:: cina islam | 2011 :: |
- Telefon pintar paling nipis di dunia
- Pelajar Dicekup Sembunyi Bawah Katil Hotel Bajet
- Ikan sungai beku percuma
- Wanita Pakatan Rakyat pakai 'ungu' ke HKR
- Pakatan Rakyat Perak kerah 100,000 ke HKR
- Ke mana hala tuju Palestin?
- Fenomena Amanat dan Takfir
- [BONGKAR] 5 Ribu Pengundi UMNO Dipindah Ke Lembah Pantai
- ‘Boy’ pulang minum
- DAP tawar RM1,000 kesan pengendali laman pisau.net
- Pakatan pecah tembok Johor tawan Putrajaya – Jui Meng
- Ferrari hangus sebelum dicuci
- Babi hutan ceroboh mahkamah
- Rakyat Sabah perlu bangkit memperjuangkan hak
- Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 – Himpunan Sejuta Rakyat
- Mengucap demi wang
- Kalimah Allah: Penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS
- Salah guna dana pencen tentera, Najib mesti disiasat
- Istimewa Melayu Malaysia Kerana Islam
- Dua pemimpin dunia yang menghafal Al-Quran
- Air nira kegemaran ramai
- HKR: Utusan buat kerja digemari, fitnah Pakatan
- Pampasan RM207b: Nizar akan mohon penjelasan MOF
- Rosmah bermewah-mewahan, rakyat miskin cuma diberi sisa roti
Telefon pintar paling nipis di dunia Posted: 10 Jan 2013 12:44 AM PST Telefon pintar paling nipis di dunia PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile. Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean. Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi | ||
Pelajar Dicekup Sembunyi Bawah Katil Hotel Bajet Posted: 10 Jan 2013 12:41 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - Kluang - Bahana tidak berfikir panjang dan terlalu mengikut nafsu, seorang pelajar perempuan tingkatan lima sanggup ponteng sekolah kerana ingin berjumpa teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar ini, pagi semalam. Malangnya, mereka dicekup berkhalwat dalam serbuan dilakukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) kira-kira jam 9 pagi. Pegawai Tadbir Jaij daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat awam. "Sewaktu operasi dijalankan, lelaki berusia 18 tahun berkenaan yang bekerja di pasar malam membuka pintu bilik hotel, manakala pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menyorok di bawah katil lengkap berpakaian sekolah dan bertudung. "Hasil soal siasat dijalankan, pelajar tersebut pada mulanya pergi ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas sebaliknya menunggu teman lelaki mengambilnya di sekolah," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan akan di dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Difahamkan, ibu bapa pasangan tersebut akan dipanggil untuk ke pejabat agama malah, pengetua serta guru kaunseling turut dimaklumkan mengenainya. | ||
Posted: 10 Jan 2013 12:39 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - BEIJING - Ikan beku yang mengeras bersama air sungai menjadi kegemaran penduduk bandar Xi'an, wilayah Shaanxi, China pada musim sejuk ini. Menurut penduduk, Liau Xi, penduduk di sini sering melakukan aktiviti memancing pada musim panas tetapi kali ini mereka berpeluang mendapatkan ikan di sungai tanpa menggunakan joran dan umpan. "Walaupun ikan-ikan ini kecil, tetapi ia cukup untuk mengalas perut pada waktu malam," kata Liau. Menurut pegawai biro perlindungan alam sekitar, sebahagian besar sungai dalam Xi'an mula membeku sejak dua bulan lalu, selain air mula cetek disebabkan kerja-kerja pembinaan laluan kereta api. "Ikan-ikan membeku disebabkan suhu yang terlalu rendah dan air yang cetek," katanya. - MailOnline | ||
Wanita Pakatan Rakyat pakai 'ungu' ke HKR Posted: 10 Jan 2013 12:36 AM PST PETALING JAYA: Wanita Pakatan Rakyat memilih 'ungu' sebagai warna tema mereka ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Medeka Sabtu ini. Ribuan anggota mereka yang terdiri daripada Dewan Muslimat PAS, Wanita PKR serta Wanita DAP akan turut bersama-sama memeriahkan himpunan itu nanti. Difahamkan kumpulan mereka akan berkumpul di Pasar Seni, Kuala Lumpur jam 2 petang sebelum bergerak ke Stadium Merdeka. Kehadiran mereka turut membawa enam tuntutan rakyat antaranya menunut sebuah kerajaan yang bersih dari rasuah, gaji berpatutan kepada golongan wanita dan kualiti hidup lebih baik. Selain itu, mereka juga menentang keganasan terhadap wanita, pemansuhan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pilihan raya bersih dan adil. Satu sidang media berkaitan perkara itu dibuat semalam. Turut hadir Naib Ketua Wanita PKR Haniza Talha, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr. Siti Mariah Mahmod, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching serta Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Malaysia (Empower), Maria Chin. HARAKAH/- | ||
Pakatan Rakyat Perak kerah 100,000 ke HKR Posted: 10 Jan 2013 12:34 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengerahkan 100,000 orang daripada negeri itu untuk bersama-sama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu ini. Setiausahanya, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, pihaknya optimis akan mencapai sasaran tersebut melihat 'mood' rakyat ketika ini. "Dengan semangat yang dibina, kami yakin rakyat Perak akan turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini seterusnya mencapai matlamat penganjur untuk menghimpunkan sejuta rakyat," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini. (Gambar) Menurut Khairuddin, pihaknya telah memulakan mobilasi dan momentum sejak sebulan lalu bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak di Seri Iskandar dan 'road show' yang diadakan di seluruh negeri Perak ketika ini. Dengan kelulusan daripada pihak Stadium Merdeka dan jaminan daripada Ketua Polis Negara pula katanya, akan memberi ruang kepada rakyat untuk menyertai himpunan tersebut tanpa sebarang kegusaran. Hadir sama pada sidang media tadi ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham, Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam, Adun Tronoh, V Sivakumar, Adun Lubok Merbau, Zainuddin Mohd Yusof dan Ketua Mobilasi PAS Perak, Rahim Nordin. Sementara itu, Ketua Mobilasi PAS Perak Rahim Nordin dilantik mengetuai delegasi dari negeri itu ke himpunan HKR nanti. Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Tapah ketika sidang media sama menjelaskan, delegasi Perak akan berkumpul di Masjid Negara bersama-sama pimpinan sebelum bergerak ke Stadium Merdeka. Katanya, semua peserta daripada negeri itu perlu berdisiplin, menjaga keselamatan diri serta awan dan mengikut segala arahan daripada pihak penganjur. HARAKAH/- | ||
Posted: 10 Jan 2013 12:26 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - Selepas kejayaan Palestin menaik taraf status kepada negara pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menangkis serangan rejim Zionis pada November lalu, ia jelas menunjukkan satu perkembangan positif untuk menyatukan Fatah dan Hamas. Sudah tentu, kedua-dua gerakan itu kini sudah mula berbincang untuk mencapai perdamaian selepas beberapa rundingan sebelum ini gagal mencapai sebarang kata putus. Realitinya, perkembangan baru ini sebenarnya tidak memberi sebarang jaminan bahawa rundingan tersebut akan berjaya kerana pasti ada pihak yang iri hati mahu mensabotaj proses itu. Bagaimanapun, usaha untuk menjayakan 'Projek Kebangsaan Palestin' tersebut perlu dipandang serius kerana ia akan memberi manfaat kepada semua. Apakah senario perjanjian perdamaian ini? Dan apakah kesan ke atas projek pembebasan tersebut? Adakah usaha itu dapat 'membebaskan' tanah di sempadan mengikut perjanjian 1967, jika Presiden Mahmoud Abbas menyerahkan 78 peratus kawasan Palestin walaupun hak penduduk untuk baki kawasan sebanyak 22 peratus tidak diiktiraf? Jika ia berjaya, kehidupan penduduk Palestin dikatakan hanya akan kembali seperti sebelum pilihan raya pada tahun 2006 kerana fokus utama selepas penyatuan itu hanya pada pilihan raya presiden dan Parlimen. Fatah dan parti berhaluan kiri mungkin akan memperoleh majoriti kecil kerana sistem senarai berkadar yang digunakan dalam pilihan raya akan datang. Ini kerana, sistem kerusi individu yang diguna pakai sebelum ini telah menyaksikan kemenangan Hamas. Jika Hamas menang sekali lagi, situasi sekatan dan ancaman didakwa akan terus berlaku. Kemenangan Fatah dan sekutunya yang memperoleh majoriti kecil pula mungkin akan membawa kepada penubuhan kerajaan perpaduan nasional jika Hamas bersetuju untuk menyertainya. Penubuhan kerajaan perpaduan itu juga tidak akan membawa sebarang perubahan kerana kerajaan masih perlu berunding dengan Israel. Rundingan kerjasama keselamatan dengan Israel pula hanya akan memberi faedah kepada sebelah pihak (Israel). Sebelum ini, Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat memaklumkan bahawa ada usaha untuk menyambung semula rundingan dengan Israel walaupun pilihan raya negara itu akan berlangsung pada 22 Januari depan. Ia sememangnya sia-sia kerana semua orang tahu Perdana Menteri,Benjamin Netanyahu sering membuat helah untuk menggagalkan usaha tersebut. Bulan lalu, beliau juga telah mengambil tindakan provokasi segera dengan mengumumkan projek penempatan haram tambahan selepas tuntutan Palestin di PBB berjaya. Bagaimanapun, jika perdamaian tersebut membawa strategi berbeza, ia sememangnya dialu-alukan. Usaha itu akan berhasil jika hanya ada satu pihak berkuasa awam di Tebing Barat dan Genting Gaza yang menyediakan perkhidmatan awam kepada rakyat. Pilihan raya pula boleh diadakan di seluruh Palestin untuk mereka memilih kepimpinan bersama melalui perubahan dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Jika perubahan adil dan jujur PLO diterima serta membentuk asas perdamaian, ia akan menjadi satu langkah positif untuk gerakan pembebasan. Kebuntuan pada masa ini sukar dipecahkan melainkan tercetusnya Intifada di Tebing Barat sebagai tindak balas terhadap peluasan projek penempatan haram golongan Yahudi, dasar, sekatan dan penindasan Israel. Objektif utamanya adalah untuk menyingkirkan Israel dari kawasan diduduki sejak tahun 1967, sama seperti insiden pengunduran mereka dari Lubnan Selatan; tiada 'rundingan' berlangsung. Sudah sampai masanya untuk Palestin keluar dari kekusutan ini dan menggunakan pengaruh revolusi kebangkitan rakyat di rantau Arab untuk melangkah ke hadapan dan memperoleh kebebasan sebenar. Tetapi untuk mencapai matlamat tersebut, kepimpinan di negara itu perlu bersatu demi penduduk Palestin. Namun jika gagal, cara untuk capai perpaduan mungkin hanya melalui intifada. -Analisis oleh Yaser AlZaatra, Middle East Monitor (Memo) sinar/- | ||
Posted: 10 Jan 2013 12:15 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang. Isu "takfir" (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya. Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah 'hantu kum-kum' dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam. Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku. Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : "Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri" dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas. PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku "Nahnu Dua'at La Qudat" (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu. Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya "Batas – Batas Iman dan Kufur" dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin. Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :"Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya ". Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja. PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab. Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya. Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya. Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala. Firman Allah yang bermaksud: "Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63) Abdul Hadi Awang Presiden PAS 10 Januari 2013 | ||
[BONGKAR] 5 Ribu Pengundi UMNO Dipindah Ke Lembah Pantai Posted: 10 Jan 2013 12:14 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - Sekurang-kurangnya 5,000 ahli Umno yang merupakan pengundi Wilayah Persekutuan dipindah ke Parlimen Lembah Pantai dipercayai untuk bantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Mendedahkan demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, taktik kotor itu dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersekongkol dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berminat untuk bertanding. "Pertembungan kali ini paling sengit kerana semua ahli Umno Wilayah Persekutuan dipindah ke Lembah Pantai. Sengaja dilancar bagi memenangkan calon Umno BN itu. "Kita kenal pasti lebih kurang 5,000 daripada butiran misalnya mereka ini ada yang mengundi di Seputeh. Keseluruhannya merangkumi pemindahan pengundi. Ahli-ahli Umno yang mengundi di luar akan mengundi di Lembah Pantai termasuk undi pos tambahan 2,000," jelasnya kepada Keadilan Daily. Nurul Izzah berkata, Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri turut diperalat Nong Chik untuk menarik sokongan penduduk setempat terhadapnya. "Sebelum ini, Ketua Polis sendiri turun ke Lembah Pantai untuk edar bubuk lambuk. Najib (Razak) pula dua kali turun menyerahkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). "80 peratus perumahan rakyat di Lembah Pantai dicat. Di Sentosa, 100 peratus di bawah kelolaan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Ini memberikan impak besar termasuk Pantai Dalam. Sebaliknya, Pemuda Umno yang dapat projek tersebut apabila ia diswastakan," sambungnya. "Nong Chik sama macam Shahrizat kerana segala projek, mereka akan jadi juara. Projek Shahrizat (NFC) dan keluarga RM250 juta. Belum lagi Nong Chik ada projeknya sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN itu. Pada PRU lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai. Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit. | ||
Posted: 10 Jan 2013 12:13 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - Tasek Gelugor: Seorang daripada suspek yang meloloskan diri daripada kawalan polis, Mohd Noor Mustafa, 28, atau dikenali sebagai 'Boy' bersama rakannya, dipercayai memecah masuk rumah yang pernah didiaminya di Kampung Tun Sardon, dekat sini, dan mengambil beberapa helai pakaian beberapa jam selepas meninggalkan van polis di Padang Chempedak, Isnin lalu. Selain pakaian, suspek sempat minum berdasarkan dua gelas yang ditemui dalam rumah berkenaan yang terletak berhampiran ladang sawit. Rumah berkenaan dipecah masuk berdasarkan kunci pintu dan jeriji dikopak, namun hanya disedari pemilik rumah berkenaan ketika membuat pemeriksaan jam 11 pagi semalam. Pemilik rumah itu yang enggan dikenali berkata, dia terlintas untuk memeriksa rumah berkenaan selepas beberapa hari tidak berbuat demikian dan terkejut apabila mendapati besi jeriji dan kunci pintu terkopak. ALMARI baju dipercayai digeledah 'Boy'. "Almari pakaian berselerak selain dua gelas mengandungi separuh air masak manakala pintu di tingkat atas terbuka. metro/- | ||
DAP tawar RM1,000 kesan pengendali laman pisau.net Posted: 10 Jan 2013 12:10 AM PST IPOH - Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan. "Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut. "Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini. Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong. Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik. sinar/- | ||
Pakatan pecah tembok Johor tawan Putrajaya – Jui Meng Posted: 10 Jan 2013 12:09 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU 8 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) bakal gempur tembok Johor untuk ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Chua Jui Meng. Menurutnya, satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) diadakan hujung minggu lalu untuk meneliti jentera pilihan raya bagi memenangi PRU 13. Beliau percaya, KEADILAN boleh bantu kemenangan Pakatan menawan negeri kubu kuat Umno itu dan membentuk kerajaan Pusat. Jui Meng (duduk tengah) bersama (duduk dari kiri) Mohd Khuzzan, Tan Yen Ming, Steven Choong, Dr Ahmad Faidhi, Hassan Karim, Syed Hamid Ali, Saadon, Willham Siau dan pemimpin KEADILAN Johor ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat. "Berdasarkan maklumat sedia ada, Pakatan Rakyat akan memenangi cukup kerusi Parlimen sekaligus tawan Putrajaya," kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily. Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Steven Choong berharap rakyat buat pilihan tepat untuk menentukan jaminan masa depan. "Bagi rakyat Malaysia, ini kalilah pilihan raya yang tidak boleh diabaikan. Setiap undi akan menentukan masa depan kita dan generasi akan datang," katanya. Dalam pada itu, beliau menyeru para pengundi keluar awal pada hari mengundi untuk mengelakkan kecurangan pilihan raya. "Jika kadar pengundi keluar mengundi boleh sampai 90 peratus, manakala pengundi yang bekerja di luar bandar turut balik mengundi, ia akan mengurangkan kesan kecurangan pilihan raya," katanya. Hadir sama, Ahli Majlis Pimpinan Pusat merangkap Ketua Penerangan Negeri, Syed Hamid Ali; Timbalan Pengerusi Negeri, Dr Ahmad Faidhi Saidi; tiga Naib Pengerusi Negeri; Hassan Abdul Karim, Liew Voon Chew dan Selva Kumaran. Turut serta, Bendahari Negeri, Tan Poh Lai; Pengarah Strategi Negeri, Saadon Abdullah; Pengarah Biro Guaman Negeri, Jimmy Puah; Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Negeri, Tan Yen Ming; Setiausaha Pengelola Negeri, Zabidie Abas; Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar; Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Willham Siau dan Setiausaha Kerja Negeri, Yuneswaran Ramaraj. Dalam perkembangan berkaitan, Pusat Media KEADILAN Johor di Bandar Baru UDA, sebagai tempat rasmi untuk semua sidang media dilancarkan. selatan online/- | ||
Posted: 10 Jan 2013 12:07 AM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - KAJANG - Seorang pemilik sebuah premis mencuci kereta tergamam apabila melihat sebuah kereta mewah jenis Ferrari 360 Spider bernilai lebih RM1 juta milik pelanggannya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Jalan Putera 3, Taman Putera, Kajang di sini kelmarin. Kejadian pukul 9.25 malam itu berlaku beberapa minit selepas kereta mewah tersebut diletakkan di situ oleh pemiliknya untuk dicuci. Namun belum sempat ia dicuci, wanita berusia lingkungan 30-an tersebut terkejut apabila mendapati kereta itu tiba-tiba terbakar menyebabkan kereta itu musnah. Difahamkan, pemilik kereta itu merupakan seorang lelaki dan dia terselamat kerana telah keluar terlebih dulu sebelum kebakaran berlaku. "Kami masih menunggu punca sebenar kejadian daripada bomba yang membantu menjalankan siasatan," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab. sinar/- | ||
Posted: 09 Jan 2013 11:43 PM PST Alor Gajah: Pekarangan Mahkamah Majistret di sini, semalam, gempar apabila seekor babi hutan jantan menceroboh kawasan itu. Babi hutan itu juga menyerang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah dan orang ramai yang cuba menangkapnya. Haiwan berkenaan disedari berada di dalam longkang dalam kawasan mahkamah jam 8.30 pagi dan berlari mencari jalan keluar, namun gagal menyebabkan suasana menjadi kecoh. Kekecohan itu berakhir kira-kira dua jam kemudian selepas haiwan berkenaan mati ditembak anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang dipanggil ke lokasi. Saksi kejadian, Ahmad Harun, 52, berkata, dia mulanya menyangka haiwan kelabu di dalam longkang itu adalah longgokan sampah. metro/- | ||
Rakyat Sabah perlu bangkit memperjuangkan hak Posted: 09 Jan 2013 10:00 PM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gelombang Kebangkitan Rakyat terutama di kalangan anak-anak muda Sabah dilihat semakin membara, kata Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu. "Hal ini bukan sahaja menjadi fenomena, malah secara tidak langsung memberi signal kepada kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkonsepkan memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) yang dinaungi anak muda merupakan sebagai langkah serta capaian terbaik bagi anak-anak muda Sabah untuk merasai denyut nadi perjuangan rakyat yang dihimpit kesukaran dan kepayahan di bumi sendiri. Justeru, katanya walaupun, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari ini dilihat lebih tertumpu kepada Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur, namun pada hari yang sama juga Himpunan Sabah Bangkit yang dianjurkan Gegar perlu diberi tempat dan perhatian yang sewajarnya. "Inilah anak-anak Sabah yang sedar akan tanggungjawab besar yang bakal menanti mereka kelak. "Inilah kebangkitan Sabah yang sudah mula terasa kesengsaraan di bawah kepimpinan Kerajaan gabungan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya lagi. Menruutnya, siapa yang tidak 'sakit' apabila melihat bumi tanah airnya yang dahulunya kaya menjadi sekangkang kera. "Siapa yang tidak terguris hatinya apabila dirampas harta tanah dan kebun serta hasil tanamannya yang diusahakan bertahun lamanya. "Siapa yang tidak 'bingung' melihat telatah kepimpinan negerinya yang mampu melihat setiap harta dan 'karun'nya diangkut serta dijual ditangan asing. Siapa lagi yang tidak mahukan perubahan," ujarnya. Justeru, beliau menyeru seluruh anak muda Sabah perlu bangkit dan bingkas bangun untuk terus memperjuangkan hak miliknya. "Masa ini bukan masanya untuk kita berpeluk tubuh, menggaru kepala dan mengangguk menggeleng antara setuju dan tidak. Masa ini, merupakan masa kebangkitan rakyat secara besar-besaran," katanya. Sehubungan itu, ujar Lahirul dalam Himpunan Sabah Bangkit yang diadakan serentak dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat, Dewan Pemuda PAS negeri sekali lagi mengajak seluruh warga Sabah tanpa mengira peringkat umur, darjat, warna kulit, bangsa dan agama untuk terus bersama kebangkitan rakyat. "Ini kalilah, berabis kita," tegasnya. HARAKAH/- | ||
Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 – Himpunan Sejuta Rakyat Posted: 09 Jan 2013 08:44 PM PST 1. Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan akhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya. Fasa akhir ini bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka. 2. Dari soal Lynas, Felda, Royalti, tuntutan Bersih dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan - himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah UMNO-BN merompak hak Rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU13 kelak. 3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun mengeluarkan arahan am kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Kita menjangkakan 30,000 pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri Stadium Merdeka kelak. Suara Sejuta Umat akan bergema merayakan perubahan, Insya Allah! 4. Sehingga setakat ini kami dimaklumkan rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur kelak. 5. Oleh itu, kita juga telah meminta pendokong PAS luar negara di lokasi-lokasi utama lain untuk mengadakan himpunan yang sama sebagai tanda sokongan. 6. Pada masa yang sama, DPPM turut menjemput wakil-wakil kepimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan mesyuarat koordinasi peringakat pemuda dalam masa yang terdekat ini. Ianya bertujuan untuk memperhebat promosi dan menjayakan himpunan ini sebagai himpunan terbesar dan paling aman di dalam sejarah Malaysia. 7. Jabatan Amal Malaysia juga telah siap siaga untuk memainkan peranan penting mengawalselia perhimpunan itu kelak. Pada masa yang sama, kita berharap pihak keselamatan khususnya PDRM dapat menghalang mana-mana anasir jahat yang cuba untuk membuat provokasi bagi mengganggu kesusilaan himpunan. 8. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Ayuh kita jadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan. Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia. Nasrudin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Mencorak Masa Depan Salam dari : Aku Pejuang Islam ~API~ | ||
Posted: 09 Jan 2013 08:05 PM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000. Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu. Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam. Si ibu 'berlakon' kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman. WANITA terbabit bersama dua anak perempuannya. Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu. METRO/- | ||
Kalimah Allah: Penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS Posted: 09 Jan 2013 07:56 PM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Saya ingin menjelaskan bahawa laporan berita bertajuk 'Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah' yang dikeluarkan oleh MStar pada 9 Januari 2013 adalah telah memetik secara salah apa yang saya sebutkan. Demikian penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berhubung laporan Mstar, semalam. Berikut ialah penjelasan penuh beliau. Saya ingin menjelaskan bahawa laporan berita bertajuk 'Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah' yang dikeluarkan oleh MStar pada 9 Januari 2013 adalah telah memetik secara salah apa yang saya sebutkan. Kenyataan awal saya yang berkenaan adalah ketika saya diminta memberi komen terhadap permintaan pihak-pihak tertentu supaya dibenar penggunaan terjemahan Allah dalam Bible berbahasa Melayu beberapa minggu yang lalu. Tajuk itu sepatutnya berbunyi seperti ini 'Ulamak PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi menggantikan perkataan God'. HARAKAH/- | ||
Salah guna dana pencen tentera, Najib mesti disiasat Posted: 09 Jan 2013 07:40 PM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - Baru-baru ini, Bakti Wira Sdn Bhd (anak syarikat milik LTAT melalui Boustead Holdings Berhad) mengumumkan pembayaran RM30 juta kepada Astacanggih Sdn Bhd (syarikat milik Deepak Jaikishen, seorang ahli perniagaan yang pernah rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato' Seri Najib Tun Razak) dan RM130 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd (syarikat milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Selangor). Alasan rasmi yang difailkan oleh Boustead Holdings Berhad di Bursa Kuala Lumpur bagi pembayaran tersebut adalah untuk membeli saham majoriti Astacanggih Sdn Bhd dan membeli tanah-tanah PT216 & PT220 (Mukim Kapar) dan Lot 1159 (Mukim Bukit Raja) seluas 223 ekar dari Awan Megah Sdn Bhd. Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor itu dianugerahkan projek penswastaan untuk membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) oleh Kementerian Pertahanan yang bernilai RM72.5 juta. Sebagai balasan, Kerajaan Persekutuan berjanji akan memindahmilik tanah-tanah tersebut menjadi milik Awan Megah Sdn Bhd. Projek itu mengalami kelewatan dan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pindahmilik tanah-tanah tersebut kepada Awan Megah Sdn Bhd tidak berlaku kerana tidak mendapat kebenaran dari Kerajaan Selangor. Oleh yang demikian, fakta-fakta berikut telah dilaporkan dan dibuktikan melalui pelbagai dokumen yang disertakan bersama oleh laman-laman berita maya (seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, fz.com, The Sun, KeadilanDaily, Harakah dan lain-lain) dan rafiziramli.com: 1. Astacanggih Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pemilikan ke atas tanah atau projek penswastaan Puspahanas 2. Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pemilikan ke atas tanah-tanah PT216, PT220 dan Lot 1159 3. Kos yang dibelanjakan oleh Awan Megah setakat ini hanyalah 10% dari jumlah keseluruhan kos pembinaan Puspahanas berjumlah RM72.5 juta, memandangkan projek itu baru siap 10% setakat ini 4. Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang kepakaran teknikal, pengalaman ataupun keupayaan kewangan untuk menjalankan pembinaan Puspahanas mahupun membangunkan tanah-tanah seluas 223 ekar 5. Kerajaan Selangor telah mengumumkan bahawa ia tidak akan membenarkan sebarang pembangunan komersil dibuat di atas tanah-tanah tersebut Berdasarkan fakta-fakta itu, pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera kepada pemegang saham Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai asas komersil dan tidak akan membawa pulangan kepada pelaburan anggota tentera. Tindakan ini dijangka akan merugikan anggota tentera yang mungkin akan kehilangan dana pelaburan sejumlah RM160 juta itu. Oleh kerana urusniaga dan pembayaran ini diumumkan sebulan selepas Deepak Jaikishen melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak dan keluarga, ia menimbulkan syak wasangka bahawa pembayaran yang tidak ada asas komersil ini dibuat untuk menutup muluk Deepak Jaikishen dari terus membongkarkan rahsia yang boleh memalukan Dato' Seri Najib Tun Razak. Urusniaga dan pembayaran ini juga melibatkan Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor yang akan untung besar "atas angin" apabila bakal mendapat pembayaran RM130 juta. Memandangkan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri selaku Presiden Umno yang pernah menganugerahkan projek penswastaan dan timbal balik tanah 223 ekar ini kepada Raja Ropiaah, ia menimbulkan syak wasangka bahawa anugerah tersebut dan pembayaran RM130 juta adalah penyelewengan dana awam yang tidak menguntungkan orang awam. JINGGA 13 memohon supaya urusniaga-urusniaga ini disiasat segera bagi memastikan tidak ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan. Lebih penting, isu ini membabitkan nama baik dan integriti Dato' Seri Najib Tun Razak yang namanya perlu dibersihkan segera melalui satu siasatan yang telus, bebas dan profesional. Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13/Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN KEADILANDAILY/- | ||
Istimewa Melayu Malaysia Kerana Islam Posted: 09 Jan 2013 07:16 PM PST Pelik juga kalau ada orang Melayu yang dilahirkan sebagai Melayu tetapi tidak berasa bangga dengan kemelayuannya. Namun tidaklah sampai tidak mahu mengaku Melayu. Di mana salahnya Melayu? Lainlah kalau Melayu ini asal usulnya penjenayah, pemberontak dan seumpamanya dan kekal sehingga ke hari ini, tak mahu saya mengaku Melayu. Malu saya menjadi Melayu. Rasanya Melayu tidak begitu, tidak tahulah kalau begitu pada zaman purbanya. Sekarang Melayu sudah tamadun, sudah berada dalam negara merdeka. Jadi, apakah salahnya kalau kita dilahirkan sebagai Melayu. Kalau kita tidak gembira dengan Melayu kita, tentu secara tidak langsung kita telah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan kita. Silap-silap pula kita salahkan Allah yang melahirkan kita sebagai orang Melayu. Sesungguhnya Melayu dan orang Melayu tidak salah apa-apa kerana Melayu hanyalah salah satu bangsa yang diwujudkan Allah bagi tujuan memberi peluang kepada manusia berkenalan antara mereka. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Namun, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat : 13) Allah takdirkan kita lahir sebagai orang Melayu tentu ada hikmah kebaikannya. Kita boleh berkenalan dengan bangsa lain dan berbaik-baik dengan bangsa lain secara harmoni. Malah lebih patut kita berasa bangga kerana dilahirkan di Malaysia yang secara automatiknya orang Melayu adalah orang Islam. Orang Melayu di sini ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam. Maknanya orang Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Jadi, di segi undang-undang orang Melayu mustahil boleh menjadi murtad. Kenapa? Yalah, bangsa seseorang tidak boleh bertukar sejak daripada lahirnya sehingga ke tarikh matinya. Katalah orang Melayu berkahwin dengan orang India, maka bangsanya tetap Melayu. Begitu juga orang India itu, dia tetapi India walaupun berkahwin dengan orang Cina. Keadaan yang sama akan berlaku kepada bangsa lain seperti Cina atau orang Afrika dll. Mereka tetap dikira bangsa itu walaupun sudah bertahun-tahun tinggal di Malaysia. Jadi, orang Melayu selagi berbangsa Melayu dia tetap dikira orang Islam. Sebenarnya Rasulullah sendiri bangga yang dirinya orang Quraisy dengan katanya, ana (saya) Quraisy. Baginda juga menyebut tentang kepimpinan kota Makkah khususnya Kaabah mestilah dalam kalangan Quraisy. Namun bukanlah Quraisy segala-galanya. Ada juga keburukan pada orang Quraisy di sudut kepimpinan seperti sabdanya: عن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " خِيَارُ النَّاسِ خِيَارُ قُرَيْشٍ , وَشِرَارُ قُرَيْشٍ شِرَارُ النَّاسِ , وَخِيَارُ أَئِمَّةِ قُرَيْشٍ خِيَارُ أَئِمَّةِ النَّاسِ , وَشِرَارُ أَئِمَّتُهُمْ شِرَارُ أَئِمَّةِ النَّاسِ , وَخِيَارُ النَّاسِ تَبَعٌ لِخِيَارِهِمْ , وَشِرَارُ النَّاسِ تَبَعٌ لِشِرَارِهِمْ " . Maksudnya: Daripada Nabi SAW sabdanya, sebaik-baik manusia ialah sebaik-baik Quraisy, sejahat-jahat Quraisy ialah sejahat-jahat manusia, sebaik-baik kepimpinan Quraisy adalah sebaik-baik kepimpinan manusia, dan sejahat-jahat kepimpinan mereka adalah sejahat-jahat kepimpinan manusia dan sebaik-baik manusia adalah yang mengikut kebaikan mereka dan sebaliknya seburuk-buruk manusia ialah yang mengikut keburukan mereka. (Riwayat al-Tabrani) Jelasnya, setiap bangsa manusia ada baik dan ada jahatnya. Yang penting pada kita ialah mana yang baik kena ikut dan mana yang jahat perlu dijauhi. Sebab itu dalam hal ini baginda mengingatkan umatnya agar tidak taksub kepada bangsa apatah lagi pemimpin. Taksub Rasulullah sebut sebagai asabiah seperti sabda Rasulullah SAW: عن واثلة بن الأسقع، سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ ؟ قَالَ : " لَا ، وَلَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يَنْصُرَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ " Maksudnya, daripada Wasilah bin al-Asqa', "aku bertanya akan Rasulullah SAW maka aku berkata, wahai Rasulullah adakah sebahagian daripada asabiah itu seseorang lelaki mencintai (menyukai) akan kaumnya (bangsanya)? Jawab Baginda: "tidak, tetapi sebahagian daripada asabiah itu, seseorang itu menolong kaumnya atas kerja-kerja kezaliman." (Riwayat Ahmad) Dengan hadis ini kita boleh mengesan siapa yang banyak mengamalkan asabiah. Kita boleh menilai sendiri sejauhmana kita menyokong bangsa kita dalam melakukan kezaliman. Kita boleh menilai sejauhmana pemimpin negara ini yang menyokong bangsanya dalam melakukan kezaliman. Kalau semua itu ada pada diri kita atau pemimpin kita, itulah tandanya kita terlibat dalam asabiah. Maka atas kesedaran itu jauhilah perkara itu. Melayu Malaysia Isu Melayu ini perlu dijelaskan di sini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan orang Melayu sebagai orang yang lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Untuk lebih jelas kita rujuk Perkara 160. Tafsiran: "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan— (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian. Sebenarnya berdasarkan perkara ini, orang Cina atau India yang memeluk Islam sebelum Merdeka dan dia fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu, maka boleh dikira sebagai Melayu. Tetapi jika Islam selepas Merdeka walaupun fasih berbahasa Melayu dan mahu mengamalkan adat Melayu tidak boleh dikategorikan sebagai orang Melayu. Namun kalau dia berkahwin dengan orang Melayu, maka anaknya boleh dikategorikan sebagai orang Melayu menurut perenggan (a). Berdasarkan perkara ini juga mana-mana orang Indonesia yang menetap di Malaysia selepas Merdeka dan kemudiannya mereka berkahwin dengan pasangan Indonesia juga, maka anak yang dilahirkan itu tidak boleh dikategorikan sebagai Melayu. Walaupun mereka selama ini orang Melayu (Indonesia), tetapi di sudut undang-undang mereka bukan Melayu. Oleh sebab itu mereka tidak layak mendapat hak keistimewaan Melayu di Malaysia. Berbeza pula kalau mereka itu berkahwin dengan orang Melayu Malaysia, maka anaknya adalah dikira sebagai orang Melayu. Maka atas dasar itu mereka juga boleh mendapat segela keistimewaan orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. Malangnya orang Melayu sendiri tidak faham kedudukan mereka dan status mereka di negara sendiri. Atas ketifahaman itulah, banyak hak keistimewaan mereka terlepas begitu sahaja. Sebaliknya, orang bukan Melayu termasuk orang Indonesia boleh dengan senang hati mengambil hak kita. Dan kita sendiri tidak mampu menghalangnya kerana kita tidak tahu hak itu. Barangkali nasib ini padan dengan sikap orang Melayu yang tidak mahu faham apatah lagi yang malas. Selalunya orang Melayu suka bising apabila telah hilang hak mereka, kita akan bising dan riuh sekampung bila didapati rumah banglow di pinggir kota diduduki oleh orang Indonesia, padahal dia selalu nampak pembinaan itu dibuat oleh orang Indonesia. Kita tidak peka lalu membiarkan aktiviti itu. Baru-baru ini kita bising bila mendapati pemilik gerai ikan dan buah di Pasar Chaw Kit itu adalah orang Indonesia dan Bangla. Yalah, semua itu berlaku kerana kita tidak faham peruntukan perlembagaan itu, tetapi bagaimana dengan pihak berkuasa kerajaan, pemimpin negeri dan pusat, adakah mereka juga tidak tahu dan tak faham. Inilah masalah yang patut kita sedar kalau kita benar-benar mahu membela orang Melayu. Apa ertinya kita mendapat keistimewaan itu sedangkan rakyat yang berbangsa Melayu tidak mendapat keistimewaan itu. Islam Agama Negara Selain hak orang Melayu kita juga harus bersyukur kerana agama Islam diletakkan sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka dengan peruntukan itu bukan sahaja setiap orang Islam boleh mengamalkan ajaran Islam dengan bebas malah segala yang berjalan dalam negara ini seharusnya mengikut kehendak Islam. Namun realitinya, peruntukan perlembagaan itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa apatah lagi rakyat jelata. Cuba kita teliti peruntukan Perlembagaan Persekutuan berikut: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Apabila perlembagaan menyebut agama bagi Persekutuan bermakna seluruh negara mesti berasaskan Islam. Segala aktiviti di mana-mana bahagian negara mesti berpaksikan Islam. Tetapi persoalannya, apakah peruntukan ini telah dimanfaatkan? Adakah Islam hanya sekadar nama sehingga sesetengah pihak boleh menganggap Islam hanya untuk urusan rasmi negara sahaja? Saya percaya anggapan mereka itu adalah berdasarkan realiti pada masa itu. Apa tidaknya, apabila hendak mulakan program, baca al-Quran dan baca doa dan penutupnya dengan doa lagi. Tetapi di tengah-tengahnya apatah lagi kemuncaknya banyak acara maksiat. Keadaan yang sama berlaku dalam program radio dan televisyen. Melihat realiti itu saya tidak katakan mereka tersalahfaham, tetapi kemungkinan besar mereka sengaja hendak menyindir pihak berkuasa kerajaan. Sepatutnya pihak pemerintah peka dengan peruntukan ini dengan meletakkan Islam dalam segala program. Maka mana-mana acara yang berlawanan dengan Islam perlu dihentikan. Maknanya setiap orang Islam sama ada pemerintah atau rakyat perlu amalkan Islam dalam kehidupannya. Apa buktinya? Bacalah perkara 3(1) sehingga habis, bukankah secara jelas disebut; "tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan". Maknanya apa? Kalau orang bukan Islam dibenarkan mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai di negara ini, tentulah orang Islam lebih berhak lagi untuk mengamalkannya. Kitalah yang sepatutnya mengambil peluang mengamalkan Islam di mana-mana tanpa had. Malangnya, perkara ini kita tak ambil kisah. Kita lihat pada hari ini, orang bukan Islam amat serius mengamalkan ajaran mereka termasuk agama Hindu, setiap malam Jumaat dan Ahad sanggup memenuhi kuil. Sedangkan orang Islam, boleh dikira berapa ramai yang boleh pergi masjid dan surau. Malah pada waktu solat Jumaat pun ada yang sanggup ponting solat. Sedih. Kita tidak boleh halang orang lain melakukan ibadat mereka kerana Perlembagaan membenarnya. Tetapi kita seharusnya rasa cemburu dengan mereka kalau kita tidak lebih hebat daripada mereka dalam beribadah. Marilah kita bersaing dalam menuju kebenaran Ilahi kerana peluang itu sudah dibuka luas dalam Perkara 11. Kebebasan beragama. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. Jelas peruntukan ini memberi kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agama yang dianutinya. Maknanya orang Islam boleh amalkan semua ajaran Islam sepenuhnya. Kita boleh solat, puasa, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, kita juga boleh buat yang sunat semahu kita. Pendek kata apa yang ada dalam ajaran Islam boleh diamalkan tanpa ragu. Kerajaan tidak ada hak untuk melarangnya kecuali kalau ajaran itu hendak dikembangkan kepada orang lain. Maka dalam keadaan ini kita tertakluk kepada Fasal (4) iaitu; "Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam". Maknanya kerajaan negeri dan Wilayah Persekutuan boleh mengawal dan menyekat ajaran sesat atau songsang termasuk ajaran agama lain terhadap orang Islam. Atas sebab itulah mengapa semua guru agama atau pendakwah yang penyebar Islam diwajibkan mendapat tauliah. Bayangkan kalau orang Islam pun tidak boleh sewenang-wenangnya menyebarkan Islam kepada orang Islam, tentulah lebih patut orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak disambut secara serius oleh beberapa kerajaan negeri, lalu mereka tidak segera mengubal enakmen bagi mengawal dan menyekat ajaran agama lain kepada orang Islam. Kita mengenal pasti hanya negeri Kelantan, Kedah, Melaka dan Selangor telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu. Walau bagaimanapun seperti yang dijelaskan di atas, bagi negeri lain itu masih boleh mengawal dan menyekat agama lain berdasarkan peruntukan fasal (4) itu, cuma kekuatannya belum terjamin. Hal ini kerana kerajaan melalui pihak berkuasa agama boleh bertindak terhadap mereka tetapi tiada bentuk hukuman yang boleh diambil terhadap mereka. Tetapi, apakah pihak berkuasa negeri telah lakukan sehingga setakat ini. Kita tidak berani bertindak. Kalaupun ada pihak yang bertindak, orang Islam sendiri yang cuba menghalang. Kita sepatutnya malu kepada Allah kerana kelemahan kita bertindak sehingga menyebabkan agama lain sanggup mencabar kewibawaan kita. Kita mengaku beragama Islam dan berbangga berada dalam negara Islam, tetapi kita tidak banyak melakukan amalan atau ajaran Islam baik dalam diri mahupun negara. Kalau beginilah keadaan kita, pasti Allah tidak mahu memihak kepada kita. Semarakkan Amalan Islam Sebenarnya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Undang-undang Islam negeri-negeri, kita sudah boleh menyemarakan ajaran dan amalan Islam tanpa had. Semua umat Islam boleh melaksanakan semua ajaran Islam tanpa boleh disekat oleh mana-mana pihak apatah lagi orang bukan Islam. Malah kita boleh menyebarkan Islam kepada semua orang termasuk kepada orang Kristian tanpa sebarang sekatan. Sebagai pemimpin, mereka boleh amalkan ajaran Islam di peringkat kepimpinannya. Setiap program yang dibuat dipastikan menepati ajaran Islam. Mereka amat amanah dan adil kepada rakyat. Dan sebagai rakyat mereka boleh amalkan ajaran Islam tanpa rasa malu kepada pihak lain. Sebagai pelajar pula mereka boleh amalkan ajaran Islam di mana-mana sahaja mereka berada. Perlu ditegaskan di sini, amalan Islam terdapat dua kategori; fardu ain dan fardu kifayah. Fardu ain yang melibatkan persoalan aqidah, syariah dan tasauf menjadi tanggungjawab setiap orang. Maka ketiga-tiga itu boleh kita laksanakan dalam kehidupan ini tanpa dihalang oleh sesiapa pun. Manakala fardu kifayah yang melibatkan aktiviti umum dan kerja profesional tidak melibatkan semua orang. Maka sesiapa yang berkemampuan melaksanakannya lakukanlah, asalkan perkara itu boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Sehingga ke setakat ini, cuba kita bertanya kepada diri sendiri, sudahkah kita lakukan semua itu? Kalau sudah lakukannya apakah selama ini terdapat halangan? Saya pasti tidak ada pihak yang menghalang kecuali nafsu dan syaitan. Kerajaan tidak mungkin akan bertindak menghalang aktiviti kita kecuali kalau amalan kita itu bercanggah dengan peraturan dan ajaran Islam. Kalau begitu jangan salahkan orang lain kalau kita belum mampu melakukan segala ajaran atau amalan Islam. Untuk itu, perlu ada satu pihak yang boleh turun padang bagi mengingatkan umat Islam yang masih tidur untuk melaksanakan ajaran Islam. Percayalah kalau semua umat Islam boleh laksanakan Islam dengan serius, orang bukan Islam tentu takut untuk menggugat keimanan umat Islam. Selain itu kita juga perlu tahu membezakan antara tanggungjawab kita sebagai rakyat dengan tanggungjawab kerajaan dalam mengamalkan Islam. Jadi, mana-mana tanggungjawab kita lakukan sepenuhnya, tetapi mana-mana tanggungjawab kerajaan biar pemimpin yang memikirkannya. Ketahuilah, kita tidak berdosa atas kesalahan pemimpin. Namun sebagai rakyat kita ada saham jika menyokong kepimpinan yang enggan melakukan tanggungjawab tersebut. Jadi, kalau anda mengaku orang Melayu marilah kita menyemarakkan amalan Islam di negara ini dengan serius. Dengan sebab itu kita boleh berbangga bahawa kita berada dalam negara Islam. Wallahu'aklam. Ahmad Baei Jaafar | ||
Dua pemimpin dunia yang menghafal Al-Quran Posted: 09 Jan 2013 07:00 PM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - Hafiz (penghafal Al-Quran) dan juga pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya. Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran. Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Al-Quran. Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin. Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu. Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah kekuasaan Hosni Mubarak. Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna). Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin. Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. HARAKAH/- | ||
Posted: 09 Jan 2013 06:20 PM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - KEMAMAN– "Kalau kualiti mayang kelapa baik, ia boleh hasilkan air nira mencecah satu hingga dua liter bagi setiap mayang," kata pengusaha kebun kelapa pandan, Khairul Anuar Othman, 46, yang kini boleh tersenyum lebar dengan hasil kebun yang diusahakannya. Nama Khairul Anuar sememangnya sudah terkenal sebagai pembekal air nira di Kampung Binjai, dekat sini dan tidak keterlaluan jika dikatakan air nira hasil dari kebunnya digemari ramai kerana kesegaran dan mendapat sambutan menggalakkan. Tidak hanya bergantung pada jualan air nira, pekebun ini juga turut menerima tempahan buah kelapa pandan dari beberapa warung di sekitar Bandar Chukai. Air nira dan kelapa pandan yang menjadi sumber rezeki untuknya menyara keluarga datang dari kebun seluas kira-kira 0.4 hektar yang diusahakan sejak 15 tahun lalu yang mana tanah kebunnya itu adalah tanah pemberian kerajaan di bawah program tanah berkelompok pertanian. Sehingga kini, Khairul Anuar bersyukur kerana kebun itu dapat meningkatkan taraf kehidupannya sekeluarga dan usaha meneroka tanah tidak sia-sia. Waktu permulaan mahu mengusahakan kebun, dia bertuah kerana benih pokok kelapa pandan dibekalkan Jabatan Pertanian pada harga subsidi RM1 sepokok. Khairul Anuar berkata, sebelum menanam pokok kelapa pandan itu, dia banyak mendalami ilmu dengan beberapa orang tua yang berpengalaman bagi menghasilkan air nira berkualiti. "Sepertimana mengusahakan tanaman lain, menanam kelapa pandan bagi menghasilkan nira juga memerlukan kerajinan dan ketekunan. "Saya akan ke kebun untuk memotong mayang kelapa mulai jam 7 hingga 8 pagi manakala pada waktu petang dari jam 5 hingga 6 petang," katanya kepada Sinar Harian. Potong mayang guna sabit Berbekalkan sebilah parang bengkok atau dikenali sebagai sabit, dia memotong mayang kelapa, namun mayang yang dipotong bukan sembarangan, sebaliknya dipilih terlebih dahulu kerana seeloknya mayang yang dipilih perlu mempunyai banyak air agar mampu menghasilkan nira yang banyak. "Saya akan pilih mayang dengan teliti terlebih dahulu. Mayang baru akan menegak ke atas dan selepas diikat dengan tali ia perlu ditarik ke bawah sikit demi sikit dan proses ini akan memakan masa selama seminggu. "Cara ini dibuat supaya ia tidak mudah pecah dan ia ditarik ke bawah setiap hari agar ia condong bagi menyenangkan nira mengalir apabila hujung mayang dipotong. Hujung mayang yang dipotong kemudiannya ditadah dengan bekas air yang ditebuk," katanya. Kutip nira setiap pagi, petang Mengulas lanjut, Khairul Anuar berkata, sudah menjadi rutinnya mengutip air nira setiap waktu pagi dan petang bagi memastikan nira yang dihasilkan dapat dipasarkan segera dan memastikan kesegaran air itu terjamin. Dalam melakukan kerja mengutip itu, isterinya, Aida Mustapha, 43, turut membantu sekali gus meringankan kerjanya. "Jika mayang dipotong pada waktu pagi, air tersebut boleh dikutip pada waktu petang dan sekiranya dipotong pada waktu petang airnya boleh dikutip pada pagi keesokannya. Air nira ini dipasarkan pada harga RM4 setiap liter," katanya. Dia memberitahu, setiap mayang yang dipotong boleh menghasilkan sehingga 900 mililiter air, bagaimanapun sekiranya kualiti pokok dan mayang kelapa baik, air nira yang terhasil lebih banyak. Sementara itu , bagi mengelakkan air nira yang dihasilkan masam, Khairul Anuar akan memasukkan cebisan kulit kayu yang dipanggil laru daripada pohon cengal ke dalam bekas tadahan setiap kali selepas air nira dikutip. Jual kelapa pandan RM2 sebiji Tumpuan sepenuhnya terhadap kebun membolehkan Khairul Anuar menjaga tanaman dengan baik dan mampu membekal kelapa pandan antara 70 hingga 80 biji seminggu kepada warung dan restoran sekitar dengan harga sebiji RM2. "Alhamdulillah, hasil kebun ini yang memberi rezeki dua dalam satu bagi keluarga kami juga membawa untung kerana mayang yang selalu dipotong untuk diambil airnya masih boleh menghasilkan buah kelapa yang berpanjangan," katanya. SINAR/- | ||
HKR: Utusan buat kerja digemari, fitnah Pakatan Posted: 09 Jan 2013 06:00 PM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - UTUSAN BUAT KERJA YANG PALING DIGEMARINYA....MEMFITNAH LAGI PAKATAN RAKYAT.. KALI INI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KL112 MENJADI MANGSA.Lidah biawak rasmi UMNO, Utusan lagi sekali memfitnah Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 dengan selain menjenamakan Himpunan tersebut sebagai Himpunan Shamsidar telah memutar belitkan kononnya pihak penganjur yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu telah memohon Stadium Nasional Bukit Jalil sedangkan yang dipohon ialah Stadium Merdeka dan sudah pun diluluskan. Tujuan sebenarnya agar rakyat menjadi keliru dan terus ke Stadium Bukit Jalil bagi menampakkan yang perhimpunan aman rakyat itu gagal mengundang dan mengamit kehadiran rakyat. JANGAN NAK MEMPERBODOHKAN RAKYAT.....FITNAH DENGAN UMNO MEMANG LANGSUNG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. harakah/- | ||
Pampasan RM207b: Nizar akan mohon penjelasan MOF Posted: 09 Jan 2013 05:50 PM PST Ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan memohon penjelasan berhubung wang pampasan RM207bilion kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa pembinaan 'Landasan Keretapi Maut' Siam-Burma 1942-1946. Katanya lagi, tujuan beliau menulis surat itu untuk mendapatkan penjelasan mengapa kementerian tidak menjawab pertanyaan beliau berhubung wang pampasan itu, sewaktu membangkitkannya di Dewan Rakyat, November lalu. Bercakap dalam sidang media di ibu negara semalam, beliau berkata tindakan itu dibuat selepas dicadangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim sewaktu pertemuan mereka pada sidang parlimen lalu. Mohammad Nizar bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci bila akan menghantar surat tersebut dan menegaskan "dalam proses untuk menghantarnya". "Kalau dia (kementerian) terus membisu, kerajaan tidak peka dengan rakyat yang terpaksa menanggung penderitaan, di mana ramai lagi mereka masih lagi hidup. "Dan kerajaan tidak bersimpati dengan waris-waris mereka, yang mana arwah ayah dan datuk mereka berkhidmat kepada kerajaan Malaysia dan Jepun ketika itu. Tetapi ia tidak dinilaikan. Itu intepretasi saya," katanya. Mohammad Nizar berkata tindakan tidak menyerah wang tersebut, menjadi "satu kesalahan dan bertentangan dengan budi bicara serta nilai kemanusiaan". "Ini bukan wang kita, ini adalah wang darah. Wang darah ini perlu diselesaikan. Kalau tidak, nanti mereka akan menuntut di dunia dan di akhirat. Sebab itu kita kena bertanggungjawab," katanya. Mohammad Nizar turut mengingatkan bahawa jumlah rakyat Malaya yang dikerahkan membina landasan tersebut ialah 72,000, tetapi yang pulang ke tanahair seramai 30,000 sahaja. Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata mangsa atau waris belum menerima apa-apa daripada wang pampasan tersebut. Pada November lalu, Mohamad Nizar dilapor membangkitkan berhubung pampasan tersebut dalam Dewan Rakyat tetapi kerajaan tidak memberi respons mengenainya. Ekoran itu, beliau mengadakan pertemuan dengan kedutaan Jepun di Malaysia memohon penjelasan berhubung wang pampasan tersebut. malaysiakini/- | ||
Rosmah bermewah-mewahan, rakyat miskin cuma diberi sisa roti Posted: 09 Jan 2013 05:40 PM PST 27 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 10 Jan: Menjelekkan apabila Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja mewah tetapi rakyat miskin yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian hanya diberi makan sisa roti menerusi Program Roti 1Malaysia. Naib Ketua Wanita KEADILAN, Norsham Abu Samah berkata, isteri Perdana Menteri tidak ikhlas dan berpura-pura baik membuat amal kebajikan dengan meminta lebihan roti daripada hotel mewah dikutip untuk diberi kepada golongan daif. "Untuk bantu golongan miskin tapi beri roti lebihan amat menjengkelkan. Agaknya Rosmah tiada naluri keibuan. Memberi makan kepada orang yang memerlukan mestilah makanan berkualiti, bukannya sisa. "Mungkin orang Umno BN rasa bangga dengan sikap Rosmah, tetapi sebenarnya tindakan beliau itu tidak patut," katanya ketika dihubungi. Beliau mempersoal Rosmah kerana memperlekeh golongan kurang kemampuan. "Kebajikan apa namanya jika bantuan yang disampaikan umpama tidak ada perasaan. Kalau nak tolong, biar makanannya elok. Ini buktinya Umno BN tiada belas kasihan kepada orang miskin. "Mereka hanya tahu bolot harta negara. Lebihannya baru difikirkan untuk diberikan kepada rakyat," ujar Haniza. Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, dan golongan memerlukan. Rosmah semasa pelancaran program tersebut 7 Januari lalu malah merayu agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata) di bawah naungannya. selatan online/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan