Khamis, 10 Januari 2013

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Amanat Haji HADI tidak pernah mengkafirkan Umno

Posted: 10 Jan 2013 02:45 AM PST


Saya tertarik untuk mengulas tentang isu Amanat Haji Hadi yang dikitar semula oleh media dan diulas dengan berbagai pandangan samada pro atau kontra. Amanat Haji Hadi bukan sahaja perlu dibahaskan berdasarkan suasana dan masa ucapan itu disampaikan tapi juga mesti dinilai dengan fakta yang tepat dan adil. Tindakan dan kefahaman pengikut-pengikut  tidak boleh menjadi ukuran dan rujukan untuk menilai tentang ucapan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dikatakan "Amanat Haji Hadi". Sepatutnya sesuatu ucapan dilandaskan berdasarkan kaedah fekah  yang disebut oleh para ulama : "Hukum hakam itu berubah dengan perubahan masa, suasana, tempat dan keadaan."
Demikian juga, tindakan berlebih-lebihan daripada pengikut-pengikut tidak boleh dijadikan sandaran untuk memperjelaskan ucapan pemimpin mereka. Ulama mazhab maliki tidak pernah mengajar pengikut mereka bersifat kasar terhadap ulama dan pengikut-pengikut mazhab lain tapi sejarah mendedahkan kematian Imam Shafei sebagaimana yang disebut oleh Al-Bujairami dan Imam Ibnu Hazmi dengan sebab tindakan agresif pengikut-pengikut mazhab maliki. Apakah kita sanggup menyalahkan ulama mazhab maliki dengan sebab tindakan agresif pengikut-pengikut mereka ? Demikian juga, pengikut-pengikut PAS terdedah dengan kejahatan pemuda tahan lasak UMNO di masa ucapan ini disampaikan.
AMANAT HAJI HADI AWANG
SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO.
 
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN.
KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH,
 
MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH.
 
OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA.
 
OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN, 
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD,
DERMA KITA ADALAH JIHAD.
BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN (MENGHADAPI) PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI,
MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.
 
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU,
KITA TIDAK PERLU MASUK KERISTIAN,
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.


TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
BANGGOL PERADONG, 1981

Saya mengulangi semula apa yang dikatakan 'Amanat Haji Hadi' di atas untuk difahami dengan tepat agar kita tidak menghukum dengan terpesong daripada keadilan. Apakah implikasi dan kesan, apabila kita menghukum Haji Hadi mengkafirkan UMNO ?. Tidakkah para ulama menyatakan bahawa seseiapa yang mengkafirkan seseorang mukmin, maka dia kafir : " مَن كفَّرَ مُسلِماً، فقد كفَرَ"?. Apakah golongan yang menganggap "Amanat Haji Hadi'  telah mengkafirkan UMNO telah menghukum Haji Hadi telah terkeluar daripada Islam dengan sebab amanat ini ?. Apakah hukum seseorang yang telah mengkafirkan Haji Hadi ?.Majlis Fatwa Kebangsaan wajib menjawab persoalan ini. Adakah Dato Harussani juga telah termasuk dalam senarai mengkafirkan Haji Hadi?.

Hakikatnya, amanat ini tidak memberi pengertian dan kefahaman yang memberi maksud mengkafirkan UMNO. Amanat ini hanya menyatakan batas-batas iman dan kufuryang mesti diingati dan dielakkan untuk menyelamatkan diri daripada terjerumus dalam lembah kekufuran. Amanat ini hanya mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan menentang UMNO tanpa asas dan prinsip. Amanat ini tidak mengatasi nada tulisan Mustika Hadis yang menyatakan tentang batas-batas iman. Apakah tulisan dalam Mustika Hadis juga bererti telah mengkafirkan beberapa pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan senada dengan apa yang disebut dalam kitab Mustika Hadis dalam jilid pertama daripada mukasurat 415 – 421 dalam tajuk 'wajib menjaga, jangan merosakkan iman dan Islam'.
 
Saya mahu menakalkan di sini sedikit apa yang tercatat dalam buku itu kerana bimbang Dato Harussani, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama UMNO terlupa atau tertinggal untuk membacanya. Pada muka surat 416 ; "Bahagian yang kedua (perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam) ialah perkataan iaitu tiap-tiap perkata yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifatnya, rasul-rasulnya, kitab-kitabnya, ayat-ayatnya dan hukum-hukumnya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulnya..... beliau menyebut lagi : "misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam : "(1) Hukum apa ini ?, (2) hukum ini sudah lapuk ? (8) Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tidak maju"."
 
Saya tidak menuduh sesiapa tapi ulama UMNO wajar membandingkan kata-kata pemimpin mereka dengan catatan kitab Mustika Hadis. Tun Mahathir pernah menuduh Nabi tidak mencukur janggut kerana tiada pisau cukur. Kenapa Dato Harussani tidak menyatakan pandangannya dalam akhbar supaya Tun Mahathir menarik balik kenyataannya ?. Banyak lagi kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO yang menghina syariat Islam. Kenapa JAKIM, ulama UMNO dan Dato Harussani mempekakkan telinga, membisu dan membutakan matanya? Sedangkan ucapan dan amanat pemimpin Negara memberi kesan yang lebih besar kepada rakyat dan ummah.

Penentangan terhadap UMNO bukan bererti mengkafirkan UMNO. Umat Islam tidak disuruh supaya menentang semua orang kafir kerana ada orang kafir yang bergelar zimmi, mua'had dan musta'min serta golongan yang tidak disenaraikan sebagai musuh Islam. Demikian juga, tidak semua musuh yang ditentang itu boleh dilabelkan kafir kerana ramai muslim yang zalim, jahat, fasik dan penjenayah mesti ditentang dan dilawan, walaupun mereka pemimpin dan pemerintah. Rasulullah mengajar umatnya dengan sabdanya :

ما من نبى بعثه الله فى أمة قبلى إلا كان له من أمته حواريون وأصحاب يأخذون بسنته ويقتدون بأمره ثم إنها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن جاهدهم بقلبه فهو مؤمن وليس وراء ذلك من الإيمان حبة خردل.

Maksudnya : Tiada seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah pada satu-satu umat sebelumku melainkan mereka mempunyai pengikut-pengikut setia dan teman-teman yang memegang sunahnya dan mengikuti segala perintahnya. Kemudian, Berapa ramai penguasa yang jahat datang selepas itu, mereka berkata apa yang tidak dilaku dan melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Allah. Maka sesesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangan, maka dia beriman. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lidah, meereka beriman dan sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati, maka dia beriman. Tiada iman selepas itu, walaupun sebesar bijian."

Adakah amanat ini memberi maksud 'mengkafirkan UMNO' kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-udang kafir dan peraturan jahiliyyah? Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak berkata pun dalam ucapan ini bahawa sikap mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan penjajah akan menjadi kafir ?. UMNO memang memperakui dalam perjuangannya untuk mempertahankan perlembagaan yang ditinggalkan oleh Suruhanjaya Lord Reid. Adakah salah bahawa amanat ini melabelkan perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan penjajah, sedangkan ia tidak melabelkan perlembagaan ini kafir pun ? Tidakkah Suruhanjaya Reid merupakan badan yang ditubuhkan oleh penjajah ?. Sejarah tidak boleh ditutup. Perlembagaan, undang-undang dan peraturan adalah kalimah yang berbeza dan mempunyai makna yang diketahui oleh ahli undang-undang dan ahli akademi.

UMNO terus mempertahankan undang-undang dalam negara, walaupun banyak yang bercanggah dengan syariat Islam. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM dan Dato Harussani memperakui dan memutuskan bahawa undang-undang Malaysia lebih baik dan bertepatan dengan syariat Islam, walaupun undang-undang Jenayah Syariat Islam (Hudud dan Qisas) tidak pernah digubal dan diluluskan dalam Parlimen ?. Amanat ini tidak mengkafirkan UMNO dengan sebab UMNO mempertahankan sebahagian undang-undang yang bercanggah dengan syariat Islam. Betapa ramai orang yang berperangai dan mengikuti sunnah perjalanan hidup Yahudi dan Kristian tapi bukan bererti kita mengYahudikan dan mengKristiankan mereka. Rasulullah bersabda :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ " ، قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : " فَمَنْ ؟ " .

Daripada Abi said Al-Khudri  bahawa Rasulullah bersabda : "Kamu benar-benar akan mengikuti perjalanan hidup golongan sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga mereka masuk dalam lubang biawak, nescaya kamu akan mengikutinya. Para sahabat bertanya : Wahai Rasullah ! Yahudi dan Nasara ?. rasulullah menjawab : Siapa lagi !."

Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM boleh menyenaraikan cara hidup Yahudi dan Kristian yang diamalkan oleh umat Islam hari ini tapi ia bukan bererti kita mengyahudikan dan mengkristiankan mereka. Kenapa Majlis Fatwa Kebangsaaan dan ulama UMNO tidak menyatakan hukum terhadap kata-kata yang menghina undang-undang Islam ?.

Apakah amanat ini salah, apabila melabelkan peraturan jahiliyyah yang dikekalkan oleh UMNO ? Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM memutuskan bahawa seluruh peraturan dalam negara ini selamat daripada unsur jahiliyyah ?. Apakah peraturan yang bercirikan kronisme, pragmatisma, nasionalisma, kapitalisma, khianat dan banyak lagi, tidak boleh disenaraikan sebagai peraturan jahiliyyah ? Menjahiliyyahkan sesuatu bukan bererti mengkafirkannnya. Tidakkah kita pernah mendengar sabda Rasulullah kepada Abu Zarr yang melakukan kesilapan dengan katanya : "Wahai Abu Zarr ! Engkau seorang lelaki yang masih ada sifat jahiliyyah." ? Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan, Dato Harussani dan JAKIM menganggap Rasulullah telah mengkafirkan Abu Zarr. Wa'iyazubillah.

APAKAH ERTI JIHAD DAN SYAHID ?

Jihad bukan disyariatkan untuk menentang golongan kuffar sahaja, bahkan jihad dituntut untuk menentang segala kemungkaran, kezaliman dan kejahatan. Para ulama telah memperjelaskan dengan terang tentang peringkat jihad :

Terdapat beberapa peringkat jihad iaitu 
1-Jihad peringkat menentang hawa nafsu.
2-Jihad menentang tipu daya syaitan.
3-Jihad menentang golongan kuffur.
4-Jihad terhadap golongan munafik.
5-Jihad terhadap orang yang zalim dan fasiq.

Jihad menentang satu-satu golongan bukan bererti kita mengkafirkan golongan tersebut. Bahkan Rasulullah telah menyatakan jihad yang paling besar dan mulia sebagaimana sabda Rasulullah :

عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر أو أمير جائر

Daripada Abu said Al-Khudri berkata : rasulullah bersabda : "Sebaik-baik dan semulia-mulia jihad ialah menyatakan kalimah keadilan di sisi pemerintah yang zalim."
Tidakkah  mati menentang pemerintah yang zalim adalah syahid ?. Tidak dinafikan mati syahid itu terbahagi kepada dua. Tapi amanat ini tidak mengkategorikan syahid dalam perjuangannya. Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM sepatutnya menyenaraikan tindakan zalim dan jahat yang dilakukan oleh UMNO. UMNO terus mempertahankan ISA dengan tangkapan tanpa bicara. UMNO terus mengkhianati hak royalti petroleum kerajaan Kelantan. UMNO terus mengamalkan politik ugut dan pilih kasih dalam pengagihan bantuan dan kebajikan. UMNO mempergunakan pihak keselamatan untuk mengganggu ceramah-ceramah PAS. UMNO terus memperkudakan SPR untuk menipu dalam Pilihanraya. UMNO terus mengenepikan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun. UMNO terus mengambil peluang untuk menyalahgunakan kuasa dan membolot harta negara. PAS dan rakyat mempertahankan hak mereka dan menentang penyelewengan dan kezaliman. Rasulullah bersabda :
أبي هريرة قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يارسول الله أرأيت إن جاء رجل يريد أخذ مالي ؟ قال: "فلاتعطه مالك" قال: أرأيت إن قاتلني؟ قال: "قاتله" قال: أرأيت إن قتلني؟ قال: "فأنت شهيد"
Abu Hurairah berkata : Seorang lelaki datang bertemu rasulullah dan berkata : Wahai Rasulullah! Apakah pandangan baginda, jika seorang lelaki datang untuk merampas hartaku ? Rasulullah : jangan engkau serahkannya. Lelaki bertanya lagi : Apakah pandangan baginda, jika dia membunuh saya ?. Rasulullah menjawab : Engkau tentang dia. Lelaki itu bertanya lagi : Apakah pandangan Baginda, jika dia membunuh saya ?. Rasulullah bersabda : Engaku mati syahid."
Ucapan politik suku, agama suku tidak bererti mengkafirkan UMNO. Amanat itu menyatakan 'kita'. Kenapa UMNO terasa kata-kata itu ditujukan kepada UMNO ?. Adakah UMNO dan pemimpin-pemimpin serta Dato Harussani berpendapat bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ?. Apakah pandangan Ulama tentang kata-kata 'politik suku, agama suku'?. Adakah amanat  ini salah dalam meletakkan hukum tentang perkataan 'politik suku, agama suku' ?. Majlis Fatwa kebangsaan, JAKIM dan Dato Harunssani tidak perlu merujuk kitab-kitab dalam bahasa arab dalam mencari kesahihan kata-kata ini. Sheikh Abdul Kader Abdul Mutalib Al-Mandili yang merupakan guru terpengaruh telah mengarang kitab 'Kebagusan Undang-Undang Islam dan Kecelaan Undang-Undang Manusia' pada tahun 1961M  telah mendahului Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam mengulas tentang undang-undang penjajah. Bahkan Tuan Sheikh Abdul Kader R.A telah menjawab dengan panjang tentang persoalan hukum menceraikan agama daripada kenegaraan dan politik pada muka surat 110 – 127 (Kebagusan Undang-Undang Islam dan Kecelaan Undang-Undang manusia). Jika Dato' Harussani, JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan serta sesiapa sahaja menganggap Amanat Haji Hadi salah dan perlu ditarik balik, maka saya mendesak JAKIM, Dato Harunssani, Majlis Fatwa Kebangsaaan dan pihak kerajaan menjawab dan menyatakan tindakan terhadap tulisan Sheikh Abdul Kader Al-Mandili. Apakah Dato Harussani, JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama UMNO juga menganggap tulisan Tuan Sheikh Abdul Kader Al-Mandili yang dipelajari oleh murid-muridnya yang telah ramai bergelar tok guru adalah salah, mengkafirkan dan perlu ditarik balik. Adalah tidak adil dan berniat jahat, jika Amanat Haji Hadi diulas dan dipersalahkan tanpa membuat perbandingan dan rujukan terhadap fakta yang ada.
Kesimpulannya, kami mampu berhujah dengan sesiapa tentang amanat ini tapi situasi politik abad ke 21 sangat berbeda. Anak muda akan boleh mengkaji tentang kebenaran dan kebatilan sesuatu. Anak muda akan muak dan nak muntah dengan sikap ulama UMNO dan Dato Harussani yang berumno dalam menyatakan pandangan tentang Islam sehingga mengenepikan fakta. Anak muda boleh menonton semula sandiwara debat ulama UMNO tentang isu kafir mengkafir  yang diarah dan ditaja sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia di masa itu. Rakyat perlu tanya, kenapa debat ulama PAS dan ulama UMNO pernah dibatalkan ? . Anak Muda sedia buat perubahan dalam PRU 13 kerana UMNO sudah kehilangan arah dan tidak berupaya untuk menutup isu-isu kebejatan pemerintahan UMNO. PAS ganti UMNO.
Jika Kerajaan jujur untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi, nescaya pihak Kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaaan boleh bersifat terbuka dan adil. Kerajaan mesti bersedia mengambil pendekatan tersebut ;
1-       Kerajaan mesti memberi ruang kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan melalui media rasmi Kerajaan agar rakyat memperakui kesahihan penjelasan tersebut kerana media Kerajaan (TV 1, TV 2 dan TV 3)  menjadi sumber rujukan penyokong-penyokong UMNO dan rakyat. Di samping itu,  media ini menjadi punca kekeliruan tentang amanat ini. Jika Kerajaan tidak bersedia memberi ruang dalam media tersebut, nescaya anak muda dan rakyat mesti yakin bahawa UMNO bersifat jahat untuk menutup kebenaran.
2-       Majlis Fatwa kebangsaan mesti bersedia bermuzakarah secara terbuka dan siaran langsung untuk didengari oleh seluruh rakyat. Jika Majlis Fatwa Kebangsaan tidak bersedia bermuzakarah secara terbuka, maka rakyat boleh menilai tentang kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan. Tiada dalam keadilan, pihak tertuduh tidak diberi ruang untuk berhujah dan membela kenyataan. Keadilan Islam dibicara dengan keterangan dan pembuktian, bukan dengan pertuduhan dan hukuman tanpa perbicaraan dan pembuktian.
3-       Jika Kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaan  jujur untuk menegakkan kebenaran dan menyelesaikan isu ini dengan adil, nescaya muzakarah ini boleh dibuat secara terbuka dan siaran langsung di hadapan para ulama Dunia yang dipimpin oleh Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang diakui keilmuannya.
وقد اختار شيخنا العلامة محمد الخضر حسين -شيخ الأزهر في زمانه- أن يعبر عن فصل الدِّين عن السياسة -الذي دعا إليه أحد الكُتَّاب- بعبارة (ضلالة) وهو تعبير شرعي صحيح، لأنه أمر مُحْدث ومبتدع في الأمة، وكل بدعة ضلالة، كما في الحديث الصحيح.

وقد كتب في ذلك مقالة طويلة نشرها في مجلة (نور الإسلام)[11]، ثم وضعها في كتابه (رسائل الإصلاح).

ومما قاله الشيخ في هذه المقالة العلمية الرصينة:

(نعرف أن الذين يدعون إلى فصل الدِّين عن السياسة فريقان:

1. فريق يعترفون بأن للدين أحكاما وأصولا تتصل بالقضاء والسياسة، ولكنهم يُنْكرون أن تكون هذه الأحكام والأصول كافلة بالمصالح، آخذة بالسياسة إلى أحسن العواقب. ولم يبال هؤلاء أن يجهروا بالطعن في أحكام الدِّين وأصوله، وقبلوا أن يسميهم المسلمون ملاحدة؛ لأنهم مُقِرُّون بأنهم لا يؤمنون بالقرآن ولا بمن نزل عليه القرآن.

2. ورأى فريق أن الاعتراف بأن في الدِّين أصولا قضائية وأخرى سياسية، ثم الطعن في صلاحها، إيذان بالانفصال عن الدِّين، وإذا دعا المنفصل عن الدِّين إلى فصل الدِّين عن السياسة، كان قصده مفضوحا، وسعيه خائبا، فاخترع هؤلاء طريقا حسبوه أقرب إلى نجاحهم، وهو أن يَدَّعوا أن الإسلام توحيد وعبادات، ويجحدوا أن يكون في حقائقه ما له مدخل في القضاء والسياسة، وجمعوا على هذا ما استطاعوا من الشُّبه، لعلهم يجدون في الناس جهالة أو غباوة فيتم لهم ما بيتوا.

هذان مسلكان لمن ينادي بفصل الدِّين عن السياسة، وكلاهما يبغي من أصحاب السلطان: أن يضعوا للأمة الإسلامية قوانين تناقض شريعتها، ويسلكوا بها مذاهب لا توافق ما ارتضاه الله في إصلاحها. وكلا المسلكين وليد الافتتان بسياسة الشهوات، وقصور النظر عما لشريعة الإسلام من حِكَم بالغات.

أما أنَّ الإسلام قد جاء بأحكام وأصول قضائية، ووضع في فم السياسة لجاما من الحكمة، فإنما ينكره من تجاهل القرآن والسنة، ولم يحفل بسيرة الخلفاء الراشدين، إذ كانوا يزنون الحوادث بقسطاس الشريعة، ويرجعون عند الاختلاف إلى كتاب الله أو سنة رسوله.

وبين الشيخ أن في القرآن شواهد كثيرة على أن دعوته تدخل في المعاملات المدنية، وتتولى إرشاد السلطة السياسية، قال تعالى: {أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْماً لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ} [المائدة:50]، وكل حكم يخالف شرع الله، فهو من فصيلة أحكام الجاهلية، وفي قوله تعالى: { لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ}، إيماء إلى أن غير الموقنين قد ينازعون في حُسْن أحكام رب البرية، وتهوى أنفسهم تبدُّلها بمثل أحكام الجاهلية، ذلك لأنهم في غطاء من تقليد قوم كبروا في أعينهم، ولم يستطيعوا أن يميزوا سيئاتهم من حسناتهم، وقال تعالى: {وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ} [المائدة:49]، فرض في هذه الآية أن يكون فصل القضايا على مقتضى كتاب الله، ونبه على أن مَن لم يدخل الإيمان في قلوبهم يبتغون من الحاكم أن يخلق أحكامه من طينة ما يوافق أهواءهم، وأردف هذا بتحذير الحاكم من أن يفتنه أسرى الشهوات عن بعض ما أنزل الله، وفتنتهم له في أن يسمع لقولهم، ويضع مكان حكم الله حكما يلائم بغيتهم، قال تعالى: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ} [المائدة:45]، وفي آية: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ} [المائدة:47]، وفي آية ثالثة: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ} [المائدة:44].

وفي القرآن أحكام كثيرة ليست من التوحيد ولا من العبادات، كأحكام البيع والربا والرهن والإشهاد، وأحكام النكاح والطلاق واللعان والولاء والظهار والحجر على الأيتام والوصايا والمواريث، وأحكام القصاص والدية وقطع يد السارق وجلد الزاني وقاذف المحصنات، وجزاء الساعي في الأرض فسادا).

وذكر الشيخ آيات تتعلَّق بالحرب والسلم والمعاهدات والعلاقات الدولية.

ثم قال: (وفي السنة الصحيحة أحكام مفصلة في أبواب من المعاملات والجنايات إلى نحو هذا مما يدلك على أن مَن يدعو إلى فصل الدِّين عن السياسة إنما تصور دينا آخر غير الإسلام.

وفي سيرة أصحاب رسول الله -وهم أعلم الناس بمقاصد الشريعة- ما يدل دلالة قاطعة على أن للدين سلطانا في السياسة، فإنهم كانوا يأخذون على الخليفة عند مبايعته شرط العمل بكتاب الله وسنة رسول الله.

ولولا علمهم بأن السياسة لا تنفصل عن الدِّين لبايعوه على أن يسوسهم بما يراه أو يراه مجلس شوراه مصلحة، وفي صحيح البخاري: "كانت الأئمة بعد النبي صلى الله عليه وسلم يستشيرون الأمناء من أهل العلم في الأمور المباحة ليأخذوا بأسهلها، فإذا وضح الكتاب أو السنة لم يتعدوه إلى غيره اقتداء بالنبي صلى الله عليه وسلم"[12].

ومن شواهد هذا: محاورة أبي بكر الصديق وعمر بن الخطاب في قتال مانعي الزكاة، فإنها كانت تدور على التفقه في حديث: "أمرت أن أقاتل الناس حتى يقولوا لا إله إلا الله"[13]. فعمر بن الخطاب يستدل على عدم قتالهم بقوله في الحديث: "فإذا قالوها عصموا مني دماءهم وأموالهم". وأبو بكر يحتج بقوله في الحديث: "إلا بحقها" ويقول: الزكاة من حق الأموال، ولو لم يكونوا على يقين أن السياسة لا يسوغ لها أن تخطو خطوة إلا أن يأذن لها الدِّين بأن تخطوها، ما أورد عمر ابن الخطاب هذا الحديث، أو لوجد أبو بكر عندما احتج عمر بالحديث فسحة في أن يقول له: ذلك حديث رسول الله، وقتال مانعي الزكاة من شؤون السياسة!

ومن شواهد أن ربط السياسة بالدِّين أمر عرفه خاصة الصحابة وعامتهم: قصة عمر بن الخطاب، إذ بدا له أن يضع لمهور النساء حدا، فتَلَت عليه امرأة قوله تعالى: {وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَاراً فَلا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئاً} [النساء:20]، فما زاد على أن قال: رجل أخطأ، وامرأة أصابت[14]. ونبذ رأيه وراء ظهره، ولم يقل لها: ذلك دين وهذه سياسة!

وكتب السنة والآثار مملوءة بأمثال هذه الشواهد، ولم يوجد -حتى في الأمراء المعروفين بالفجور- من حاول أن يمس اتصال السياسة بالدِّين من الوِجهة العملية، وإن جروا في كثير من تصرفاتهم على غير ما أذن الله به، جهالة منهم أو طغيانا.

أراد الحجاج أن يأخذ رجلا بجريمة بعض أقاربه، فذكَّره الرجل بقوله تعالى: {وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى} [الأنعام:164]، فتركه[15]، ولم يخطر على باله -وهو ذلك الطاغية- أن يقول له: ما تلوته دين، وما سأفعله سياسة!).

ثم قال الشيخ رحمه الله:
(فصل الدِّين عن السياسة هدم لمعظم حقائق الدِّين، ولا يقدم عليه المسلمون إلا بعد أن يكونوا غير مسلمين، وليست هذه الجناية بأقل مما يعتدي به الأجنبي على الدِّين إذا جاس خلال الديار، وقد رأينا الذين فصلوا الدِّين عن السياسة علنا كيف صاروا أشد الناس عداوة لهداية القرآن، ورأينا كيف كان بعض المبتلين بالاستعمار الأجنبي أقرب إلى الحرية في الدِّين ممَّن أصيبوا بسلطانهم، ونحن على ثقة من أن الفئة التي ترتاح لمثل مقال الكاتب لو ملكت قوة لألغت محاكم يقضى فيها بأصول الإسلام، وقلبت معاهد تدرس فيها علوم شريعته الغراء إلى معاهد لهو ومجون، بل لم يجدوا في أنفسهم ما يتباطأ بهم عن التصرف في مساجد يذكر فيها اسم الله تصرف من لا يرجو لله وقارا)[

Tiada ulasan:

Nuffnang