MOHD FIRDAUS JAAFAR |
Cukuplah dengan pengalaman logo halal Posted: 16 Feb 2012 05:46 AM PST Kerajaan Umno/BN semakin dilihat hilang kewarasan dalam mentadbir Malaysia dengan mula bertindak yang 'bukan-bukan'. Bermula dengan mengubal undang-undang yang menekan rakyat sehinggalah kepada kenyataan yang boleh menimbulkan huru-hara. Itu belum lagi diambil kira dengan perlaksanaan undang-undang yang hanya mengikut 'sedap tekak'. Yang terbaru apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengeluarkan kenyataan bahawa pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajibkan memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan. Berapa banyak pengilang-pengilang yang akan terlibat di dalam perlaksanaan ini dengan mengambil kira kos yang perlu mereka tanggung dek kerana arahan yang dilihat tergesa-gesa, walaupun beliau menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut. Apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya para pengilang sudah pun menyimpan stok 'label' produk mereka dalam tempoh yang panjang. Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo 1Malaysia? Perlaksaaan ini juga boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah ini. Cukuplah logo 'Halal' sebagai contoh. Jadi apakah kerajaan boleh 'mendabik dada' dalam memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil? Barang-barang yang diwartakan pula semuanya barang kawalan yang sepatutnya rakyat menikmatinya dengan harga yang murah namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa ianya mesti bersyarat? Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1Malaysia. Bukankah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umumnya tahu bagaimana dengan perangai pimpinan Umno/BN yang 'rajin' menukar tagline mengikut citarasa tersendiri. Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS) menasihati kerajaan, janganlah cuba untuk menjadi ibarat 'berhala moden' yang perlu 'disembah' untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi jadilah sebuah kerajaan yang sepatutnya sudah matang sekiranya 57 tahun memerintah dijadikan ukuran. Rakyat sudah boleh menilai. Rakyat kini hidup di zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan. Jalankanlah tanggungjawab dengan jujur,adil dan amanah sebelum 'menyerahkan' tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke 13 nanti. Mohd Firdaus Jaafar |
You are subscribed to email updates from MOHD FIRDAUS JAAFAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan