Khamis, 3 Januari 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ada ke Loteri Halal?

Posted: 02 Jan 2013 10:26 PM PST


Penuntut kolej jual loteri haram
Sinar Harian
3 Januari 2013

KUALA ROMPIN - Seorang penuntut juru gaya rambut di sebuah kolej di Seri Kembangan, Selangor, didenda RM700 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Rompin di sini, kerana menjalankan kegiatan loteri haram pada 29 Mei 2010.

Tertuduh, Kaiswaran a/l Biswalingam, 22, yang sebelum ini gagal hadir ke mahkamah serta tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret, Nordiana Abd Aziz.

Tertuduh merayu hukuman ke atasnya dikurangkan memandangkan dia masih belajar dan bergantung kepada ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan bulanan RM800 sebulan.

"Saya merayu denda ke atas saya dikurangkan memandangkan ini kesalahan pertama. Saya tiada pendapatan tetap kerana masih belajar dan hanya bergantung kepada ibu bagi menanggung kos pembelajaran di kolej swasta," katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdul Khaliq Mustapa, meminta supaya hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepadanya agar tidak melakukan jenayah yang sama pada masa akan datang.

Setelah mendengar kedua-dua keterangan, Nordiana mengarahkan tertuduh membayar denda RM700 atau sebulan penjara sekiranya gagal melunaskan bayaran denda itu.

Tertuduh ditahan di atas jambatan berhampiran Simpang Tiga Felda Keratong 9 pada jam 5 petang pada 29 Mei 2012.

Beberapa barangan ditemui dalam sebuah beg silang berwarna putih seperti wang kertas sebanyak RM805, satu mesin jenama Porti-S, pensel, pen tanpa jenama, dua telefon bimbit dan kertas putih tercatat nombor dipercayai nombor ekor haram.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000.

Kerajaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri

Posted: 02 Jan 2013 08:13 PM PST



PETALING JAYA 2 Jan 2013 : Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

"Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

"Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.

"Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.

"Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah," katanya.

Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.

Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang.

- Keadilan Daily

PERKHIDMATAN PINJAMAN KEWANGAN ISLAM

Posted: 02 Jan 2013 02:07 AM PST


Sila hubungi agen dari Institusi Kewangan Islam yang berdaftar Sdr Wan 012-977 009.
Juga disediakan khidmat memperbaharui cukai jalan, takaful kenderaan serta takaful hayat.
Untuk projek ekonomi dan kebajikan PAS DUN Kota, N.Sembilan

INGIN PERBAHARUI CUKAI JALAN, TAKAFUL HAYAT?

Posted: 02 Jan 2013 02:06 AM PST


Sila hubungi Perunding Takaful (Kenderaan/Hayat) Sdr Adnan 011-1511 0092 (Seremban).
Turut disediakan Khidmat Pinjaman Kewangan Islam pada kadar yang berpatutan.
Sebahagian keuntungan akan disalurkan ke Tabung Baik Pulih Kelas KAFA Taman Alamanda, Senawang

Tiada ulasan:

Nuffnang