Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Kisah Pelarian Islam 20 Feb 2012 di Seremban
- Bagaimana boleh satu isi rumah dapat 2 kali RM500 BR1M?
- Graduan TESL Tajaan KPM Tiada Penempatan Setelah Lapan Tahun
Kisah Pelarian Islam 20 Feb 2012 di Seremban Posted: 16 Feb 2012 07:08 PM PST KISAH PELARIAN ROHINGYA "Umat Islam Tanpa Negara" Bersama Ustaz Mahmud Ayaz (Wakil Arakan Rohingya Network/ Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Muslim Rohingya) Tarikh : 20 Februari 2012, ISNIN Masa : 7:30 mlm Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban Maklumat Lanjut hubungi Sdr Suhaire Sulaiman (010-5492867) , Sekretariat CIMMA Kutipan derma akan dilancarkan untuk membantu Ustaz Mahmud Ayaz yang sekarang ini mengurus sebuah Madrasah Anak Yatim Rohingya (Umat Islam Tanpa Negara) ************ Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada? Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian. Kisah selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia. Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara. Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak. Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang "Burma Citizenship Law of 1982". |
Bagaimana boleh satu isi rumah dapat 2 kali RM500 BR1M? Posted: 16 Feb 2012 06:42 PM PST Akhbar NST melaporkan satu keluarga nelayan telah mendapat dua kali bantuan RM500 BR1M. Walau bagaiamanpun pasangan keluarga tersebut Awangku Ludin Pengiran Jini dan isteri beliau Rainie Ali, telah memulangkan satu dari bantuan tersebut, kerana Awangku Ludin tidak menyedari sebelum ini isteri beliau juga telah mengisi borang permohonan BR1M tersebut, yang akhirnya kedua-dua permohonan telah diluluskan. Ini menunjukkan terdapat banyak kelemahan dalam pemprosesan permohonan BR1M dan pengagihan BR1M tersebut. Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan kemungkinan seseorang yang mendapat baucer RM500 BR1M ini boleh mendapat lebih dari dua kali baucer tersebut apabila agihan dibuat secara manual seperti yang dilaporkan di http://www.maarofkassim.com/2012/02/menerima-br1m.html Juga artikel saya sebelum ini : Luahan penyokong kerajaan isu bantuan RM500 BR1M di http://waghih.blogspot.com/2012/02/luahan-penyokong-kerajaan-isu-bantuan.html Fisherman returns one BR1M voucher 17 February 2012 , KUCHING: A fisherman and his wife are now a celebrated couple in the northern district of Lawas, in Sarawak for their honesty. Awangku Ludin Pengiran Jini and wife, Rainie Ali, were the talk of the town after the former returned the RM500 he received from 1Malaysia People's Aid because he felt he did not deserve it. The couple applied for the assistance separately without each other's knowledge. "We didn't realise that both of us had applied for the aid. In the end, both our applications were approved and we want to return one," Awangku Ludin said. http://www.nst.com.my/local/general/fisherman-returns-one-br1m-voucher-1.47891 |
Graduan TESL Tajaan KPM Tiada Penempatan Setelah Lapan Tahun Posted: 16 Feb 2012 06:41 PM PST Aduan Rakyat.COM 16 Feb 2012 - Saya adalah graduan B.Ed(Hons) TESL dari UiTM S.Alam 2004. Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat penempatan. Saya telah banyak kali telah menghubungi pihak Kementerian, berhubung masalah saya tetapi kecewa dengan sikap para pekerja yang hanya melepaskan tangan. Panggilan telefon saya disambung ke bahagian demi bahagian dan akhirnya saya dapat bercakap dengan salah seorang pagawai. Pegawai tersebut meminta butir2 diri saya untuk disemak. Kemudian pegawai tersebut menyatakan nama saya telah tercicir, menyebabkan tiada penempatan buat saya. ( Nota : Bila dah habis baca luahan ini sila baca artikel 1Malaysia, Guru Amerika Diutamakan, Guru Tempatan Dipinggirkan di http://amkns.blogspot.com/2011/11/1malaysia-guru-amerika-diutamakan-guru.html ) Saya telah diminta untuk membuat surat rayuan. Saya menghantar surat rayuan dan telah mendapat maklum balas menyatakan surat saya telah diterima dan akan diproses. Setelah itu, saya dipanggil untuk temuduga. Saya keliru, kenapa saya perlu melalui proses sebegitu memandangkan di dalam kontrak jelas bahawa saya akan ditempatkan untuk mengajar sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Saya bersabar dan hanya mengikut 'protokol' yang ditetapkan. Namun, setelah melalui proses yang disifatkan 'tak relevan' itu, saya tidak juga mendapat sebarang maklumbalas. Saya yang terpaksa mencari sesuap nasi terpaksa bekerja dengan syarikat swasta dengan jawatan yang tidak seberapa. Saya telah menjadi pensyarah di kolej swasta tempatan, namun masih dibelenggu persoalan tentang nasib saya di Kementerian. Saya malah telah pergi berjumpa dengan pegawai di kementerian Putrajaya untuk menjelaskan kedudukan saya. Saya diminta menyerahkan dokumen2 untuk 'tindakan lanjut' namun masih menemui jalan buntu. Saya terikat dengan waktu kerja dan saya tidak mampu untuk memperuntukkan terlalu banyak masa untuk berulang alik ke kementerian kerana setiap jawapan yang saya dapat hanya lah mengecewakan dan saya tidak mahu membuang masa,tenaga dan wang. Saya meneruskan perkhidmatan di kolej swasta kerana saya terpaksa menanggung adik2 saya yang masih belajar serta ayah saya yang sakit. Yang menjadi persoalan sekarang ialah, sudah lebih kurang 8 tahun saya tidak dapat menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan terpaksa menanggung hidup yang sukar. Tetapi pada awal tahun 2011, ketika saya berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah di Melaka, tiba2 saya didatangi surat menyatakan saya telah melanggar kontrak dan diminta untuk membayar balik rm52,000.00 atas sebab tersebut. Saya begitu terkejut dan sedih dengan surat tersebut. Saya akhirnya menghubungi pegawai tersebut (tahun 2011) dan diminta untuk menghantar surat tunjuk sebab. Saya tertekan kerana saya seolah-olah melanggar peraturan. Saya menghantar surat tersebut. Setelah beberapa minggu, saya hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai KPM dan dimaklumkan bahawa saya diberi pelepasan berkhidmat dan juga tidak perlu membayar rm52 ribu. Saya pernah meminta pelepasan dari berkhidmat dan pengecualian dari membuat pembayaran tersebut tetapi masih berasakan saya telah menanggung rugi dan tekanan hidup. Lapan tahun adalah satu jangkamasa yang terlalu lama untuk saya. Saya berasa terpinggir, sedangkan ramai lagi yang diserapkan untuk menjadi guru dengan jalan mudah, selain menambil tenaga pengajar dari luar untuk Bahasa Inggeris, padahal saya lebih berhak. Pihak KPM seolah-olah tidak memahami kesulitan saya. Sehingga sekarang sukar untuk saya menerima hakikat nasib diri yang tidak menentu penangan dari 'kesilapan teknikal' pihak berwajib. Jika dihitung, saya sepatutnya telah pun menjadi guru senior sekarang dan sedang menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan mungkin telah dapat mengajar di negeri yang saya pohon. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mendapatkan gaji dan penempatan yang setimpal dengan kerugian yang saya alami setelah sekian lama. Sekiranya saya diperlukan untuk berkhidmat sebagai guru, saya harap saya tidak akan dikategorikan sebagai 'guru baru' yang mana saya perlu bermula dari bawah, dengan gaji permulaan. Saya telah menimba pengalaman sebagai pensyarah dan saya berbesar hati sekiranya saya ditawarkan jawatan yang setaraf dengan pengalaman saya, tetapi KPM menolak hasrat saya. Alasan untuk 'kes akan dipanjangkan' atau 'perlu tunggu mesyuarat' benar2 memberi saya tempoh yang sukar, kerana saya sudah hidup susah selama LAPAN tahun. Saya sudah tidak tahu bagaimana dan pada siapa lagi harus saya mengadu. Sudah banyak kali rakan2 bahkan pihak PPD sendiri menasihatkan saya untuk mendedahkan isu ini kepada pihak media,namun saya tidak berbuat demikian,kerana ingin menjaga nama baik KPM. Saya ingin membuat tuntutan gantirugi tetapi takut kerana ini adalah badan kerajaan. By: Zuraila http://www.aduanrakyat.com.my/graduan-tesl-tajaan-kpm-tiada-penempatan-setelah-lapan-tahun |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan