N50 Dun Sri Muda |
PIHAK POLIS JANGAN DWI-STANDARD DALAM ISU PUNGGUNG, PIJAK GAMBAR PM Posted: 05 Sep 2012 03:39 AM PDT Merujuk kepada kenyataan media yang mendakwa 11 individu yang disyaki terlibat dalam memijak dan menunjukan punggung terhadap gambar perdana menteri dan isteri pada malam ambang kemerdekaan yang lepas. Setakat ini dimaklumkan 2 orang mahasiswa kolej swasta telah ditahan dan diambil keterangan berhubung insiden ini. Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin menegaskan bahawa tindakan mengugut dan mendakwa individu yang terlibat sebagai tanda protes kepada Perdana Menteri dan Isteri adalah satu tindakan dwi-standart yang tidak melambangkan profesionalisme dan berat sebelah pihak berkuasa. Berbanding serangan yang dibuat oleh segolongan NGO yang membuat demonstrasi 'tarian punggung' di hadapan rumah pengerusi bersama Gabungan BERSIH, Dato' Ambiga Sreenevasan yang jijik dan memalukan bekas parajurit. Begitu juga hal yang sama apabila gambar segolongan induvidu yang memakai baju Barisan Nasional kencing di atas kain rentang gambar Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Abd Hadi Awang tersebar di laman sosial. Namun, malang sekali apabila kedua-dua insiden ini langsung tidak diambil tindakan malah pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan. Justeru pihak Angkatan Muda Keadilan ingin mengesa agar pihak Polis tidak berat sebelah dan mengambil tindakan tidak mengira parti atau mana-mana pihak. Nasihat pihak AMK juga kepada 11 individu yang terlibat pada malam ambang kemerdekaan, mereka mempunyai hak untuk tidak hadir, menyerah diri kepada pihak berkuasa. Pihak AMK juga boleh dihubungi untuk mendapat nasihat undang-undang dan tindakan selanjutnya. MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI Timbalan Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Malaysia Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan