Selasa, 29 Mei 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Prove You’re Not Afraid to Debate, Najib Told

Posted: 29 May 2012 02:52 AM PDT

Malaysiakini

Prime Minister Najib Abdul Razak should debate with PKR de facto leader Anwar Ibrahim to prove that he is not “psychologically weak”, PKR Youth said today.

The statement came in the wake of Umno Youth’s criticism of one the pro-Bersih hecklers at Najib’s May 14 speech in London, Hiu Woong Sin, who had turned down the wing’s challenge to a debate.

For that, Umno Youth exco member Muhd Khairun Che Aseh slammed Hiu as “psychologically weak” and “lacking in courage” at a press conference today.

“PKR Youth views Muhd Khairun’s statement as an Umno Youth exco member as a veiled message to Umno president Najib to accept the challenge to debate thrown to him by Anwar recently,” its deputy information chief Najwan Halimi said.

Najwan said Najib should display the maturity and authority of a leader, as did PKR strategy director Rafizi Ramli and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar in a debate last Tuesday.

The debate on the nation’s higher education policy sparked fresh calls for a debate between Najib and Anwar.

“Therefore, Najib should prove to the people that he is not 'psychologically weak’ as characterised by Umno Youth towards Hiu for rejecting the challenge to debate,” said Najwan.

Barisan Nasional Memajakkan Tanah Rezab Melayu Ke Pasaran Saham

Posted: 29 May 2012 12:50 AM PDT

Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal.

KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu.  Kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

Oleh yang demikian, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?

KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

Kami menunggu maklumbalas Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini.
 
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Mengapa Takut Debat?

Posted: 28 May 2012 09:55 PM PDT

Harakah

Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Malangnya, kenyataan ‘memperlekeh’ debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.

Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista.

Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan ‘mileage’ politik dalam debat itu.

Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu?
 
Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka.
Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan?

Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu.

Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini.

Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama.

Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng.

Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai ‘mengampu’ bos sahaja.

Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar.

Scorpene: Maklumat Lanjut Akan Didedah di Bangkok

Posted: 28 May 2012 09:21 PM PDT

Malaysiakini

Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.

Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand.

Brehem (kiri) dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia
Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris.

Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.

Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok.

GAMIS: Wasatiyyah Bukan Ambil Separuh Yang Baik Dan Dicampur Yang Buruk

Posted: 28 May 2012 08:15 AM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Akram Ikrami Taib Azamudden

Usaha pembentukan belia perlu dipandang serius oleh semua pihak. Semua maklum bahawa belia merupakan aset negara yang mesti digilap, bukan dibiarkan sahaja tanpa mendapat bimbingan yang betul.

Penganjuran Himpunan Jutaan Belia pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya mungkin merupakan sebuah projek mega kerajaan untuk menggilap potensi golongan belia. Mungkin ada segelintir masyarakat yang teruja terhadap himpunan tersebut, tapi yang pastinya ramai yang terkesima dan kecewa.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melahirkan kekecewaan kerana ruang yang baik sudah tersedia, tetapi kenapa perlu dicemari dengan budaya-budaya yang tidak elok. Program hiburan yang melampau, bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah yang lebih teruk ialah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat pada Malaysia.

WASATIYYAH KOSMETIK

Konsep wasatiyyah yang seringkali dilaungkan oleh kerajaan, hakikatnya telah terpesong dari matlamat. Wasatiyyah bukannya bermaksud mengambil separuh yang baik lalu dicampur dengan separuh yang buruk, maka jadilah wasatiyyah.

Kesilapan dalam memahami konsep ini secara betul akan mencemarkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam, apatah lagi menggunakan nama Islam untuk mencantikkan perkara yang buruk.

Kita amat risau sekiranya wasatiyyah (atau yang lebih sesuai digunakan dalam konteks ini ialah Moderate) yang dicanangkan oleh kerajaan sebenarnya adalah boneka kepada Amerika.

Hal ini seperti yang dilaporkan oleh Yayasan RAND iaitu sebuah pusat pemikiran terbesar di dunia yang berpusat di wilayah California, Amerika. Ia menjadikan agenda kesederhanaan (moderate) sebagai medium untuk menghalang gerakan Islam lain dari bangkit. Malah, kesederhanaan dan ciri-cirinya perlulah mengikut kefahaman Amerika Barat, bukannya kefahaman Islam yang syumul.

Perlu ditegaskan, Islam adalah agama yang praktikal tidak cukup sekadar teori. Islam juga bukannya agama rasmi sahaja yang berlegar dalam majlis-majlis keramaian, solat dan seumpamanya tetapi agama yang “hidup” dalam kehidupan kita. Seperti yang disifatkan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali terhadap golongan al-Mutarasimun: iaitu golongan yang mengamalkan agama yang bersifat rasmi tanpa penghayatan mendalam.

BANGUNKAN DENGAN ROHANI

Projek pembangunan belia mesti dipandang serius sama ada dari sudut pengisian mahupun teknikal. Gagasan tersebut juga sewajarnya melalui perbincangan dengan golongan cendekiawan.

Justeru, GAMIS melihat aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah rohani dan keilmuan. Beliau wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia menjadi seimbang di samping aspek-aspek sampingan disemai ke dalam jiwa belia.

Selain itu, ruang yang wujud dalam projek membangunkan belia iailah melalui kebajikan boleh diperkasakan untuk belia. Contoh pendidikan percuma, prasarana yang lengkap bagi sukan dan kebudayaan di kawasan pedalaman, kurangkan tahap pengangguran dengan mewujudkan institusi-institusi belia yang efektif bagi membantu ekonomi belia dan sebagainya.

Tuntasnya, dalam keghairahan kita membangunkan “peradaban” sehingga kita terlupa perkara asas yang menjadi tonggak kepada peradaban tersebut. Seperti pesanan seorang reformis Islam, Malek Bennabi, “Membangunkan peradaban tanpa kerohanian adalah GAGAL.”

*Kenyataan media oleh Akram Ikrami Taib Azamudden selaku Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia).

Tiada ulasan:

Nuffnang