N50 Dun Sri Muda |
RM2.71 bilion pada Umno Selangor dibimbangi untuk beli undi Posted: 05 Mar 2012 01:13 AM PST (Oleh: Aedi Asri Abdullah) SHAH ALAM 5 Mac: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalurkan dana sebanyak RM2.71 bilion kepada Umno Selangor, dibimbangi akan digunakan oleh parti itu untuk membeli undi, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei. "Umno-BN tidak dapat membezakan peranan mereka sebagai kerajaan pusat dan parti politik. "Apa yang lebih menakutkan, kemungkinan Umno-BN akan menggunakan wang ini untuk membeli undi dalam usaha mereka merampas kembali Selangor pada pilihan raya akan datang," kata beliau kepada Keadilandaily. Pada 19 Disember tahun lalu, Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, mengumumkan peruntukan dana RM2.71 bilion kepada Umno negeri itu dengan alasan untuk pembangunan negeri. Tindakan itu dikecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu penyelewengan kerana memberikan sejumlah besar wang rakyat kepada Umno Selangor, bukan kerajaan negeri. Jumaat lalu, Khalid sekali lagi mempersoalkan tindakan Najib tersebut yang membuktikan amalan penyalahgunaan wang rakyat secara berleluasa. Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda berkata, kerajaan pusat sepatutnya memberikan dana tersebut kepada kerajaan negeri selaku pentadbir yang sah dan bukan kepada parti politik. "Umno Selangor tidak mempunyai sebarang hak untuk menerima peruntukan dari kerajaan pusat, yang mana wang itu datang dari pembayar cukai,". "Ini merupakan satu pecah amanah dan penyelewengan secara terang-terangan oleh Umno, dan saya mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini," katanya. Beliau turut berkata, selama lebih lima puluh tahun memerintah, Umno-BN sememangnya tidak menjadikan prinsip tadbir urus yang baik sebagai amalan mereka. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27741 |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan