N45 Dr Halimah Ali |
- LOKASI BERKUMPUL HKR
- 'PULUN" PERANG SARAF MEDIA MASSA BN
- 'AMANAT HJ HADI' DIJAWAB SENDIRI TUAN PUNYA BADAN
Posted: 10 Jan 2013 08:35 AM PST LOKASI BERKUMPUL SERTA KETUA KUMPULAN - Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali. - Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong. - Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang. - KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman - Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal. Peserta HKR jangan takut, polis jaga keselamatan KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) meminta rakyat agar tidak takut untuk menghadiri himpunan itu pada Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung. Pengerusi HKR, Mohamad Sabu yakin keselamatan rakyat sepanjang himpunan itu akan terjamin memandangkan polis akan memberi kerjasama nanti. Beliau dan beberapa orang lagi pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dan perbincangan lebih satu jam bersama Ketua Polis Dang Wangi (OCPD) Zainuddin Ahmad. "Pertemuan ini adalah peraturan biasa dalam Akta Perhimpunan Aman, dan ini sebagai memenuhi peraturan ini," katanya. Beliau percaya para peserta himpunan tidak akan membawa sepanduk yang akan menghina agama orang lain. Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh membawa sepanduk atau kain rentang bagaimanapun ianya tidak boleh menimbulkan sebarang provokasi. "Syarat ini katanya, antara 27 syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta HKR. Pada awalnya ia tidak dibenarkan membawa kain rentang tetapi kami membantah syarat itu, akhirnya polis membenarkan asal tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi. (Gambar atas) Sementara itu, Hishamuddin Rais yang juga jawatankuasa HKR meminta media melaporkan agar perserta himpunan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Merdeka. Beliau mengingatkan para peserta tidak merosakkan barang-barang serta padang Stadium Merdeka kerana ia adalah padang warisan yang perlu dipelihara. "Kita juga dimaklumkan oleh pihak polis akan ada jalan-jalan ditutup untuk melancarkan perjalanan himpunan itu nanti. "Dan kita juga meminta kereta tidak diletak di bahu jalan di sekitar stadium dan meminta polis membenarkan para peniaga berniaga di kawasan itu," katanya. Beliau turut memberitahu beberapa lokasi berkumpul dan masing-masing akan diketuai oleh pimpinan Pakatan Rakyat serta NGO. - Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali. - Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong. - Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang. - KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman - Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal. SUMBER HARAKAHDAILY |
'PULUN" PERANG SARAF MEDIA MASSA BN Posted: 10 Jan 2013 02:20 AM PST "Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sudah terbukti lebih berkesan dengan program-program di RTM dan mendapatkan penyiar swasta: Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (STMB), Astro, TV AlHijrah untuk menggeluarkan berita positif kerana kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan radio untuk berita dan maklumat mereka. BN sudah menubuhkan bilik perang pilihan raya di Putrajaya, memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti media termasuk Jelajah Janji Ditepati - dianjurkan oleh TV3 dari STMB, yang merupakan sebahagian daripada Media Prima Bhd, kumpulan media dikaitkan dengan Umno." pengarang Menjelang PRU, Putrajaya arah media tempatan 'lembutkan hati rakyat' Oleh Jahabar Sadiq January 10, 2013 KUALA LUMPUR, 10 Jan — Putrajaya telah memberitahu media tempatan untuk "melembutkan hati rakyat" dan menyediakan lebih banyak berita baik sebelum pilihan raya umum (PRU) tahun ini bagi menunjukkan rekod pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata eksekutif yang menghadiri siri mesyuarat secara senyap-senyap sejak Hari Tahun Baru. Pihak media tempatan telah diseru 'melembutkan hati' pengundi menjelang PRU. The Malaysian Insider difahamkan bahawa pengarang berita akhbar dan televisyen juga diberitahu untuk memainkan cerita ekonomi yang positif dan bantahan komuniti perniagaan terhadap perhimpunan jalanan seperti perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hujung minggu ini di Stadium Merdeka. "Menteri mahu kami 'melembutkan hati rakyat' 'dengan berita positif dan program, "kata seorang eksekutif media yang menghadiri mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. "Tumpuan adalah lebih kepada masyarakat Cina dan India kerana BN merasakan tidak mendapat sokongan yang cukup daripada mereka," tambah eksekutif tersebut. BN mengalami kekalahan bersejarah pada pilihan raya 2008, kehilangan empat negeri dan lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen kepada beberapa parti pembangkang - kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat (PR) di bawah bekas timbalan perdana menteri yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perubahan undi dikaitkan dengan rasa tidak puas hati meluas di kalangan masyarakat Cina dan India, yang membentuk minoriti signifikan dalam negara 28 juta penduduk. Tetapi pakatan pembangkang sukar untuk mengembangkan pengaruh melalui media massa kerana kerajaan mengawal radio dan televisyen kebangsaan Radio Televisyen Malaysia (RTM), agensi berita Bernama dan cabangnya Bernamatv dan Radio24. Kementerian Rais juga bertanggungjawab kepada perlesenan penyiar swasta seperti Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (STMB), Astro, TV AlHijrah dan stesen radio swasta. Difahamkan menteri telah meminta senarai program-program positif yang akan disiarkan dalam beberapa bulan akan datang menjelang pilihan raya 2013 yang kini dijangka akan diadakan sebelum minggu pertama April. Mandat untuk kerajaan BN tamat pada 28 April ini tetapi pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan pilihan raya lebih awal. "Menteri mahu senarai program yang akan dikemukakan kepada kepimpinan BN," kata seorang lagi eksekutif media yang menghadiri mesyuarat sama. Tetapi eksekutif tersebut berkata terdapat kekeliruan oleh kerana kebanyakan kumpulan media sudah mengemukakan berita dan program-program mereka kepada Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. "Terdapat terlalu ramai orang yang meminta senarai itu tetapi menteri menegaskan kita perlu menghantarnya semula," katanya. The Malaysian Insider difahamkan BN sudah menubuhkan bilik perang pilihan raya di Putrajaya, memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti media termasuk Jelajah Janji Ditepati - dianjurkan oleh TV3 dari STMB, yang merupakan sebahagian daripada Media Prima Bhd, kumpulan media dikaitkan dengan parti dominan BN, Umno. Bilik perang pilihan raya juga mengendalikan aktiviti siber, termasuk membayar rombongan cybertroopers untuk memastikan BN dapat bersaing dengan PR yang telah menggunakan rangkaian sosial dan laman web untuk kesan lebih besar. Walaupun adanya operasi itu, kementerian Rais sudah terbukti lebih berkesan dengan program-program di RTM dan mendapatkan penyiar swasta untuk menggeluarkan berita positif kerana kebanyakan pengundi di kawasan luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan radio untuk berita dan maklumat mereka. Malaysia mempunyai penembusan jalur lebar di bawah 70 peratus manakala tiga daripada lima isi rumah melanggan pembekal televisyen satelit Astro – turut mempunyai RTM, TV3 dan stesen tempatan lain-lain yang dikawal ketat. "Kerajaan tahu bahawa orang masih menonton televisyen dan mendengar radio jadi ini pengaturcaraan positif boleh membuahkan hasil, "kata eksekutif televisyen tempatan yang berkata meja perniagaan beliau telah diminta untuk menyiarkan lebih banyak berita ekonomi positif. Beliau mengatakan, rakan-rakan di media cetak juga diminta untuk melakukan tinjauan pendapat dari orang ramai, pemandu teksi, bas, dan peniaga bagi menunjukkan penghinaan mereka kepada perhimpunan jalanan yang sering dianjurkan oleh pembangkang untuk pelbagai sebab. "Putrajaya mahu kita menunjukkan bahawa rakyat perlu menghormati Akta Perhimpunan Aman dan bukan protes semata-mata hujung minggu ini kerana ia boleh menyebabkan kesukaran ekonomi," tambah eksekutif tersebut. Polis dan pengurusan Stadium Merdeka sudah meluluskan perhimpunan, pertama kali dalam sejarah kerana perhimpunan sebelumnya telah diharamkan dan menyebabkan kepada keganasan. Penganjur perhimpunan bagaimanapun berhujah bahawa protes itu sebenarnya meningkatkan perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil dan syarikat-syarikat pengangkutan awam. Sumber: Malaysian Insider |
'AMANAT HJ HADI' DIJAWAB SENDIRI TUAN PUNYA BADAN Posted: 10 Jan 2013 01:34 AM PST Fenomena Amanat dan Takfir Abdul Hadi Awang, 10 Jan 2013 Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang. Isu "takfir" (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya. Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah 'hantu kum-kum' dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam. Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku. Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : "Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri" dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas. PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku "Nahnu Dua'at La Qudat" (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu. Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya "Batas – Batas Iman dan Kufur" dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin. Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :"Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya ". Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja. PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab. Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya. Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya. Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala. Firman Allah yang bermaksud: "Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63) Abdul Hadi Awang Presiden PAS 10 Januari 2013 |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan