:: cina islam | 2011 :: |
- Perogol gadis India cuba larikan diri
- Anwar: harga saham FGV naik, guna dana KWSP
- Wanita dilarang duduk seperti lelaki
- Hujan mortar pembuka tirai 2013 Syria
- Jet tentera Syria bom stesen minyak
- Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah
- Lapor diri terakhir
- Himpunan 12 Jan: Bebaskan semua tahanan ISA
- Dakwaan Deepak: Najib diminta jawab dalam 48 jam
- Kes kecurian dua sekolah
- Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO.
- Pembinaan masjid terbengkalai
- Islam Semakin Diterima. Pelajar Bukan Islam Mendaftar Di PASTI
- Takziah kepada keluarga Pahlawan Negara, Kanang
- Maksiat malam tahun baru
- Majalah Perancis terbit kartun hina Rasulullah
- Mayat wanita dalam semak
- Rumah, kenderaan Presiden R disimbah cat
- Himpunan 12 Jan: Pakatan harap PM tunai janji
- AZAM YANG HAKIKI
- Selepas 40 tahun, akhirnya nenek dapat IC baru
- Orang Miskin Dilarang Sakit, Tiada Ubat Percuma Lagi Di Hospital Kerajaan
- 500,000 terputus bekalan air
- WWW1: TV3 akui tak buat pengesahan twitter Nizar
- Rani: Umno takut kebenaran
Perogol gadis India cuba larikan diri Posted: 03 Jan 2013 12:34 AM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - NEW DELHI - Kumpulan lelaki yang memperkosa pelajar perubatan berumur 23 tahun di dalam bas bulan lalu, dipercayai cuba melarikan diri dengan sebuah kenderaan sejurus menyerang. Menurut polis, selepas hampir sejam memperkosa mangsa secara bergilir-gilir dan memukul teman lelakinya, kedua-dua mereka dibuang ke tepi jalan. "Mangsa dan teman lelakinya dibogelkan kemudian ditinggalkan di tepi jalan," menurut laporan akhbar India Express. Mangsa yang juga pelajar perubatan kolej tempatan meninggal dunia sewaktu dirawat di sebuah hospital di Singapura minggu lalu. Doktor mengesahkan, mangsa mengalami pendarahan teruk pada bahagian organ dalaman badan dan hanya sempat menjalani tiga pembedahan utama. Setakat ini, lima suspek telah ditahan dan akan dibicarakan hari ini atas pertuduhan membunuh serta memperkosa. Suspek keenam pula merupakan remaja berumur 17 tahun dan dijangka melalui perbicaraan di mahkamah juvana. - Al-Jazeera | ||
Anwar: harga saham FGV naik, guna dana KWSP Posted: 03 Jan 2013 12:29 AM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan menjadi lebih rendah jika tidak kerana campurtangan beberapa institusi, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar (kanan), bekas menteri kewangan, berkata penilaian bank menunjukkan bahawa harga saham tersebut adalah kenaikan buatan, tetapi tidak menamakan bank-bank yang terlibat. "Jika kita melihat analisis bebas seperti daripada bank-bank, harga sebenar adalah RM3.50 seunit," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. Anwar berkata, harganya pada RM4.62 adalah kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain. harakah/- | ||
Wanita dilarang duduk seperti lelaki Posted: 03 Jan 2013 12:27 AM PST Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal. "Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya. "Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya. Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam. Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan. Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001. Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi. - AFP | ||
Hujan mortar pembuka tirai 2013 Syria Posted: 03 Jan 2013 12:24 AM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - ALEPPO - Majoriti penduduk Syria menyambut tahun baru dengan dentuman bom dan mortar oleh tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad sejak dua hari lalu. Menurut pegawai, lapangan terbang antarabangsa wilayah Aleppo yang sebelum ini ditawan kumpulan pemberontak terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas tentera kerajaan melancarkan serangan ke atas pemberontak dan kawasan ditawan. "Kita menjangkakan pemberontak akan terus menembak pesawat udara awam yang menyebabkan satu bencana kemanusiaan," kata pegawai lapangan terbang. Bagaimanapun, pihak berkuasa menafikan berita tersebut dengan berkata lapangan terbang berkenaan ditutup kerana kerja penyelenggaraan landasan dan beberapa kemudahan lain. Setakat ini, wilayah Aleppo masih digenggam tentera pembebasan Syria sejak Julai tahun lalu, susulan serangan secara besar-besaran yang dilancarkan mereka. Kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria melaporkan, seramai 160 orang terbunuh pada hari terakhir 2012 termasuk sekurang-kurang 37 tentera kerajaan. "Kira-kira 45,000 orang telah terkorban sejak pemberontakan tercetus di Syria pada awal 2011 lalu," katanya. - Al-Jazeera sinar/- | ||
Jet tentera Syria bom stesen minyak Posted: 02 Jan 2013 11:59 PM PST
BEIRUT - Sebuah jet pejuang tentera Syria mengebom sebuah stesen minyak berhampiran Damsyik semalam menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera. Ia merupakan serangan yang terburuk dalam konflik yang berlanjutan selama 22 bulan. Beberapa aktivis yang menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, sebuah jet pejuang MiG buatan Rusia melakukan serangan itu dengan menggunakan peluru berpandu. Menurut mereka, stesen minyak itu kemudian terbakar di bandar Mleiha. Sebuah video amatur di internet menunjukkan sekurang-kurangnya 10 mayat bergelimpangan di stesen tersebut dengan sejumlah anggota badan manusia bertaburan. Dalam kejadian berasingan, satu serangan udara tentera dilancarkan di bandar Moadamiyet al-Sham, barat daya Damsyik mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria. Kebanyakan daripada mangsa merupakan kanak-kanak daripada ahli keluarga yang sama. Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Bashar bermula sejak Mac 2011. Lebih 43,000 terbunuh dalam konflik itu. Para penentang itu menuntut Bashar meletakkan jawatan kerana mereka tidak berpuas hati dengan pentadbirannya yang tidak membawa pembaharuan sejak kebangkitan penduduk berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. - Agensi | ||
Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah Posted: 02 Jan 2013 11:51 PM PST JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak? Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan. Lebih lucu, difahamkan barangkali untuk terus menyokong "survival" Utusan Malaysia, ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai. Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan berlaku pengedaran Utusan Malaysia di Kedah secara percuma termasuk di kolej-kolej kediaman pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM. Dalam kes ini menurut pengirim, beliau menerima akhbar Utusan Malaysia secara percuma yang ditaja oleh Pemimpin Umno Kedah yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah. Sendiri punya syarikat akhbar, sendiri cetak, sendiri beli, kemudian sendiri edar secara percuma. Lepas tu kena saman kerana banyak fitnah, sendiri juga yang rugi. Bukan ke ini namanya kerja gila dan bodoh? Kah kah kah.. harakah/- | ||
Posted: 02 Jan 2013 11:50 PM PST GUNUNG SEMANGGOL - Kemalangan ngeri membabitkan dua motosikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer (KM) 187.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan), awal pagi semalam, menguburkan hasrat seorang pelajar perubatan yang maut dalam kejadian berkenaan. Mangsa, Mohd Kifli Madlan, 21 merupakan pelajar tahun akhir Diploma Perubatan, sedang dalam perjalanan untuk melaporkan diri ke Kolej Perubatan Ulu Kinta ketika terbabit dalam kejadian pada 6.15 pagi itu. Lebih memilukan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan dengan tangan kirinya putus dan sebahagian besar kaki kanannya terbakar selepas mangsa bersama motosikal yang dinaikinya di langgar serta digilis MPV terbabit. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan memaklumkan, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Kechil Ulu, Bandar Baharu, Kedah ke tempat pengajiannya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC. Menurut beliau, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal dari jenis sama yang dinaiki seorang lelaki (belum dikenal pasti identiti) dikatakan hilang kawalan lalu terbabas di laluan kecemasan. "Mangsa yang berada di belakang motosikal terbabit, cuba mengelak dan akhirnya turut hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan (lorong laju). "Nasib mangsa tidak begitu baik apabila dia bersama motosikalnya digilis oleh MPV jenis Ssanyong yang kebetulan sedang memandu di laluan berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam. Mat Fauzi menambah, kejadian telah menyebabkan tangan kiri mangsa putus sehingga paras lengan manakala kaki mangsa melecur teruk setelah motosikal yang ditunggangnya terbakar. Katanya, polis tidak menolak kemungkinan punca kebakaran motosikal disebabkan percikan api kerana pergeseran setelah motosikal berkenaan dilanggar MPV terbabit. "Pemandu MPV yang ditemui memaklumkan, dia terlihat sebuah objek di tengah lebuh raya semasa kejadian, tetapi tidak sempat mengelak kerana jaraknya terlalu dekat. "Tambahan, keadaan masih gelap pada masa itu dan pemandu terbabit memaklumkan MPV yang dipandunya tidak mampu meneruskan perjalanan selepas satu KM meninggalkan tempat kejadian akibat kerosakan," katanya. Menurut Mat Fauzi, kebakaran motosikal dapat dikawal oleh anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kamunting yang bergegas ke lokasi kejadian. "Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, manakala seorang lagi penunggang motosikal dilaporkan cedera parah dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping. "Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian," katanya. sinar/- | ||
Himpunan 12 Jan: Bebaskan semua tahanan ISA Posted: 02 Jan 2013 11:26 PM PST Hari ini merupakan hari yang ke setahun, empat bulan dan 19 hari daripada tarikh pengumuman pemansuhan ISA yang dibuat oleh Perdana Menteri pada sambutan hari Malaysia tahun 2011. Cukup nyata bahawa pengumuman itu sekadar pengumuman kosong apabila sehingga ke hari ini, masih ada tahanan ISA yang dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Tidak cukup dengan itu, pengumuman itu juga diikuti dengan penggubalan satu undang-undang yang mirip kepada ISA walaupun tidak serupa. Undang-undang ini turut menghalalkan penahanan tanpa bicara dan penangkapan sesuka hati oleh pihak polis. Akibat penipuan Kerajaan ini, 23 orang masih menjadi mangsa akta zalim ISA. Mereka yang masih ditahan adalah sembilan orang warganegara Malaysia, seorang warga Pakistan, lima warga Sri Lanka, seorang warga India, seorang warga Iraq, dua orang warga Indonesia, seorang warga Bangladesh, dan tiga orang warga Filipina. Sekiranya merujuk kepada perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, tahanan terakhir hanya akan dibebaskan pada bulan Januari 2014 iaitu dua tahun empat bulan selepas ISA diumumkan termansuh. Sepanjang tahun 2012, GMI konsisten mendesak pihak Kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri untuk membebaskan kesemua tahanan ISA. Semasa pengumuman pemansuhan dibuat, seramai 45 orang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting dan ramai pihak menyangkakan pemansuhan tersebut akan diikuti pembebasan kesemua tahanan ISA. Amat mengecewakan apabila Kerajaan enggan membebaskan tahanan atas alasan pembebasan perlu dibuat berdasarkan perintah tahanan. Namun, hasil daripada desakan demi desakan daripada rakyat, 25 orang telah dibebaskan dalam masa setahun tiga bulan. Pembebasan terbaru yang dibuat ialah pada 21 Disember 2012 yang membabitkan dua orang tahanan iaitu Nyelang Anak Mesidi daripada Sarawak dan Hemachandran A/L Thiyagarajah tahanan warga Negara Sri Lanka. GMI percaya kesemua pembebasan ini dibuat hasil daripada desakan daripada rakyat kerana kesemua tahanan dibebaskan lebih awal daripada tempoh perintah tahanan. GMI telah mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat terbanyak dengan turut serta secara aktif dalam jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Johor, Penang dan Perak. Ruang yang disediakan semasa himpunan itu telah GMI gunakan sebaik mungkin bagi mendedahkan rakyat mengenai cerita sebenar disebalik pemansuhan ISA. Di setiap lokasi himpunan, GMI telah mengedarkan risalah mengenai kempen Bebaskan Tahanan ISA kepada masyarakat umum selain berkesempatan memberi ucapan penerangan di pentas yang disediakan untuk aktivis NGO. Melalui desakan yang konsisten daripada rakyat, GMI percaya kerajaan akan terpaksa akur untuk membebaskan kesemua tahanan ISA. Bagi meneruskan momentum desakan rakyat ini, GMI menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini. GMI juga menyatakan solidariti penuh bersama himpunan ini memandangkan salah satu tuntutan yang diketengahkan ialah menuntut kerajaan membebaskan kesemua tahanan ISA. Sehingga dimansuhkan, ISA pernah memanjarakan lebih 10 ribu mangsa yang tidak pernah dibuktikan bersalah dimahkamah. Bahkan pada Oktober 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa penahanan 5 orang aktivis rakyat di bawah ISA pada tahun 2001 adalah salah dan mahkamah memerintahkan agar kerajaan membayar pampasan kepada kelima-lima aktivis tersebut. Oleh itu GMI menyeru semua bekas mangsa ISA, keluarga mangsa, dan seluruh rakyat Malaysia untuk turun dan menyuarakan tuntutan agar Kerajaan segera membebaskan kesemua tahanan ISA pada Himpunan 12 Januari nanti. harakahdaily/- | ||
Dakwaan Deepak: Najib diminta jawab dalam 48 jam Posted: 02 Jan 2013 11:22 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS memberikan tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor agar menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan terhadap mereka berdua. "Jika tidak, kita akan menganggap kedua-duanya bersalah sebagaimana yang dituduh oleh peniaga karpet berkenaan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Beliau membuat permintaan itu ekoran dakwaan bertubi-tubi yang dibuat oleh ahli perniagaan itu terhadap Najib dan isterinya. Namun sehingga kini, Najib dan isteri serta pemimpin BN belum membuat sebarang jawapan mengenai tuduhan itu. Ketika dakwaan pertama dibuat oleh Deepak sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan menjawabnya. (Ini isu jenayah yang tidak boleh dibiarkan tanpa penjelasan - Husam Musa) Namun, tidak ada apa-apa jawapan diberikan Zahid selepas itu. "Saya meminta, jika Najib dan Rosmah tidak mahu menjawab pun, pemimpin BN kena membuat penjelasan mengenai hal ini. "Alasan sedang bercuti di luar negara tidak boleh diterima langsung kerana ia perkara yang sangat besar dan dakwaan ini sangat serius. "Saya hairan bagaimana orang seperti Tun Dr Mahathir pun boleh senyap sedangkan ini isu besar negara yang melibatkan pelakuan jenayah dan perlu diberikan penjelasan," kata Husam. Jika selepas 48 jam, Najib dan pemimpin BN tidak membuat sebarang penjelasan, Husam berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. "Antaranya saya akan mencadangkan agar buku yang ditulis Deepak diedarkan secara besar-besaran kepada orang ramai," kata Husam. harakah/- | ||
Posted: 02 Jan 2013 11:20 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - IPOH – Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) akan menunggu laporan siasatan penuh daripada polis sebelum tindakan lanjut diambil berhubung kes kecurian peralatan sekolah di negeri ini menjelang sesi pembelajaran 2013. Pemangku Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, langkah itu perlu bagi memastikan gerak kerja di sekolah berkenaan tidak terganggu. Menurutnya, daripada laporan yang diterima, dua sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Yussuf (Batu Gajah) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Lope Nor Rashid (Tanjung Piandang) dipecah masuk, 29 dan 31 Disember lalu mengakibatkan kehilangan beberapa perkakas. "Bagaimanapun, kedua-dua kes ini tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran murid. Sesi persekolahan dibuka dan berjalan sama seperti sekolah lain. "Kehilangan yang dilaporkan adalah membabitkan peralatan komputer dan beberapa perkakas lain," katanya ketika dihubungi, semalam. Mohd Idris berkata, buat masa ini, JPN belum menerima laporan lanjut berhubung siasatan kedua-dua kes berkenaan. "Kita akan tunggu hingga siasatan selesai," katanya. Dalam laporan semalam, SK Sultan Yussuf mengalami kerugian lebih RM57,000 apabila 12 komputer riba dilarikan. Siasatan awal mendapati, suspek masuk ke kawasan sekolah melalui pagar belakang. Dalam kejadian 31 Disember pula, sebuah komputer dan beberapa projektor milik SMK Raja Lope Nor Rashid dilarikan. sinar/- | ||
Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO. Posted: 02 Jan 2013 11:00 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - Seorang pemuda berusianya sekitar 30'an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang 'Amanat Haji Hadi' yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?. "Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu". Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan 'Amanat Haji Hadi' yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri. Setelah saya menceritakan inti 'Amanat Haji Hadi' baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. "Hebat Haji Hadi" ujarnya dengan bangga. Realitinya, generasi muda sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi. Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS! Oleh ~ Rossem Sem. | ||
Posted: 02 Jan 2013 10:40 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - LAMBOR KIRI - PKR Perak melahirkan rasa kecewa apabila projek menaiktarafkan Masjid Al-Jabariah, Lambor Kiri, di sini dikatakan sudah terbengkalai. Ketua Penerangannya, Zulkifli Ibrahim berkata, projek naik taraf itu bermula 1 September tahun lalu dan sehingga kini masih belum disiapkan. Menurutnya, tarikh sebenar masjid itu dijangka siap pada 31 Disember lalu, namun ia seolah-olah tidak ada tanda-tanda akan disiapkan. "Apabila dilihat kepada keadaan masjid ini, ia boleh diklasifikasikan sebagai projek terbengkalai kerana masih banyak lagi kerja pembinaan belum disiapkan. "Kami tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada projek ini sehingga ia telah melepasi tarikh sebenar," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, pihak berkaitan harus mengambil tindakan sewajarnya demi kelangsungan dakwah di kawasan itu. "Jika perkara ini tidak diambil perhatian, pihak kami akan membuat tindakan susulan kepada pihak-pihak berkaitan kelak," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria ketika dihubungi berkata, projek baik pulih masjid berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah dan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Menurutnya, projek berkenaan dipantau Pejabat Daerah Perak Tengah dan mengikut proses-proses pembinaan yang ditetapkan. "Projek ini tidak mengalami sebarang masalah atau kelewatan seperti yang didakwa kerana ia masih lagi berjalan mengikut tarikh yang ditetapkan. "Mungkin ada sedikit perubahan atau pindaan-pindaan tertentu yang melibatkan beberapa teknikal pembinaan bagi memastikan baik pulih masjid ini lancar seperti yang dirancang," katanya. Katanya, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan masjid itu telah melebihi tarikh sebenar ia perlu disiapkan. "Saya berharap supaya pihak-pihak berkaitan tidak menjadikan isu ini sebagai polemik politik yang bertujuan untuk mendapatkan pengaruh. "Saya yakin masjid ini akan dapat disiapkan seperti yang telah dirancang bagi kemudahan penduduk sekitar," katanya. sinar/- | ||
Islam Semakin Diterima. Pelajar Bukan Islam Mendaftar Di PASTI Posted: 02 Jan 2013 10:30 PM PST | ||
Takziah kepada keluarga Pahlawan Negara, Kanang Posted: 02 Jan 2013 08:30 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai di atas kematian Pahlawan Negara, Kanang a/k Langkau, 68, (gambar) awal pagi tadi di Hospital Besar Sarawak. Kanang meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital apabila beliau mengadu mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumah pada kira-kira tengah malam, kata isterinya, Datin Brawang Chunggat. Kanang, seorang pegawai waran bersara, adalah penerima terakhir Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu anugerah tertinggi untuk keberanian negara selain juga turut menerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) semasa hidupnya. Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1. "Saya mewakili Lajnah Hal-Ehwal Sabah & Sarawak DPPM, PAS Sarawak dan PAS Kawasan Batang Lupar dengan ini mengucapkan takziah dan berharap agar keluarga mendiang bersabar di atas kehilangan mutiara negara yang tidak ternilai ini," kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Hal-Ehwal Sarawak, Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau yang juga Yang Di-Pertua PAS Kawasan Batang Lupar, Sarawak berkata, kehilangan Kanang adalah satu kehilangan kepada negara dan Sarawak. harakah/- | ||
Posted: 02 Jan 2013 08:00 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - BANDARAYA MELAKA - Gejala maksiat mencemari sambutan malam tahun baru 2013 apabila tiga pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam satu serbuan bersepadu, awal pagi semalam. Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, selain itu, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 41 saman atas pelbagai kesalahan syariah. Menurutnya, operasi turut membabitkan Majlis Bandaraya Bersejarah (MBMB), polis dan Imigresen. "Dalam operasi yang dinamakan Ambang Tahun Baru 2013 malam tadi (kelmarin), kita telah melakukan pemeriksaan di beberapa premis pusat hiburan dan juga hotel di sekitar bandaraya Melaka. "Ia membabitkan beberapa agensi dengan kekuatan anggota seramai 45 orang dari agensi terlibat dan hasil dari pemantauan kita malam tadi, Jaim telah mengeluarkan 41 saman hadir," katanya ketika dihubungi semalam. Rahimin berkata, operasi diketuai Ketua Unit Operasi Jaim, Zuruliman Zakaria. "Tiga pasangan terbabit telah ditahan di beberapa hotel di sekitar bandar yang disyaki tidak mempunyai apa-apa hubungan yang sah. "Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau bersekedudukan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-dua sekali," katanya. Beliau berkata, selain tangkapan itu, Jaim turut menahan mereka yang minum minuman yang memabukkan di bawah Seksyen 50 enakmen sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan denda RM3,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-dua sekali. "Kita juga melakukan pemeriksaan dan mendapati ada juga yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 71 enakmen sama kerana berpakaian tidak sopan terutama kalangan wanita. "Dari pemantauan bermula dari jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi dan kita kesal kerana terdapat segelintir umat Islam yang menyambut tahun baru ini dengan mengunjungi tempat-tempat tidak sepatutnya seperti pusat-pusat hiburan, minum minuman yang memabukkan dan juga mengambil kesempatan sempena cuti umum dengan bersekedudukan bersama pasangan masing-masing," katanya. sinar/- | ||
Majalah Perancis terbit kartun hina Rasulullah Posted: 02 Jan 2013 07:30 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - (Majalah Charlie Hebdo menegaskan isu khas tersebut adalah hasil kajian akademik - AFP) PARIS: Sebuah majalah satira Perancis, yang pejabatnya telah dilembarkan bom api selepas ia menerbitkan kartun Nabi Muhammad September tahun lepas, telah menerbitkan isu khas kartun satira Nabi Muhammad yang mengandungi 64 muka surat. Editor majalah mingguan Charlie Hebdo menegaskan bahawa penerbitan tersebut yang bertajuk "Kehidupan Muhammad", yang diterbitkan Rabu lalu, adalah hasil kajian akademik yang disediakan oleh ahli sosiologi Perancis-Tunisia. Sebelum penerbitan, Stephane Charbonnier, yang juga ilustrator buku, berkata, "Saya tidak fikir orang Islam dengan intelektual yang lebih tinggi akan menganggapnya tidak sesuai". Beliau memberitahu agensi berita AFP minggu lepas bahawa "Ia adalah biografi yang dibenarkan oleh Islam kerana ia telah disunting oleh orang Islam." Isnin lalu, penasihat kanan politik kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam kerja tersebut sebagai satu provokasi yang disengajakan. "Melakarkan kehidupan Nabi ke dalam kartun itu sendiri adalah satu kesilapan," Ibrahim Kalin menulis di akaun Twitter beliau. "Apa pun pihak Carlie Hebdo cuba katakan, ini adalah satu provokasi." Jurucakap kerajaan Perancis, Najat Vallaud-Belkacem memberitahu penyiar France 2: "Tidak ada keperluan untuk menghangatkan lagi keadaan." Majalah tersebut telah beberapa kali menerbitkan Nabi umat Islam dalam versi kartun dan mendakwa ia adalah usaha mempertahankan kebebasan bersuara, yang seterusnya mencetuskan kemarahan orang Islam yang percaya menggambarkan Nabi Muhammad adalah satu perbuatan yang dilarang. September lalu, Charlie Hebdo menerbitkan kartun menghina Nabi ketika protes ganas kepada filem hina Nabi berlaku di beberapa negara. Pada tahun 2011, pejabat majalah itu telah dilanda bom api dan laman web digodam selepas menerbitkan edisi bertajuk "Charia Hebdo" yang memaparkan beberapa kartun Nabi Muhammad. Charbonnier, yang telah menerima ancaman bunuh, kini hidup di bawah perlindungan polis. (aljazeera.com) | ||
Posted: 02 Jan 2013 07:20 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - Wanita berkenaan yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan masih lengkap berpakaian, ditemui kira-kira jam 9.30 pagi sebelum dimaklumkan kepada polis. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, walaupun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat, polis percaya mangsa merupakan seorang warga asing berdasarkan bentuk tubuh dan fizikalnya. Menurutnya, pemeriksaan kawasan berhampiran tempat kejadian turut membawa polis kepada penemuan sebuah beg tangan dipercayai milik mangsa kira-kira 100 meter dari tempat mayatnya ditemui. Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian. "Hasil siasatan awal polis, kita percaya mangsa telah mati antara tiga dan empat jam sebelum mayatnya ditemui. Pemeriksaan awal juga mendapati tiada kecederaan pada mangsa melainkan pendarahan pada bahagian telinganya. "Bagaimanapun, kita akan menyiasat kes ini dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya di sini, semalam. Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang awam atau mereka yang mempunyai kenalan atau keluarga hilang supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu mengenal pasti identiti mangsa. sinar/- | ||
Rumah, kenderaan Presiden R disimbah cat Posted: 02 Jan 2013 07:00 PM PST KUALA LUMPUR: Kejadian ugutan ke atas Nazri Deraman, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Gas dan Minyak Kelantan atau dikenali dengan R yang terus berlaku amat membimbangkan dan mengancam hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Menurut Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin, Mohammad Faizal Che Yusof, kejadian simbahan cat ke atas rumah, kenderaan dan harta benda Nazri di Kadok, Kelantan yang disedari beliau seawal jam 4.00 pagi tadi adalah ugutan dan tindakan ganas yang kesebelas menimpa penggiat-penggiat R. "Kami difahamkan laporan demi laporan telah dibuat kepada pihak polis sejak dua tahun yang lalu. Malangnya sehingga kini tiada satu tindakan yang meyakinkan diambil oleh pihak polis bagi mencegah perlakuan jenayah tersebut dari berulang. "Kami juga penuh yakin bahawa siri-siri ugutan dan kelakuan tak bertamadun tersebut dijalankan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan merasa tergugat dengan kegiatan-kegiatan menuntut hak oleh R," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Baginya, ia dilihat begitu terancang dan bagai dilindungi oleh pihak-pihak tertentu. Menurutnya lagi, dalam beberapa kejadian lepas, ugutan dan serangan ke atas penggiat-penggiat R begitu ketara. "Si pelaku dapat dikenal pasti namun tiada sebarang dakwaan atau tindakan pencegahan diambil," katanya. Justeru, kata beliau pihaknya menyeru dan menggesa untuk pihak keselamatan memandang Sirius laporan-laporan yang akan dan telah dibuat. "Kami amat kesal, di sebalik tiadanya perlindungan undang-undang diberikan kepada penggiat R, mereka sebaliknya terus diintip dan diekori oleh pihak cawangan khas Polis Diraja Malaysia," ujarnya lagi. Katanya, selaku pihak mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan undang-undang, Pusat Rakyat Cakna Prihatin akan terus menyokong pengukuhan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, pihaknya menyeru mereka yang di luar sana untuk sama-sama menyokong dan membantu menegakkan keadilan dan memastikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dihormati secukupnya. Emel kepada kami untuk sebarang aduan, pusatrakyatcp@gmail.com – 20 Safar 1434H. | ||
Himpunan 12 Jan: Pakatan harap PM tunai janji Posted: 02 Jan 2013 06:40 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - PETALING JAYA - Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual berlangsung 12 Januari ini di Stadium Merdeka tetap akan berlangsung di lokasi yang sudah diuar-uarkan meskipun belum mendapat maklum balas berhubung kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab. Pengarah himpunan berkenaan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya tidak bercadang menukar lokasi himpunan yang diharapkan berjaya mengumpul kira-kira sejuta rakyat Malaysia. "Buat masa ini, hanya Stadium Merdeka. Saya yakin PM akan tunai janji," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini. Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu ditanya sama ada terdapat lokasi alternatif lain yang difikirkan jawatankuasa itu sekiranya mendapat halangan dari pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan di stadium terbabit. Sebelum ini sudah berlangsung dua siri Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu di Negeri Sembilan pada 3 November dan 17 Disember lalu di Perlis. Menurut Mohamad, kedua-dua perhimpunan itu berjalan dengan jayanya dan mendapat kerjasama baik dari pihak polis. "Kami jamin himpunan ini (Stadium Merdeka) akan berlangsung aman," tegasnya lagi. Himpunan yang bakal berlangsung dua minggu dari sekarang ini akan bermula pada jam 2 hingga 5 petang. Berkonsepkan santai, acara kemuncak pada petang itu adalah bacaan deklarasi rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pimpinan utama Pakatan Rakyat akan bertemu Ketua Polis Negara bagi membincangkan perkara tersebut dalam tempoh segera. Sementara peringkat kedua diikuti oleh jawatankuasa induk himpunan tersebut akan bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur. Kedua-dua surat berhubung perkara itu akan dihantar hari ini. Himpunan ini akan diadakan serentak dengan beberapa negara lain seperti Austalia, Sydney, London dan Dubai. Di ibu negara, himpunan akan disertai oleh pemimpin dan penyokong parti politik termasuk NGO-NGO yang menyokong dasar-dasar pembangkang. sinar/- | ||
Posted: 02 Jan 2013 06:30 PM PST اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ، وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (الأعراف : 172) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, dengan firmanNya: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah golongan yang lalai terhadap perkara ini". أَشْهَدُ أَنْ لآإِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ Wahai hamba-hamba Allah sekelian! Marilah kita bersama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Alhamdulillah, Kita baru sahaja menyambut tahun baru Masihi yang disambut dengan meriah di seluruh dunia. Sambutan tahun baru ini bukan sahaja di sambut oleh orang-orang Bukan Islam malah turut diraikan oleh Umat Islam di seluruh dunia dengan sambutan yang jauh melebihi daripada kemeriahan sambutan Maal Hijrah. Sambutan ini dianjurkan oleh berbagai pihak termasuk acara rasmi yang dianjurkan oleh pihak pemerintah. Sidang Jumaat Sekelian, Setiap kali bertemu tahun baru, setiap kali itulah manusia mengulangi berbagai perkara yang sama. Sebahagian dari kita sentiasa sibuk memperbaharui azam baru walaupun azam lama masih belum terlaksana. Sambutan dan acara maksiat melibatkan segenap lapisan masyarakat masih terus dianjurkan walaupun kemudiannya riuh digambarkan kekesalan dengan sikap remaja yang melampaui batas dalam meraikannya. Program yang lebih bermanfaat begitu banyak boleh dilaksanakan tetapi program "Countdown" yang tak bermakna apa-apa jugalah yang sentiasa dianjurkan. Muslimin yang dirahmati Allah, Manusia terlalu banyak bersandiwara dengan Allah seolah-olahnya mereka menyangka Allah terlupa janji dan azam untuk mentaati Allah. Manusia mungkin boleh memperdayakan sesama manusia tetapi kita tidak mungkin mampu memperdayakan Allah. Bukankan kita sudah berjanji dan berazam untuk menjadi Hamba Allah yang sentiasa taat dan patuh kepada titah perintahNya. Bukankah kita sudah menerima amanahNya sebagai Khalifah untuk mentadbir muka bumi ini mengikut ketentuaanNya. Bukankah kita sentiasa memohon pertolongan dariNya dengan dan berlindung denganNya dari segala musibah dan mala petaka. Sidang Jumaat Sekelian, Tidakkah kita bimbang kemurkaan Allah terhadap sikap kita yang sentiasa memperolok-olokkan ajaranNya. Tidakkah kita takut dengan ancaman kebinasaan sebagaimana yang telah menimpa generasi lalu yang jauh lebih hebat daripada kita. Firman Allah : وَكَمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ (4) فَمَا كَانَ دَعْوَاهُمْ إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا إِلاَّ أَنْ قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ (5) Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari. Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim. Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah, Tidak ada yang mampu menyelamatkan kita daripada musibah kecuali kembali kepada hukum Allah. Hayatilah beberapa peringatan Allah sebagai panduan kita menjalani kehidupan sepanajang tahun ini sebelum kita menyambut tahun baru akan datang: وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا فَتِلْكَ مَسَاكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَنْ مِنْ بَعْدِهِمْ إِلاَّ قَلِيلاً وَكُنَّا نَحْنُ الْوَارِثِينَ – القصص : 58 Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya. Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka. وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَى حَتَّى يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولاً يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَى إِلاَّ وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ - القصص : 59 Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Dia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim. وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلاَ تَعْقِلُونَ - القصص : 60 Dan apa jua yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya? بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ (البقرة :30)أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَSidang Jumaat yang dirahmati Allah, Kita pasti akan melihat pengulangan peristiwan yang sama saban tahun. Ini kerana kebanyakan manusia adalah degil dan bodoh. Allah mengesahkan hakikat ini melalui firmanNya dalam ayat yang dibacakan sebentar tadi. Sidang Jumaat sekelian, Marilah kita kembali mengingati dan menghayati ikrar dan keazaman yang kita lafazkan di hadapan Allah sebelum kita dibenarkan lahir ke muka bumi. Kita telah berjanji untuk menjadi Hamba Allah yang mematuhi dan mentaati Allah sebagai Tuhan yang memiliki alam semesta. Apalah maknanya azam tahun baru yang kita tunaikan jika sepanjang hidup ini kita mengkhianati ikrar dan azam yang kita lafazkan di hadapan Allah Azza Wajalla. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | ||
Selepas 40 tahun, akhirnya nenek dapat IC baru Posted: 02 Jan 2013 06:15 PM PST Penantian seorang nenek sejak lebih 40 tahun untuk memiliki kad pengenalan baru berakhir, apabila Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah Mohammad Pauzi Abdullah turun padang menyerahkan sendiri dokumen itu kepadanya semalam. Bashah Abdullah, 82, ketika ditemui di rumahnya di kampung Pengkalan Bujang, Bedong, dekat sini, berkata beliau begitu gembira kerana hasratnya untuk memiliki kad pengenalan baharu akhirnya termakbul. "Nenek memang rasa seronok sangat, sudah lama nenek tunggu untuk dapat kad pengenalan, bila dapat Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada mereka yang banyak bantu nenek sampai perkara ini selesai. "Bila ada kad pengenalan ini, senang nak pi (pergi) mana-mana pun tidak risau. Nak mengundi tahun ini pun boleh, kalau dipanjangkan usia," katanya yang mengadakan kenduri kesyukuran semalam. Difahamkan, warga emas yang memiliki dua anak, lima cucu dan lapan cicit itu memohon untuk menukar kad pengenalan lamanya sekitar tahun 1970-an, namun terdapat masalah teknikal menyebabkan permohonannya lewat diproses. Ketika mengulas perkara itu, Mohammad Pauzi berkata selepas menerima maklumat mengenai kesulitan yang dialami Bashah, pihaknya menjalankan siasatan dan tindakan segera dilakukan bagi membolehkan warga emas itu mendapat MyKad. "Permohonannya kita proses pada Ahad lalu dan terus dihantar ke Putrajaya pada hari sama dan dari ini, kita turun padang untuk menyerahkannya sebagai hadiah tahun baru. "Sebenarnya, kelewatan ini berpunca daripada masalah teknikal disebabkan proses permohonan kad pengenalan pada tahun 90-an, dibuat secara manual, justeru bila dimaklumkan mengenai masalah ini, kita menyemak kembali permohonan lama dan memproses semula," katanya. Mohammad Pauzi turut menyarankan agar anggota masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai kes serupa supaya tampil untuk bekerjasama dengan JPN. "Jika ada anggota masyarakat yang diketahui tidak mempunyai kad pengenalan, ketua masyarakat, jiran atau ahli keluarga diharap dapat membawa mereka ke pejabat JPN berhampiran, bersama-sama dokumen-dokumen sokongan. Kita akan siasat dan bantu mereka mendapatkan MyKad," katanya. - Bernama | ||
Orang Miskin Dilarang Sakit, Tiada Ubat Percuma Lagi Di Hospital Kerajaan Posted: 02 Jan 2013 06:00 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - Kerajaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi. Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun. Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma. "Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun. "Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan. "Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak. "Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah," katanya. Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat. Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. -KD | ||
Posted: 02 Jan 2013 05:50 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Sebanyak 107,760 akaun pengguna membabitkan setengah juta isi rumah di sekitar Lembah Klang terpaksa menghadapi krisis bekalan air yang dijangka berlarutan selama seminggu sehingga Selasa depan. Gangguan bekalan air yang melibatkan pengguna di daerah Gombak dan sebahagian kawasan di Kuala Lumpur itu berpunca daripada kegagalan sistem pam di dua lokasi berasingan iaitu di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru. Rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi dalam keadaan melebihi kapasiti mencecah 220 juta liter sehari (JLH) berbanding kapasiti asal reka bentuk sebanyak 136 JLH manakala rumah pam Pudu Hulu Baru pula gagal berfungsi ekoran kerosakan papan suis utama. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan berkata, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat mulai hari ini dan pulih sepenuhnya dalam tempoh tujuh hari memandangkan kawasan yang terlibat dengan krisis air kali ini agak besar.
"Setelah kerja memperbaiki pam yang rosak selesai hari ini (semalam), kita jangka tempoh baik pulih penyaluran air ke kawasan-kawasan yang terlibat akan mengambil masa. "Ini memandangkan kekurangan bekalan rezab bekalan air sedia ada telah hampir pada paras kosong dengan permintaan harian di ibu kota, Selangor dan Putrajaya sebanyak 4,400 JLH berbanding bekalan sebanyak 4,436 JLH," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan penduduk di Flat Sri Melaka, Cheras di sini semalam. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi dan Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred. Dalam perkembangan berkaitan, Ruslan mendakwa kelewatan kerajaan Selangor membangunkan sistem pengepaman tambahan baharu di rumah pam Wangsa Maju menjadi antara punca gangguan bekalan air di kawasan itu. Menurutnya, sistem pengepaman sedia ada terpaksa diuruskan di peringkat melebihi tahap keupayaan sehingga projek berkenaan siap sepenuhnya akhir tahun ini. "Pihak Syabas telah mengemukakan cadangan membina sistem itu kepada kerajaan pada tahun 2009 dan pelan pembangunan projek serta pinjaman itu telah diluluskan pada Mac tahun lalu. "Namun sehingga kini, kita difahamkan projek tersebut masih lagi di peringkat rundingan reka bentuk oleh kerajaan Selangor dan dijangkakan projek itu akan mengambil masa setahun untuk disiapkan jika dilaksanakan pada kadar segera," katanya. Ruslan berkata, Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) oleh kerajaan Persekutuan atau projek lain yang dicadangkan kerajaan Selangor perlu dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan krisis bekalan air di negara ini dalam jangka masa panjang. "Sistem pengepaman tambahan sekarang ini hanya bersifat penyelesaian jangka pendek," ujarnya. | ||
WWW1: TV3 akui tak buat pengesahan twitter Nizar Posted: 02 Jan 2013 05:40 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dalam perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3, Pengarang Urusan Kumpulan Editor Media Prima Berhad, Datuk Mohd Ashraf Abdullah mengakui bahawa TV3 tidak membuat sebarang usaha untuk pengesahan daripada sumber asalnya. Ketika diajukan soalan oleh Peguam mewakili Nizar, Mohd Fitri Asmuni, defendan (Ashraf) bersetuju ianya perlu dibuat sedemikian mengikut etika dan amalan media. Ashraf yang sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang tersebut turut bersetuju isu yang dilaporkan oleh TV3 menerusi Buletin Utama 30 Mei tahun lalu berkenaan Twitter plaintif (Mohammad Nizar) adalah isu besar dan serius. Ini kerana ianya melibatkan Plaintif sebagai tokoh politik dan Istitusi Di Raja iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail. Defenden turut bersetuju bahawa dalam kes-kes yang dianggap serius sebegini, sekiranya defendan-defendan gagal mendapatkan pengesahan sebelum sesuatu berita itu diterbitkan, ianya akan menjejaskan salah satu pihak. Sementara itu, Mohammad Nizar yang juga Mantan Menteri Besar Perak mendakwa, TV3 telah memutar belitkan kenyataannya di laman sosial tersebut yang langsung tidak menyebut Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1. Jelas beliau, TV3 perlu menyemak tentang kesahihan berita tersebut sebelum disiarkan kepada umum. Katanya, ianya mungkin bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik, ahli parlimen dan ketua pembangkan Dewan Undangan Negeri (Dun). Jelas beliau, penyiaran berita yang diputarbelitkan itu berniat jahat untuk memberi gambaran negatif terhadapnya berkaitan dengan istitusi Di Raja. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman media tersebut sebanyak RM50 juta selepas memfitnah beliau mengatakan Nizar menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu. Perbicaraan tersebut berlangsung semalam di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur ditangguhkan dan akan bersambung Jumaat ini. Turut hadir memberi sokongan ialah Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dan Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Safarizal Saleh harakah/- | ||
Posted: 02 Jan 2013 05:30 PM PST 20 Safar 1433H. [MOD] - SHAH ALAM - Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut. "Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung. "Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi. Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataannya berkata, pihaknya tiada masalah memberi ruang berkenaan, tetapi ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau tidak. Abdul Rani yang juga Adun Meru mendakwa, BN tiada isu baru untuk dimainkan sehingga terdesak membangkitkan isu lama yang semakin dilupakan itu. Ditanya sebab Pas menolak menggunakan media lain sebagai alternatif untuk beri penjelasan itu, Abdul Rani menegaskan, ia kerana dua stesen televisyen itu didakwa antara media memulakan isu itu. "Kita tak guna media alternatif lain sebab media pro-BN yang cabar kita lebih baik kita guna media mereka kerana isu teritu dibangkitkan mereka" katanya. harakah/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan