Selasa, 5 Jun 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Polis berjawatan tinggi sudah masuk PAS ANDA bila lagi?

Posted: 05 Jun 2012 05:45 AM PDT

Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS

Harakahdaily, 21 Mei 2012


(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)

TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

UMNO takut kalah jika SELANGOR BERSIH?!!

Posted: 05 Jun 2012 05:31 AM PDT

Selangorku Bersih: Kenapa Noh takut sangat?

Harakahdaily, 05 Jun 2012
SHAH ALAM: Timbul persoalan kenapa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menolak mentah-mentah usaha kerajaan negeri Selangor membersihkan daftar pemilih di negeri itu melalui program Selangorku Bersih.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya menghalang.

Namun malang katanya apabila Noh seperti "anjing yang takutkan bayang-bayang" dan menuduh kerajaan Selangor menyalahgunakan kuasa.

"Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN,  SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih," kata Faekah dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Selepas PRU 2008, berlaku peningkatan pengundi luar biasa jumlah pengundi baharu di Selangor dan lebih mengejutkan apabila SPR semalam mengumumkan terdapat 600,000 orang pengundi baharu di negeri itu.

Program Selangorku Bersih pula dilancarkan untuk membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.

Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.

Noh dalam kenyataannya semalam bagaimanapun meminta rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu yang datang menjalankan pemeriksaan.

Menyifatkan Noh sebagai buta demokrasi, Faekah juga mendakwa kenyataan menteri kanan BN itu adalah berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.

Lebih malang katanya, Timbalan Pengerusi  SPR Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut.

Sedangkan kerajaan negeri telah pun memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.

"Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut.

"Sebaliknya pula hari ini....tiba-tiba SPR menjadi seperti cacing kepanasan," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang