Selasa, 5 Jun 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG LAWAT RUMAH HAMPIR ROBOH

Posted: 05 Jun 2012 03:20 AM PDT


TELUK INTAN, 4 Jun - Sebuah rumah yang didiami oleh seorang ibu tunggal tunggal di Kampung Batu 2 1/2 Jalan Maharajalela dekat sini hampir roboh yang menyebabkan keseluruhan rumah tersebut amat berbahaya didiami. Menurut pemilik rumah tersebut, Puan Fatimah binti Yop, beliau berada di rumah ketika rumahnya tiba-tiba sahaja bergerak dan jatuh ke bawah. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Puan Fatimah sedang menceritakan saat cemas ketika rumahnya roboh.


Beliau yang kini tinggal seorang diri setelah dua orang anaknya bekerja dan belajar di tempat lain berkata tidak pernah mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal. Beliau berasa kesal dan sedih kerana selama beliau tinggal di kampung ini, tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada kepada beliau atau bantuan pelajaran untuk anak-anaknya.
YB Anuar sedang menyatakan sesuatu kepada seorang pemberita.

Bersama Puan Fatimah dan seorang anaknya.

Begini keadaan rumah-rumah apabila air sungai pasang.

ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin segera melawat rumah tersebut sebaik sahaja mendapat berita tersebut. Semasa berada di kampung tersebut, ketika itu air sungai sedang pasang tinggi sehingga mencecah ke paras lutut di sesetengah tempat. Menurut penduduk di situ, suasana air pasang itu boleh dikatakan berlaku dua kali setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Dikhuatiri punca rumah roboh tersebut adalah akibat air sungai yang kerap pasang.

Menurut YB Anuar, pihak kerajaan BN sepatutnya mengambil tahu masalah penduduk seperti di kampung tersebut sejak dahulu lagi dengan cara menempatkan semula penduduk kampung di tepi sungai ke penempatan yang lebih selamat. 



"Malangnya, apabila dekat pilihan raya barulah pihak kerajaan terutamanya UMNO/BN menunjuk muka atau turun padang serta memberikan pelbagai bantuan seperti BR1M dan sebagainya. Saya amat berharap kerajaan perlu fokus kepada masalah asasi rakyat bukan dengan sibuk dengan perkara-perkara lain. Nampaknya, kerajaan lebih rasa selamat apabila rakyat dalam keadaan susah dan jahil kerana lebih mudah rakyat di perkotak-katikkan" ujar beliau.

"Jika benar kerajaan BN ingin menolong rakyat, mengapa BR1M baru nak bagi kepada rakyat ? Mengapa tidak sepuluh atau dua puluh tahun lalu ? Kesimpulan yang dapat saya buat ialah jika orang Melayu ingin selamat mereka perlu menukar kerajaan pada PRU13 akan datang."

YB Anuar sempat menyampaikan sumbangan kepada keluarga Puan Fatimah serta menyarankan beberapa langkah agar ibu tunggal itu segera mendapat bantuan. Buat masa ini, Puan Fatimah sedang menumpang di sebuah bilik di rumah jiran.
Bersama Wanita UMNO Teluk Intan.

Penduduk bersalaman dengan ADUN Changkat Jong.

YB Anuar juga telah bertembung dengan rombongan Wanita UMNO Bahagian Teluk Intan yang diketuai Ketuanya Puan Hjh. Zainon.

Akhirnya, telah dimaklumkan bahawa Puan Fatimah telah mendapat kebenaran untuk menduduki sebuah rumah oleh Pejabat Daerah tidak jauh dari kampung tersebut.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang