Nuffnang

Anwar Ibrahim

Posted by Tanpa Nama | Posted on 7:43 PG

Anwar Ibrahim


Khairy Fails to Shoot Down RM100m Anwar Suit

Posted: 26 Nov 2012 02:44 AM PST

The Malaysian Insider

The High Court today dismissed the application by Umno Youth chief Khairy Jamaluddin to set aside the court's order to strike out his defence in the RM100 million defamation suit filed against him by Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Judge Datuk Hue Siew Kheng rendered the decision in chambers in the presence of both parties.

Datuk Sulaiman Abdullah, Anwar's lawyer, told reporters that the court was of the opinion that Khairy's (picture) affidavit had no merit and had also ordered him to pay RM30,000 in cost.

The court then fixed December 26 for the hearing.

Meanwhile, Khairy's lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah said his client will appeal the matter at the Court of Appeal.

The application was filed on November 9, following his failure as defendant, to obey a June 29 court order to enter his defence.

He had earlier been ordered by Hue to file his defence but both he and his lawyer had failed to appear in court on August 13, which had been scheduled for case management.

Khairy, who is also Rembau member of parliament, had further stated that his failure to obey the order was unintentional.

On March 7, 2008, Anwar, filed the suit against Khairy, claiming that the latter, who was then Umno Youth deputy chief, had uttered defamatory words and caused a video clip entitled, "Anwar and kin no threat" to be posted on websites, including Malaysiakini.com.

The opposition leader also claimed that the video clip on Malaysiakini.com included parts of Khairy's speech at Lembah Pantai on or around February 20, 2008. — Bernama

Speaker Halang, Taklimat Scorpene di Singapura Esok

Posted: 26 Nov 2012 02:39 AM PST

Malaysiakini

Taklimat kes Scorpene untuk ahli-ahli Parlimen yang diusahakan Pakatan Rakyat akhirnya akan diadakan di negara jiran Singapura pada jam 12 tengahari esok.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata keputusan itu diambil kerana Speaker Dewan Rakyat enggan memberikan kebenaran untuk taklimat di Parlimen atas alasan antaranya bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Justeru, sesi taklimat itu akan dibuat di Hotel Changi Village, Singapura selama dua jam oleh rakan kongsi William Bourdon, Apoline Cagnate, tambah ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang turut serta dalam sidang media.

Kerajaan Takut Pemerhati Luar Sebab Pilihanraya Malaysia Kotor – Mafrel

Posted: 25 Nov 2012 08:51 PM PST

KeadilanDaily

Kerajaan Umno BN tidak perlu takut dengan kehadiran pemerhati antarabangsa dalam pilihan raya umum (PRU) jika yakin sistem pilihan raya di negara ini bersih, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

"Kalau kita yakin proses demokrasi kita baik, tak perlu takut dan bimbang untuk benarkan pemerhati luar (memantau PRU).

"Dari dulu lagi Mafrel konsisten tentang isu ini. Ia perlu dilihat dengan positif kerana pemerhati luar boleh beri perspektif dan cadangan yang baik.

"Jadi, (kerajaan) patut alu-alukan kedatangan mereka. Seolah-olah nak takutkan orang ramai, bahawa 'ini negara kita, orang lain jangan terlibat'," katanya ketika dihubungi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kehadiran pemerhati antarabangsa pada PRU ke-13 akan memalukan negara.

Najib turut menuduh pemerhati luar sebagai 'campur tangan asing' dan kononnya merosakkan masa depan negara.

Menyangkal tuduhan itu, Syed Ibrahim menjelaskan, peranan pemerhati luar semasa pilihan raya di mana-mana negara biasanya berpandukan prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

"Mereka bukan sewenang-wenangnya buat laporan (untuk burukkan negara). Jadi tak perlulah takut sangat untuk benarkan pihak lain beri pandangan tentang negara kita," kata beliau.

Menurutnya, Mafrel akan menjadi pemerhati dalam PRU 13 untuk memantau sebarang cubaan penipuan dan penyelewengan.

"Mungkin dalam masa terdekat, kami akan umumkan (penubuhan) gabungan dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk buat pemerhatian yang lebih baik dan meluas," jelasnya.

Sejak 2005, Mafrel menjadi pemerhati di beberapa pilihan raya kecil, Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2006, termasuk PRU 2008.

Mafrel juga mengambil bahagian sebagai pemerhati antarabangsa di beberapa negara, antaranya Hong Kong, Pakistan, Thailand dan Bangladesh.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP