Khamis, 6 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Perpecahan orang Melayu, kembalilah kepada Islam keseluruhannya

Posted: 05 Sep 2012 07:36 PM PDT


Abang tikam adik, adik ipar tikam abang, cucu ugut bunuh datuk, kekasih bakar teman wanita, dan pelbagai lagi kes perselisihan, pergaduhan, perpecahan orang Melayu ianya bertitik tolak kepada iman di dalam dada. Justeru itu semua pihak dari pemimpin hinggalah ke rakyat jelata hendaklah kembali kepada Islam sepenuhnya. Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul serta takut hanya kepada Allah.

Tukar Siaran TV, Pemuda Maut Ditikam Abang

6 Sep 2012, KUALA TERENGGANU: Gara-gara perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman di sini malam Selasa.

Tembak ipar enggan kerja

6 Sep 2012, KENINGAU: Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak 'ala koboi' apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.

Cucu ugut bunuh datuk tegur bawa pulang wanita

6 Sep 2012,  GEORGETOWN: Berang dengan teguran kerana membawa pulang teman wanita ke rumah, seorang cucu lelaki sanggup bertindak 'samseng' apabila mengugut mahu membunuh datuknya di sebuah rumah di Sungai Dua, Gelugor di sini, pagi Selasa lalu.

Sumber :

Apakah penjenayah yang aniaya ramai orang Melayu ini telah ditangkap?

Posted: 05 Sep 2012 07:52 AM PDT

Apakah Polis Malaysia telah berjaya menjejaki dan menangkap serta mendakwa Harun Mat Saat yang dikatakan telah melibatkan kerugian beratus-ratus juta ringgit dari beribu-ribu para pelanggannya terutamanya orang Melayu yang beragama Islam melalui skim pelaburan?

Guna alamat palsu
KUALA TERENGGANU: Individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM200 juta, Harun Mat Saat, 45, dipercayai menggunakan alamat palsu bagi mengelak diburu pihak berkuasa ketika menjalankan kegiatan.

DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI.

Wednesday June 8, 2011
Self-styled prophet talks about lewd acts
HARUN MAT Saat, who claims to be the prophesied messiah Imam Mahdi, talked about lewd acts during a series of "religious" ceramah aimed at promoting his get-rich-quick scheme, reported Harian Metro.

Jumaat April 10, 2009
Konsert Malam Seribu Karya diteruskan tanpa Siti
VISUAL laser bertulis kalimah Allah, Nabi Muhammad dan bismillah merupakan antara tarikan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 April ini. Jalan cerita tersebut berkisarkan tentang kehidupan, perniagaan dan visi yang ingin dicapai oleh penaung Karya Hadani, Ustaz Harun Mat Saad.
Selain Ustaz Harun, konsert ini akan dijayakan oleh artis yang bernaung di bawah Karya Hadani Yantzen, Razak Ahmad, Ezam Akar, Sham Barongan dan Rahmad Mega.

Harun bin Mat Saat
I/C No: 660908-03-5945
Last known address:
No. 5, Jalan Temenggung, Seksyen 12/6,
Istana Kayangan, 40100 Shah Alam,
Shah Alam, Selangor

Kad Pengenalan 660908035945 / A0497061
Nama HARUN BIN MAT SAAT
Tarikh Lahir 08 Sep 1966
Jantina LELAKI
Lokaliti 026 / 25 / 11 / 003 - KG SOKOR
Daerah Mengundi 026 / 25 / 11 - KAMPUNG SOKOR
DUN 026 / 25 - KOK LANAS
Parlimen 026 - KETEREH
Negeri KELANTAN

Ustaz Harun lucah
KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi 'panas' ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.
"Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan," katanya.


Trading Company Fined And Directors Jailed For Illegal Deposit Taking

KUALA LUMPUR, Dec 8 (Bernama) -- Two directors of a trading company were sentenced to 15 months imprisonment by the Sessions Court here today, for taking an unlicensed deposit amounting to RM200,000.
The trading company, Business Time Dina Sdn Bhd was also fined RM300,000 for the same offence.
"I only became a director of the company on the suggestion of Harun Mat Saat who helped with its management," he added.
"Both the accused did not think rationally and only point at Harun claiming he was the mastermind behind this case but Harun has disappeared," he said.

Cahaya Permai Bakery & Cake House
Perkhidmatan: Menyediakan perkhidmatan tempahan kek dan roti untuk pelbagai acara.
Organisasi syarikat:
Penasihat – Ustaz Harun Mat Saat

Ceramah Pakatan Rakyat

Posted: 05 Sep 2012 02:33 AM PDT


CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 18/9/2012, Selasa
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban
Penceramah : Dato Arif Sabri, Aspan Alias, YB Anthony Loke, YB Dato Kamarul Bahrain, YB Taufek dan YB Aminudin

Ceramah Umum

Posted: 05 Sep 2012 02:33 AM PDT


Sindiket Haji Ekspres, Kuota Haji dan Rasuah

Posted: 05 Sep 2012 02:20 AM PDT


KUALA LUMPUR - Hukum mendapatkan perkhidmatan sindiket 'haji ekspres' adalah haram di sisi agama kerana melibatkan pemberian rasuah serta merampas hak orang lain yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, peserta haji dan mereka yang bersubahat dalam perbuatan itu menanggung dosa kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Perbuatan ini haram kerana ada pihak memberi dan menerima secara rasuah. Ia juga merampas hak dan peluang orang lain.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sistem haji di negara ini mengikut giliran siapa dulu mendaftar dan memohon," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Seperti dilaporkan akhbar ini, sindiket 'haji ekspres' menawarkan orang ramai peluang menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut lebih awal daripada jadual dengan membayar 'suapan'.

Sindiket dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu itu juga dilapor melibatkan beberapa pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) dan beberapa bekas kakitangannya.

Abdul Shukor yang kesal dengan kewujudan sindiket itu menggesa TH supaya bertindak segera bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

"Bilangan peserta haji di negara kita bergantung kepada kuota yang ditentukan Arab Saudi, jadi kita perlu adil dalam soal ini.

"Jangan kerana seseorang itu mempunyai 'kelebihan' wang ringgit, dia dapat tunaikan haji tanpa perlu menunggu seperti orang lain,'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan untuk mengubah tarikh mengerjakan haji harus dibenar dalam keadaan tertentu seperti bagi mereka sudah lanjut usia dan pasangan haji tidak mendapat giliran serentak.

"Misalnya, kita boleh pertimbangkan pasangan berusia lebih 70 tahun untuk pergi dahulu atau kepada suami isteri yang tidak dapat giliran pergi bersama,'' katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang