:: cina islam | 2011 :: |
- Pemuda PAS mahu dialog dengan Mahathir, The Star
- Buaya Bersidai (Warisan Pahang)
- Tiga lelaki, seorang wanita nyaris maut
- Sifat dan gerak kerja Zionis
- Mengapa kakitangan kerajaan tak sokong BN?
- Ana Raffali pilih berbulan madu di Kelantan
- Maaf Najib tak cukup, kata Pemuda PAS
- Orang Asli Temuan kecewa permohonan BR1M ditolak
- Pameran lukisan tiga dimensi
- Buangan radioaktif di M’sia subsidi besar bagi Lynas
- Hina Hudud: Pemuda PAS jumpa Mahathir 12 Mac
- Mohon maaf: Umno, Najib 'buang tebiat'
- Kedai musnah, rugi hampir RM1j
- Keluar dari Syria atau tanggung sendiri risiko
- Pemandu lori terkejut jumpa peluru hidup
- Umno gemar buat benda tak disuruh agama
- Suami demam mati terbakar
- Kad Kahwin Yang Bercetak Ayat Suci Tidak Boleh Dibuang Merata-rata: Jakim
- Bas persiaran terbalik dekat Genting, dua maut
- Batu hentam bumbung
- Wanita Mesti Buka Purdah Untuk Pemeriksaan Identiti Di Australia
- Azizan kekal MB, 2 exco perlu kembali
- Pemuda PAS Sabah sertai Himpunan 123Bangkit
- Kedah: Keputusan terbaik PAS Pusat
- Najib kelirukan rakyat kata Lynas tidak bahaya
Pemuda PAS mahu dialog dengan Mahathir, The Star Posted: 05 Mar 2012 12:50 AM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata dewan itu akan mengadakan dialog dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu dalam isu hudud. Nasruddin berkata mereka itu ingin mendengar sendiri penjelasan daripada Mahathir yang sebelum ini dilaporkan telah menafikan bahawa hukum hudud wujud dalam al-Quran. pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan"Kita mahu selesaikan secara berdepan dengan Tun Mahathir," katanya yang ingin memastikan sekiranya Mahathir benar-benar telah bermaksud demikian. Dalam ulasannya sebelum ini, Nasruddin (kiri) berkata beliau telah menyatakan bahawa pandangan seperti itu tidak betul. "Tetapi kemudiannya ada pula yang cuba tafsir bahawa mungkin Tun maksudkan terma (hudud) itu yang tidak ada dalam al-Quran," katanya. Debat mengenai isu itu pula telah berlarutan di Internet, kata Nasruddin lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. Atas dasar itulah maka pergerakan itu berniat untuk bertemu Mahathir. Selain dialog dengan mahathir, pergerakan itu juga merancang untuk berdialog dengan ketua pengarang akhbar The Star ekoran isu yang timbul dari liputan akhbar berkenaan. Katanya, isu berkenaan kebanyakannya adalah berhubung sikap Pemuda PÀS dalam perkara melibatkan hiburan dan juga berkaitan sensitiviti agama seperti sambutan Hari Valentine. malaysiakini/- |
Buaya Bersidai (Warisan Pahang) Posted: 05 Mar 2012 12:45 AM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Bahan-bahan untuk inti: 1/2 biji kelapa parut 3 sudu besar gula pasir 1 buku gula melaka 1/2 cawan air 1 helai daun pandan - disiat dan disimpul Bahan-bahan untuk kulit: 500 gm tepung pulut 1 1/2 cawan santan kemancar Sekeping daun pisang Sedikit minyak Sedikit pewarna pilihan (jika suka) Bahan-bahan untuk dadih santan: 1 cawan santan pekat 1 helai daun pandan - disiat dan disimpul 1 sudu besar tepung beras Garam secukup rasa Cara menyediakan inti: 1. Hiris gula melaka. 2. Masak bersama air, daun pandan dan gula pasir hingga larut. 3. Masukkan kelapa parut. 4. Kacau hingga pekat dan boleh digentel. Ketepikan. Cara menyediakan kulit: 1. Isikan tepung pulut ke dalam mangkuk pengadun. 2. Buat lubang di tengah-tengahnya. 3. Tuangkan sedikit santan dan gaulkan. 4. Seterusnya, tuangkan baki santan sedikit demi sedikit. 5. Sambil itu, uli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk. 6. Ambil sedikit adunan. 7. Leperkan di atas sekeping daun pisang yang telah disapu minyak. 8. Letakkan di atas piring. 9. Isikan inti. Bentukkan bulat bujur. 10. Aturkan ke dalam loyang atau bekas tahan panas. Cara menyediakan dadih santan: 1. Di dalam bekas panas, kacau santan dan garam serta tepung beras hingga sebati. 2. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas berisi kuih tadi. 3. Letakkan daun pandan dan kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak. 4. Buangkan daun pandan dan hidangkan. saji online/ |
Tiga lelaki, seorang wanita nyaris maut Posted: 05 Mar 2012 12:40 AM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - TUMPAT – Tiga lelaki dan seorang wanita nyaris maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Pasir Puteh, Chabang Empat di sini malam kelmarin. Ketiga–tiga kenderaan itu melibatkan lori satu tan, kereta Proton Wira dan pacuan empat roda hampir hancur dalam kemalangan tersebut. Difahamkan kesemua mangsa selamat dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Kesemua identiti mangsa masih belum dikenal pasti, bagaimana pun dikatakan mangsa yang menaiki lori yang sarat dengan muatan sotong segar adalah suami isteri. Ketua Operasi Balai Bomba Pengkalan Kubor, Rosli Mohammad berkata, dua pemandu iaitu pemandu pacuan empat roda dan pemandu lori tersepit dalam kemalangan tersebut. "Selepas menerima panggilan kira–kira jam 10.50 malam, anggota bomba terus bergegas ke tempat kejadian," katanya. Menurutnya, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dan Tumpat bersama dua jentera, ke lokasi kejadian kemalangan tersebut untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersempit. "Sebaik saja tiba, pemandu kereta Proton Wira bersama isteri pemandu lori tersebut sudah dikeluarkan orang ramai dan dihantar ke hospital," katanya. Menurutnya, anggota bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan kedua–dua mangsa yang tersempit itu. Katanya, ketika operasi menyelamat itu mendapati pemandu pacuan empat roda itu patah tangan dan cedera di kepala, manakala pemandu lori terbabit cedera pada bahagian muka dan kepala. Katanya, operasi mengeluarkan mangsa tersepit selesai kira–kira jam 11.45 malam. Sinar Harian |
Posted: 05 Mar 2012 12:40 AM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - "Saya telah beberapa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisme dan apa itu Yahudi. Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua perkara ini. Dua perkara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh 'lebai-lebai kampung yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi. Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dariUtusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin parti PAS dan pemimpin PKR. Biar saya cuba sekali lagi jelaskan di sini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisme. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memeluk agama Judaisme. Contohnya penyanyi pop Madonna, aktres Elizebeth Taylor dan pemuzik kulit hitam Sammy Davis Junior. Mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisme. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisme. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisme ini. Saya harap ini jelas - Yahudi ialah bangsa dan Judaisme ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama, dua perkara yang jauh berbeza. Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Muhammad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini daripada bahasa Yahudi. Hanya Nabi Muhammad dari bangsa Arab Qaraish dan Nabi Saleh sahaja mempunyai nama Arab. Apa yang ingin saya terangkan di sini, apabila kita mengutuk Israel, yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi. Justeru yang wajib kita kutuk, lawan dan tentang ialah fahaman Zionisme, bukan bangsa Yahudi. Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisme? Zionisme ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke-19 ini. Gerakan ini dimulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisme ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit putih. Ini adalah fakta sejarah. Pensejarahan intim Yahudi dengan Palestin Justeru gerakan Zionis ini telah berkongres pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari menteri luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah yang dipanggil Balfour Declaration 1917. Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua, Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi Jerman. Maka Eropah merasakan perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi. Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu, Palestin telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah. Palestin akhirnya dipilih kerana di Palestin telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestin. Malah agama Judaisme juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestin. Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisme ditentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisme. Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisme memiliki ideologi. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan ideologi politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis. Asas utama ideologi Zionisme ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongan ini kaum Zionis juga mengistirahatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja. Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisme sahaja yang betul dan tepat. Agama lain dianggap salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini, orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa 'pilihan tuhan' atau 'the choosen people'. Salah satu cabang ideologi Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeru kaum Zionis antarabangsa menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada, bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis. Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis Antarabangsa. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit putih sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionis berada di Washington DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya. Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan begitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi. Ini bukan teori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti sahih tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun. Kita semua telah diberitahu bagaimana APCO telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan yang dikaitkan dengan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan dikaitkan dengan Zionis telah didakwa menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Gerombolan ini dikatakan telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini bukan teori. Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) - media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro-Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Parti PAS melalui Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikut PAS, Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza - sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan PAS terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa perpecahan. Sebenarnya isu Palestin ini bukan isu politik asas - bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan agenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa. Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di TV isu 'sokongan Anwar terhadap Israel' ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah - terus melaporkan berhari-hari tentang 'sokongan Anwar terhadap Israel' di muka depan mereka. Teladan dari Front Sosialis Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan agenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel walhal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel, maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum. Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan agenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis. Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya: Kenapa TV atau media kita tidak membuat berita dan penyelidikan tentang bom nuklear Israel? Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel. Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kisah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen. Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Agenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca. Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu perkara yang tidak fundamental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah agenda utama. Bahasa hanyalah agenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah. Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan teladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa - racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. Dua-dua debat ini bukan agenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation. Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan. Links ~http://www.malaysiakini.com/columns/190898 |
