Selasa, 29 Mei 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Culik separuh jalan

Posted: 29 May 2012 02:08 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Tindakan bijak pihak polis memasang perangkap dalam usaha menjejaki seorang penculik yang melarikan diri selama dua hari akhirnya berbaloi apabila diberkas tengah hari kelmarin.

Operasi diketuai Ketua Polis Balai Butterworth, Inspektor Mohd Yusof Ibrahim bersama enam anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) balai itu.

Ia adalah hasil arahan Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Mohd Shukri Awang yang mahukan kes itu diselesaikan segera selepas satu laporan dibuat berkaitan kes itu oleh mangsa pada 25 Mei lalu.

Mohd Shukri berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa seorang wanita berusia 26 tahun sedang menunggu suaminya sebaik tiba dari Kuala Lumpur awal pagi Jumaat lalu.

"Wanita yang bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur itu menaiki bas dan diturunkan di hadapan sebuah bank di Jalan Bagan Luar di sini, pada jam 3 pagi hari berkenaan.

"Ketika menunggu dijemput suaminya untuk pulang ke rumah mereka di Kulim, mangsa didekati oleh seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga Aeroback sebelum bertindak menariknya memasuki kereta berkenaan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu dilihat oleh suami mangsa yang kebetulan tiba di kawasan berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis beruniform yang sedang melakukan rondaan.

"Menyedari dikejar, suspek memecut laju keretanya dan apabila tiba di Seberang Jaya, suspek menolak mangsanya keluar dari kereta dan menghilangkan diri.

"Hasil pemeriksaan melalui nombor pendaftaran kereta suspek, kita memasang perangkap untuk menahannya," katanya.

Mohd Shukri berkata, selepas dua hari dijejaki, suspek yang merupakan Pegawai Operasi Pengawal Keselamatan sebuah syarikat keselamatan yang turut menetap di Kulim dapat diberkas.

"Buat masa sekarang suspek direman selama seminggu untuk disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cuba menculik.

"Bagaimanapun pihak kita tidak dapat memaklumkan perkembangan kes ini, kerana ingin memberi tumpuan kepada penyiasatan selepas mendapati terdapat beberapa kenyataan bercanggah yang diberikan oleh mangsa semasa kejadian dan selepas suspek berjaya diberkas," katanya kepada Sinar Harian.

sinar harian/-

SAHAM FGVH : Kroni UMNO 11.5%, Sykt Yahudi 4.9%, Peneroka Hanya Dapat 2.5%

Posted: 29 May 2012 02:01 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

FGVH bakal jatuh ke tangan Yahudi?

Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).

Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai "pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti". Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.

Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.

Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.

Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.

Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.

"Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka," begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.

Kroni Umno untung besar

Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.

Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.

Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.

Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.

Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.

Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.

Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.

Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.

Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.

Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.

Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.

Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.

Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?

Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu. -FMT

[BONGKAR] RM12 Billion Untuk Kos Logi Langat 2: Hanya Untuk Buat Kroni UMNO Kenyang

Posted: 29 May 2012 01:58 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

Kenyataan seorang pemimpin Umno Selangor bahawa jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri itu maka masalah air akan diselesaikan adalah muslihatnya untuk memberi 'makan' kepada kroni dan dirinya sendiri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin berkata, kenyataan ini merupakan amaran awal BN akan meneruskan projek pembinaan loji Langat 2.

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung masalah bekalan air yang bakal dihadapi negeri itu menjelang tahun 2014.

"Rakyat akan tahu bahawa projek ini sebenarnya untuk kepentingan kroni dan Umno malah Noh sendiri, bukannya untuk kesenangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau menegaskan, "jika Noh gagal memahami isu ini, kita tidak hairan bagaimana kementerian beliau gagal menangani isu penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation) yang memalukan seluruh menteri kabinet.

"Kita telah tegaskan masalah air di Selangor berpunca dari pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek. Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.

'Sedia payung sebelum hujan'

Jika ini berlaku katanya, tiada guna rakyat menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur. Adalah lebih baik rakyat 'menyediakan payung sebelum hujan' dengan menolak Umno-BN yang jelas hanya berjuang untuk menambah kekayaan keluarga dan kroni.

"Kos RM12 bilion untuk membina Langat 2 mungkin ditanggung rakyat Selangor hingga ke cucu cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membebankan," tegas beliau.

Faekah menempelak cabaran Noh menyarankan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya minum air empangan sebagai benar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal beliau.

"Air empangan hanya selamat diminum selepas dirawat di loji pembersihan. Di negara-negara maju, air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor sebaliknya berlaku.

"Pengguna terpaksa mengeluarkan lagi perbelanjaan untuk membeli penapis air kerana air berkeladak dan berbau klorin.

Ujar beliau, "inilah hasilnya apabila pengurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mengutamakan kualiti tetapi mengejar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kroni dan keluarga.

"Oleh sebab itu, kerajaan negeri akan membina loji pembersihan sendiri tanpa perlu menebuk Banjaran Tiiwangsa yang kosnya dianggarkan RM12 billion. -FMT

Muzium ketam di bandar Rusia

Posted: 29 May 2012 01:53 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KRASNOYARSK, Rusia - Seorang pesara, Vitaly Islentyev menyimpan pelbagai jenis peralatan ketam di sebuah muzium miliknya di bandar Yeniseisk.

Menurut maklumat yang terdapat dalam Book of Records of Russia, dia mempunyai koleksi peralatan itu yang terbanyak di negara ini.

Kira-kira 760 ketam yang diperbuat di Jerman, United Kingdom, Perancis, Rusia dan negara-negara lain dipamerkan di muzium itu.

Muzium tersebut turut mempamerkan ketam yang dihasilkan pada abad ke-18 dan ke-20.

Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.

Islentyev, 65, yang pernah bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan turut mempunyai sejumlah koleksi akordion dan alat pemain piring hitam. - Agensi

Siapa menganut ajaran sesat - Presiden PAS

Posted: 29 May 2012 01:22 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku bagi menjawab tuduhan Umno bahawa PAS parti ajaran sesat.

Buku bertajuk 'Siapa Menganut Ajaran Sesat?' itu memuatkan ucapan penuh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 27 November 1984.

Beliau ketika itu ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marang merangkap Ketua Pembangkang di Dun Terengganu.

Dalam ucapan itu beliau antara lain menyentuh perbezaan ketara PAS dan Umno seperti dinyatakan dalam perlembagaan parti masing-masing.

"Fasal 7, Perlembagaan PAS menyatakan bahawa kuasa tertinggi di dalam PAS ialah al Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulama dan Qias.

"Fasal 3 Perlembagaan Umno menyatakan bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang progresif, berjuang menurut lunas-lunas demokrasi dengan tujuan menghasilkan cita-cita kebangsaan," katanya.

Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengemukakan bukti satu kenyataan yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dalam seminar di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27 Julai 1984.

Kenyataan itu antara lain berbunyi; "Bahawa negara Malaysia memakai-undang-undang sekular iaitu sistem undang-undang Barat yang tidak berasaskan agama bahkan berasaskan kepada kepintaran akal manusia sahaja".

Buku setebal 42 muka surat itu turut merekodkan kenyataan-kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Islam.

Ianya termasuk kenyataan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perlaksanaan hudud.

"Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama menyatakan dalam ucapan menyambut salah satu hari jadinya, Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan ini hendaklah mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular," katanya.

Buku ini antara lain bagi menjawab dakwaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dalam siri ceramanya di negeri itu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Ianya akan dilancarkan pada 1 Jun ini sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah.

Harakah Daily

Sepanduk lucah, PKR kecewa tindakan biadab pihak tertentu

Posted: 29 May 2012 01:20 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

MARAN - Ceramah Perdana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Maran semalam diperlekehkan pihak tertentu yang memasang kain rentang bertulisan lucah dan tidak bermoral.

Dua kain rentang bertulisan ayat lucah dan menghina itu dipasang berdekatan lampu isyarat berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran sempena kehadiran pemimpin pembangkang bagi menyampaikan ceramah di Markas Pas Bandar Maran.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Maran, Bustamin Bakar berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menunjukkan tahap mentaliti pihak berkenaan sehingga sanggup menyediakan kain rentang sedemikian.

Menurutnya, ia membuktikan keresahan kalangan mereka yang gusar dengan kehadiran Anwar sekali gus membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat yang kini mendapat sokongan penduduk luar bandar.

"Tidak perlu melakukan tindakan tidak berakhlak ini kerana pembangkang tidak mengacau bila Umno buat program politik.

"Pihak kami menganggap ia hanya tindakan kebudak-budakan kerana mereka seharusnya lebih rasional dan menghormati orang lain," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Maran, Khairul Amin Osman menafikan dakwaan tindakan memasang kain rentang itu mempunyai kaitan dengan Pemuda Umno Bahagian Maran.

Dalam pada itu, Anwar dalam ceramahnya menyentuh tindakan penganjur pertandingan nyanyian lagu Mandarin yang berlangsung pada masa sama dengan jarak hanya 200 meter dari pentas ceramah perdana itu.

"Ini tindakan biadab dan tolong sampaikan salam saya kepada pihak penganjur," katanya.

Namun, pihak penganjur pertandingan itu, MCA Bahagian Maran memaklumkan bahawa pihak mereka sudah lama merancang program tersebut sebelum mengetahui akan kehadiran Anwar pada masa dan tarikh sama.

Katanya, penganjur tidak dapat membatalkan pertandingan itu memandangkan ia membabitkan penyertaan peserta berdaftar.

sinar harian/

Enam jeneral bersara Turki ditahan

Posted: 29 May 2012 01:16 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

ANKARA: Polis Turki menahan enam jeneral bersara negara itu termasuk bekas ketua tentera udara dan tentera darat berikutan pembabitan mereka pada 1990-an menggulingkan bekas perdana menteri, Necmettin Erbakan.

Agensi berita Turki, Anadolu berkata, mahkamah mendakwa enam tertuduh hari ini susulan pembabitan mereka mendesak peletakan jawatan Erbakan. - AP

Tentera NATO terkorban helikopter terhempas

Posted: 29 May 2012 01:08 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KABUL 29 Mei - Dua tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terkorban semalam apabila helikopter yang dinaiki terhempas di timur Afghanistan, lapor pihak berkuasa.

Menurut jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF), punca kejadian masih dalam siasatan tetapi laporan awal menunjukkan tiada aktiviti musuh ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam kejadian berasingan, sebuah lagi pesawat NATO terhempas awal pagi semalam ketika aktiviti rutin harian dilakukan di timur Afghanistan, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - AFP

Pasukan SAR mula operasi cari sisa serpihan mayat mangsa nahas Sukhoi

Posted: 29 May 2012 12:51 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

JAKARTA - Berikutan laporan penemuan beberapa bahagian tubuh manusia yang dipercayai serpihan mayat penumpang pesawat awam Sukhoi Superjet 100 bersama barang-barang milik mereka di lereng Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, satu pasukan mencari dan menyelamat memulakan operasi ke tempat berkenaan pagi Selasa.

Pasukan yang dianggotai tentera, polis, sukarelawan dan penduduk tempatan itu akan terus ke tempat berkenaan sebagaimana yang dilapor sekumpulan pencari hasil hutan dari Cicurug, Sukabumi pada Isnin.

Komander Tentera Wilayah Suryakencana, Bogor, Kolonel Putranto berkata di Sukabumi, pasukan SAR itu diharap dapat mengeluarkan semua sepihan mayat bersama barang-barang milik penumpang itu dalam masa sehari.

"Kami sudah berkoordinasi dengan Hospital Polis Indonesia Keramat Jati di Jakarta untuk mengenalpasti milik siapa serpihan mayat itu," kata Putranto.

Beliau tidak menolak kemungkinan serpihan mayat dan barang-barang milik mereka itu beralih ke tempat lain kerana pada hari terakhir operasi SAR oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) baru-baru ini, hujan lebat turun di kawasan itu dan ada kemungkinan berlaku kejadian tanah runtuh.

Pada Isnin, Ketua Persatuan Masyarakat Pengelola Hasil Hutan Bukan Kayu Indonesia (AMPHHBKI) cawangan Sukabumi, Junaidi Abdullah berkata sekumpulan anggota mereka menemui serpihan mayat dan barang-barang milik penumpang pesawat itu ketika mencari hasil hutan berhampiran tempat kejadian sepanjang seminggu lepas.

Mereka yang baru keluar dari hutan pada Sabtu lepas membawa beberapa dokumen pengenalan penumpang pesawat itu untuk dijadikan bukti penemuan dan nama-nama di dokumen itu ternyata merupakan mereka yang tersenarai di antara 45 penumpang pesawat berkenaan.

Mereka mendakwa menemui serpihan mayat dan barang-barang milik penumpang itu di kawasan kira-kira 500 hingga 700 meter dari tempat kejadian.

Pesawat awam Sukhoi Superjet 100 terhempas di Gunung Salak pada 9 Mei ketika dalam penerbangan demonstrasi, mengorbankan kesemua 45 penumpang dan anak kapalnya.- Bernama

Ribut Tropika Beryl landa tenggara Amerika Syarikat

Posted: 29 May 2012 12:46 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

Ribut Tropika Beryl melanda pantai tenggara Amerika Syarikat (AS) dengan kekuatan hampir menyamai taufan hari ini, sekali gus menumbangkan pokok-pokok dan merosakkan kabel elektrik.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) melaporkan, pusat ribut tersebut dikesan 60 kilometer ke timur Jacksonville, Florida awal pagi ini.

Beryl membawa angin dengan kelajuan 110 kilometer sejam dan bergerak ke bahagian barat dengan kelajuan 11 kilometer sejam.

Walaupun ribut tersebut dijangka tidak berubah menjadi taufan, kemungkinan itu tetap ada apabila ia melanda timur laut Florida dan tenggara Georgia malam ini.

Peramal kaji cuaca berkata, Beryl akan bergerak ke Florida dan Georgia hari ini dan esok sebelum berpatah balik ke kawasan pantai dan menuju ke Atlantik.

Dalam pada itu, amaran ribut tropika ditingkatkan dari utara Florida ke Selatan Carolina, manakala NHC mengeluarkan amaran bahawa kawasan berhampiran pantai akan dinaiki air.

Selain itu, Beryl juga dijangka menyebabkan hujan lebat sepanjang pantai dari utara Florida ke tenggara Utara Carolina.

Akhbar The Florida Times-Union melaporkan, Beryl telah merosakkan tingkap di Muzium Seni Kontemporari Jacksonville, manakala kira-kira 12,000 penduduk kawasan berhampiran terputus bekalan elektrik.

Satu daripada jambatan terbesar di bandar ini iaitu Jambatan Mathews juga terpaksa ditutup atas faktor keselamatan sehingga notis dikeluarkan. - AFP

3 maut penyokong bola sepak lembar batu, kayu

Posted: 29 May 2012 12:35 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

JAKARTA 29 Mei - Seramai tiga terkorban manakala lima cedera parah apabila peminat dan penyokong bola sepak melemparkan batu dan kayu ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak di negara ini semalam, lapor polis.

Kejadian tersebut yang berlaku di Stadium Bung Karno dimana pasukan tuan rumah, Persija menentang pasukan Bandung di hadapan 80,000 penonton.

Ia adalah tempat sama tahun lalu, di mana dua terkorban dalam satu rempuhan semasa berlangsung Kejohanan Sukan Asia Tenggara yang melibatkan Indonesia dan Malaysia. - AFP

Calon Muslim Brotherhood berdepan bekas PM

Posted: 29 May 2012 12:33 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH 29 Mei - Suruhanjaya Pilihan raya Mesir semalam mengesahkan calon Muslim Brotherhood, Mohammed Mursi akan berdepan dengan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq untuk merebut jawatan Presiden pada Jun depan.

Ketua Suruhanjaya Pilihan raya, Faruq Sultan memberitahu, pilihan raya itu dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 Jun depan selepas kedua-dua calon tidak mendapat undian majoriti pada pilihan raya minggu lepas bagi pusingan pertama.

Dalam undian tersebut, Morsi mendapat 24.8 peratus manakala Shafiq pula mendapat 23.7 peratus. - dpa

Kereta rempuh tiang lampu, dua lelaki nyaris maut

Posted: 29 May 2012 12:01 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Dua lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandu mereka merempuh tiang lampu dan pembahagi jalan di pekan Kulim kira-kira jam 4 pagi semalam.

Mangsa ketika ditemui berkata, dia sedang memandu menghala ke pekan Kulim dan mendakwa secara tiba-tiba ternampak sesuatu melintas di hadapan keretanya.

Mangsa cuba mengelak ke bahagian kanan jalan lalu merempuh pembahagi jalan dan tiang lampu.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Pekerja kenderaan tunda yang berada di tempat kejadian dan tidak mahu namanya disiarkan berkata, mangsa mungkin di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan.

Menurutnya, jalan di mana berlaku kemalangan merupakan jalan lurus dan ketika kemalangan berlaku tidak ada sebarang kenderaan di situ.

"Dari keadaan kerosakan di alami mangsa, saya percaya kenderaannya dipandu dalam keadaan laju. Dia mungkin mabuk. Mana ada benda melintas melainkan khayalan.

"Bagaimanapun seorang daripada penumpang yang berada dalam kereta mangsa dikejarkan hospital kerana mengalami kecederaan dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Kulim ASP Ismail Ayop berkata, sehingga kini kebanyakan kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.

Sinar Harian

Bertukang sebelum ditemui mati tergantung

Posted: 29 May 2012 12:00 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun ditemui mati tergantung di bilik tengah di sebuah asrama di Taman Perak Indah, semalam.

Rakan serumah mangsa berkata, sejak kebelakangan ini mangsa sering kelihatan bersedih tetapi tidak menceritakan masalah dihadapi kepada sesiapa sebaliknya berdiam diri.

"Hari Ahad lalu kira-kira jam 3 pagi, saya terdengar dia bertukang di dalam biliknya.

"Saya pelik, pagi-pagi waktu orang semua tidur dia sibuk bertukang.

Jadi, saya suruh dia berhenti sebab apa yang dibuat itu mungkin akan menggangu jiran," katanya.

Dia berkata, ketika dia hendak keluar ke pekan Kulim pada jam 3 petang, dia terdengar mangsa bertukang sekali lagi di biliknya.

"Oleh kerana saya ada hal yang perlu dibereskan, jadi saya terus keluar dan balik semula ke asrama pada jam 4 petang.

"Apabila sampai di rumah saya terdengar mangsa memasang lagu dengan kuat.

Saya kemudiannya masuk ke dalam bilik mangsa dan menemuinya tergantung di dinding berdekatan pintu biliknya," katanya.

Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada jiran sebelum menghubungi polis.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati mangsa telah memaku kabel besi di dinding biliknya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik Forensik Hospital Kulim. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sinar Harian

Suami isteri ditahan edar dadah

Posted: 28 May 2012 11:59 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Sepasang suami isteri ditahan bersama seorang lelaki dan seorang pelajar tingkatan satu dalam satu serbuan berkaitan pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Rambai kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya telah membuat pemantauan dan mengekori pasangan itu sejak seminggu lalu.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, dengan bantuan Balai Polis Sungai Kob diketuai Pegawai Operasi dan Tahanan, Inspektor Mohd Amin Mat Yasin mengepung rumah suspek dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu gerigi besi dibuka.

Ghuzlan berkata, seorang daripada suspek cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah tetapi menyerah diri sebaik saja mendapati beberapa polis berada di situ.

"Kami mendapati rumah pasangan berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah memudahkan mereka melihat pergerakan polis sekiranya diserbu.

"Dengan serbuan ini, kami berjaya menemui dua jenis pil khayal serta beberapa bungkusan lut sinar dipercayai mengandungi dadah seberat 75 gram.

"Plastik lut sinar berkenaan ditemui di dalam peti ais rumah itu.

Kelima-lima suspek dibawa ke IPD Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan keempat-empat mereka didapati positif dadah," katanya.

Kesemua ditahan akan disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum gantung mandatori.

Sinar Harian

Ditemui maut tergantung

Posted: 28 May 2012 11:58 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang warga emas ditemui tidak bernyawa tergantung dipercayai akibat membunuh diri di ruang tamu rumahnya di Kampung Tawas di sini, semalam.

Warga emas itu mati serta merta di tempat kejadian akibat jerutan kuat wayar dihelernya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam sebelum unit Forensik bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan tiada unsur-unsur jenayah ditemui pada Lee Yong Siem, 59, mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa maut akibat jerutan kuat daripada wayar yang digunakan untuk menggantung diri di siling ruang tamu.

"Mayat di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya

Sinar Harian

Datang ke Kluang edar dadah

Posted: 28 May 2012 11:57 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KLUANG - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dengan pengedaran dadah sekitar daerah ini dalam serbuan dibuat di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasar Sri Lalang, dekat sini, pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Abdul Majid Mohd Ali berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang kira-kira jam 10.10 pagi.

Menurutnya, suspek ditahan berumur 44 tahun dan berasal dari Muar.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis berjaya merampas 1,000 biji pil erimin 5 yang mempunyai berat kasar 265.16 gram dan 110 biji pil Estacy dengan berat kasar 31.83 gram.

"Suspek datang ke daerah ini hanya untuk mengedar dadah tersebut dan dipercayai dia sudah lama melakukan kegiatan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam

Abdul Majid berkata, suspek disiasat di bawah dua seksyen iaitu Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar pil eramin yang memperuntukkan hukuman gantung ampai mati, jika sabit kesalahan.

"Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki pil estacy, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara

Sinar Harian

Mayat penuntut kolej ditemui terapung

Posted: 28 May 2012 11:56 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

LEDANG - Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Muar, ditemui di Teluk Kesang berhampiran Tanjung Emas di sini, petang semalam.

Mangsa, Lim Yew Yea yang berusia 24 tahun dan dipercayai penuntut sebuah kolej swasta di Melaka ditemui orang awam pada jam 2.30 petang.

Ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan mayat berkenaan.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, dua anggota Pasukan Polis Marin Muar bergegas ke tempat kejadian menaiki bot dan mayat ditemui dalam keadaan terapung.

"Ketika ditemui, dipercayai mayat berkenaan telah hanyut lebih daripada 24 jam.

"Setakat ini, kami masih belum menerima laporan berkaitan kehilangan ahli keluarga atau kenalan," katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, mayat tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, untuk tujuan bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Sinar Harian

Culik separuh jalan

Posted: 28 May 2012 11:54 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Tindakan bijak pihak polis memasang perangkap dalam usaha menjejaki seorang penculik yang melarikan diri selama dua hari akhirnya berbaloi apabila diberkas tengah hari kelmarin.

Operasi diketuai Ketua Polis Balai Butterworth, Inspektor Mohd Yusof Ibrahim bersama enam anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) balai itu.

Ia adalah hasil arahan Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Mohd Shukri Awang yang mahukan kes itu diselesaikan segera selepas satu laporan dibuat berkaitan kes itu oleh mangsa pada 25 Mei lalu.

Mohd Shukri berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa seorang wanita berusia 26 tahun sedang menunggu suaminya sebaik tiba dari Kuala Lumpur awal pagi Jumaat lalu.

"Wanita yang bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur itu menaiki bas dan diturunkan di hadapan sebuah bank di Jalan Bagan Luar di sini, pada jam 3 pagi hari berkenaan.

"Ketika menunggu dijemput suaminya untuk pulang ke rumah mereka di Kulim, mangsa didekati oleh seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga Aeroback sebelum bertindak menariknya memasuki kereta berkenaan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu dilihat oleh suami mangsa yang kebetulan tiba di kawasan berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis beruniform yang sedang melakukan rondaan.

"Menyedari dikejar, suspek memecut laju keretanya dan apabila tiba di Seberang Jaya, suspek menolak mangsanya keluar dari kereta dan menghilangkan diri.

"Hasil pemeriksaan melalui nombor pendaftaran kereta suspek, kita memasang perangkap untuk menahannya," katanya.

Mohd Shukri berkata, selepas dua hari dijejaki, suspek yang merupakan Pegawai Operasi Pengawal Keselamatan sebuah syarikat keselamatan yang turut menetap di Kulim dapat diberkas.

"Buat masa sekarang suspek direman selama seminggu untuk disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cuba menculik.

"Bagaimanapun pihak kita tidak dapat memaklumkan perkembangan kes ini, kerana ingin memberi tumpuan kepada penyiasatan selepas mendapati terdapat beberapa kenyataan bercanggah yang diberikan oleh mangsa semasa kejadian dan selepas suspek berjaya diberkas," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian

6 didenda RM2,300 seorang kerana main judi

Posted: 28 May 2012 11:52 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Padah bermain judi, enam lelaki didenda RM2,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di sini, semalam.

Kesemua mereka turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh, Deraman Mohamad, 52, Muhammad Nazar Mokhtar, 43, Samsul Akmar Abu Hassan, 34, Ahmad Khairi Raduan, 24, dan Mohd Nazrin Zainal Abidin, 22, mengaku bersalah di hadapan Hakim Hamizan Mohd Nor.

Kesemua mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis perjudian di Kawasan Perindustrian Oakland, di sini, pada jam 1 pagi, 27 April lalu.

Dalam penghakiman, Hamizan berkata, beliau kesal kerana masalah judi terutama judi siber semakin berleluasa ibarat penyakit berjangkit yang sedang merebak.

Menurutnya, sebagai orang Islam, tertuduh perlu tahu judi itu haram dan tidak perlu diterangkan lagi, manakala denda yang dikenakan adalah sebagai peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian

Rumah dirempuh kereta jiran

Posted: 28 May 2012 11:50 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

PORT DICKSON – Perasaan resah yang dialami seorang penduduk dari Taman Intan Perdana, di sini, akhirnya terjawab apabila rumahnya dirempuh sebuah kereta jenis Proton Persona dalam satu kejadian, pada jam 7.30 pagi, semalam.

Menurut Ziadi Jamaluddin, 49, ketika kejadian, dia berada di parkir kereta berdekatan rumah kerana mahu keluar bekerja sementara tiga anaknya berusia antara 14 hingga 21 tahun masih tidur.

Katanya, menurut siasatan yang dijalankan polis, kenderaan yang dipandu seorang wanita yang juga merupakan penghuni taman berkenaan berkelajuan lebih 100 kilometer/ jam (kmj) berdasarkan kesan rempuhan tersebut.

"Apa yang lebih memeranjatkan, pemandu berkenaan merupakan pen-duduk taman ini juga. Ketika itu, saya lihat keadaan mangsa agak serius dengan kepalanya berlumuran darah selain kelihatan sesak nafas.

"Kemudian, saya memaklumkan insiden berkenaan kepada anak mangsa di rumahnya dan anaknya sendiri tidak mengetahui ibunya mahu ke mana," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Ziadi, laluan di hadapan rumahnya bukan laluan utama tetapi sekadar laluan alternatif. Oleh sebab itu, tidak banyak kenderaan melalui hadapan rumahnya lebih-lebih lagi ia terletak di hujung taman.

Sementara itu, isterinya, Rosie Mohd Jamil,45, berkata, ketika kejadian dia berada di bilik air dan turut terdengar bunyi dentuman kuat dari depan rumahnya.

"Dua, tiga hari kebelakangan ini memang saya berasa resah seperti ada yang tidak kena lebih-lebih lagi kami akan mengadakan majlis pernikahan anak perempuan pada hujung minggu ini, di sini.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua anak-anak selamat. Saya anggap ada hikmah di sebalik kejadian ini dan reda dengan ketentuan- Nya," katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi mendapat rawatan lanjut.

Sinar Harian

Kumpulan terakhir misi Timor Leste

Posted: 28 May 2012 11:48 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Kumpulan terakhir iaitu 21 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kem Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini telah berangkat ke Timor Leste dalam misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama enam bulan .

Jumlah keseluruhan 140 itu pegawai dan anggota termasuk seorang doktor serta tiga pembantu perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bertolak secara berperingkat dalam misi Mal-Formed Police Unit (FPU) ke Timor Leste.

Timbalan Komander Kem Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Mohd Kashim Mohd. Ram berkata, misi tersebut bagi menggantikan pasukan Briged Tengah yang akan kembali ke tanah air setelah menamatkan misi selama enam bulan di Timor Leste.

Menurutnya, kumpulan itu telah bertolak secara berperingkat-peringkat sejak awal bulan Mei.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis penghantaran kumpulan itu di Kem Briged Tenggara di sini semalam yang turut disertai ahli keluarga anggota masing-masing.Katanya, semua anggota PGA yang terlibat dalam misi tersebut dipilih melalui ujian pemilihan yang ketat selain perlu menjalani latihan selama dua bulan.

"Pasukan ini akan terlibat dalam menjaga keselamatan penduduk dan ketenteraman awam. selain itu mereka membantu polis tempatan menguatkuasakan undang-undang.

"Kita berharap anggota polis yang terlibat dengan misi pengaman ini dapat menjaga nama baik negara di negara orang dan tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang," katanya.

Kumpulan terakhir ini akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 4 pagi hari ini.

Sinar Harian

Die Mannschaft tak gentar

Posted: 28 May 2012 11:46 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

JERMAN muncul pasukan paling berjaya di benua Eropah selepas memenangi tiga trofi kejohanan berkenaan sejak diperkenalkan pada 1960.

Bermula dengan menjulangnya buat pertama kali pada 1972, 1980 dan 1996 meletakkan Die Mannschaft satu pasukan yang cukup digeruni hingga kini.

Pada saingan kelayakan Kumpulan A, Jerman merakamkan rekod kemenangan 100 peratus untuk bergelara juara.

Kini, walaupun diundi dalam kumpulan maut bersama Denmark, Belanda dan Portugal, anak didik Joachim Low dijangka tidak bermasalah memburu salah satu slot ke pusingan suku akhir.

Antara nama besar mewarnai skuad Jerman kali ini adalah Manuel Neuer (penjaga gol), Philipp Lahm, Sami Khedira, Bastian Schweinsteiger, Mesut Ozil dan Lukas Podolski serta Thomas Muller.

Portugal menjadi lawan sulung mereka pada aksi yang bakal berlangsung di Arena Lviv, 10 Jun ini.

Sinar Harian

Poland tetap di hati: Klose

Posted: 28 May 2012 11:45 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

PENYERANG Lazio kelahiran Opole, Miroslav Klose mengakui Poland tetap berada dalam hatinya walaupun dia kini memegang kewarganegaraan Jerman. Bapa Klose merupakan etnik Jerman, manakala ibunya berdarah Polish tetapi dia dibesarkan di Kusel sejak zaman kanak-kanak.

Pemain antarabangsa Jerman itu juga menyifatkan Kejohanan Euro 2012 amat bermakna kerana dia 'kembali' ke Poland yang menjadi hos bersama Ukraine.

"Poland tetap dalam ingatan sampai bila-bila dan sukar buat saya melupakan memori indah ketika terpaksa berhijrah ke Jerman pada 1985," katanya.

"Saya tidak pernah menyesal memutuskan beraksi menyarung jersi pasukan Die Mannschaft," katanya yang tidak sesekali melupakan sejarah keturunannya.

Klose, 33, kini bermain dalam kancah Serie A yang sebelum itu pernah menabur bakti bersama Bayern Munich selepas kontraknya dengan gergasi Bundesliga itu tamat tempoh.

Menyifatkan satu keputusan berat meninggalkan Allianz Arena selepas hampir empat tahun berkelanana di sana, Klose akui gemarkan persekitaran dan suasana di Rome.

"Rome satu kota yang aman dan bebas daripada kebisingan. Sebagai pemain profesional, saya harus cepat menyesuaikan diri.

"Pernah saya menyamar menjadi orang biasa apabila keluar bersiar-siar kerana peminat di Itali begitu fanatik," katanya.

Klose berjaya menjaringkan 13 gol buat kelab Lazio pada penampilan sulungnya sejak mula bergabung dengan kelab itu pada musim panas tahun lepas.

Sinar Harian

Mahathir ramal Umno ganas jika kalah?

Posted: 28 May 2012 11:43 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

Sewaktu debat mempertemukan Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai permulaan budaya politik baru yang sihat dan matang, kita dikejutkan dengan siri aksi brutal terhadap program Pakatan Rakyat.

Ketika rakyat masih mengingati dengan jelas perlakuan ganas polis semasa menyuraikan himpunan aman Bersih 3.0, riak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal menjadi gelanggang terburuk dalam sejarah, seperti hampir tidak dapat dielakkan lagi.

Terbaru, 24 Mei, di Pantai Dalam, media melaporkan batu dan telur berterbangan semasa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berceramah, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.


Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Personaliti yang ghairah menabur fitnah, Ummi Hafilda Ali berceramah dengan pembesar suara dihalakan kepada audien program Pakatan Rakyat, dengan menjawab secara langsung isu-isu yang dibangkitkan penceramah Pakatan berhampiran.

Hari yang sama, di Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pada majlis ceramah membabitkan bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan, Nizar Jamaluddin, 11 kereta disimbah cat biru. "Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata Nizar.

Minggu ini juga, kumpulan anti-Bersih, yang diketuai pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Yunus, secara berterusan melakukan provokasi dan gangguan melampau di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga selepas aksi "senaman punggung" dipamerkan pada 15 Mei.

Minggu lalu, di Melaka, batu dan telur juga berterbangan di majlis minum petang anjuran PAS, di mana Ambiga dijadual hadir. Dua Adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (BAndar Hilir) berkata, tayar kenderaan mereka dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihantam kumpulan pengacau yang didalangi Umno, termasuk beberapa wakil rakyatnya.

Siri gangguan ke atas program dan personaliti pembangkang dijangka berterusan, malah mungkin ditingkatkan, kerana ia sudah menjadi budaya Umno sejak zaman berzaman (ingat zaman Pemuda Tahan Lasak Umno), yang kini pimpinan parti berkenaan gelabah dan kelihatan gabra menghadapi "hukuman rakyat" dalam PRU13.

Secara peribadi, saya pelik memikirkan bagaimana Umno-BN yang meniti saat-saat sukar ini, memilih pendekatan konfrontasi, yang sebenarnya semakin menjauhkan lagi parti itu daripada sokongan pengundi.

Meskipun ia ibarat "baling batu sembunyi tangan, namun banyak bukti boleh ditunjukkan bahawa segala serangan dan provokasi jahat selama ini (ingat siri gangguan sejak keputusan PRU12, Mac 2008, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, dengan kemuncaknya rampasan kuasa kerajaan Perak), ditaja oleh Umno.

Sepatutnya, menjelang PRU13 yang cukup kritikal itu, semua parti-parti yang bertanding mempersembahkan pendekatan terbaik bagi memikat hati dan pemikiran pengundi, bukannya melakukan tindakan agresif -- apatah lagi berunsur samseng dan ganas -- yang hanya menyebabkan masyarakat menjadi lebih marah dan jelik.

Aneh sekali strategi Umno ini, 'kan? Ketika perayu kempen berusaha dengan segala tenaga untuk melunakkan hati pengundi, mereka memilih taktik yang boleh menikam belakang sendiri!

Tentu ramai mengingati bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi asakan di luar adab kemanusiaan, termasuk dihadiahkan "kek tahi" yang menjijikkan sempena hari jadinya tidak lama dahulu.

"Apa nak dihairankan, tengok saja akhbar-akhbar yang dimiliki Umno, yang tidak malu-malu menyiarkan gambar lucah dan porno, hanya untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. Blogger yang ditaja dan diupah Umno, serta mendapat layanan istimewa pemerintah, bersikap biadab dan kurang ajar ketika memaparkan posting mereka," kata seorang teman, seorang pensyarah sains politik.

Ternyata Umno tidak sabar dan tahan uji menghadapi kekalahan, apatah lagi menunggu "saat kematian". Sedangkan selama ini, sejak pilihan raya umum pertama, pembangkang khususnya PAS, tetap menolak pendekatan kekerasan atau militan meskipun sering diganasi secara fizikal dan istiqamah dengan "muwajahah silmiyyah".

Pemimpin dan aktivis PAS menghadapi ujian perit, termasuk dibunuh, dipenjarakan, dibuang daerah, dinafikan hak sebagai warga dan pelbagai bentuk pengkhianatan lain. Biarpun kalah teruk -- termasuk melalui penipuan -- dalam pilihan raya, PAS tetap menghormati proses demokrasi dan pemimpinnya berjaya meyakinkan ahli-ahlinya agar tidak memilih jalan di luar batas undang-undang.

Justeru, apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba melakukan satu lagi provokasi jahat, bagi saya ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan patut dikecam.

Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, mereka akan menganjurkan "demonstrasi ganas" tanpa henti untuk menolak keputusan itu. Selepas itu, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Kalah dalam pilih raya bukan satu isu besar bagi pembangkang. Mereka sudah melaluinya sejak sekian lama. Sejarah menjadi saksi pembangkang dapat menerima kekalahan itu tanpa menimbulkan huru-hara. Yang panik dan gelabah apabila ditewaskan adalah Umno. Tidak dapat dengan jalan kasar, mereka memilih pendekatan membeli wakil rakyat dengan sogokan rasuah.

Namun, jika PRU13 berjalan secara tempang, penuh penipuan dan sarat dengan manipulasi, seperti tergambar melalui pelbagai komplot hari ini, saya sendiri tidak dapat menolak kemungkinan rakyat akan bangkit membantah melalui perhimpunan yang lebih ramai daripada Bersih 3.0 lagi.

Apakah Dr Mahathir sudah menduga bahawa Umno-BN sudah bersiap untuk melakukan "kejahatan dahsyat" itu dalam PRU13 nanti? Atau beliau sekadar membayangkan Umno sendiri mungkin mencetuskan huru-hara dan keganasan sekiranya kalah dan hilang kuasa di peringkat persekutuan nanti, seperti terjelma secara kecil-kecilan sehari dua ini?

Harakah Daily

Tiada ulasan:

Nuffnang