Link Malaysiakini: 
http://www.malaysiakini.com/news/189406Campak Buku Jingga ke tong sampah hina demokrasi
YB Datuk Ahmad Maslan,
Saya  bukanlah peneroka Felda, mahupun anak kepada peneroka Felda. Walau  bagaimanapun, sepanjang kehidupan saya semenjak bersekolah menengah lagi  saya sudah berkawan dengan anak-anak Felda serta mempunyai keluarga  angkat di kawasan Felda.
Kebetulan pula handai taulan saya juga  ada yang menjadi peneroka, maka saya saya kira, warga Felda bukanlah  golongan yang asing di dalam hidup saya.
 Datuk,  seperkara yang saya pelajari mengenai warga Felda ialah budi pekerti  dan juga sikap beragama mereka, terutamanya para peneroka Felda  berketurunan Jawa di selatan tanah air. Cukup jika saya katakan bahawa  warga Felda kebanyakannya merupakan kelompok masyarakat yang berbudi  bahasa, beragama dan juga berjiwa kental, terutamanya dari generasi  pertama yang saya kenali.

Bagi generasi kedua dan ketiga pula,  mereka merupakan golongan yang gigih. Anak-anak peneroka kini  sesetengahnya merupakan golongan profesional dari kalangan doktor,  peguam, pensyarah, jurutera, arkitek, pengarah-pengarah besar syarikat  dan juga bermacam lagi profesion yang mencerminkan kejayaan mereka.
Hatta  di kalangan mereka yang mengambil keputusan menetap di Felda dan  meneruskan usaha generasi pertama juga, saya dapati mereka begitu tekun,  gigih dan amat berdedikasi. Semua ini saya kira berkat jerih payah  generasi pertama Felda yang begitu bersungguh-sungguh mendidik dan  membesarkan anak-anak mereka agar menjadi manusia yang berguna.
 Datuk,  sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan warga yang cintakan negaranya,  kita semua inginkan segala yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia  dari segenap lapisan masyarakat. Sebagai penduduk bumi bertuah bernama  Malaysia, kita mahukan hasil mahsul dan juga kekayaan di bumi bertuah  ini dikecapi bersama oleh warga dari semua bangsa dan agama.

Adab dan moral
Selain  daripada itu, kita juga mahukan kerukunan di antara bangsa dan agama  berterusan agar keamanan yang kita nikmati akan berterusan. Demi untuk  memastikan apa yang kita kecapi itu berterusan, maka adab, moral dan  juga tahap profesionalisme di dalam tatakelola perlulah ditingkatkan  oleh semua lapisan masyarakat.
Nikmat kemajuan dan keamanan yang  kita kecapi selama ini bukanlah hasil usaha sesetengah pihak tertentu  sahaja, tetapi ianya adalah usaha bersepadu rakyat Malaysia yang penuh  dengan kesopanan dan juga budi bahasa serta saling hormat menghormati.
Mana-mana  pengkaji politik akan bersetuju bahawa di zaman ini, pengamalan  demokrasi yang tulen, benar dan adil (sebagaizeitgeist) adalah di antara  penyumbang kepada kestablian negara, keadilan, kemakmuran ekonomi dan  kesejahteraan rakyat. Di samping itu, seakan satu persetujuan ramai  (ijmak), terutamanya di kalangan pakar politik dan ekonomi bahawa  tatakelola yang baik (good governance) juga merupakan resipi yang  penting untuk kestabilan dan pembangunan. Malah Tun Mahathir sendiri  menegaskan hal ini di dalam ucaptamanya di Multaqa Kesembilan Al-Muntada  Al-Islami 2012 di Putrajaya baru-baru ini.
 Demokrasi  yang adil dan tulen yang diikuti oleh prinsip asas tatakelola yang baik  seperti akauntabiliti, ketelusan, keluhuran undang-undang, pemisahan  kuasa, penyertaan rakyat yang aktif, ekuiti, efisien dan juga lain-lain  lagi, merupakan di antara metod untuk memandu Malaysia ke hadapan untuk  mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seperti yang diidamkan oleh  ramai rakyat Malaysia.

Sekat kebebasan maklumat
Di  antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah  kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Demokrasi bukan hanya  bermaksud mengadakan pilihanraya setiap empat atau lima tahun dan semua  pihak dibenarkan bertanding sahaja.
Demokrasi yang tulen dan adil  memerlukan kepada kebebasan maklumat kepada setiap warga untuk mereka  membuat pilihan yang tepat. Di atas dasar itulah, konsep political  pluralism (kepelbagaian politik) mestilah berteraskan prinsip kebebasan  politik dengan kewujudan parti-parti politik yang bersaing untuk  memerintah dan mentadbir negara.
Semua parti, dan tidak  terkecuali mana-mana parti yang bertanding pun, hendaklah memiliki ruang  dan peluang yang adil dan saksama untuk menyampaikan maklumat kepada  setiap warga.
 Demi  mencapai prinsip yang adil ini, ia memerlukan kepada kebebasan maklumat  dan kebebasan bersuara sebagai asas berpolitik demi kebaikan warga agar  mereka menerima maklumat yang tepat, sahih dan seimbang dari semua  pihak sebelum mereka mengundi sesiapa yang mereka inginkan untuk  memerintah negara.

Hal ini adalah maklum dan perkara paling asas  di dalam sesebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, ia bukanlah sains  roket yang sukar dikuasai.
Maka, berdasarkan prinsip ini, 'Buku  Jingga' yang telah dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekaligus  sebagai tawaran pihak Pakatan merupakan sebahagian daripada pengamalan  demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik.
Arab Spring
Berteraskan  konsep demokrasi yang sihat, dokumen tersebut merupakan salah satu  daripada maklumat yang perlu diketahui oleh setiap warga. Dokumen  tersebut amat perlu untuk rakyat membandingkan tawaran pihak Pakatan  dengan tawaran yang pihak BN berikan untuk mereka membuat keputusan di  dalam PRU 13 nanti demi menentukan masa depan negara.
 Berdasarkan  maklumat yang cukup dari kedua-dua belah pihak, barulah rakyat Malaysia  boleh membuat pilihan yang tepat dan bijaksana serta adil. Inilah yang  dinamakan sebagai demokrasi yang tulen, ini jugalah namanya politik yang  matang dan bertamadun.

Setiap warga dihargai akal dan pilihan  mereka. Terserahlah pada rakyat untuk menerima ataupun menolak tawaran  dari mana-mana pihak berdasarkan akal sihat dan pertimbangan bernas yang  mereka miliki. Mana-mana rejim yang menyekat kebebasan maklumat dan  juga menghadkan pengetahuan rakyat dari mendengar dari semua pihak hanya  mencerminkan kecacatan pada sistem demokrasi yang diamalkan.
Sistem  yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat  yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy).  Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat ditahap mentaliti yang  rendah.
Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak  rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan  rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat  sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak  memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan  politik dunia ketiga.
 Pengamalan  seumpama ini dapat dilihat pada pengamalan rejim-rejim yang pernah  berkuasa di Asia barat, negara-negara Afrika dan juga negara-negara  komunis. 'Arab Spring' yang berlaku semenjak tahun 2010 telah  menunjukkan bahawa sistem dan pengamalan seperti ini adalah silap.

Malang  sekali, apabila Datuk sebagai seorang menteri, tidak dapat menghayati  konsep politik bertamadun seperti ini. Perbuatan Datuk membuang  manifesto Pakatan ke dalam tong sampah di dalam satu acara umum dan  terbuka adalah perbuatan menghina konsep political pluralism yang  menjadi rukun kepada sistem demokrasi yang adil.
Salahi aspirasi PM
Tindakan  membuang manifesto parti lawan itu juga merupakan satu penghinaan  kepada ide atau tawaran kepada rakyat oleh para pemimpin Pakatan yang  rata-ratanya merupakan penggubal undang-undang (ahli parlimen) yang  telah dipilih oleh rakyat. Secara moral, ini merupakan penghinaan  terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara ini.
Tambah  lagi, ia amat menyalahi aspirasi yang cuba dibawa oleh YAB Perdana  Menteri lewat ucapan beliau menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16  September 2011 yang lalu yang inginkan suasana politik berteraskan  demokrasi setaraf dengan negara membangun.
 Perbuatan  itu juga seakan-akan ingin menjadikan Malaysia setaraf dengan  negara-negara mundur di dalam berpolitik. Cukup juga saya katakan,  perbuatan tersebut mengundurkan Malaysia dua puluh tahun ke belakang  dari usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Di  samping itu, perbuatan tersebut seolah-olah merupakan penghinaan secara  tidak langsung kepada sistem pendidikan negara ini semenjak merdeka  yang gagal melahirkan para pemimpin dan menteri yang bertamadun, bertata  susila dan bermoral.
Sekali lagi saya tegaskan, perbuatan tidak  bertamadun itu juga telah memperlekeh mentaliti warga Felda, seolah-olah  warga Felda hanya layak memahami bahasa bakul sampah dan bukannya  bahasa dialog dan hujah.
Anugerah penyapu
Perbuatan  Datuk itu di sudut yang lain pula telah mencemarkan sikap kesopanan  warga Felda dengan memaksa mereka menyaksikan perbuatan di luar adab dan  tatakesusilaan orang timur dan masyarakat Islam.
Di sudut yang  lain, Datuk juga telah memberikan isyarat seolah-olah mereka tidak boleh  berfikir sehinggakan Datuk tidak bersedia berdebat atau berdialog  dengan pihak Pakatan dan ANAK di media terbuka di hadapan warga Felda  unutk mereka berfikir dan membuat keputusan. Datuk tersilap di dalam hal  ini.
 Walaupun  mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk  beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina. Saya  berkeyakinan tinggi bahawa warga Felda sudah matang, boleh berfikir dan  mampu untuk menilai. Tolonglah berhadapan dengan mereka dengan memandang  mereka setaraf dengan Datuk dan bukannya lebih rendah dari Datuk.

Saya  yakin Datuk masih ingat insiden Datuk Seri Khir Toyo memberikan penyapu  kepada pegawai kerajaan negeri Selangor. Secara umum, masyarakat,  samada yang menyokong BN mahupun yang menyokong Pakatan melihat ianya  merupakan satu penghinaan dan bertentangan dengan tatasusila dan adab  orang timur, apatah lagi orang Islam. Maka hasilnya, Khir Toyo telah  disapu dari takhtanya, dan kini sedang menantikan penentuan nasibnya di  atas tuduhan rasuah.
Saya kira, Datuk juga tidak mahu hal yang  sama menimpa diri Datuk pada PRU ke-13 nanti. Datuk pastinya tidak mahu  diri Datuk dan juga parti Datuk dibakul sampahkan oleh rakyat yang telah  matang dan mampu berfikir, sepertimana yang berlaku kepada Datuk Seri  Khir Toyo.
Ahli politik bertamadun
Maka, di  atas semangat warga yang sedar dan juga ahli akademik yang  bertanggungjawab, saya menyeru agar Datuk bersikap dengan sikap 'ahli  politik bertamadun' lantas bersedia untuk berdialog dengan wakil ANAK  ataupun wakil Pakatan mengenai isu Felda.
 Mungkin  Datuk boleh mempelajari dari sikap berani pemimpin Umno yang lain  seperti YB Khairy Jamaludin, YB Datuk Saifuddin Abdullah, YB Datuk  Mashita dan juga Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak gentar untuk  berada di atas pentas dialog dan debat bersama pihak lawan.

Seperti  yang saya tegaskan di awal surat ini, bagi warga yang bertanggungjawab  seperti saya, kami hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.  Saya yakin, warga Felda dan sekelian rakyat Malaysia akan sentiasa  mengenang Datuk sebagai pemimpin politik yang berintegriti dan  berdedikasi jika Datuk benar-benar boleh bersikap 'gentleman' dan berani  untuk mengemukakan hujah yang bernas di hadapan pihak lawan di atas  'level playing field'.
Jika Datuk beradab, berani dan bertamadun,  Datuk akan terus dikenang sepanjang zaman bukan hanya oleh warga Felda,  malah oleh seluruh rakyat Malaysia…
Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan