N45 Dr Halimah Ali |
SPIES model pendidikan universal Posted: 26 Nov 2012 01:34 AM PST SPIES Wajar Dilaksanakan Di Semua Negeri PakatanPosted in: Berita, Kebajikan Rakyat, Mahasiswa, Tayangan, Terkini 501 views – November 18, 2012SHAH ALAM, 18 NOV – Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor perlu diberikan pengiktirafan dan dilaksanakan di semua negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Cadangan ini dilontarkan oleh Ketua Perunding dan Latihan Baha Creative Consultants, Bahrom Abu Bakar ketika sesi ulasan pembentangan kertas kerja 'Program S.P.I.E.S Selangor, Falsafah dan Perlaksanaan' sempena dengan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara bertempat di Universiti Selangor (Unisel). Menurutnya, jenama SPIES yang diilhamkan Exco Pendidikan Tinggi, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ini merupakan satu mekanisma penambahbaikkan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1988. "Saya melihat SPIES ini bukan suatu (program) yang ganjil tapi penambah baikkan kepada FPN," katanya. Falsafah Pendidikan Negara mengungkapkan: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. "Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Apa yang penting katanya, SPIES ini perlu dipersembahkan secara universal agar dapat diterima oleh seluruh masyarakat meskipun telah memperolehi pengiktirafan Sijil ISO9001:2008 dari SIRIM. Mengulas lanjut mengenai kertas kerja yang dibentangkan oleh wakil Sekreteriat Exco Pendidikan Tinggi, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Dr Ruziah Ghazali, pasukan SPIES yang sedia ada mampu memberikan sumbangan lebih hebat kepada pembangunan sumber manusia negara jika diberikan dokongan dan pimpinan sewajarnya oleh semua pihak. "Saya menyokong agar ditubuhkan sebuah akademi khusus SPIES ini. "Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) perlu digerakkan khusus berorientasikan SPIES yang bergerak secara sukarelawan menembusi belia, pelajar, pekerja dan wanita. "NGO ini perlu dibantu agar boleh bergerak secara fitrah dan meresapi dalam masyarakat di pelbagai kelompok dan sektor masyarakat," jelasnya lagi. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan