Khamis, 3 Januari 2013

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


DAP Ucap Takziah Atas Pemergian Pahlawan Negara

Posted: 02 Jan 2013 09:56 PM PST

Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 3.1.2012

Seluruh kepimpinan kebangsaan DAP mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mendiang Pahlawan Negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, yang telah meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum, Kuching, Sarawak.

Datuk Kanang adalah anak Sarawak dan Malaysia yang telah membanggakan negara dengan keberaniannya semasa mempertahankan negara ketika tempoh perkhidmatannya bersama Angkatan Tentera Malaysia. Beliau mula berkhidmat dalam Sarawak Ranger sebagai Iban Tracker dan jawatan terakhirnya ialah sebagai Pegawai Waran 1.

Mendiang juga adalah penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), iaitu pingat keberanian tertinggi negara. Tambahan pula, mendiang merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat SP ketika masih hidup.

Sudah pasti negara kita telah kehilangan seorang wira yang telah banyak berkorban demi memperjuangkan kebebasan dan keamanan.

Lim Guan Eng

Tiada ulasan:

Nuffnang