Khamis, 3 Januari 2013

.

.


PENGERANG 'MENANGIS'!. Ya ke nie?

Posted: 03 Jan 2013 12:01 AM PST



Pang Kim Yong,62 th, isterinya Ong Ah Eng, 58 th dan anaknya OKU Pang Kee Hoo 20 th, membunuh diri di rumahnya Kg Jawa, Pengerang 1 Jan lalu.

Pang Kim Yong bekerja di sebuah restoran di Sg Rengit. Bila isterinya di s
erang ahmar beberapa tahun lalu, dia berhenti kerja untuk menjaga isteri dan anak lelakinya. Dia mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM300 sebulan.

Dia tinggal di atas tanah orang melayu berpuluh tahun lamanya dengan aman dan damai. Namun, apabila timbul isu pengambilan tanah Pengerang, Pang sangat susah hati. Dia mengeluh dengan kekawan, ke mana dia dan keluarganya nak pergi. Oleh kerana dia hanya menumpang tanah orang, pampasan yg dia dapat cuma RM20 ribu sahaja.

Pang orang miskin. Dia marah kerajaan ambil tanah, yg menyusahkan rakyat miskin sepertinya. Dia luah kepada kenalan baiknya, Ah Chye. Nak pindah rumah lain, harganya RM 65 ribu ke atas.

Dia jumpa pemimpin MCA tempatan dan luah perkara yang sama. Bahkan, terkeluar dari mulut Pang, nak bunuh diri. Tak sanggup nak hidup lagi. Kawan2 tak anggap ia serius, walaupun simpati macamana Pang berkorban jaga isteri dan anak yang sakit. Seorang lagi anak perempuannya bekerja di Singapura.

Akhirnya, sekitar 10 pagi 1 Jan lalu, tiga beranak ini ditemui mati; dipercayai lemas tidak boleh bernafas dalam bilik kecil yg ditutup semua lubang angin!

Salah seorang pemimpin MCA Pengerang, Tan Yong Seng dalam China Press, mengakui tiga beranak ini bunuh diri ada kaitan dengan isu pengambilan tanah.

Pagi ini saya bersama YB Salahudin, Dato' Dr Mahfodz Mohamed, YB Dr Boo Cheng Hau, Hj Aminulhuda Hassan, Suhaizan Kaiat, Cik Anis Afida Azli, Cikgu Normala Sudirman dan ramai pimpinan Pakatan Rakyat memberi penghormatan terakhir kepada ketiga2 beranak ini sebelum di bawa ke Pusat Pembakaran Ulu Tiram.

Sedih rasanya mendengar cerita dari ahli keluarga dan sahabat handai, tragedi keluarga miskin yang kecewa atas sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan BN. Harga pembangunan yang meragut nyawa marhaen miskin!

Tiada ulasan:

Nuffnang