Mengapa kakitangan kerajaan tak sokong BN? Posted: 05 Mar 2012 12:34 AM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Mac: "Sepatutnya pemimpin BN perlu bertanya kenapa majoriti kakitangan kerajaan tidak bersama dengan BN? "Apakah mereka ini jahil dan hilang pertimbangan sehingga menjadi penentang senyap kerajaan BN?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Ini, katanya sudah tentu ada perkara yang tidak betul, walaupun otak mereka dibasuh di dalam kursus Biro Tata Negara (BTN). Baginya, jawapannya mudah kerana mereka adalah orang cerdik dan rakyat yang bermaklumat. Justeru, kata beliau segala propaganda yang diberi oleh media perdana, penceramah pada kursus BTN tidak memberi apa-apa makna. "Mereka hanya mendengar, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri," ujarnya kepada Haralkahdaily. Sehubungan itu, ujarnya kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika program bersama Timbalan Perdana Menteri yang menggesa supaya kakitangan awam mesti menyokong kerajaan kerana banyak kemudahan yang diberi oleh kerajaan hanya sia-sia sahaja. Katanya lagi, kakitangan kerajaan yang cerdik tidak akan rela negara diperintah oleh mereka yang korup, walaupun Presiden Umno memain taktik baru iaitu mengaku silap dan memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan itu. Pada mereka, ujarnya lebih lima dekad diberi amanah untuk mentadbir negara bukan satu jangka masa yang singkat, sehingga negara menuju bankrap dan seluruh sistem negara habis rosak. Tambahnya, tindakan pemimpin Umno hendak memaksa kakitangan kerajaan supaya jangan menentang BN bolehlah diibaratkan seperti pepatah Arab, 'kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda supaya minum air'. Harakah Daily |
Ana Raffali pilih berbulan madu di Kelantan Posted: 05 Mar 2012 12:33 AM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 5 Mac: Ana Raffali, artis yang popular dengan lagu 'Kalau Berpacaran' bersama Shohaimi Meor Hassan, diraikan dalam suasana yang penuh santai tapi meriah sempena program berbulan madunya ke negeri itu semalam. (Ana Raffali bersama suaminya, Naim, menunjukan bilik yang ditaja oleh pihak KTC) Program berkenaan ditaja oleh Kelantan Trade Cantre selama empat hari sempena bulan madunya itu dengan diselitkan beberapa aktiviti menarik untuk dinikmati sempena Tahun Melawat Kelantan. Usaha itu dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa sempena perkahwinan mereka pada 25 Febuari lalu. Ana Raffali, 26, anak kelahiran Kuala Lumpur manakala suaminya Ahmad Aznaim Abdullah, 30 Negeri Sembilan melahirkan rasa gembira apabila ditawarkan pekej bulan madu ke negeri Cik Siti Wan Kembang, memandangkan keduanya begitu meminati negeri itu. Beliau memberitahu, dengan cuti selama dua minggu memberi peluang kepadanya untuk melawat saudara maranya di Kelantan, terutama sebelah suaminya. Ana Rafali yang sebelum ini menampilkan imej 'baju kurung' kini sudah bertudung pada bulan Rabiulawal lalu mengambil berkat kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw. "Memang saya telah lama menyimpan hasrat untuk bertudung, namun saya tidak dapat tentukan bila waktu yang sesuai, esok, atau lusa atau bila tarikhnya. "Namun saya bersyukur kerana tiba-tiba hati kecil saya berkata inilah saat yang paling sesuai untuk saya bertudung, waktu tu saya ingin keluar rumah,"ujarnya. Lagipun, menurutnya beliau sudah biasa memakai tidung, khususnya ke majlis-majlis kenduri kendara. Sementara itu, Aziz Desa memberitahu bilik yang menempatkan Ana Raffali dan suami akan dinamakan 'Ana Raffali' sebagai simbolik penginapannya di KTC. Ana kini masih dalam proses mempersiapkan album baru 'singlenya 'Lisa Jatuh Cinta'. Harakah Daily |
Maaf Najib tak cukup, kata Pemuda PAS Posted: 05 Mar 2012 12:30 AM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata siri permohonan maaf yang dilakukan perdana menteri sejak akhir-akhir menunjukkan bahawa kerajaan mengakui kesilapan mereka dalam mentadbir negara. Namun, kesilapan itu tidak hanya boleh diselesaikan dengan hanya meminta maaf, tetapi diiringi dengan "mengembalikan hak rakyat," kata Nasruddin (kiri). "Macam orang yang curi motosikal kita, dia boleh minta maaf tapi dia kena pulangkan motosikal kita," tegasnya dalam satu sidang media hari ini. Beliau mengemukakan analogi itu ketika menyenaraikan "hak rakyat" yang perlu dikembalikan perdana menteri, antaranya bayaran royalti minyak di Kelantan dan Terengganu. Selain itu, perdana menteri juga perlu mengembalikan hak mangsa yang ditahan di bawah ISA sebelum ini, katanya. Tambahnya, perdana menteri juga tidak boleh lari daripada isu "rampasan kuasa ke atas kerajaan Perak" dan perlu mengembalikan pentadbiran kerajaan itu. malaysiakini/- |
Orang Asli Temuan kecewa permohonan BR1M ditolak Posted: 05 Mar 2012 12:15 AM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Seseorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan. Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan. "Saya tidak mempunyai pendapatan tetap sejak tujuh tahun yang lalu. Jika kerajaan tidak mahu beri wang, tidak ada masalah, tetapi jangan nafikan hak orang yang benar-benar memerlukan bantuan," kata Dewi. Dalam satu temu bual dengan Malaysiakini.tv, Dewi berkata tangan kirinya mengalami kecacatan sehingga menyukarkan mendapatkan pekerjaan. Antara alasan penolakan permohonan BR1M yang diberikan adalah bahawa gaji Dewi tidak berada di bawah paras RM3,000, dan namanya tidak berada dalam senarai pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Beliau kemudian mengeluarkan kad pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraannya. 'JPN dakwa saya bukan rakyat Malaysia' "Apa yang dimaksudkan JPN... bermakna saya bukan rakyat Malaysia dan bukan seorang pengundi di negara saya sendiri. "Selepas negara ini maju, mereka mahu menyingkirkan orang-orang seperti diri saya," kata bapa kepada empat orang anak yang melakukan kerja-kerja am bagi menyara keluarganya. Anak-anak Dewi berumur 16, 17, 25 dan 27 tahun dan seorang daripada mereka menghadapi masalah jantung kongenital. Dua anaknya yang sulung, masing-masing bekerja sebagai tukang cuci dan pengawal keselamatan manakala dua yang lain masih di bangku persekolahan, tetapi Dewi tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pendidikan mereka. BR1M adalah bantuan RM500 daripada kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Ia hanya dibayar sekali sahaja. Bulan lalu, pengerusi MCA Bahagian Bera Datuk Tang Hock Lok, menimbulkan kejutan apabila beliau juga disenaraikan untuk layak menerima bantuan RM500 daripada kerajaan. Walau bagaimanapun, Tang menafikan wujudnya sebarang unsur penipuan. Katanya, niat beliau memohon adalah untuk mendermakan wang berkenaan kepada pihak kebajikan. malaysiakini/- |
Posted: 05 Mar 2012 12:00 AM PST |
Buangan radioaktif di M’sia subsidi besar bagi Lynas Posted: 04 Mar 2012 11:57 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Dalam beberapa hari yang lepas kita mendengar pihak berkuasa memberikan isyarat yang bertentangan berhubung pembuangan sisa radioaktif dari Lynas. Menurut Menteri Kesihatan, Lynas diberitahu supaya memindahkan sisa radioaktif ke luar dari Kuantan atau mengangkutnya kembali ke Australia. Ini adalah perjanjian yang dicapai oleh beliau dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Empat hari kemudian iaitu pada 26 Februari, Perdana Menteri berkata sisa radioaktif itu akan dibuang jauh daripada kawasan kediaman penduduk. Dua hari kemudian iaitu pada 28 Februari, orang ramai diberitahu bahawa empat kementerian telah memutuskan untuk menyimpan sisa radioaktif di Malaysia dan tapaknya telah ditemui. Pada hari berikutnya, Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau berkata Kabinet belum memuktamadkan untuk mengembalikan semula sisa radioaktif ke Australia sebagai pilihan. Pada hakikatnya gambaran yang diberikan ialah Malaysia sedang memikirkan pilihan sama ada untuk menghantar semula sisa radioaktif dari Lynas ke Australia. Dalam kes ini, kami hairan kenapa kerajaan Malaysia tidak terfikir untuk mengarahkan Mitsubishi, syarikat yang menghasilkan sisa radioaktif dalam kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak lebih 30 tahun lalu untuk menghantar kembali sisa itu ke Jepun. Masih belum terlambat memandangkan sisa radioaktif mungkin akan terus mencemarkan alam sekitar kita dan mengancam rakyat Malaysia untuk beberapa generasi, terima kasih kepada sikap endah tak endah kerajaan dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Jika kerajaan fikir bahawa ia boleh mengangkut sisa radioaktif kembali ke Australia, kami pasti perkara yang sama telah dilakukan untuk sisa ARE. Jika kerajaan melakukan perkara ini lebih awal, kita tidak akan dibebankan dengan terpaksa menangani sisa radioaktif ini yang mempunyai separuh hayat 13.9 bilion tahun. Dalam perkataan lain, kita kini dibiarkan dengan terpaksa menguruskan sisa radioaktif ini yang akan kekal radioaktif selamanya. Ini merupakan subsidi yang amat besar bagi Mitsubishi (dan Jepun). Sisa radioaktif yang ditinggalkan itu menjadi sumber pencemaran tanah, hutan, air dan udara kita. (Thorium, apabila reput, menghasilkan gas radon radioaktif yang boleh dibawa dalam jarak yang jauh meliputi udara yang disedut oleh rakyat Malaysia). Ini adalah liabiliti yang amat besar bagi Malaysia, begitu juga dengan ekosistem, kesihatan dan keselamatan kita. Kerosakan kepada tanah, hutan, air dan udara serta kosnya kepada kesihatan rakyat Malaysia tidak dapat dikira. Kos masa depan ini tidak pernah diambilkira apabila Mitsubishi dibenarkan beroperasi. Dengan ketiadaan pengetahuan mengenai risiko dan kos di masa depan, kerajaan (AELB) memutuskan ia merupakan peluang keemasan pelaburan. Mitsubishi membawa pulang keuntungan dan meninggalkan legasi toksik ini yang akan berakhir selama berbilion tahun atau selamanya. Walaupun pada hakikatnya kerja-kerja telah dimulakan untuk membina sistem simpanan bawah tanah (dengan kos RM300 juta), tiada jaminan simpanan bawah tanah bagi kira-kira 80,000 tong 200 liter sisa radioaktif dari kilang ARE akan kekal stabil dari segi geologinya untuk 100 tahun akan datang, apatah lagi 1,000 tahun. Perlu diingat bahawa Malaysia sebahagiannya terdiri daripada batu kapur yang amat poros, tidak stabil dan terdedah kepada hakisan, menjadikannya amat tidak sesuai untuk simpanan sisa radioaktif dalam jangka panjang. Perubahan iklim, tsunami, gempa bumi, kejadian banjir yang tidak dijangka dan bencana alam perlu menjadi amaran yang jelas. Sekiranya sebarang bencana berlaku, pembayar cukai Malaysia yang akan mengeluarkan belanja. Kilang ARE di Bukit Merah ditaja jamin dengan subsidi awam yang amat besar di mana semua risiko dan kos ditanggung oleh rakyat Malaysia dan generasi dan masa depan. Membenarkan Lynas membuang sisa radioaktif di tanah Malaysia menjadi satu subsidi. Selain itu berbilion dolar akan diperolehi daripada bebas cukai sebagai keuntungan. Perlu diingat bahawa pengeluaran nadir bumi Lynas akan menjadi 10 kali ganda lebih banyak daripada yang dihasilkan di kilang ARE, oleh itu paras sisanya amat besar. Jika kerosakan dan dan kos ini tidak ditangani oleh pihak berkuasa, ia akan membebankan generasi masa depan Malaysia dengan sisa radioaktif yang tidak dihasilkan oleh mereka. Bayaran $10 juta setahun yang akan dibuat oleh Lynas kepada Malaysia selama lima tahun adalah tidak memadai sama sekali. Ia sesuatu yang melucukan apabila ekonomi, sosial, alam sekitar dan kos kesihatan kepada pekerja, komuniti, tanah, hutan, air dan laut serta generasi masa depan berjumlah hanya $50 juta. Membenarkan Lynas membuang sisa radioaktif di Malaysia tidak dapat dimaafkan selamanya. S. M. Mohamed Idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam Malaysia Harakah Daily |
Hina Hudud: Pemuda PAS jumpa Mahathir 12 Mac Posted: 04 Mar 2012 11:55 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjelaskan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan juga akhbar The Star pada 12 Mac. Jelas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, pertemuan itu adalah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang telah mencetuskan kontroversi di dalam negara ini. "Mengenai pertemuan DPPM dengan Tun Mahathir, kita ingin mendapat sendiri kepastian kenyataan beliau terhadap hukum hudud yang mana sebelum ini beliau mengatakan hudud tidak ada di dalam Al-Quran. "Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini sebelum mendengar sendiri penjelasan darinya," jelas beliau. Tambahnya lagi, perkara itu perlu diselesaikan secara berhadapan bagi mengelakkan dari berlakunya andaian yang lain daripada apa yang dimaksudkan oleh mantan perdana menteri itu. "Perkara ini perlu diselesaikan secara berdepan bukannya boleh dibuat andaian mengikut suka hati. "Kita mahu dengan sendiri apa sebenarnya motif serta maksud sebenar kenyataan beliau, selepas penjelasan diperolehi baru kita akan berbincang terhadap isu yang beliau timbulkan itu," sambungnya lagi. Sementara itu, pada hari yang sama DPPM juga turut berhasrat mengadakan kunjungan kerja dan dialog dengan Ketua Pengarang dan Pengarang akhbar The Star berkaitan dengan penyiaran gambar artis antarabangsa, Erykah Badu. Tambahnya, pertemuan itu bagi menyatakan isu kontroversi yang melibatkan sensitiviti umat Islam dan juga bukan Islam di negara ini. "Pada pertemuan itu nanti kita akan memberitahu apa yang harus dilakukan dalam kita memelihara sensitiviti pelbagai kaum negara ini. "Kita akan turut menyatakan pendirian kita (DPPM) sebagai orang Islam terhadap isu-isu hiburan terutama jika ia boleh mencetuskan kontroversi," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini. Menurutnya, surat bagi pertemuan tersebut telah dihantar hari ini dan hanya menunggu jawapan dari pihak terbabit. DPPM akan mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada jam 11 pagi manakala akhbar The Star pada jam 3 petang. Harakah Daily |
Mohon maaf: Umno, Najib 'buang tebiat' Posted: 04 Mar 2012 11:51 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Mac: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menyifatkan tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjaja kononnya memohon maaf atas kesilapan lalu BN sebagai 'buang tabiat'. Sambil berkata ianya 'agak luar biasa' bagi Umno yang selama ini dilihat angkuh du puncak kuasa, tindakan itu juga membayangkan Najib tahu bahawa kuasa mereka akan berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. "Perbuatan ini dianggap luar biasa. Bagaimana Umno selama ini dilihat gah dan angkuh di puncak kuasa, tiba-tiba roadshow ke seluruh negara memohon maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka. Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti "buang tebiat". "Seolah-olah Umno sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam pilihanraya umum akan datang, lalu Umno memohon maaf kepada rakyat disetiap negeri yang mereka jelajah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, kelmarin yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008. Permohonan maaf secara terbuka itu adalah yang kedua dalam tempoh enam hari di mana kali pertama Najib yang juga perdana menteri itu bertindak demikian dalam satu program pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor. Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, apa yang lebih pelik, Umno khususnya Najib juga seperti tidak percaya lagi kepada senjata propaganda mereka iaitu media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah itu. "Saya melihat perkara ini sebagai pelik dan menghairankan kerana Datuk Seri Najib boleh memilih televisyen untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat dalam negara kita dan memadai dengan sekali mohon maaf. "Tetapi, apabila tindakan mohon maaf ini dibuat berulang kali, rakyat akan tertanya-tanya sebenarnya apa yang telah berlaku pada Umno?," soal beliau. Biarpun permohonan maaf satu sifat yang baik dalam Islam, namun kata Nasrudin, ianya tidak selesai hanya dengan kata-kata, malah perlu dibuktikan dengan perbuatan. Jika benar permohonan maaf Najib itu ikhlas, beliau mencabar agar perdana menteri itu memulangkan kembali hak rakyat seperti contoh royalti minyak di Kelantan, kerajaan Perak yang 'dirampas' dan pampasan terhadap mangsa pengainayaan ISA. "Jika ini (mohon maaf kerana sedar telah melakukan kepada rakyat), ertinya selama ini apa yang kita sebut bahawa Umno telah melakukan kesalahan besar kepada rakyat adalah benar. "Saya melihat satu kewajaran untuk Umno berundur, menginsafi kesilapan lampau dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat pula membuktikan keupayaan mereka menggalas amanah rakyat," tegasnya. Harakah Daily |
Kedai musnah, rugi hampir RM1j Posted: 04 Mar 2012 11:41 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PERMATANG PAUH – Sebuah kedai menjual alat-alat pertukangan, yang terletak di Jalan Permatang Pauh, dekat sini, musnah dalam kebakaran, pagi semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu, menyebabkan premis yang berusia lebih 20 tahun itu kerugian hampir RM1 juta. Difahamkan, api dilihat bermula dari belakang premis, dan litar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran berkenaan. Pemilik premis, Sim Boon Pee, 47, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah di Sama Gagah, yang terletak tidak jauh dari kawasan premis. Dia terkejut apabila seorang rakan menelefonnya kira-kira jam 10.30 pagi, memaklumkan bahawa premisnya sedang terbakar. Sementara itu, Ketua Balai Bomba Perai, Timbalan Penguasa Bomba A'azelan Hassan ketika ditemui berkata, 30 anggota dari Balai Bomba Perai, Bandar Perda, Bukit Mertajam dan Butterworth bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan orang awam. A'azelan berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan bahagian stor yang menyimpan simen dan papan, selain sebuah van, sebuah lori dan juga sebuah forklift yang berada di dalam premis. Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan. Sinar Harian |
Keluar dari Syria atau tanggung sendiri risiko Posted: 04 Mar 2012 11:40 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad di Yabroud dekat Damsyik pada Jumaat lalu. JOHOR BAHRU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan ekoran pergolakan politik yang berterusan di negara itu. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar kecil) berkata, para pelajar telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara yang sedang bergolak tersebut. "Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan bahawa mereka tahu akan akibat daripada keputusan mereka itu," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Wang Bantuan Sara Hidup RM100 di Sekolah Kebangsaan Taman Molek di sini semalam. Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang telah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana. Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan. KPT kini sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun, ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar. kosmo/- |
Pemandu lori terkejut jumpa peluru hidup Posted: 04 Mar 2012 11:33 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - LUNAS - Seorang pemandu lori penunda kenderaan kemalangan berusia 30-an terkejut apabila menemui dua peluru hidup di tepi jalan. Dia yang enggan namanya disiarkan berkata, sebelum penemuan peluru itu, dia datang ke Bukit Sarang Ayam untuk menunda dua kereta yang terlibat dalam kemalangan kira-kira 8.45 pagi semalam. Menurutnya, ketika mahu pergi ke bahu jalan untuk membuang air kecil, dia terkejut apabila ternampak dua peluru hidup di tanah. "Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim," katanya. Eng Khim berkata, dia mengarahkan ahli PPKM supaya tidak memegang peluru berkenaan kerana khuatir ia kemungkinan dimiliki oleh mana-mana kumpulan kongsi gelap. Menurutnya, dia kemudiannya memaklumkan penemuan peluru itu kepada pihak bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim. "PPKM menemui dua peluru di dalam longkang, manakala 17 lagi tertanam di dalam tanah. Sehingga kini jenis peluru yang ditemui itu masih dalam siasatan. "Kesemua peluru terlibat dirampas polis bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya. Sinar Harian |
Umno gemar buat benda tak disuruh agama Posted: 04 Mar 2012 11:25 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Di antara sebab atau faktor utama mengapa PAS mesti mengganti Umno sebagai pemerintah, sama ada di peringkat negeri-negeri mahu pun Pusat, ialah demi kedaulatan agama. Umno selaku parti yang telah diberikan mandat menguasai pemerintahan negara, begitu juga hampir kesemua negeri, sejak sebelum merdeka, terbukti gagal meletakkan Islam di tempat sepatutnya. Islam tidak dijadikan asas pemerintahan. Ajaran agama itu tidak diletakkan sebagai rujukan hukum dan peraturan negara/negeri. Wujudnya jabatan atau kementerian khusus berhubung hal ehwal Islam hanya tidak lebih daripada salah satu juzuk kecil daripada keseluruhan pentadbiran kerajaan. Ibarat kata yang kerap disebut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno, "Islam dijadikan agama yang diperintah, bukan agama yang memerintah". Dalam ertikata lain, apa-apa yang berkaitan hal ehwal Islam dihadkan penerimapakaiannya hanya dalam batasan sebuah jabatan/kementerian. Manakala seluruh penguatkuasaan atau pelaksanaan berhubung Islam tertakluk di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Persekutuan. Justeru, apa-apa hukum dan peraturan Islam hanya terpakai sejauh mana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan yang dianggap hukum tertinggi bagi negara ini. Tidak syak lagi perbezaan pendirian mengenai letakduduk yang sepatutnya bagi Islam dalam pemerintahan menjadi punca utama PAS dan Umno gagal menemui titik persamaan sejak dulu. Perbezaan antara dua parti itu tambah menjarak apabila para pemimpin dan pendukung kedua-dua parti turut memahami ajaran agama secara berbeza. Perbezaannya jelas dapat dilihat pada perlembagaan parti masing-masing, yang merupakan perakuan bertulis mengenai agenda perjuangan mereka. Sementara PAS secara jelas dan terbuka mengisytiharkan Islam sebagai dasar perjuangannya, Umno pula sekadar berselindung di sebalik perisytiharan Islam sebagai agama Persekutuan. Sedangkan undang-undang tubuh parti itu sendiri gagal menerangkan letakduduk Islam dalam agenda perjuangannya. Perbezaan ini dibuktikan secara praktikal apabila kedua-dua parti diberi peluang memerintah. Ternyata ketegasan menegakkan Islam dalam pemerintahan antara dua parti itu amat berbeza. PAS telah membuktikan menerusi dua negeri diperintahnya secara hampir mutlak, iaitu Kelantan dan Terengganu, bahawa keseriusannya mendaulatkan hukum Islam bukan omong kosong. Islam mengharamkan riba dan judi, maka kerajaan PAS terus mengharamkannya sebaik memerintah. Sedangkan Umno yang telah memerintah puluhan tahun gagal, bahkan tidak terlintas menyempurnakan perintah agama itu. Islam membataskan peminuman arak hanya kepada bukan Islam, maka PAS menyusun semula penggunaan arak, sesuatu yang juga tidak diambil berat oleh kerajaan Umno. Islam menggalakkan pemakmuran masjid dan surau, terutama dengan melipatgandakan majlis-majlis ilmu dan amal, maka itulah yang dipergiatkan oleh kerajaan PAS. Sebaliknya, kerajaan pimpinan Umno lebih bermusim dalam menghidupkan rumah-rumah Allah. Parti itu malah dilihat lebih gemar mengutamakan perkara-perkara yang dianggap sebagai "syiar" agama, berbanding penegakan syariat seperti yang diutamakan PAS. Sebab itu para pendukung Umno, sama ada di peringkat tertinggi mahu pun bawahan amat bersungguh dalam bab mengacau bubur Asyura ata menyambut malam nisfu Syaaban, sebagai contoh. Kedua-dua amalan tradisi itu sebenarnya tidak ada sandaran nas yang jelas menggalakkannya, tetapi itulah yang kerap dijadikan agenda penting para pendukung Umno saban tahun. Beberapa minggu kebelakangan ini terserlah lagi satu tabiat sedemikian. Kedatangan Rabiul Awal yang sinonim dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad saw bagaikan tibanya saat penting dalam kalendar tahunan Umno. Di sana-sini dapat dilihat betapa bersungguhnya para pendukung parti itu menganjurkan majlis sambutan Maulidurrasul. Tidak cukup sekadar berceramah dan mengadakan jamuan di masjid dan surau, diadakan pula acara perarakan. Lalu dikumandangkan selawat ke hadrat Junjungan saw. Sedangkan suasana perjalanan majlis itu dipenuhi unsur-unsur maksiat, terutama apabila berlaku percampuran dan pergaulan bebas antara peserta lelaki-perempuan yang bukan mahram. Manakala beberapa pihak berkuasa tempatan pula sampai menganjurkan pertandingan antara kontinjen perarakan. Sudah jelas ia bukan bertujuan ibadat. Walau pun diserikan dengan selawat kepada Nabi saw, ia sebenarnya sekadar "alat" untuk menjayakan agenda duniawi, yang sebenarnya tidak pun disuruh agama meraikannya secara sedemikian. Itulah antara bukti jelas betapa kefahaman Umno terhadap ajaran dan tuntutan agama amat jauh menyimpang dari sepatutnya. Ia gemar meninggalkan apa yang sepatutnya dibuat, sebaliknya gemar melakukan apa yang tidak digalakkan. Oleh: Mat Zain Mat Isa |
Posted: 04 Mar 2012 11:17 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - LANGGAR, KEDAH - Seorang isteri tidak menyangka pesanan kepada suami yang demam supaya berehat dan makan ubat merupakan pesanan terakhir sebelum suaminya ditemui terbakar di rumah mereka di Flat Taman Sri Gemilang, semalam. Mangsa, R Paranjothi, 41, merupakan seorang pemandu lori ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran bilik air rumahnya kira-kira jam 8.30 pagi. Isterinya, R Ramgama, 33, berkata, sebelum kejadian suaminya pergi menghantar tiga anak mereka yang berusia 8 hingga 12 tahun ke sekolah. "Suami saya demam sejak dua hari lalu dan sebelum keluar pergi kerja, saya ada pesan kepada dia supaya makan ubat dan kunci rumah. "Dia (mangsa) mungkin berselimut selepas makan ubat dan dipercayai hisap rokok, mungkin disebabkan api rokok terkena pada kusyen atau selimut," katanya. Ramgama berkata, mereka tinggal di rumah itu selepas berkahwin dan hubungan mereka tidak pernah ada sebarang masalah. Kakak mangsa, R Kelechelvi, 53, berkata, kejadian itu disedari setelah menerima panggilan daripada jiran yang memaklumkan rumah adiknya terbakar. Menurutnya, dia yang ketika menerima panggilan berada di pasar bergegas pulang ke kedai yang terletak di Lorong Merpati. "Isteri mangsa bekerja sebagai pembantu di kedai saya yang menjual tosai, apabila sampai di kedai dia memberitahu suaminya sudah mati," katanya kepada Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan berlaku kebakaran teruk pada mangsa. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.43 pagi. Katanya, anggota bomba tiba di tempat kejadian lima minit kemudian dan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bara api walaupun sewaktu tiba api sudah dipadamkan. Sinar Harian |
Kad Kahwin Yang Bercetak Ayat Suci Tidak Boleh Dibuang Merata-rata: Jakim Posted: 04 Mar 2012 11:15 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. Beliau berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran. "Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya kepada Bernama, Isnin. Namun Othman berkata pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimnapun ia patut dielakkan. "Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," jelasnya. Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat. Katanya mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan Jakim, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam. Beliau berkata pelupusan bahan-bahan penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian. "Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya. Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan tentang pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin. "Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah," katanya. - BERNAMA |
Bas persiaran terbalik dekat Genting, dua maut Posted: 04 Mar 2012 11:05 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - [TERKINI] KUALA LUMPUR - Sebuah bas persiaran yang membawa 24 penumpang, pelancong-pelancong warga India, terbalik di Kilometer 4.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada jam 8.15 pagi tadi. Berdasarkan maklumat awal yang diterima, dua orang termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an disahkan maut manakala dua terperangkap. Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur. Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi. "Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong. Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti. Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi. Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya. Sinar Harian |
Posted: 04 Mar 2012 11:01 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - TAIPING – Penduduk di Taman Aun Say, di sini, bimbang apabila batu yang diletupkan di atas bukit berhampiran menghentam bumbung rumah mereka. Dalam kejadian itu, dua rumah di Jalan Saw Boon Thye taman berkenaan menjadi mangsa batu tersebut. Mangsa, Ang Mooi Eng, 72, berkata, dia terkejut setelah mendengar bunyi yang kuat dan kemudiannya melihat seketul batu berada dalam rumahnya. Menurutnya, sebaik sahaja memandang ke siling, dia mendapati bumbung rumahnya berlubang akibat hempasan batu itu. "Batu berkenaan mungkin datang dari kawasan atas bukit yang bakal didirikan untuk projek pembinaan kondominium 18 tingkat. "Nasib baik tiada sesiapa cedera, tetapi amat menghairankan kerana projek pembinaan kondominium itu berada jauh dari rumah saya," katanya kepada Sinar Harian. Kata Mooi Eng, bukan hanya rumahnya, malah rumah jiran turut terjejas gara-gara batu melayang itu. Katanya, jika dibiarkan mungkin masalah ini akan berulang lagi, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil perhatian serius terhadap perkara tersebut. Sementara itu, wakil pemaju, Bryan Yeo berkata, kerja meletupkan batu di kawasan projek tersebut bertujuan meratakan tanah bagi pembinaan kondominium itu. Pihaknya meminta maaf atas perkara tersebut dan akan menanggung kesemua perbelanjaan pembaikan rumah yang terlibat. Penyelaras Dun Pokok Assam, Datuk Ho Cheng Wang berkata, dia meminta pemaju menghentikan kerja meletup batu untuk seketika bagi keselamatan penduduk. Katanya, kontraktor boleh menyambung semula setelah bertemu pihak berkaitan untuk mendapatkan kelulusan seterusnya. "Penghuni rumah yang terlibat diminta membuat laporan polis dan menyerahkan bil pembaikan rumah tersebut kepada saya untuk diberikan pada pemaju," katanya. Sinar Harian |
Wanita Mesti Buka Purdah Untuk Pemeriksaan Identiti Di Australia Posted: 04 Mar 2012 11:00 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - MELBOURNE: Kalangan wanita yang memakai purdah akan dikehendaki membuka penutup muka mereka itu sebagai sebahagian daripada undang-undang pemeriksaan identiti yang baru di New South Wales (NSW). Mulai 30 April, sesiapa yang meminta jaksa pendamai (JP) atau peguam untuk menjadi saksi kepada akuan berkanun atau afidavit perlu membuka kesemua penutup kepala termasuk topi keledar dan topeng untuk membuktikan diri mereka yang sebenarnya, kata Kerajaan NSW. Perubahan ini susulan kes seorang ibu tujuh anak dari Sydney, Carnita Matthews, yang dijatuhi hukuman penjara pada 2010 kerana mendakwa seorang anggota polis cuba menanggalkan niqab yang dipakainya ketika diminta berhenti untuk pemeriksaan. Sabitan kesalahannya dibatalkan selepas mengemukakan rayuan setelah pendakwaan gagal membuktikan Matthews adalah orang yang memfailkan aduan terhadap pegawai polis itu disebabkan orang berkenaan memakai purdah. Peguam Besar Negeri NSW Greg Smith berkata pada masa hadapan, JP dan peguam dikehendaki melihat wajah orang yang membuat akuan berkanun atau afidavit dan mengesahkan identiti mereka. "Dalam keadaan tertentu, ini bermakna individu yang memakai pakaian yang menutupi muka sama ada separuh atau sepenuhnya perlu mendedahkan wajah mereka bagi tujuan pengenalan," kata Smith menerusi satu kenyataan pada Isnin. "Jika seseorang itu memakai purdah, seorang saksi yang diberi kuasa perlu dengan sopan dan hormat meminta mereka menunjukkan wajah masing-masing," katanya. Kerajaan NSW mengumumkan Ogos lepas bahawa polis akan mendapatkan perintah untuk memaksa pengguna jalan raya membuka penutup kepala untuk mengesahkan identiti mereka. Pemandu yang enggan berbuat demikian berdepan denda sehingga A$5,500 (RM17,790). JP dan peguam yang gagal mematuhi undang-undang identiti yang diumumkan pada Isnin itu boleh didenda sehingga A$220 (RM711). - BERNAMA |
Azizan kekal MB, 2 exco perlu kembali Posted: 04 Mar 2012 10:58 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini. "Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar. "Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini. Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi. Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak. Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri. Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran. Ketika ditanya mengenai perbincangan yang diambil begitu lama bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Mustafa memberitahu mesyuarat sebenarnya tidak lama tetapi untuk mendengar pandangan exco-exco itu memerlukan masa yang lama. Beliau turut yakin bahawa krisis itu selesai dan kedua-dua exco menerima keputusan yang telah dicapai. "Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya optimis kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut. "Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," sambungnya. Mustafa turut menyatakan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Selain itu juga kita turut yakin dan optimis bahawa keputusan ini akan mengukuhkan kedudukan kita (PAS) di Kedah serta mengekal kemenangan pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya lagi. Harakah Daily |
Pemuda PAS Sabah sertai Himpunan 123Bangkit Posted: 04 Mar 2012 10:56 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyokong penuh usaha badan NGO, Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dan NGO-NGO lain untuk mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123Bangkit). "DPPNS tampil menyahut kebangkitan ini dengan akan menggerakkan hampir 1,000 ahli dan pimpinan pelbagai peringkat sama ada peringkat negeri, kawasan atau cawangan seluruh Sabah untuk bersama-sama dalam himpunan 123Bangkit bagi menyatakan sokongan dan memperjuangkan keadilan rakyat," ujar Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Tambahnya, DPPNS turut mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak NGO, pertubuhan politik dan orang perseorangan dalam menyahut semangat itu. Menurutnya, himpunan aman itu hendaklah dijadikan sebagai salah satu medan menyuarakan pandangan dan perhatian rakyat secara keseluruhannya setelah pelbagai cara dan alternatif dilakukan bagi menyelamatkan tanah rakyat daripada terus dicerobohi dan dirampas. "Apa yang pasti ialah, memorandum demi memorandum telah dihantar namun apa yang mengecewakan ialah perhatian daripada YAB Datuk Seri Musa Aman tidak menyeluruh dan disifatkan sebagai 'sambil lewa'," katanya. Justeru, ujarnya DPPNS mengharapkan kerjasama pasukan keselamatan dan peserta himpunan untuk memberikan komitmen terbaik sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas himpunan itu berjalan. Beliau berkata, ianya sebagai cerminan kepada sebuah negara dan negeri yang berdemokrasi. Harakah Daily |
Kedah: Keputusan terbaik PAS Pusat Posted: 04 Mar 2012 10:55 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Mac: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) memberitahu pertemuan yang diadakan pada peringkat awal di Alor Setar berlangsung secara profesional tanpa ada sebarang ketegangan pendapat. Menurut beliau yang ditanggungjawabkan oleh PAS Pusat dalam perbincangan awal di Kedah malam semalam berkata, tugasnya adalah untuk mempertemukan kedua-dua pemimpin tersebut. "Pertemuaan yang diadakan berlaku secara aman dan profesional, semua pihak memberi kerjasama yang baik. "Akhirnya semua bersetuju untuk menyerahkan isu ini kepada PAS Pusat," jelasnya. Tambahnya, keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat adalah yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut tersebut. "Tidak ada apa-apa masalah yang merumitkan keadaan malah keputusan telah kita capai, ini merupakan keputusan terbaik dari PAS Pusat. "Malah semua pihak bersetuju untuk menerima keputusan tersebut," sambungnya. Malam kelamrin, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar. Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak. Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri. Difahamkan pertemuan itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan. Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri. Ketika menjawab pertanyaan wartawan terhadap reaksi kedua-dua exco tersebut semasa keputusan dibuat, Salahuddin berkata ia tidak melihat kepada riak muka. "Dalam kes ini kita tidak main melihat riak-riak muka atau reaksi kedua-dua mereka sebab itu bukan jawapan kepada keputusan tersebut," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi. Jelas beliau, setelah itu kedua-dua mereka bersetuju untuk mematuhi keputusan peringkat pusat setelah pertemuan diadakan. "Dalam hal ini tidak timbul ketidakpuashatian kerana kedua-dua mereka telah bersetuju untuk patuh kepada keputusan PAS Pusat," jelas beliau. Harakah Daily |
Najib kelirukan rakyat kata Lynas tidak bahaya Posted: 04 Mar 2012 10:51 PM PST 12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isu Lynas adalah tidak munasabah dan membingungkan rakyat. Menurut Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, kenyataan Najib mahu memindahkan bahan sisa (waste disposal) Kilang Lynas dari Gebeng adalah tidak berbaloi kerana ia tetap menjadikan negara ini sebagai tempat pembuangan sisa toksid negara-negara maju. "Selain Najib mengatakan akan memindahkan lokasi pembuangan sisa ke tempat lain, beliau turut memberitahu bahawa sisa tersebut tidak merbahaya. "Sekiranya tidak merbahaya kenapa perlu memindahkan tempat pembuangan sisa tersebut, ini amat mengelirukan rakyat," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini. Katanya lagi, kerajaan sememangnya mengetahui akan bahaya dan kemudharatan sisa toksid dari Kilang Lynas. "PAS Malaysia merasakan ia hanyalah kenyataan retorik politik semata-mata untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan keputusan tanpa mengendahkan keselamatan rakyat. "PAS memohon agar kerajaan tidak mengganggu kehidupan rakyat Malaysia dengan projek yang berisiko tinggi terhadap kesihatan, nyawa serta alam sekitar," katanya. Zulkefly berpendapat Australia merupakan sebuah negara yang luas serta kawasan lapang dan gurun yang sesuai untuk projek berisiko tinggi itu. "Kita berpendirian agar kerajaan menghantar balik sisa tersebut ke Australia dan bukan ke mana-mana lokasi di Malaysia. "Selain itu kita juga menegaskan bahawa rakyat mahukan Kilang Lynas ini keluar dari Malaysia, dalam pada itu PAS akan terus memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat dari kerakusan kapitalis dan penyalahgunaan kuasa ahli politik," sambungnya. Beliau yang turut menyatakan jika kerajaan masih meneruskan operasi Lynas, satu Himpunan Hijau 3.0 akan diadakan. Selain itu juga beliau memberitahu, pendedahan akan dilakukan bagi memberitahu siapa yang sebenarnya di belakang projek Lynas itu sehinggakan kerajaan masih lagi mempertahankan pembinaan loji tersebut. "Kita menyarankan kepada Najib agar lebih bertanggungjawab, isu Lynas ini menggambarkan kepimpinan yang tidak mengendahkan suara rakyat serta masa depan mereka dan negara," katanya. Harakah Daily |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan