Isnin, 26 November 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Kelantan lancar hotel apartmen eksklusif

Posted: 25 Nov 2012 11:29 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -



(Datuk Ahmad berkata sesuatu kepada Wan Ismail  berkaitan hotel apartmen yang bakal dibina ini)

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan kini dalam rangka membina hotel apartmen eksklusif yang dikenali sebagai Embunuri @ Sireh.

Selepas kejayaan anak syarikat PKINK, iaitu Kelkon Sdn Bhd, merintis apartmen KTC, akhirnya syarikat tersebut menjadi tuan rumah lagi untuk membina kediaman eksklusif tersebut.

Harga yang ditawarkan seunit antara RM180,000 hingga RM1.3 juta yang disediakan sebanyak 418 unit keseluruhannya termasuk rumah kedai.

Majlis pecah tanah Embunuri itu telah disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob yang mewakili Tuan Guru Menteri Besar.

Projek berkenaan usahasama Kelkon Sdn Bhd dengan sebuah syarikat swasta Ara Asa Property Management Sdn Bhd.

Datuk Ahmad Yaacob, ketika berucap pada majlis itu berkata, projek yang terletak di Lembah Sireh begitu strategi berhampiran Sungai Kelantan, di sekitar Bandar Kota Bharu.

Katanya, projek itu memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

"Kerajaan Kelantan yang berteraskan Islam di bawah kepimpinan ulamak jelas membuktikan kejayaannya dalam melaksanakan pembangunan mengikut syara'.

"Dakwaan yang mengatakan Islam mengenepikan pembangunan adalah dakwaan dangkal yang terpesong dari kehendak Islam sebenar,"ujarnya.

harakah/-

Lim: Pengeluaran KWSP kekal usia 55 tahun

Posted: 25 Nov 2012 11:26 PM PST

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Doland Lim Siang Chai 12 Muharram 1433H. [MOD] -

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Doland Lim Siang Chai 
 
KUALA LUMPUR - Polisi yang membenarkan anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun adalah dikekalkan pada masa ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.
  
Beliau bagaimanapun berkata cadangan daripada banyak pihak untuk menaikkan umur bagi pengeluaran penuh simpanan KWSP adalah selaras dengan pelaksanaan umur persaraan minimum pada usia 60 tahun.
  
"Ini adalah selepas Akta Umur Persaraan Minimum 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Jun lepas dan dibentangkan di Dewan Negara pada 16 Julai lalu.
  
"Oleh kerana Skim KWSP adalah suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja, maka adalah wajar pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun.
  
"Tujuannya adalah untuk memastikan anggota mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan sara hidup mereka apabila tidak bekerja," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
  
Idris ingin tahu sama ada kerajaan akan melaksanakan peraturan pengeluaran wang KWSP secara keseluruhan pada usia 60 tahun berbanding pada usia persaraan 55 tahun yang dilaksanakan pada masa ini.  - Bernama

Penduduk mengeluh tiada tempat letak kereta

Posted: 25 Nov 2012 11:24 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

 
  
KUALA LUMPUR – Penduduk di Jalan Burung Garuda, Taman Bukit Maluri, Kepong di sini meminta pihak berkuasa mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan dan kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan tersebut. 

Mereka mendakwa masalah itu berlaku ekoran orang ramai yang menggunakan Stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kepong di sini turut meletak kenderaan di kediaman mereka.

Menurut seorang penduduk, Yap Lee Yun (gambar kecil), 38, mereka terpaksa meletakkan baldi dan tong sampah bagi menghalang orang luar meletak kereta di hadapan rumah mereka.

"Masalah itu bermula sejak pembinaan laluan pintasan baharu untuk memudahkan pengguna keluar dari stesen komuter ke Jalan Burung Garuda.

"Bagaimanapun, pembinaan laluan itu hanya memudahkan pengguna komuter dan telah menyusahkan penduduk," katanya di sini baru-baru ini.

metro/-


Buruan polis fanatik Apek

Posted: 25 Nov 2012 11:18 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu.
 
EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu. 
 
BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai. 

Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.

Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.

metro/-

Panjat bumbung selamatkan diri

Posted: 25 Nov 2012 11:02 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -


Panjat bumbung selamatkan diri
Ada antara mangsa banjir yang memanjat bumbung rumah kerana bimbang paras air akan naik lebih tinggi.
Panjat bumbung selamatkan diri
Hujan lebat turut mengakibatkan tanah runtuh di sekitar jalan Siliau ke Rantau.
Panjat bumbung selamatkan diri
Anggota penyelamat membantu seorang ibu dan anaknya menyelamatkan diri.
 
LUKUT -  Bimbang kemungkinan banjir besar, menyebabkan ada antara penduduk di kawasan rendah siap sedia memanjat bumbung rumah bagi menyelamatkan diri.

Mereka berbuat demikian sebagai persediaan awal bagi menghadapi  kemungkinan tidak sempat menyelamat diri sekiranya air naik dengan cepat.

Itulah antara situasi yang dapat dilihat ketika banjir melanda  di beberapa kawasan di  Lukut disini; antaranya Taman Jaya Lukut, Taman Perindustrian Lukut, Taman Indah Jaya, Pekan Lukut, Kampung Sri Parit dan kawasan kampung di Spring Hill.

Banjir tersebut turut mengakibatkan tanah runtuh, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Daerah, Ab Khalid Mat berkata, punca awal  banjir disebabkan hujan lebat dari kadar biasa, selain kawasan rendah dan kedudukannya hampir dengan sungai.

Menurutnya, sebanyak 47 buah rumah membabitkan seramai 150 penduduk terlibat. Namun, selepas pihak berkuasa mengadakan perbincangan bersama mangsa, mereka menolak untuk ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir.

"Banjir mula surut selepas dua hingga ke tiga jam kejadian. Kerja pembersihan termasuk bantuan berupa makanan serta keperluan asas seperti  selimut, bantal dan sebagainya mula diedarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.


Hampir 20 tahun berdepan banjir

Sementara itu, mangsa, Rodiah Denan, 50, berkata, hujan bermula kira-kira 5 pagi dan berterusan selama dua jam.

"Tadi (semalam) hujan memang lebat tapi tidak sangka akan berlaku banjir seteruk ini. Kawasan ini memang sering banjir dan sebenarnya saya letih dengan keadaan ini.
"Kali terakhir banjir adalah sebulan lalu. Keadaannya juga sama, banjir masuk hingga ke dalam rumah. Tetapi kali ini kemusnahan dan kerosakan barang lebih banyak," katanya.

Mangsa, S Maniam, 62, berkata, perabot rumah yang baru dibeli sempena Deepavali  rosak kerana terendam dengan air.

"Entah berapa puluh ribu ringgit kerugian yang terpaksa saya tanggung. Saya sangat berharap kerajaan melakukan sesuatu tindakan lebih berkesan dalam menangani isu banjir ini kerana ia sudah berlarutan sekian lama," katanya.

Rosli Khairuddin, 67 berkata, dia memohon kerajaan mengambil berat dengan masalah yang dialami penduduk yang terpaksa berdepan dengan banjir setiap kali hujan lebat.

"Saya menetap di sini hampir 20 tahun dan sejak dari itu sehingga kini kawasan ini sering dilanda banjir menjadikan kehidupan saya sekeluarga dibelenggu kebimbangan.     

"Hendak tinggalkan rumah terlalu lama pun risau, sebab khuatir hujan lebat ketika itu dan berlaku banjir ketika kami tiada di rumah," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika melawat mangsa banjir  berkata, Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan untuk kesemua mangsa yang terlibat dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, hujan lebat dan kemungkinan berlaku banjir akan berlarutan sehingga Januari depan dan beliau menasihatkan orang ramai sentiasa peka serta berjaga-jaga dengan keadaan itu.

sinar/-

Surau Al-Hijrah diancam tanah runtuh

Posted: 25 Nov 2012 10:43 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

Surau Al-Hijrah diancam tanah runtuh

Kawasan dapur dan dewan terbuka Surau Al-Hijrah yang tidak selamat untuk sebarang aktiviti.
 
PORT DICKSON - Kejadian tanah runtuh yang berlaku di sini hampir meragut nyawa 30 orang termasuk kanak-kanak yang sedang menikmati sarapan pagi di Surau Al-Hijrah, kelmarin.

Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi iaitu selepas hujan lebat berlaku di kawasan ini yang turut membabitkan perkampungan Batu 7 Spring Hill. Malah, beberapa taman perumahan di Lukut turut mengalami banjir teruk.

Pengerusi Surau Al-Hijrah, Bandar Spring Hill, Ramli Ismail berkata, kejadian tanah runtuh itu disaksikan ahli keluarga yang terlibat dengan program berkhatan.

"Mereka memberitahu, semasa kejadian, kelihatan  pokok bergerak menggelongsor ke bawah dan kesemua yang sedang makan ketika itu lari meninggalkan makanan masing-masing menjauhi kawasan berkenaan bagi menyelamatkan diri.

"Ketika kejadian juga, aktiviti berkhatan yang berlangsung  dalam surau diberhentikan serta-merta.
"Bagaimanapun, keadaan kembali reda dan aktiviti berkhatan diteruskan selepas dipindahkan ke kawasan beranda surau yang agak berjauhan dengan kawasan tebing  runtuh itu," katanya.

Ramli berkata, runtuhan yang berlaku  meliputi kawasan dapur dan dewan terbuka surau.

"Dan pagi ini (semalam) kami mendapati ada beberapa rekahan baru terbentuk dan ini memang mendatangkan kegusaran kepada kami ahli kariah di sini.

"Surau Al-Hijrah adalah tempat ibadah yang menjadi tumpuan umat Islam di sini dan turut mendapat kelulusan daripada jabatan agama untuk kami mendirikan solat Jumaat.

"Pasukan bomba dan penyelamat yang datang melakukan pemeriksaan memaklumkan kawasan dapur dan dewan terbuka tidak selamat. Sementara bangunan utama surau masih selamat dan dibenarkan untuk melakukan aktiviti surau, " katanya.

Ramli berkata, runtuhan berlaku sejauh hampir 50 meter dan bomba memaklumkan siasatan awal punca kejadian adalah disebabkan mendapan tanah.

Beliau berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan bagi menangani masalah tanah runtuh ini.

"Saya khuatir jika berlaku lagi hujan lebat, kejadian tanah runtuh ini akan semakin memburuk. Selain berlaku tanah runtuh di sini, tebing sungai yang dibina dengan konkrit juga turut runtuh.

"Sekurang-kurangnya terdapat 15 lagi buah rumah yang terletak di tebing sungai ini dan ia  menimbulkan kebimbangan penghuninya," katanya.

sinar/-

Gambar 6 pemimpin Hamas yang telah syahid

Posted: 25 Nov 2012 10:38 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -



"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" :Al Imran:169

Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.
Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiwa

a-jiwa umat ini.Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta. Dari kiri atas:

1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja'abarri

Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya….






Wang dadah RM1.7 juta ditemui tertanam dalam tanah

Posted: 25 Nov 2012 10:30 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

CARACAS: Pihak berkuasa Venezuela menemui wang berjumlah lebih setengah juta dolar tertanam dalam tanah berhampiran sebuah sungai di barat negara itu. 

Polis percaya wang berkenaan milik kumpulan yang menyeludup dadah dari Colombia ke Amerika Tengah.

Wang berjumlah AS$550,000 itu (RM1.7 juta) yang dibungkus dalam beg plastik ditemui tertanam di sebuah kawasan perkhemahan haram berhampiran Sungai Meta di negeri Apure, kata pihak berkuasa antidadah.
Kawasan itu digunakan oleh kumpulan penyeludup dadah antarabangsa bagi menyembunyikan dadah, wang, minyak dan pesawat yang berlepas dari landasan haram berhampiran.

Kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa antidadah Venezuela juga menjelaskan, kumpulan itu menggunakan negara berkenaan sebagai tempat persinggahan untuk membawa dadah dari Colombia ke Amerika Tengah.

Selain wang, pegawai turut menemui 1.5 kilogram kokain, raifal buatan Jerman, peluru, dua kereta dan telefon serta kelengkapan lain. - AFP

Lelaki maut, kereta dirempuh lori

Posted: 25 Nov 2012 10:27 PM PST

Lelaki maut, kereta dirempuh lori12 Muharram 1433H. [MOD] -
  
Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Teluk Intan - Klang, awal pagi, semalam.
 
SABAK BERNAM - Seorang lelaki maut setelah kenderaan dipandunya dirempuh dari arah hadapan sebuah lori kontena dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Teluk Intan - Klang, awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohammad berkata, kejadian jam 12.45 pagi itu berlaku apabila kereta Honda dipandu mangsa cuba memintas kenderaan di hadapannya, namun gagal sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang berumur lingkungan 22 tahun berkenaan tidak berjaya untuk memintas kenderaan di hadapannya menyebabkan dia terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh lori kontena terbabit

"Lori kontena berkenaan difahamkan dalam perjalanan menuju ke Butterworth bagi menghantar barang muatan ke sana.

"Bomba mengambil masa kiri-kiri 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Noor Mushar berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas pertembungan berkenaan.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) bagi menerima rawatan, namun disahkan meninggalkan dunia jam 2 pagi.

"Pemandu lori turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar selepas kejadian bagi membantu siasatan terperinci dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, Mushar turut menasihati pemandu berwaspada memandu terutamanya pada musim cuti persekolahan ini.

"Saya berharap pemandu dapat memandu dengan lebih berhemah supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan khususnya pada musim cuti persekolahan ini," katanya.

sinar/-

Ferrari pernah dimiliki Ronaldo dilelong

Posted: 25 Nov 2012 07:32 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

LONDON - Sebuah kereta sport Ferrari 599 GTB Fiorano yang pernah dimiliki bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo ditawarkan untuk dijual pada harga £40,000 (RM196,155), lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Ronaldo, 27, membeli kereta itu dengan harga £200,000 (RM980,775) pada tahun 2008.

Nilainya jatuh merudum kerana bahagian hadapan kereta itu remuk selepas ia merempuh dinding sebuah terowong pada 9 Januari 2009 dekat Lapangan Terbang Manchester di Manchester.


Ronaldo hilang kawalan semasa dia memandu kereta itu semasa dalam perjalanan untuk berlatih dengan rakan-rakan pasukan kelab Manchester United.

Keretanya merempuh penghadang jalan sebelum melanggar dinding terowong itu. 

Kereta sport berwarna merah itu kini disimpan di pekarangan sebuah syarikat pengedar kereta di Duppigheim, Perancis.

Kereta itu menggunakan enjin V12 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 330 kilometer sejam. - Agensi

Morsi jumpa hakim bincang isu rebut kuasa

Posted: 25 Nov 2012 07:29 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -


Presiden Mesir, Mohamed Morsi akan bertemu hakim kanan Isnin ini untuk cuba meringankan krisis rampasan kuasa yang telah mencetuskan protes ganas mirip revolusi tahun lepas.

Aktivis Ahad lalu telah berkhemah di Dataran Tahrir untuk hari ketiga, menyekat trafik dengan penghadang sementara untuk membantah apa yang mereka sifatkan sebagai rebutam kuasa oleh Morsi. Polis rusuhan dan penunjuk perasaan bertempur di kawasan berdekatan.

Seorang ahli Ikhwanul Muslimin telah dibunuh dan 60 orang cedera lewat Ahad lalu dalam serangan ke atas pejabat utama Ikhwanul Muslimin di Delta Nil bandar Damanhour, lapor laman web Kebebasan dan Keadilan Parti milik Ikhwanul Muslimin.

Lebih daripada 500 orang telah cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan membimbangkan Morsi yang cuba untuk menyatukan kuasa.

Membahayakan demokrasi

Badan kehakiman tertinggi Mesir membayangkan untuk berkompromi untuk mengelakkan peningkatan krisis, walaupun penentang Morsi mahukan pembatalan penuh dekri yang mereka lihat membahayakan demokrasi.

Majlis Kehakiman Agung berkata dekri Morsi hanya sah dalam "perkara berdaulat", menunjukkan ia tidak menolak perisytiharan itu secara terus, dan menggesa hakim dan pendakwa, yang sebahagian daripada mereka mula mogok Ahad lalu, untuk kembali bekerja.

Morsi akan bertemu dengan majlis tersebut Isnin ini, lapor media kerajaan.

Pejabat Morsi mengulangi jaminan bahawa langkah-langkah tersebut hanyalah untuk sementara waktu, dan berkata beliau mahu mengadakan dialog dengan kumpulan politik untuk mencari "titik persamaan" dalam apa yang perlu diletakkan dalam perlembagaan Mesir, salah satu daripada isu dalam krisis ini.

Hassan Nafaa, seorang profesor sains politik di Universiti Kaherah, memahami usaha yang dilakukan oleh presiden dan badan kehakiman untuk menyelesaikan krisis berkenaan, namun menambah kenyataan mereka adalah "kabur".

"Ia hanya menuju ke arah yang lebih bermasalah," katanya.

Pasaran saham jatuh Ahad lalu sehingga hampir 10 peratus - yang dihentikan hanya oleh sekatan automatik - adalah yang terburuk sejak pemberontakan yang menggulingkan Mubarak pada bulan Februari 2011. (aljazeera.com)

harakah/-

‘Ini cara kami cegah gejala maksiat’

Posted: 25 Nov 2012 07:24 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

PADANG SERAI – Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama.

Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam.

Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.

Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.
Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.

"Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi," katanya.

Kosmo


Polis serbu klinik gugur janin, 3 ditahan

Posted: 25 Nov 2012 07:22 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -
 
PATTAYA: Polis semalam menahan tiga orang dalam serbuan di klinik pengguguran janin di Pattaya. Mayat janin perempuan berusia kira-kira lima bulan yang baru digugurkan oleh seorang wanita berusia 20 tahun turut ditemui di klinik itu.

Polis menahan Arkhom Sarnmano, 31, seorang pemandu teksi motosikal yang membawa wanita itu ke klinik, di mana dia dikatakan diupah untuk membawa ramai wanita mengandung untuk menjalani pengguguran.

Turut ditahan, Jitra Masiyapak, 21, penyambut tetamu klinik itu dan Somjai Buasaen, 45, yang disyaki melakukan pengguguran janin untuk wanita itu. Janin itu ditemui dalam plastik hitam berdekatan.

Somjai dilaporkan mengaku telah membuka klinik itu bertahun-tahun lamanya dan telah ditangkap empat kali. Dia dilepaskan dengan ikat jamin dan membuka semula klinik itu kerana dia memperoleh pendapatan tinggi daripada kerjanya itu.

Setiap pengguguran janin dikenakan bayaran sekurang-kurangnya 10,000 baht (RM996).

Polis berkata, pemilik sebenar klinik itu adalah Charnwit Sattayaprasert, seorang doktor yang melarikan diri dari waran tangkap. - BP

Pencacai UMNO Jahil Agama Cuba Pertikai Solat Jenazah Oleh TG Hj. Hadi

Posted: 25 Nov 2012 07:01 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

Gambar Print Screen dari FB ahli Umno tegar yang mempertikai tindakan Hj Hadi solat di Kubur. (Sila klik untuk lebih jelas)

Terserlah kejahilan berliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua BOLEH.... tanam dulu baru solat jenazah."

Ini akibat malas mengaji ilmu agama, memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik .

Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus berserta video mengenai solat ghaib .

Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini.

Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab..

Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan.

Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali.

(Shahih Muslim No.1586) Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya).

Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. -(Shahih Muslim No.1588)

Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 :

Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha' , Asy Syafi'y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir.

Beliau juga mengatakan:

Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a.

Hadis yang di rujuk :

Ibnu Abbas r.a berkata: " Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89)

Sa'ied ibn Al-Musayyab berkata: "Bahawasanya Ummu Sa'din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90)

Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan.
Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar.
Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya.

Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tidak sempat solat sebelum jenazah dikebumikan.

Dipetik dari Ustaz Azhar Idrus ( Original )
-paspb

Najib takut pemerhati antarabangsa sebab pilihanraya di Malaysia ada masalah?

Posted: 25 Nov 2012 06:57 PM PST


12 Muharram 1433H. [MOD] -

 Najib berucap di Himpunan Barisan 1Malaysia di PWTC. Hariankini.com – Nak takut apa kalau tiada buat kesalahan? Presiden Umno Dato Seri Najib Razak dilihat cuba mencari alasan konon negara kita akan malu jika pemerhati antarabangsa dijemput membuat pantauan terhadap pelaksanaan pilihanraya di Malaysia.

"Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

"Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan sebagainya," kata Najib ketika berucap pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Perdangan Dunia Putra, semalam.

Najib berkata demikian bagi mengulas berkaitan pemantau luar dipanggil melihat pelaksanaan pilihanraya di negara ini. Kenapa nak gelabah?

Eh..eh..kenapa nak malu pulak jika kita tak buat salah. Malahan jika pelaksanaan pilihanraya di negara kita ini bagus dan bersih, kita boleh berbangga dengan dunia yang kita ni betul-betul negara demokrasi. Dunia akan lihat negara kita ni adalah sebuah negara demokrasi, adil dan tidak melakukan diskriminasi terhadap semua rakyatnya termasuk yang tidak menyokong kerajaan yang memerintah.

Dunia akan tahu benda tu semua bila dia orang memerhati apa yang berlaku di negara kita. Mereka bukan sahaja mahu mendengar pengakuan kita sendiri yang 'masuk bakul angkat sendiri' sahaja bahkan mahu melihat dengan mata kepala mereka sendiri.

Hanya mereka yang melakukan penindasan dan kesalahan sahaja yang takut orang luar datang melihat perkara sebenar yang berlaku dalam negara kita.

Sudah tentu kerajaan pimpinan Umno-BN bimbang jika tembelang mereka selama ini konon negara kita mengamalkan demokrasi, adil dan tidak diskriminasi terhadap rakyat yang tidak menyokong mereka akan pecah dan diketahui dunia. Sudah tentu mereka ini sangat tertekan.

Seperti contoh, kita malu jika kita berbogel depan khalayak sebab orang nampak kecuali orang gila. Tapi jika kat bilik air, tak ada pula malunya sebab orang luar tak nampak.

Jika kita langsung tidak berbogel, nak buat apa malu kat orang sebab kita berpakaian..kan..kan..

Jadi buat apa nak malu jika kita tidak buat salah dan orang akan nampak kita ini baik kecuali kamu 'berbogel' dengan kata lain buat salah, baharulah kamu patut malu.

Kecuali jika kamu hendak orang luar sana tidak tahu perkara sebenar tentang kesalahan kamu, baharulah kamu takut orang luar datang tengok.

Budak sekolah pun reti benda-benda macam ni. Tak payah sekolah pun reti bro!

harakah/-


















 
   

Pantai makin terhakis

Posted: 25 Nov 2012 06:53 PM PST

Pantai makin terhakis12 Muharram 1433H. [MOD] -
 
Ali menunjukkan benteng pasir dibuat penduduk secara bergotong-royong, namun gagal menghalang hakisan.
 
KUANTAN  -  Penduduk  merayu kerajaan membina benteng konkrit untuk mengelak masalah hakisan di Kampung Cherok Paloh menjadi lebih teruk.

Hakisan berlaku sejak 30 tahun lalu itu amat membimbangkan penduduk kerana mampu menghakis daratan sebanyak 20 meter setahun.

Keadaan itu menyebabkan keluasan kampung mereka semakin kecil, malah ada rumah penduduk runtuh tiba-tiba.

Lebih membimbangkan apabila musim tengkujuh, tentunya keadaan ombak besar akan memberi kesan lebih tinggi pada kadar hakisan.

Pada tahun lalu, sebuah rumah penduduk di Kampung Pantai Setongkol runtuh akibat hakisan yang melanda selama dua tahun, malah kampung itu kini hampir lenyap.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati hanya sebuah rumah masih elok, manakala kediaman lain sudah tiada di mana kawasan tersebut kini menjadi sebahagian daripada pantai.

Seorang warga emas yang tinggal di Kampung Permatang Merbau, Hasmah Ismail, 76, berkata, tebing sungai terletak kira-kira lima meter dari rumahnya kini semakin terhakis, malah keadaan semakin teruk terutama pada musim tengkujuh disebabkan air mengalir laju.

Menurutnya, dia yang tinggal di situ sejak lebih 30 tahun lalu kini berdepan masalah hakisan dan bimbang sekiranya dibiarkan , rumahnya pula akan menjadi mangsa seterusnya.

"Banyak rumah runtuh akibat hakisan di sini. Jadi saya harap perkara sama tidak berlaku pada rumah peninggalan arwah suami.

"Tebing dibina setinggi lebih dua meter pula semakin terhakis dan saya sangat khuatir sekiranya kadar hakisan   lebih besar berlaku," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherok Paloh, Ali Adam berkata, kampung tersebut menerima kesan hakisan sejak 1960 lagi.

Bagaimanapun katanya, keadaan bertambah teruk sejak dua tahun kebelakangan ini apabila empat rumah terjejas, malah ada antaranya runtuh akibat masalah itu.

"Boleh dikatakan sepanjang tebing Kuala Sungai Pahang Tua dan Sungai Pahang Tua mengalami hakisan  teruk.

"Hakisan di bahagian kuala menyebabkan sungai menjadi cetek sehingga nelayan terpaksa menolak bot ke tengah sebelum turun menangkap ikan," katanya.

Katanya, bagi mengelakkan masalah tersebut berlarutan dan mengurangkan kebimbangan penduduk, mereka bergotong-royong membuat benteng pasir untuk mengelak kesan hakisan.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal kerana benteng dibuat penduduk itu tidak mampu menahan ombak besar.

sinar/-

90 kali bedah untuk tampa

Posted: 25 Nov 2012 06:51 PM PST

BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.12 Muharram 1433H. [MOD] -

BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
NEW YORK: Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.

Dengan mukanya yang cantik, dia memiliki bentuk tubuh seperti GI Joe, lengkap dengan perut berulas dan lengan berotot, semuanya diperoleh tanpa mengangkat berat atau bersenam di gym.

Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.

Selain itu, Justin juga menjalani pelbagai pembedahan hidung, pipi, tulang kening serta bibir untuk mendapatkan muka yang sempurna.

Malah, pinggulnya yang tegang juga palsu, hasil kerja pakar bedah yang memberinya implan pinggul.

Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.

Ketaksubannya dengan penampilan itu bermula ketika berusia belasan tahun apabila dia tidak sukakan saiz hidungnya yang dianggap terlalu besar.

Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.

Bagaimanapun, menurut Jedlica, dia masih belum 100 peratus berpuas hati dengannya, sambil menunjukkan kepada wartawan keadaan hidung yang diingininya.

Dari hidung, dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan pinggul, dada dan kemudian lengan.

Jedlica berkata, dia tidak melihat sebarang alasan untuk menghentikan ketaksubannya terhadap pembedahan plastik.

Katanya, pembedahan pertama hidungnya adalah satu keperluan sementara yang lain hanya kemahuannya saja. - DM

PAS minta ahlinya pantau penjualan tanah bumiputra

Posted: 25 Nov 2012 06:50 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -


(Mazlan melawat tanah-tanah Melayu yang banyak dijual di Seberang Prai)

TASEK GELUGOR: PAS disetiap negeri disaran menubuhkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memantau serta memberikan penerangan kepada rakyat terutamanya orang Melayu tentang risiko penjualan tanah mereka.

Demikian kata Pengerusi Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Beliau mengulas penjualan tanah kepada bukan bumiputra yang banyak berlaku di Seberang Prai sekarang ini.

Bagi beliau, ia boleh dielak sekiranya pengetahuan dan kesedaran timbul di kalangan orang Melayu jika ada parti seperti PAS main peranan.

Mazlan berkata demikian dalam lawatannya ke Seberang Prai baru-baru ini bagi melihat isu yang dibangkitkan oleh penduduk tempatan.

Beliau pergi ke beberapa lokasi seperti di Batu Maung dan Teluk Kumbar bersama Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Saiful Lizan Mohd Yusuf, Ahli Majlis MPSP, Haji Jamil Abdul Rahman, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus dan ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Moin Hashim.

"Penubuhan NGO berkaitan tanah atau  PAS sendiri mainkan peranan yang serius agar isu berkenaan tidak menjadi semakin parah, " tegasnya mengulas kejadian penjualan tanah  sawah yang semakin berleluasa di Seberang Perai sejak kebelakangan ini.

Lazimnya, kata beliau, penjualan tanah sawah  di kampung-kampung  kepada bukan bumiputra berlaku kerana mereka kesempitan wang untuk menyekolahkan anak atau melanjutkan pelajaran anak ke peringkat univesiti.

Beliau difahamkan, banyak peristiwa penjualan itu sendiri diuruskan oleh pemimpin Umno tempatan dengan harapan mendapatkan keuntungan peribadi.

"Mereka jadi broker untuk menggalakan pembangunan kononnya tetapi hasrat sebenar ialah mahukan kepentingan peribadi.  Mereka sanggup jadi orang tengah semata-mata mengaut keuntungan.  Dalam soal ini siapa sebenarnya petualang bangsa PAS atau Umno," katanya lantang.

Kesedaran amat penting sambung Mazlan, kerana  penjualan berkenaan akan mengundang masalah lain pula selepas ini sebab pihak yang membeli pastinya membina apa sahaja yang difikirkan termasuk kilang, tempat penyimpanan barangan dan sebagainya.

Laluan atau saliran air ke petak sawah sekitar pastinya terganggu sebab tanah berkenaan akan ditambun untuk membangunkan projek lain.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua, Haji Zahadi Mohamad dalam isu  yang sama menegaskan, pihak pentadbiran tanah wajar prihatin terhadap gejala penjualan tanah sawah untuk pembangunan lain.

Di Sungai Dua sahaja jelasnya, terdapat beberapa lokasi penjualan seperti di Permatang Tok Jaya, Simpang Empat Permatang Buluh, Permatang Tiga, Permatang Sungai Dua  dan lainya.

Fenomena tersebut ujarnya, menyebabkan kebimbangan penduduk kerana, contohnya
di Permatang  Tok Jaya, lokasi itu dijadikan bengkel besi yang membahayakan masyarakat kerana bersebelahan dengan stesyen minyak.

"Sepatutnya Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kena pantau pembinaan bukan meluluskan sahaja projek yang bahayakan penduduk.

"Bukan kita halang pembangunan tetapi biarlah pembinaanya jauh dari tempat yang mempunyai potensi kebakaran," katanya bimbang kawasan ini akan jadi macam Sungai Puyu dan Bagan Lalang penuh dengan kilang kecil bersebelahan rumah penduduk.

harakahdaily/-

Sejam terperangkap banjir kilat

Posted: 25 Nov 2012 06:49 PM PST

Keadaan air Sungai Klau naik hingga melimpah ke atas jalan.12 Muharram 1433H. [MOD] -
 
Keadaan air Sungai Klau naik hingga melimpah ke atas jalan.
 
RAUB – Hujan lebat berterusan bermula dari jam 6 petang kelmarin mengakibatkan 263 penduduk Kampung Baru Sungai Klau terperangkap dalam banjir kilat kira-kira sejam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, air daripada Sungai Klau melimpah dan membanjiri lebih 80 rumah sekitar kawasan berhampiran.

Menurutnya, sebahagian rumah ditenggelami air antara 0.5 meter hingga satu meter mengakibatkan beberapa peralatan dan kelengkapan rumah rosak teruk.

"Pusat pemindahan sementara mangsa banjir dibuka di Tokong Sungai Klau tetapi ada juga beberapa keluarga yang terlibat tidak mahu berpindah.

"Kita tetap minta mereka untuk mendaftar di pusat pemindahan banjir bagi tujuan rekod semasa," katanya kepada Sinar Harian.

Wan Mohd Samsudin berkata, air mula surut bermula dari jam 9.15 malam dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, sehingga jam 9.30 malam, 62 keluarga mendaftar melibatkan 263 mangsa keseluruhannya.

"Pemantauan berterusan dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan mangsa terlibat terjamin.

"Seramai 39 anggota keselamatan bertugas pada malam itu termasuk 21 polis, lapan bomba, lima Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan lima pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," kata Wan Mohd Samsudin.

Beliau berkata, masyarakat daerah Raub terutama yang tinggal di kawasan rendah perlu peka terhadap perubahan cuaca terutama ketika musim tengkujuh.

sinar/-

Wong Tack: 'Kami akan duduk hingga esok pagi'

Posted: 25 Nov 2012 06:43 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

 
Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut.

green march reaching dataran 251112 wong tack speech 06Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi.

Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak.

"Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu.

green march reaching dataran 251112 crowd 02"Jadi saya bertanggunggjawab terhadap diri saya dan akan tetap duduk di sini. Dan anda semua boleh buat pilihan sama ada hendak duduk sini atau tidak," kata Wong.
Sementara itu, koordinator Himpunan Hijau Lee Chin Chen pula berkata peserta perarakan akan berkhemah di kawasan berkenaan pada malam ini.
green march reaching dataran 251112 crowd 01Ketika ditemui Malaysiakini, Lee berkata beliau juga menugaskan anggota jawatankuasanya serta unit amal PAS untuk melindungi peserta perarakan sepanjang malam.
Katanya, beliau masih belum dapat menganggarkan berapa orang yang akan berbuat demikian.
 "Tapi kita tidak tahu sama ada (polis dan pegawai DBKL) akan membenarkan kami berbuat demikian," katanya.

Sebahagian daripada peserta berkenaan dilihat meninggalkan kawasan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Perak itu untuk mencari tempat berteduh apabila hujan kembali turun pada petang ini.

green march reaching dataran 251112 wong tactSementara itu, seorang penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun berkata, kawasan Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki kerana sedang dinaiktaraf.

Katanya, Datuk Bandar berhak melarang sesiap daripada memasuki kawasan tersebut mengikut undang-undang kecil yang dikuatkuasa DBKL.

green march reaching dataran 251112 crowd 03"Dataran Merdeka kini dalam ubahsuai. Dan kita tidak akan benarkan Wong Tat masuk.

"Dataran Merdeka dibawah DBKL dan Datuk Bandar. Dan di bawah Undang-undang Kecil Dataran Merdeka, Datuk Bandar berhak melarang sesiapa masuk Dataran Merdeka.

"Permohonan pun tiada. Jadi kami memang melarang," kata Nasaruddin.

malaysiakini/-

Rakyat akan menggigit jari sepanjang hayat

Posted: 25 Nov 2012 06:40 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -



Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang beberapa orang pemimpin UMNO mengakui yang UMNO memang nya telah melakukan kesalahan dan akan memulakan perubahan. Semalam semasa berjumpa dengan 1,500 wakil-wakil NGO di seluruh negara Najib mencadangkan supaya jangan mengubah kerajaan kerana perubahan boleh dilakukan oleh BN sendiri.

Kata-kata Najib ini seperti seorang pencuri yang telah mengaku salah tetapi menyeru supaya semua orang jangan mengunci rumah kediaman atau kilang-kilang mereka kerana mereka (pencuri-pencuri) telah berjanji tidak akan mencuri lagi. Kata-kata Najib ini sangat mengaibkan diri beliau dan UMNO itu sendiri. Dalam kepimpinan serta kenegaraan jika seseorang itu telah melakukan kesalahan dia akan berhenti dengan secara sukarela kerana itulah etika kepimpinan dalam sebuah negara yang berdaulat.

Najib sepatutnya belajar apa dia kedaulatan itu. Apa dia negara yang berdaulat itu? Dari mana datangnya kedaulatan itu mesti difahami oleh beliau kerana beliau seorang Perdana Menteri, bukannya kerani kilang padi. Saya begitu hairan etika yang senang difahami itu pun Najib tidak dapat merasakan kepentingannya di dalam sesebuah kepimpinan kerajaan.

Apa perubahan yang Najib hendak lakukan melalui BN itu?

Apa yang dimaksudkan oleh Najib itu tentulah BN sedar yang kerajaan selama ini adalah kerajaan yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa. Menyedari itu BN tidak akan melakukan rasuah sebesar itu lagi. Maka adalah wajar bagi rakyat memberikan mandat itu lagi kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Satu lagi perkara yang BN mesti lakukan untuk berubah ialah dengan mengelakkan dari menjadikan isu agama dan memainkan isu bangsa sebagai modal politik mereka. Inilah salah satu lagi yang akan di ubah oleh BN, mungkin. Banyak lagi isu-isu buruk yang kita sama semua tahu dilakukan oleh BN tidak akan dilakukannya lagi. BN mahu berubah dan jangan ubah kerajaan. Tidak payah ubah kerajaan kerana BN yang melakukan kesalahan dan BN akan berubah menjadi parti yang baik untuk rakyat dan negara.

Satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah tidak lagi membiarkan isteri-isteri pemimpin mempengaruhi suami dalam pentadbiran kerajaan. BN juga mungkin tidak akan lagi membiarkan pemimpin-pemimpin nya menyeludup wang ratusan billion ringgit keluar negara untuk melarikan dari pengetahuan rakyat  ATAU  satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah untuk tidak mengambil komisyen besar dalam pembelian bekalan pertahanan negara. Tidak akan berlaku lagi pembelian Scorpene dan mengambil komisyen yang ratusan juta ringgit.

BN tidak akan lagi mengambil tanah Felda yang sepatutnya dimasukkan 80,000 peneroka dan disenaraikan di pasaran saham untuk pemodal dan kroni yang besar-besar pimpinan dalam dan luar negara kita.

BN juga mungkin tidak lagi memberikan keistimewaan kepada anak-anak Mahathir dengan memberikan anak-anak Mahathir menyandarkan masa depan mereka kepada UMNO. Anak-anak Mahathir tidak payah lagi menggunakan UMNO sebagai modal untuk mereka berniaga dengan besar-besaran. Diharap juga BN tidak akan menggunakan wang Petronas bagi menyelesaikan masalah perniagaan anak-anak pemimpin seperti Mirzan Mahathir dalam jumlah berbillion ringgit.

BN akan berubah dan tidak akan lagi memberikan segala-gala peluang perniagaan kepada Syed Mokhtar dari laut ke darat dan dari darat ke udara seperti yang berlaku sekarang.

Mungkin inilah dia cara BN hendak berubah. Mengaku dengan segala kesalahan ini dan berpura-pura bertaubat dan diberikan lah lagi kuasa kepada mereka. Sekarang mereka benar-benar hendak berubah dan tidak mahu buat jahat lagi. Najib ke hulu dan ke hilir meminta sedekah sokongan rakyat untuk melakukan kebaikan dan tidak hendak buat zalim dan jahat lagi. BN sudah penat membuat jahat, sekarang masanya untuk berbuat baik pula.

Maka berikan lah sokongan kepada BN. Najib sudah berubah dan akan membuat baik pula sekarang ini. Najib ini seperti penagih tegar dadah yang berjanji tidak akan mengambil dadah lagi. Najib meminta rakyat jangan bagi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini kerana mereka (BN) sudah berubah dan berubah.

Dalam jiwa Najib sedang bergelora dan sentiasa menjerit, "tolonglah jangan undi PR…aku dah berubah…aku tidak akan takut kepada isteri aku lagi…akan tidak akan dengar nasihat Mahathir lagi….aku taubat....aku taubat".

Tetapi boleh kah kita percaya semua janji-janjinya ini?

Jawapannya..jangan sekali-kali! Penagih rasuah dan kuasa tidak akan mampu berubah. Mereka akan tetap melakukannya apabila mendapat kuasa. Air mata yang meleleh dari bibir mata Najib hari ini adalah air mata buaya. Jika BN mendapat mandat lagi yakinlah harta kita akan menjadi harta UMNO. Najib akan meneruskan pemborosan terhadap wang rakyat dan negara. Saya hendak bertanya jika beliau melakukan pemborosan, apa yang kita boleh buat selama 5 tahun itu? Jawapannya…..tidak boleh buat apa-apa lagi.

Rakyat akan akhirnya menderita dan menggigit jari sepanjang masa. Sudah 55 tahun rakyat dikelirukan. Kita belajarlah untuk menjaga maruah diri dan jangan dikelirukan lagi. Percayalah! -

harakah/-

Isteri 1Malaysia

Posted: 25 Nov 2012 06:37 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

RAMAI...keluarga besar arwah Ismail berkumpul di Tongkang Pechah setiap tahun.

RAMAI...keluarga besar arwah Ismail berkumpul di Tongkang Pechah setiap tahun. 
 
BATU PAHAT: Biarpun suami mereka sudah meninggal dunia tiga tahun lalu, empat balunya yang berbangsa Melayu, Cina dan India wajar wajar dijadikan contoh kerana mampu mengekalkan ikatan silaturahim dengan mengadakan perhimpunan keluarga yang disertai kira-kira 60 orang.

Keluarga unik yang layak digelar keluarga 1Malaysia itu adalah waris Allahyarham Ismail Abdul Hamid yang berkumpul di rumah isteri keempat Allahyarham Ismail di Tongkang Pechah di sini, semalam.

Isteri pertama dan keempat Allahyarham Ismail berbangsa Melayu, manakala isteri kedua dan ketiga masing-masing berbangsa Cina dan India.

Isteri pertamanya, dikenali sebagai arwah Tuminah dikahwininya pada 1956; isteri kedua, Jamaliah Abdullah, 64, (Cina) bernikah pada 1958; isteri ketiga, Sabariah Md Som@Abdullah, 62, (India) bernikah pada 1959 dan keempat, Shamsiah Arsee, 73, bernikah pada 1961.

Anak sulung isteri keduanya, Siti Jamaliah, 49, berkata arwah bapanya meninggal dunia sejak tiga tahun lalu dan meninggalkan empat isteri, 16 anak serta 44 cucu.

sinar/-

Lebih 800 rumah terjejas banjir landa England

Posted: 25 Nov 2012 06:34 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

 Lebih 800 rumah terjejas banjir landa England
Pemandangan udara kejadian banjir di Exeter, air melimpah dari Sungai Exeter. - Foto ihsan BBC
LONDON - Lebih 800 rumah tenggelam dalam banjir yang melanda beberapa bahagian England dan Wales semalam.

Dipetik BBC, Agensi Alam Sekitar berkata 816 rumah terjejas ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Hujan diterima sejak empat hari lalu sama jumlah dengan hujan dalam tempoh mana-mana satu bulan.

Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Devon, Cornwall, Malmesbury dan Kempsey.

Laporan awal menyebut dua orang maut dalam kejadian terbaru ini - seorang wanita terbunuh di Exeter apabila pokok tumbang manakala seorang lelaki lemas apabila keretanya dihanyutkan air deras di Cambridgeshire.

Bagaimanapun kemudian polis menjelaskan kematian wanita itu, yang berusia 70 tahun, tiada kaitan dengan cuaca buruk.

Jurucakap agensi itu berkata, "insiden ini sepatutnya berlaku bila-bila masa tahun ini."

Sebanyak 250 amaran banjir telah dikeluarkan di seluruh England setakat ini.

Perdana Menteri David Cameron yang terkejut dengan kejadian ini berkata, "kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membantu" mangsa banjir.

sinar/-

Moaz al- Khatib minta sokongan ketenteraan dari Turki

Posted: 25 Nov 2012 06:31 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -





(Sheikh Ahmad Moaz al-Khatib, presiden yang dipilih mengetuai pakatan pembangkang baru di Syria, Pakatan Kebangsaan Syria untuk pembangkang dan Angkatan Revolusi  - foto Today's Zaman)

ANKARA: Sheikh Ahmad Moaz al-Khatib, presiden  pakatan pembangkang baru Syria, meminta Turki untuk menyediakan lebih sokongan ketenteraan kepada penentang yang berjuang menghadapi rejim Syria, dan berkata keperluan yang paling mendesak adalah peluru berpandu anti-pesawat.

"Cabaran utama untuk kumpulan penentang adalah pesawat. Mereka menyerang orang di mana-mana. Jika ada sesuatu yang boleh membantu kami menghalang mereka, ia adalah sangat bagus dan kami akan meminta secara khusus untuk perkara tersebut," kata al-Khatib.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan Today's Zaman selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan dan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semasa lawatan ke Turki.

Beliau yang menyatakan sokongan ketenteraan yang bermula pada awal serangan selama 20 bulan tidak mencukupi, turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberikan bantuan ketenteraan yang lebih cepat untuk menghalang kemenangan rejim Presiden Bashar al-Assad.

"Sokongan ketenteraan tidak mencukupi. Masyarakat antarabangsa mengabaikan pejuang Syria sendirian selama dua tahun tanpa sokongan yang sebenar.

"Kami masih menunggu, tetapi masa adalah begitu singkat. Jika tiada sokongan yang cepat, mungkin terdapat perubahan di setiap kawasan [menjejaskan kawasan pembangkang bersenjata], " ujar al-Khatib lagi.

Al-Khatib juga menyatakan bahawa pembangkang Syria berterima kasih kepada Turki atas bantuan yang disediakan dalam semua bidang, termasuk bantuan ketenteraan yang menyokong pemberontakan menentang tindakan keras ketenteraan Assad yang telah membunuh lebih 38,000 orang.

"Apa yang saudara Turki kami telah lakukan adalah sangat baik. Mereka telah melakukan yang terbaik, "ujar al-Khatib, sambil menambah, "Kami [pembangkang Syria] inginkan bantuan yang lebih banyak, daripada Turki dan daripada masyarakat antarabangsa."

harakah/-

MP sokong resolusi Himpunan Hijau

Posted: 25 Nov 2012 06:23 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -


 
Sekumpulan MP hari ini hadir ke mesyuarat rakyat bersama aktivis Himpunan Hijau dan menyokong tiga resolusi yang dikemukakan - antaraya mendesak kerajaan supaya membatalkan segera projek loji nadir bumi Lynas.

Resolusi berkenaan dibacakan seorang akvitis, Zamri Zanal dalam mesyuarat yang bermula pada kira-kira jam 9.15 pagi ini.

Selain itu mereka juga menuntut pemberhentian atau penilaian semula terhadap segala projek yang didakwa memudaratkan, termasuk lombong di Bukit Koman, kabel bervoltan tinggi di Rawang, Rapid di Johor dan rampasan tanah orang asal.

Satu lagi tuntutan berkenaan menggariskan bahawa kerajaan perlu merancang pembangunan dengan mapan, dan sejajar dengan prinsip piagam bumi.

Seramai 13 MP berkenaan yang duduk bersama-sama peserta Himpunan Hijau dalam mesyuarat berkenaan – bersetuju sebulat suara dengan resolusi tersebut.

MP yang hadir termasuk Lim Kit Siang (Ipoh Timur), William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah), Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) dan Chong Eng (Bukit Mertajam)

malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Nuffnang