N45 Dr Halimah Ali |
EXCO PENDIDIKAN ANJUR SPIES PENDIDIK Posted: 05 Mar 2012 05:44 AM PST SHAH ALAM 2-4.3.12 EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor , YB Dr Hjh Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pemabangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menganjurkan program SPIES untuk pendidik Selangor yang turut disertai pendidik daripada pelbagai negeri termasuk Sabah. Peserta SPIES telah diberi taklimat tentang SPIES dan usaha kerajaan Selangor untuk mengINSANkan insan di Selangor Darul Ehsan pada fasa pertama dan fasa kedua mulai 2012 gagasan besar ialah mahu meng EHSANkan insan di Selangor Darul Ehsan. Untuk mencapai matlamat tersebut sudah tentulah kaum pendidik mesti memahami segala konsep dan falsafah disebalik gagasan tersebut. Tasawwur yang jelas mengenai konsep pendidikan itu sendiri adalah VITAL untuk menjayakannya. Skop pendidikan di mana kerajaan Selangor telah meletak dasar pendidikan sepanjang hayat. Bagi umat Islam dikenali sebagai falsafah minal mahdi ilal lahdi yang bermaksud daripada buaiyan hingga ke liang lahad. Kurikulum pendidikan sepatutnya merangkumi langkah-langkah kritikal untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Ilmu dan kemahiran mesti diiringi dengan amalan praktikal dan disulami dengan ketekunan dan kejelasan matlamat sebagai penjana stamina untuk terus mempertahankan daya maju, daya juang dan daya saing. Kurikulum dan ko kurikulum pendidikan perlu ada elemen menyuntik kemahiran sosial untuk mengupayakan diri pelajar agar mampu berdikari dan bertindak sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi. Penglibatan semua pihak atau komponen sosial dalam proses mendidik sesorang insan adalah diantara faktor sukses yang kritikal. Proses melatih guru atau pendidik untuk menjalankan tugas teras dalam pembangunan masyarakat dengan mendidik insan agar menjadi insan seperti yang dikehendaki oleh Penciptanya adalah teramat penting dan utama. Alhamdulillah peserta kesemuanya ghairah dan bertenaga dan berjaya menghasilkan kerangka pendidikan yang melibatkan 7 komponen teras. Tahniah kepada semua! |
ADUN SELAT KLANG bawa 150 orang warga emas dan OKU shopping Posted: 05 Mar 2012 03:33 AM PST DUN SELAT KLANG ADUN Selat Klang, Yb Dr Hjh Halimah Ali meraikan 150 orang warga emas dan OKU dalam program JOM SHOPPING sebagai usaha menzahirkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Negri Selangor kepada golongan warga emas yang telah menabur jasa untuk membantu membangun Selangor. Tidak ketinggalan OKU yang sama layak dalam SKIM MESRA USIA EMAS kerana dianggap mereka juga harus diberi perhatian untuk menghiburkan diri mereka serta keluarga yang tekun sabar menyantuni mereka selama ini. Dlam ucapan ringkasnya, YB Dr Halimah telah menyatakan bahawa kerajaan Selangor meluluskan pemberian RM100 untuk setiap warga emas yang berdaftar dalam skim mesra usia emas(SMUE) sebagai simbolik ucapan terima kasih kepada semua warga emas Selangor yang telah bersama-sama membangun diri, keluarga dan negeri Selangor. Bagi suri rumah, sudah tentulah ia nikmat yang mereka tidak pernah rasai selama ini. Ada kerajaan yang mengambil berat dan mengambil tahu serta mengiktirafkan sumbangan mereka mencurah bakti menjaga keluarga 24jam. Bagi pesara, ia juga menyentuh perasaan kerana akhirnya pihak berkuasa negeri ambil tahu kewujudan mereka dan menilai titik peluh mereka. Ada ibu-ibu yang mendakap rapat YB Dr Halimah serta mengiringinya dengan doa. Ada yang menitis air mata kegembiraan. Ada yang kebingungan kerana beliau mengatakan beliau tak pernah 'shopping' , anak sahaja yang buat. Tetapi bingung seronok! Alhamdulillah, kejayaan negeri berjimat dan mengatasi ketirisan duit kerajaan boleh digunakan untuk diagihkan kepada rakyat jelata. Rata-rata rakyat Selangor mengakui menerima nikmat yang diagihkan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR.Alhamdulillah. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan