penduduk membakar sebuah masjid dan rumah anak yatim penganut Islam di sebuah bandar di timur laut negara berkenaan, kata pihak berkuasa semalam. Keganasan tersebut berlaku selepas khabar angin tersebar bahawa seorang lelaki Islam membakar seorang penganut Buddha wanita. Media tempatan melaporkan, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kekacauan tersebut pada petang kelmarin di bandar Lashio, dekat sempadan China. Setakat ini, jumlah kemusnahan dan angka kecederaan akibat keganasan tersebut juga tidak dipastikan. Keganasan berdarah antara orang Islam dan penganut Buddha bermula sejak tahun lalu di barat Myanmar sebelum merebak ke beberapa buah bandar di tengah negara itu. Insiden terbaharu itu meningkatkan kesangsian sama ada pentadbiran Presiden Thein Sein berupaya bertindak untuk mengekang keganasan di Myanmar. "Merosakkan bangunan agama dan mencetuskan kekacauan agama adalah tidak wajar untuk masyarakat demokratik yang ingin kita pupuk," kata jurucakap Presiden, Ye Htut di laman Facebooknya. "Sebarang perbuatan jenayah akan ditangani berlandaskan undang-undang negara," tambah kenyataan tersebut. Stesen televisyen negara ini melaporkan tangkapan awal dibuat melibatkan lelaki berusia 48 tahun yang didakwa membakar seorang wanita beragama Buddha. Menurut laporan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai berketurunan India yang beragama Islam mencurahkan minyak tanah ke atas mangsa sebelum membakarnya. Wanita itu kini dirawat kerana melecur di dada, tangan dan belakang badannya. - Agensi | ||
Posted: 29 May 2013 11:12 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - Shah Alam: "Saat-saat akhir sebelum pemergiannya, Allahyarham dilaporkan meracau-racau akibat terlalu panas diserang virus penyakit kencing tikus. Memang saya amat sedih melihatnya dan sebagai cucu sulung, pemergian arwah amat dirasakan," kata Hasnah Abu Kassim, 72, nenek pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Megat Hariqh Hakimi, 21. Pelajar peringkat ijazah jurusan reka bentuk industri di UiTM kampus Shah Alam itu, meninggal dunia jam 10 pagi semalam di Hospital Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Kemuning, di Seksyen 31, berdekatan kediaman keluarganya, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.Hasnah dalam keadaan sebak berkata, cucunya yang juga anak Penerbit Rancangan BERNAMA TV, Hakimi Mohd Zain, seorang yang pintar dan berbakat luar biasa dalam bidang lukisan serta amat rapat dengannya dan dua adiknya yang masing-masing berusia 14 dan 10 tahun. "Dia dimasukkan ke hospital Khamis lalu selepas mengalami gejala pelik, dua hari selepas dimasukkan, arwah tidak sedarkan diri dan kemudian meracau-racau termasuk menjerit-jerit dipercayai menahan virus penyakit yang menyerangnya. "Kami sekeluarga memang sedih lebih-lebih lagi Megat Hariqh rapat dengan saya dan dua adiknya yang lain. Dua adiknya pasti merasai kehilangan abang mereka yang amat baik," katanya. metro/- | ||
Polis siasat ibu bayi jatuh dalam lubang tandas Posted: 29 May 2013 11:10 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - BEIJING - Seorang ibu berusia 22 tahun membuat pengakuan kepada polis bahawa bayinya terjatuh ke dalam paip saluran kumbahan tandas secara tidak sengaja selepas dia melahirkannya di dalam tandas di bandar Jinhua, wilayah Zhejiang, China. Pendedahan itu dilaporkan media China selepas berita tentang bayi yang baru dilahirkan itu yang terperangkap di dalam saluran paip kumbahan mendapat liputan meluas di seluruh dunia semalam. Menurut laporan akhbar Dushikuaibao, ibu bayi tersebut melahirkan anak itu di dalam tandas pada Sabtu lalu kerana dia tidak mempunyai wang untuk menggugurkannya. Akhbar Zhezhong News melaporkan, ibu itu berkata, dia cuba untuk menarik bayinya itu selepas melahirkannya tetapi anaknya itu terjatuh ke dalam saluran paip kumbahan. Ibu tersebut kemudian bertindak memberitahu tuan rumah bahawa terdapat bayi yang terperangkap di dalam saluran paip tersebut. Bagaimanapun, ketika itu, dia tidak memberitahu kepada sesiapa bahawa bayi lelaki tersebut adalah anaknya. Ibu bayi tersebut kemudian pergi bekerja selepas anaknya itu diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat. Dia hanya membuat pengakuan bahawa bayi itu merupakan anaknya selepas dia disoal oleh polis selepas kejadian tersebut. Polis menyoalnya selepas beberapa alat permainan bayi dan kertas tandas yang mempunyai tompokan darah ditemui di rumah sewanya. Rumah sewanya itu terletak di dalam bangunan yang menempatkan tandas tersebut. Menurut Zhezhong News, ibu bayi tersebut merupakan lulusan sekolah tinggi dan bekerja di sebuah restoran di bandar Jinhua. Menurut ibu bayi itu, dia hamil selepas melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut kemudian enggan bertanggungjawab terhadap anaknya itu. Ibu bayi itu juga tidak memberitahu kehamilannya kepada keluarganya. Menurut laporan media tempatan, ibu bayi berkenaan mahu membesarkan anaknya itu tetapi dia tidak mengetahui cara untuk melakukannya. Bayi itu yang seberat 2.8 kilogram terperangkap di dalam saluran paip kumbahan yang mempunyai diameter 10 sentimeter. Anggota-anggota penyelamat menggunakan gergaji untuk memecahkan saluran paip berbentuk L itu bersama dengan beberapa doktor di sebuah hospital untuk menyelamatkan bayi berkenaan. Nasib bayi itu kemudian mendapat perhatian beberapa orang yang bersimpati dengannya. Sejumlah orang datang membawa lampin, pakaian bayi, susu tepung ke hospital selain terdapat pelawat yang mahu mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat. Polis berkata, kes tersebut disiasat sebagai percubaan membunuh. Bagaimanapun, setakat ini, masih tidak diketahui sama ada ibu bayi berkenaan akan berdepan dengan sebarang dakwaan. Polis tempatan enggan memberikan komen tetapi menyatakan kes tersebut masih dalam siasatan. Bayi itu diberi nama No.59 berdasarkan nombor inkubatornya di hospital tersebut. - Agensi | ||
Letak anak dalam penyejuk beku untuk hentikan tangisan Posted: 29 May 2013 11:03 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - Washington: Dalam satu kes penderaan yang mengejutkan, seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku dengan tujuan untuk menghentikan tangisannya. Tyler James Deutsch, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera kanak-kanak, salah laku jenayah dan menghalang laporan mengenai keganasan rumah tangga. Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) ke atasnya. Pendakwa raya Pierce County, Mark Lindquist memberitahu mahkamah, Deutsch tertidur selepas meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku itu Sabtu lalu. Dia terjaga sejam kemudian dan mengeluarkan bayi itu apabila ibu kanak-kanak berkenaan pulang. Dia merampas telefon si ibu yang berusia 22 tahun itu ketika wanita berkenaan cuba menelefon untuk meminta bantuan dari kediaman di Roy, Washington. Wanita itu kemudian membawa kanak-kanak itu dan meminta bantuan jiran untuk menelefon polis. Suhu badan kanak-kanak itu jatuh 84 darjah Fahrenheit di dalam pembeku ais itu. Deutsch akan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. - A P | ||
NGO T’ganu bersolidariti bela Safwan Anang Posted: 29 May 2013 10:55 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU: Sekretariat Royalti Terengganu atau 'R', Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Gabungan Anak Terengganu (Gate) mengadakan himpunan secara aman di hadapan sebuah pasaraya di sini, petang semalam. Perhimpunan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti serta kebersamaan rakyat Malaysia yang prihatin kepada Safwan Anang dalam menuntut demokrasi yang bersih di negara ini. Penyelaras SAMM Terengganu, Rafzi Ramli menjelaskan perhimpunan secara aman ini sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib aktivis pimpinan mahasiswa Safwan Anang. "Siapa Safwan Anang..beliau adalah rakyat Terengganu, beliau bekas pimpinan mahasiswa, beliau jawatankuasa 'R' Terengganu, beliau terlibat dalam aktivis SAMM Terengganu dan beliau pejuang demokrasi di negara ini," ujarnya ketika berucap pada himpunan itu. Menurutnya, penangkapan Safwan juga bermotif politik bagi menjaga survival pemimpin politik kerajaan. Setiausaha Kerja R Terengganu, Syed Husain Solahuddin Syed Hassan menyeru anak muda serta rakyat yang prihatin agar sama-sama membela Safwan Anang. Menurutnya, nama Safwan Anang sebagai lambang perjuangan dan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menuntut hak serta demokrasi yang bersih. harakah/- | ||
Khalid ucap tahniah kepada Exco Selangor Posted: 29 May 2013 10:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada barisan Exco kerajaan negeri bagi penggal 2013-2018 yang selesai mengangkat sumpah pagi ini. Adun Pelabuhan Klang itu turut memegang portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu negeri. Berikut ialah senarai Exco Kerajaan Selangor. Iskandar Abdul Samad (Cempaka) - Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) - Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam. Dr. Halimah Ali (Selat Klang) - Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan. Sallehen Mukhyi (Sabak) - Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa. Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) - Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram Ganapathi Rao a/l Veraman (Kota Alam Shah) - Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang) - Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan Rodziah Ismail (Batu Tiga) - Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dr. Daroyah Alwi (Sementa) - Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) - Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Khalid melalui twitter juga mengucapkan tahniah kepada Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dilantik Speaker Dewan Negeri Selangor dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker. harakah/- | ||
Pemuda PAS 'salute' Safwan Anang, Adam Adli Posted: 29 May 2013 10:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyanjung tinggi keberanian anak-anak muda dalam mempertahankan kebenaran meskipun mereka berdepan dengan risiko ditangkap dan dipenjarakan. Naib Ketua DPPM Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, keengganan Safwan Anang untuk diikat jamin sebanyak RM 5,000 membuka mata semua pihak bahawa beliau adalah simbol rakyat yang dizalimi. "Beliau juga menunjukkan suatu sikap seriusnya anak muda dalam memperjuangkan demokrasi yang kian nazak di negara ini," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Raja, kebangkitan anak-anak muda seperti Safwan Anang dan Adam Adli merupakan suatu fenomena luar biasa di negara ini. Di negara lain, adalah menjadi suatu tanda yang besar sekiranya mahasiswa serta anak muda sudah mula berani turun berhimpun, ia menandakan zaman gelap kepada pemerintah dan permulaan cerah untuk pembebasan bagi rakyat yang cintakan keamanan, kedamaian dan demokrasi yang sebenar. Tambahnya, menjadi suatu hikmah yang besar pasca PRU ke 13 apabila anak-anak muda mempunyai kesedaran intelektual yang tinggi dalam berpolitik. "Anak-anak muda kini tidak lagi hanya memikirkan keseronokan dan kehidupan mereka semata-mata, sebaliknya mereka bangkit menuntut hak mereka yang 'dicuri' ekoran penipuan yang berlaku dalam PRU ke 13. "Anak-anak muda kini sudah mula bercakap soal ketelusan, kejujuran dan kerajaan yang beramanah dalam memimpin negara," jelasnya lagi. Raja berkata, penangkapan Adam Adli dan Safwan Anang adalah titik tolak kebangkitan anak-anak muda dan kerajaan tidak boleh menganggap penangkapan mahupun pemenjaraan ikon mahasiswa ini boleh mendiamkan mulut ratusan ribu anak-anak muda. "Justeru, sebagai tanda solidariti kepada perjuangan anak-anak muda ini, DPPM dengan ini menawarkan untuk menanggung kos guaman buat Safwan Anang dan Adam Adli sepanjang kes beliau di mahkamah. "DPPM juga bersedia membantu dengan membekalkan peguam dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) bagi membela anak muda yang ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah," katanya. harakahdaily/- | ||
Posted: 29 May 2013 10:29 PM PDT BUKIT GAMBIR - Ibarat teh tarik, itulah yang dapat digambarkan apabila melihat air terjun yang menderu laju di belakang perumahan Mutiara Heights di sini. Penduduk di situ percaya air terjun semulajadi yang bertukar warna di belakang perumahan mereka terjadi akibat kesan penebangan pokok di sebuah bukit berhampiran. Tinjauan Sinar Harian pagi semalam mendapati, keadaan air terjun berkenaan berwarna coklat pekat. Seorang penduduk yang tidak ingin namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku akibat bawaan tanah dari cerun bukit ke kawasan berkenaan. Menurutnya, tambahan lagi malam semalam, berlakunya hujan lebat selama hampir tiga jam. "Mungkin disebabkan itu, air terjun belakang rumah kami bertukar warna. Ini bukan petanda baik kerana air di sini jarang berubah warna sebegini. "Air bukit ini selalunya akan ada selepas hujan lebat dan berterusan beberapa hari, tetapi ada waktu ianya kering sahaja, namun warnanya berubah paling teruk pada hari ini," katanya. Kawasan air terjun di belakang perumahan berkenaan terletak beberapa ratus meter sahaja daripada lokasi bukit yang dibotakkan di Changkat Bukit Gambar. Kemudiannya, tinjauan Sinar Harian pada waktu petang semalam, mendapati, air berkenaan sudah berubah warna namun bahagian takungan air masih kelihatan lumpur. Sebelum ini, pada 24 Mei lalu, melaporkan salah sebuah bukit di kawasan pulau kelihatan 'botak' serta dapat dilihat dengan jelas dari arah Jambatan Pulau Pinang. Penduduk mendakwa ia dapat dilihat ketika berulang alik dari Seberang Perai ke kawasan pulau menggunakan jambatan. Mereka juga mendakwa bukit berkenaan cuba digondolkan secara perlahan-lahan, namun dalam tempoh dua hingga tiga bulan sahaja ia sudah kelihatan semakin kritikal. Ada di antaranya juga kecewa gara-gara kebotakan bukit tersebut dapat dilihat agak jelas berikutan kawasan berbukit lain di bahagian pulau masih kelihatan hijau dengan tumbuh-tumbuhan. Kemudiannya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 25 Mei lalu, mengesahkan menjalankan siasatan dan mendapati terdapat kesan-kesan kerja penebangan pokok, pemotongan dan penimbusan tanah di atas bukit di Cangkat Bukit Gambir. MPPP sudahpun memberi amaran serta arahan pemberhentian kerja serta merta di tapak berkenaan. Berdasarkan semakan rekod MPPP tiada kebenaran merancang dan kelulusan kerja tanah yang diberikan. sinar/- | ||
Lintah merah jambu terdapat di Australia Posted: 29 May 2013 10:23 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - SYDNEY - Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia. Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun. Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang. Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun. Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi. - Agensi | ||
Posted: 29 May 2013 10:04 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - Beijing: Seorang ibu meluahkan perasaan sedihnya selepas terpaksa mengurung anaknya yang menghidap sakit mental di dalam sangkar buatan sendiri sejak lebih 10 tahun lalu. Wang Muxiang, 74, mengurung anaknya, Wu Yuanhong selepas dia membunuh seorang budak lelaki berusia 13 tahun di kampungnya di China pada 2001. Wu dibebaskan dari penjara setahun kemudian selepas pihak berkuasa memutuskan dia tidak bersalah kerana tidak siuman. Bagaimanapun Wang bimbang Wu akan membunuh lagi. Kerana itu dia mengurungnya dalam sebuah bilik kosong di kediaman mereka. Gambar menyayat hati menunjukkan Wu, 42, duduk di atas selimut dalam sangkar kecil dengan kakinya diikat dengan rantai besar dan hanya berkemeja-T dan seluar dalam. Dia diberi makan tiga kali sehari oleh ibunya. Untuk buang air, dia diberi mangkuk. Selepas dibebaskan dari penjara, Wu dirantai tetapi melarikan diri berulang kali dan menakutkan jiran apabila berkeliaran di Kampung Lijiachong, berhampiran Ruichang di tenggara China. Ibunya meminta tukang besi tempatan membuat sangkar tetapi mereka enggan kerana bimbang Wu menyerang mereka jika dia melarikan diri. Akhirnya, Wang terpaksa membuatnya sendiri. "Anak saya mungkin tidak siuman hingga membunuh orang. Tetapi dia tetap anak saya. Untuk menggunakan tangan saya sendiri bagi menempatkannya dalam sangkar adalah keputusan yang amat sukar, seperti ditikam dengan pisau. "Setiap kali menghantar makanan, saya akan duduk di kandang itu dan menangis. Kini air mata saya sudah kering." Ramai pesakit mental di China tidak diberikan rawatan sewajarnya kerana kekurangan sumber dan pakar berkelayakan, khususnya di luar bandar. - Agens | ||
Posted: 29 May 2013 09:38 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Pas akan menyertai perhimpunan secara besar-besaran yang dianjurkan kumpulan pro-pembangkang, Black 505 kerana ia dilakukan secara aman dan menuntut kepada perkara-perkara kebenaran. Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas akan menyokong dan menyertai perhimpunan sedemikian kerana ia adalah medium untuk PR menyampaikan maklumat kepada rakyat. "Tujuan perhimpunan tersebut sudah pasti mahukan rakyat sedar dengan apa yang telah dilakukan kerajaan BN selama ini. "Pas akan turut serta kerana perhimpunan ini akan aman. apa sahaja perkara di luar kawalan itu bukanlah berpunca daripada pihak kita, sebaliknya pihak lain yang membuat provokasi," katanya. Katanya, sehingga semalam, Pas masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perhimpunan berserta tarikh sebenar. "Kami tidak mendengar apa-apa berita mengenainya (perhimpunan), tetapi kita menyatakan pandangan kita untuk turut serta dan menyokong sepenuhnya usaha ini," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu belum sampai ke pengetahuan Dewan Pemuda namun tidak mustahil akan turut sama jika mendapat keizinan daripada Pas Pusat. "Apa-apa pun, Pas Pusat akan bermesyuarat terlebih dahulu. Pemuda tidak boleh mengambil langkah sendirian. "Perhimpunan itu nanti adalah langkah terbaik untuk kita berhadapan rakyat memandangkan sehingga ke hari ini, tuntutan kita tidak dilaksanakan kerajaan seperti akses media," katanya. Jelasnya, perhimpunan itu nanti akan terus menuntut hak rakyat dan keadilan yang seharusnya diberikan kepada semua pihak termasuk PR. harakahdaily/- | ||
Aku dan Ustaz Azizan: Catatan jimat cermat Posted: 29 May 2013 09:16 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - Ustaz Azizan dalam Tindakan dan Langkahnya: Sandaran dan Rujukan Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV 8) dan polis (out rider dan pengawal). Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi. Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan. Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka. Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata. Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah. Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya. Inilah sandaran yang terpakai dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah. Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini. Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah. Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya. Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan. Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS). Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya, dan menggantikannya dengan leher 'cekak musang'. Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu. Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah. Dalam pandangan sebahagian para ulama', bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para pemimpin jika patik turut memakainya. Perubahan itu kekal sehingga hari ini. (Jika kerajaan baru BN mengubahnya ke bentuk asal, saya belum mengetahuinya). Berjimat cermat Menjadi amalan dan berdasarkan kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi. Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah. Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal. Ustaz Azizan lain caranya. "Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta," katanya. Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. "Berapa harga tiket bisness class ke KL?" RM 444.00 Ustaz! Mana hang tau? Saya tengok di internet. Ekonomi class? RM240 ustaz. Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah berapa? RM444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00. Dari airport ke KL? Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014. Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan. Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00. Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak. Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370. Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. 4 kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152 duit rakyat. Hotel? Kalau sebilik RM300.00, 3 bilik sudah RM900.00. Kalau pegawai yang booking ikut kelayakan pegawai kerajaan, Aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu? Kalau suite semalam RM1000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200. Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800 untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4 ribu, boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan. Maka, sepanjang 5 tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring. Hanya 3 kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal dengan kereta. Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV. Ustaz Azizan tidur di sofa panjang. Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama 5 tahun pentadbirannya. Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya. Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan) duit rakyat berjaya dijimatkan dengan langkah dan pengorbanannya. Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya. - harakahdaily/- | ||
Wanita diserang ‘penunggu’ almari Posted: 29 May 2013 09:14 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - SELINSING - Seorang suri rumah terkejut apabila diserang dan nyaris dipatuk ular tedung yang melingkar di dalam almari di bilik utama rumahnya di Kampung Tebuk Haji Dollah, di sini, ketika mahu menyusun pakaian, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa hanya dikenali Rosmah, 30, baru selesai melipat pakaian dan membuka almari baju untuk menyusun pakaian berlipat, namun terkejut setelah dia terpandang objek berwarna kelabu terkeluar sedikit dari almari itu. Menurutnya, ketika hendak melihat objek itu dengan lebih dekat, tiba-tiba dia terdengar bunyi seakan mendengus dari arah dalam almari itu. "Pada mulanya, saya sangka ia kayu dan cuba menggerakkannya dengan kayu sebelum mendapati objek itu lembik dan bergerak tetapi senyap. Saya keluar sebentar sebelum masuk semula selepas beberapa minit kerana tak sedap hati. "Saya terperanjat dan menjerit sekuat hati kerana benda itu rupa-rupanya ular tedung sepanjang kira-kira tiga meter lebih yang cuba bertindak menyerang saya setelah pintu almari dibuka sepenuhnya. "Mujur saya sempat menutup semula dan segera menjerit memanggil suami yang ketika itu berada di luar untuk mendapat bantuan," katanya kepada media di sini, kelmarin. Suami mangsa, Mohd Zaki, 33, berkata, sejurus mendengar jeritan isterinya, dia bergegas masuk ke dalam bilik untuk melihat perkara yang berlaku. "Selepas dimaklumkan isteri terdapat ular tedung selar menjadi penunggu di dalam almari bilik kami, saya segera menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan. "Dengan pantas sekumpulan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian tiba di rumah saya lebih kurang 20 minit kemudian untuk menangkap ular itu," katanya. Sementara itu, Pegawai Bahagian Operasi dan Latihan JPAM Kerian, B Sugumaran berkata, sepasukan skuad operasi menangkap ular diketuai Abdul Sani mengambil masa lebih 20 minit untuk menangkap ular berkenaan kerana ia sangat agresif. "Panjang haiwan berbisa itu lebih tiga meter dan berat lebih kurang tiga kilogram," katanya. sinar/- | ||
Baiki sistem pilihan raya tindakan bunuh diri BN Posted: 29 May 2013 09:05 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tidak akan melakukan pembaikan sistem pilihan raya kerana tindakan itu adalah tindakan bunuh diri kepada BN, demikian menurut satu analisis Reuters. Perkara itu diakui oleh Bersih yang menyifatkan reformasi sistem pilihan raya yang dilakukan sama sekali tidak memadai. Dengan keadaan sedemikian, badan itu terus enggan mengiktiraf keputusan pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini sehinggalah ia memastikan kesahihan ratusan tuduhan penipuan pilihan raya di dalam "tribunal rakyat". Badan itu juga baru-baru ini membangkitkan tentang wujudnya pengundi berumur 120 tahun dalam daftar pemilih dan ada premis yang digunakan oleh ratusan pengundi sebagai alamat mereka. Lebih memberi kesan dari penipuan pilihan raya, kata Reuters, ialah sempadan kawasan pilihan raya yang dimanipulasikan sejak bertahun-tahun lalu untuk memanfaatkan BN. Kawasan pilihan raya yang majoriti pengundinya dilihat memihak kepada pembangkang mempunyai jumlah pengundi begitu besar, ada yang sehingga sembilan kali ganda berbanding kawasan pilihan raya yang majoriti pengundinya memihak kepada BN. Sebab itulah, menurut agensi berita itu, walaupun Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus dari keseluruhan jumlah undi, ia hanya memenangi 89 kerusi sahaja dari 222 kerusi Parlimen. "Najib menang kerana pembahagian kawasan pilihan raya yang tidak seimbang dan bukannya kerana polisi memerangi rasuah atau reformasi ekonomi kerana pengundi-pengundi merasa beliau tidak ikhlas," Reuters memetik Ooi Kee Beng, timbalan pengarah Institute of Southeast Asian Studies yang berpangkalan di Singapura. Dengan latar belakang sedemikian, keputusan pilihan raya itu akan mengakibatkan krisis legitimasi atau keabsahan yang berpanjangan kepada Najib dan pemerintahan BN yang telah berlarutan begitu lama. harakahdaily/- | ||
Saya terlepas dari amanah yang berat - Dr Rani Posted: 29 May 2013 08:30 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Adun Selangor dari parti itu yang dilantik menjadi exco kerajaan negeri hari ini. Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman(gambar) berkata, Adun yang dilantik harus menjadikan pelantikan tersebut sebagai medan untuk membuktikan kebolehan PAS dalam membantu pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. "Saya ucapkan tahniah kepada exco yang baru dilantik hari ini khususnya Adun PAS. "Saya harap mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan memberi fokus kepada agenda menjaga kebajikan rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Empat Adun PAS yang dilantik ialah Iskandar A. Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Sallehin Mukhyi (Sabak) dam Dr Halimah Ali (Selat Klang). Iskandar memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar, Dr. Ahmad Yunus Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Sallehin Mukhyi Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa dang Dr Halimah Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan. Sementara itu, mengulas berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai exco Selangor, beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan berasa lega kerana terlepas daripada amanah yang berat. "Saya terima perkara ini dengan hati terbuka dan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat bersama Pakatan Rakyat di Selangor. "Saya akan memberi tumpuan kepada tugas saya sebagai Adun untuk berkhidmat kepada masyarakat dan agenda saya tetap sama iaitu menjatuhkan Umno BN," tegasnya yang juga Adun Meru. harakahdaily/- | ||
Mayat pertama mangsa bot karam ditemui Posted: 29 May 2013 08:15 PM PDT 20 Rejab 1434 H. [MOD] - Mayat seorang lelaki berumur 44 tahun yang disenaraikan sebagai antara penumpang bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam Selasa lepas, ditemui pagi ini. Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata mayat Tujok Lah dijumpai penduduk rumah panjang Uma Tebok, Long Buyun, tidak jauh dari lokasi kejadian. Beliau berkata mayat akan dibawa ke Bazar Belaga. Bakar turut mengingatkan pengguna sungai dan penduduk di sepanjang pinggir Sungai Rajang supaya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan air dari empangan hidroelektrik Bakun akan dilepaskan untuk menaikkan paras sungai. Langkah itu, katanya, perlu untuk memudahkan kerja mengangkat bangkai bot ekspres itu dan memeriksa sama ada terdapat mayat yang terperangkap. "Peningkatan jumlah air akan turut menjadikan arus semakin deras dan saya menasihati pengguna serta dan penduduk berhampiran sungai di kawasan ini supaya lebih berhati-hati," katanya. Sementara itu Bernama difahamkan operasi bot ekspres antara Kapit dan Belaga dihentikan sementara berikutan tragedi itu. Bot ekspres Kawan Mas dikatakan membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit apabila terlanggar batu lalu karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, antara 8.30 pagi dan 9 pagi Selasa. Bernama. -Bernama |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan