:: cina islam | 2011 :: |
- 4 tahun hidup di katil
- Polis Berkas 11 Anggota Geng Curi Motosikal
- Penjenayah tumpu internet
- Anwar jawab Tohmahan berhubung Isu Israel
- Garis Panduan Fiqh Interaksi perlu disegera
- Wanita maut, anak angkat cedera parah dalam kejadian amuk di Alor Setar
- Umat Islam jangan pandang ringan pilih pemimpin
- Rokok meletup dalam mulut
- ABU Bukan Anti Melayu
- MB: Dasar Terbuka Punca Pelaburan Selangor Meningkat
- Stadium runtuh: PAS perbaharui laporan kepada SPRM
- Yayasan Taqwa: PAS Desak Jamil Khir Jawab Isu Zakat Tidak Jelas Atau Letak Jawatan
- Mangsa radiasi Perak sokong himpunan anti-Lynas
- Pemberontak Syria tolak tawaran
- Yahudi sasaran bom Iran
- Isteri Muhyiddin shopping sakan di KLCC?
- Lelaki ditemui mati di bawah jambatan muara Sungai Melaka
- Singapura nafi laporan cubaan bunuh menteri Israel
- Pondok tol runtuh dirempuh treler
- Bapa kejam dipenjara
- Skim 1Care for 1Malaysia abai rakyat miskin
- KDN lupus al-Quran hanyut
- DAP: K'jaan manipulasi undang-undang untuk 'halal' hutang
- Lesap selepas bersalin dalam tandas hospital
- Iran umum kemajuan projek nuklear
Posted: 17 Feb 2012 01:00 AM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ANTARA menu harian Brenda ialah pizza, enam botol air berkarbonat dan coklat. LONDON: Brenda Flanagan-Davies kini menjadi wanita paling gemuk di Britain dan masalah itu menyebabkan dia tidak pernah meninggalkan rumahnya sejak empat tahun lalu. Di kediaman yang dibiayai pembayar cukai itu, Brenda, 43, juga tidak pernah sekali pun duduk di ruang tamu kerana dengan berat 254 kilogram, dia tidak mampu berjalan dari katil ke situ. Berasal dari Gateshead, Brenda kini menjadi wanita paling berat di Britain disahkan selepas kematian Sharon Mevsimler pada 2010. Ketika meninggal dunia, berat Sharon ialah 286 kilogram. Media semalam melaporkan, Brenda memakan lebih 6,000 kalori sehari, termasuk sembilan bar coklat dan tiga liter minuman berkarbonat. Jumlah kalori yang disarankan bagi wanita dewasa hanya 2,000. Saiz badan yang besar melampau itu memaksa Brenda terperap di katil dan disebabkan ketagihannya untuk makan, sebuah peti sejuk padat berisi coklat dan minuman ringan ditempatkan di sebelahnya. Kini, Brenda merayu bantuan selepas doktor memberinya amaran supaya mengubah sikap atau berdepan dengan maut dalam waktu terdekat. Kata Brenda, dia menghabiskan masanya di atas katil semata-mata. "Tetapi itu bukanlah hidup sebenar," katanya. Menurut Brenda, dia mencuba pelbagai disiplin pemakanan tetapi ia tetap gagal menghalangnya untuk makan. "Saya tak mampu berjalan ke bilik mandi yang terletak hanya enam meter dari katil tanpa tercungap-cungap," katanya. Menyedari serba terbatas, Brenda berkata, dia benci hidup begitu dan bercadang mahukan anak sementara masih mampu. Masalahnya, kata Brenda, dia tidak cukup sihat untuk hamil. Pemeriksaan doktor mendapati, tabiat pemakanan Brenda mengancam nyawanya kerana berat badan bekas pembantu kedai itu menekan pelbagai organ dalamannya. "Bagaimanapun, saya mahu makan terus-terusan dan tak mampu melawan ketagihan itu. Saya perlukan bantuan," katanya. Brenda dimaklumkan, jantungnya begitu terbeban dan amat berisiko untuk dibedah. Kata Brenda, dia tidak mahu mengalami nasib sama seperti Sharon - ibu kepada empat anak - yang meninggal dunia hanya 13 bulan selepas menjalani pembedahan mengikat saluran perut. Kini, katanya, dia terlalu takut untuk keluar rumah kerana bimbang terjatuh dan tidak mampu berdiri semula. "Saya juga sukar untuk keluar masuk kereta, sentiasa bimbang jika kerusi tempat saya duduk akan patah dan terasa sangat malu apabila semua orang memandang," katanya. - DM |
Polis Berkas 11 Anggota Geng Curi Motosikal Posted: 17 Feb 2012 12:50 AM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BALIK PULAU: Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang bergerak aktif di Daerah Barat Daya dengan memberkas 10 anggota golongan remaja itu Isnin lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata kesemua mereka yang berusia antara 15 dan 19 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar. Bercakap pada pemberita di sini Khamis, beliau berkata, polis pada mulanya menahan seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan itu di sebuah bengkel motosikal miliknya sebelum menahan sembilan lagi anggota kumpulannya. Beliau berkata, dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Lejang itu, polis turut merampas tujuh motosikal pelbagai jenis, satu enjin, 10 rangka motosikal dan lebih 12 set pelbagai komponen motosikal. Lai berkata, kumpulan itu dipercayai menjalankan kegiatan mencuri motosikal di kawasan daerah Barat Daya sejak tiga bulan lepas dan menjual alat ganti di bengkel itu. Beliau berkata, dengan tangkapan anggota kumpulan terbabit polis yakin dapat menyelesaikan 17 kes curi motosikal yang dilaporkan di sekitar daerah Barat Daya. - BERNAMA |
Posted: 17 Feb 2012 12:40 AM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Pelayar siber mudah jadi mangsa penipuan jika dedah maklumat peribadi IPOH: Sikap pengguna internet yang kurang berhati-hati, tamak, mudah percaya terhadap apa yang dipaparkan di internet serta suka memaparkan segala maklumat peribadi dan rahsia diri di laman sosial antara faktor menyebabkan kes penipuan siber terus meningkat di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Datuk Husin Jazri, berkata alam siber kini membuka ruang besar kepada penjenayah kerana capaian internet yang luas dan melepasi sempadan. Jika dulu serangan komputer membabitkan aspek teknikal seperti serangan virus, tetapi kebanyakan serangan komputer sekarang babitkan manusia yang manipulasi elemen tamak, kurang kesedaran, takut dan mudah percaya. - Husin Jazri, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Katanya, kajian pihaknya baru-baru ini mendapati daripada lima e-mel yang diterima oleh seseorang individu di negara ini, satu daripadanya berpotensi mempunyai unsur penipuan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna internet supaya bersikap kritikal terhadap apa saja yang diterima menerusi e-mel atau dipaparkan dalam siber. "Gunalah teknologi canggih apa pun (untuk mengekang jenayah penipuan internet), ia hanya boleh jadi alat pembantu saja, tetapi lebih penting ialah pendidikan iaitu mengetahui bagaimana cara seseorang itu menipu bagi mengelakkan kita daripada ditipu di alam siber," katanya selepas perasmian sambutan Safer Internet Day anjuran CyberSecurity Malaysia di sini, semalam. Perasmian program tahunan kali ketiga yang pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohd Zahir Khalid. Husin berkata, sepanjang bulan lalu, 954 insiden keselamatan siber dilaporkan oleh pengguna internet ke Pusat Bantuan Cyber999 CyberSecurity Malaysia dengan kes penipuan paling banyak dilaporkan iaitu 492 kes, diikuti pencerobohan, spam, kod berbahaya dan gangguan. Katanya, daripada 492 kes penipuan, 346 kes membabitkan phising atau mencuri maklumat kata laluan bagi memasuki data maklumat peribadi seseorang. Beliau berkata, ini termasuk akaun bank, diikuti 45 kes Nigerian scam iaitu kononnya mewarisi harta yang banyak dan ingin diserahkan kepada bakal mangsa dengan syarat dikenakan bayaran dengan kadar peratusan tertentu. "Kes penipuan siber di negara ini dijangka terus meningkat berikutan jangkaan pertambahan pengguna internet terutama di kalangan mereka yang kurang berhati-hati, tamak, mudah percaya terhadap apa yang dipaparkan di internet serta suka memaparkan segala maklumat peribadi dan rahsia diri di laman sosial," katanya. Husin berkata, jika dulu serangan komputer membabitkan aspek teknikal seperti serangan virus, tetapi kebanyakan serangan dalam komputer sekarang membabitkan manusia yang memanipulasi elemen tamak, kurang kesedaran atau tidak tahu, takut dan mudah percaya. Katanya, penjenayah siber buat penyelidikan dulu, sama seperti kaedah untuk menarik orang menjadi keldai dadah, dia bukan lakukan dalam satu hari, kadang kala dua hingga tiga tahun bagi mangsa jatuh cinta dan mempunyai kepercayaan tinggi terhadap mereka sebelum mula memasang perangkap. "Lebih membimbangkan apabila daripada 26 kes gangguan siber dilaporkan, 21 kes membabitkan perbuatan membuli dengan sebahagian besarnya adalah pelajar sekolah yang membuli sesama rakan persekolahan atau guru mereka. Selebihnya tiga kes mengintip dan masing-masing satu kes gangguan perkauman dan seksual," katanya. berita harian/- |
Anwar jawab Tohmahan berhubung Isu Israel Posted: 17 Feb 2012 12:30 AM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tohmahan dari pemimpin Umno/BN berhubung isu Israel merupakan putar belit yang sengaja dilakukan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan menjalin hubungan baik dengan negara zionis tersebut. Menurut Anwar, Menteri Pertahanan, Datuk Zaid Hamidi juga pernah bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Begitu juga dengan pentadbiran Perdana Menteri juga telah melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Ketua Pembangkang itu juga berkata walaupun terdapat perbezaan pandangan dengan PAS berhubung isu tersebut namun kedua-dua parti tersebut mempunyai matlamat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur. Ikuti kenyataan penuh beliau 16hb Februari 2012 KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato' Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin . Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa: "This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can't keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security". Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama: "The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues-including borders, refugees, security and Jerusalem-are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel." Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat. Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin : "If Israel withdraws to the '67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people - what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them". Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin. Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel. Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan. Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu . Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro. Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin. Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi. Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan. Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin. Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin. Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin). ANWAR IBRAHIM KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT |
Garis Panduan Fiqh Interaksi perlu disegera Posted: 17 Feb 2012 12:25 AM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Menginsafi akan keadaan semasa yang semakin kompleks dengan isu-isu semasa berkaitan interaksi antara orang Islam dan bukan Islam, Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membangunkan sebuah Garis Panduan Fiqh Interaksi Orang Islam dan Bukan Islam di Malaysia. PUM berpandangan usaha untuk membangunkan Garis Panduan Fiqh Interaksi Orang Islam dan Bukan Islam di Malaysia yang menyeluruh dalam bidang ini adalah amat mustahak dan perlu dilakukan dengan segera sebagai manhaj dan jalan penyelesaian kepada isu-isu agama yang berbangkit dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Antara isu yang berbangkit di negara ini bukan setakat isu sambutan perayaan agama masyarakat majmuk tetapi mencakupi isu-isu lain dalam aspek hukum, sosial, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya. Sudah tentulah setelah diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Garis Panduan tersebut akan menjadi rujukan rasmi seluruh pihak dalam negara untuk menangani isu-isu yang menyentuh isu agama dan hubungan antara agama. PUM juga percaya dengan terbinanya dokumen lengkap ini, sudah tentulah masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tidak akan terkeliru dengan sebarang maklumat dan jawapan yang tidak mempunyai autoriti dalam agama Islam. Sebaliknya, pandangan yang telah dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam Garis Panduan tersebut akan menjadi pandangan rasmi negara. Selain itu, Garis Panduan tersebut juga akan menzahirkan agama Islam sebagai sebuah ajaran yang mempromosikan nilai keindahan Islam disamping nilai keadilan, kedamaian, perpaduan dan keharmonian. Dasar ini adalah selaras dengan firman Allah dalam surah al-Anbiyak ayat 107 dan surah al-Mumtahanah ayat 8:"dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" (Surah al-Anbiyak: 107) "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Mumtahanah:8) PUM mengambil maklum buat masa ini sudah ada beberapa Garis Panduan berkaitan yang telah dikeluarkan oleh Jakim seperti Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, walaubagaimanapun, PUM amat mengharapkan keseluruhan garis panduan dalam tema yang pelbagai ini disatukan dan diperbahaskan dengan lebih menyeluruh dan dikemaskini selaras dengan konteks semasa. PUM amat yakin dan percaya, Garis Panduan tersebut juga akan menjadi medium pengukuhan persefahaman di antara masyarakat Islam dan bukan Islam berteraskan nilai ilmu dan fakta. Berteraskan kepakaran yang ada, PUM bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Malaysia khususnya membantu pihak Jakim untuk memperincikan perkara-perkara yang berbangkit dalam isu yang dicadangkan ini. Sekian, terima kasih. Dr Mohd Roslan ialah Setiausaha Agung PUM. |
Wanita maut, anak angkat cedera parah dalam kejadian amuk di Alor Setar Posted: 17 Feb 2012 12:20 AM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 46 tahun maut manakala anak angkatnya cedera parah dipercayai akibat ditetak oleh bekas suaminya dalam kejadian amuk di rumah mereka di Taman Saga di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, Ung Siew Lin maut selepas cedera parah akibat ditetak di kepala dan beberapa anggota lain dengan parang oleh bekas suaminya di tempat letak kereta di depan rumahnya. metro/- |
Umat Islam jangan pandang ringan pilih pemimpin Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 17 Feb: Seluruh umat Islam digesa melibatkan diri dalam proses Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)yang bakal berlangsung dengan mendaftar sebagai pengundi dan terlibat secara agresif dalam kempen-kempen bagi memilih pemimpin yang baik menurut Islam. Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri (gambar) ketika memperkatakan tentang tuntutan agama untuk melibatkan diri dalam politik untuk memilih pemimpin yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. "Inilah yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w. secara ijma' dan sepakat sebaik kewafatan baginda s.a.w. pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awal. "Urusan pengkebumian Rasulullah s.a.w. telah ditangguhkan sehingga dua hari dua malam kerana mendahulukan urusan pemilihan Khalifah yang bakal menggantikan baginda s.a.w. sebagai pemimpin dan pemerintah negara Islam sehingga akhirnya terpilihnya sahabat Nabi s.a.w. bernama Abu Bakar r.a. sebagai Khalifah menggantikan baginda s.a.w.," kata beliau. Oleh itu, katanya ulama-ulama yang membicarakan tentang politik pemerintahan dalam Islam seperti Abu Ya'la al-Farra' (meninggal 458H) dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyyah menegaskan bahawa melantik khalifah dan pemerintah adalah satu kewajipan. Bahkan menurut beliau lagi, Imam Ahmad pengasas Mazhab Hambali menegaskan fitnah akan berlaku sekiranya tiadanya pemerintah menguruskan urusan manusia. Ujar beliau, atas dasar itulah umat Islam tidak boleh memandang ringan urusan pendaftaran sebagai pengundi yang melayakkan mereka memilih pemimpin dalam PRU13. "Kegagalan mendaftar sebagai pengundi bererti membiarkan orang lain menentukan siapakah pemerintah negara pada masa akan datang, akhirnya ia memberi kesan secara langsung kepada tertegaknya atau runtuhnya agama," tegas beliau. Justeru itu, katanya adalah sangat tidak wajar bagi orang beragama membiarkan urusan pemerintahan dikuasai oleh golongan yang jauh daripada agama hingga akhirnya membawa kepada kerosakan dalam pengurusan harta negara dengan polisi-polisi pemerintahan yang songsang dan menyeleweng daripada landasan Islam. Malah, ujarnya Nabi Yusof alaihissalam telah meminta untuk menjadi pengurus harta negara kerana kebimbangan ianya dikuasai oleh golongan yang rosak akhlak dan tidak berkelayakan sebagaimana tawaran baginda yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Yusof ayat 55 bermaksud: "Jadikan saya penjaga khazanah bumi kerana saya seorang pemegang amanah (hafiiz) lagi berilmu. Kata beliau, dalam keadaan dunia akhir zaman yang dipenuhi oleh golongan yang fasiq melanggar perintah Allah, orang-orang beragama perlu tampil menawarkan diri menjadi pemerintah untuk mengelakkan negara dikuasai oleh golongan yang rakus untuk menjadi pemerintah tetapi dalam masa yang sama mempunyai kerosakan akhlak dan perangai. harakahdaily/- |
Posted: 16 Feb 2012 11:50 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - FLORIDA - Seorang lelaki yang sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur. Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar. "Bateri di dalam rokok elektronik tersebut tiba-tiba meletup dan 'terbang' keluar, sekali gus menyebabkan kebakaran kecil di rumah saya," menurut Holoway. Sementara itu, Pengasas Bersama Persatuan Rokok Tembakau Wap Elektronik, Thomas Kiklas menafikan produk mereka mengalami masalah kerana ia direka selamat untuk pengguna. sinar harian/- |
Posted: 16 Feb 2012 11:45 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KOMENTAR 17 FEB :Secara umum, segalanya bermula pada tanggal 9 Disember 2011 apabila negara dikejutkan dengan sidang media serentak di seluruh negara. Sidang media yang membawa kepada pelancaran penting sebuah gerakan inisiatif rakyat - Gerakan ABU diperkenalkan dengan penjenamaan semula pada malam bersejarah 15 Disember 2011 di Taman Melewar. Asalkan Bukan Umno - sebuah gerakan berani yang tidak lagi berselindung dalam menyatakan pendiriannya betapa regim Umno itu harus ditumbangkan segera demi menyelamatkan negara ini. Rakyat yang punya rasa tanggungjawab wajar menyertai gerakan ABU bagi memastikan tiada ruang lagi buat Umno mengkhianati amanah rakyat dengan merompak khazanah kekayaan negara. Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa. ABU ialah penyatuan kuasa rakyat menentang Umno, menentang penyelewengan yang dilindungi, menentang rasuah yang dihalalkan, bukan untuk menentang mana-mana bangsa apatah lagi kepercayaan agama. ABU adalah trend melawan penindasan. Menentang Umno bukan bererti menentang melayu, malah orang melayu harus disedarkan bahawa di atas nama 'melayu' itu jugalah Umno meneruskan amalan pecah perintah yang diwarisinya dari penjajah untuk terus kekal berkuasa. Apakah anda semua mahu terus percaya kononnya Umno perjuang bangsa ketika nasib dan pencapaian melayu hari ini tidak sejauh mana? Anak melayu menjadi juara rempit di malam minggu, menjadi penghuni majoriti terbesar pusat serenti, kehancuran moral yang memperlihatkan banyak kes pembuangan bayi adalah terdiri dari anak melayu dan terkini, segelintir darinya pula hanyut diperkuda politik sempit Umno yang tergamak mengupah RM30 untuk menjadi samseng pengganggu majlis. Ini fakta, hakikat, hasil keputusan yang perlu ditelan walau pahit. Memasuki 55 tahun kemerdekaan, orang melayu kian ramai menghabiskan sisa hidup di perkarangan rumah pangsa, kejiranan yang kurang meyakinkan dengan kesesakkan tidak terkawal, hidup semakin melarat tanpa simpanan tetap (saving) yang menjurus kepada tekanan hidup. Segelintir yang kaya raya menunjuk-nunjuk aksi pembaziran di atas jurang kaya-miskin yang melebar, seterusnya mereka yang tidak berkemampuan cuba mengejar untuk bersaing mengecapi sedikit keselesaan lantas menghasilkan hutang yang tidak berpenghujung. Diburukkan lagi dengan kenaikkan harga barang tidak terkawal, semakin bulan semakin bertambah defesit perbelanjaan bulanan. Ini semua berkadar terus melonjak tekanan hidup, namun kebanyakkan dari kita hanya redho dalam pasrah dengan sifir syukur ada Umno. Sebaliknya tidak kita sedar kesakitan ditanggung rakyat negara ini jauh lebih perit dari kekejaman rejim Khmer Rouge Pol Pot yang membunuh rakyatnya secara pantas. Kerana dipercayai 'dibunuh secara perlahan' itu jauh lebih 'sakit' selain merosakkan nilai modal insan (menjadi hamba duit). Itulah nasib melayu. Tanahnya tergadai, pulaunya dipunggai, perigi minyak pula diserah kepada orang, rezab melayu telah hilang separuh atas nama pembangunan namun tidak diganti. Kampung Bharu legenda kampung terakhir melayu di tengah ibu kota pula dalam proses hilang hak jatidiri. Menteri-menteri Umno yang berbangsa melayu dan juga yang mengaku melayu pula telah membenarkan seluruh kabinet kerajaan Umno ditipu berbelas bilion, hanya kerana ditipu itu 'tidak salah' di sisi undang-undang. Ia cuma kelemahan pentadbiran, yang bakal berterusan selagi Umno berkuasa. Jangan dilupa doktor gigi berumah rasuah RM24juta sedang dalam rayuan untuk dilepaskan dan juga nasib menteri yang disahkan seleweng sedang dalam percutian. Bagaimana dengan isu komisyen separuh bilion pembelian kapal selam? Bila berlaku di kalangan rakyat itu disebut rasuah, tetapi bila berlaku di kalangan mereka yang kebal undang-undang, itu dinamakan komisyen, dinamakan salah tadbir dan bermacam kaedah untuk terus saling melindungi. Maka hadir slogan Hidup Melayu, selamatlah negara... dirompak! Masihkah anda rasa Umno perjuang bangsa? Atau petualang bangsa? Jika anda percaya Umno bukan perjuang melayu, maka sudah tiba masanya untuk anda tampil bersama dalam gerakan ABU tanpa meletakkan sentimen bangsa di depan sepertimana 'doktrin' separuh abad Umno legasi penjajah. Gerakan kesedaran ABU adalah gerakan anda, gerakan rakyat. Bukan soal bangsa! ABU juga adalah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka di puncak kuasa ketika tahap kepedulikan terhadap rakyat hanya bersifat retorik khususnya apabila tiba musim pilihanraya. Retorik rasuah pilihanraya harus segera ditolak dengan menjadikan maklumat sebagai hadaman dalam membuat penilaian. Justeru itu, gerakan ABU diteruskan dengan siri jelajah pentas ABU fasa seterusnya ke setiap pelusuk negara di parlimen terpilih. Telah dimaklum bahawa gerakan ABU tidak mempunyai struktur dan dikenalpasti sebagai 'leaderless movement' namun untuk tujuan kelancaran aktiviti, SAMM terpanggil sebagai antara penggerak utama atas kesedaran gerakan ABU bukan milik SAMM. Melepasi fasa 'pemanas badan' dalam beberapa aktiviti pengedaran risalah dan DVD kesedaran, forum serta program pelancaran ABU di beberapa negeri, roadshow ABU kini berada di landasan pecutan berkadar terus dengan usaha Umno yang cuba menutup saki-baki ruang demokrasi untuk tujuan penerangan khususnya ke ceruk 'kubu kuat' yang tak bermaklumat. Melihat sentimen ABU sebagai satu ancaman besar kepada survival Umno, mengakibatkan program ceramah sebelum ini di Jalan Kebun dan Kuala Sawah diganggu oleh samseng upahan bagi mengepung maklumat kesedaran. Namun ia tidak sesekali menggagalkan aspirasi gerakan ABU untuk terus menyampai maklumat dalam siri ceramah yang kini disusun lebih rapi. Harus diingat, ruang demokrasi yang sedikit ini, iaitu siri jelajah penerangan akan tetap dipertahankan dan rakyat yang dahaga maklumat juga harus menjadi lebih berani menuntut hak untuk mendapat maklumat selain meraikan demokrasi. Rakyat perlu berani untuk sekurang-kurangnya mencari bait-bait kebenaran yang acap kali dinafikan ke saluran media perdana. Ini sahajalah saluran yang kita ada - ceramah rakyat, pidato rakyat di pentas ABU! Ruang sedikit demokrasi yang kita ada, berbentuk ceramah rakyat, adalah milik mutlak rakyat dan wajib dipertahan. Turunlah dan hadam maklumat, mengapa 'Asalkan Bukan Umno'! Turun dengan berani! Nah, di bawah ini jadual roadshow untuk anda tunjukkan keberanian, keberanian bukan untuk berkelahi, tetapi keberanian untuk mendapatkan kebenaran. (Penulis adalah Pengarah Media SAMM dan nukilan ini adalah pandangan peribadi penulis) tv news/- |
MB: Dasar Terbuka Punca Pelaburan Selangor Meningkat Posted: 16 Feb 2012 11:30 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PETALING JAYA, 17 FEB - Selangor terus maju dan berjaya mengurangkan karenah birokrasi serta korupsi sejak berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan mencipta lebih banyak peluang perniagaan yang terbuka luas kepada semua peniaga tempatan mahupun asing. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, konsep pelaburan mesra yang diamalkan kerajaan Selangor dalam sektor perniagaan dilihat memberi kesan positif, malah berjaya menarik lebih ramai pelabur saban tahun. "Selangor sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada semua ahli perniagaan termasuk peniaga asing dan tempatan. Selangor adalah tempat terbaik untuk semua peniaga menjalankan perniagaan. Kerajaan negeri juga sedang dalam usaha membangunkan dan memberi tumpuan kepada industri perkhidmatan termasuk pelancongan dan kesihatan yang boleh diceburi oleh semua golongan perniagaan," katanya. Abdul Khalid berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam bersama Global India SMI/SME Forum and Networking Summit Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini malam tadi. Majlis makan malam itu adalah anjuran Persatuan Perdagangan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) bagi meraikan penglibatan mereka sebagai pelabur selama lapan dekad dalam sektor pembangunan ekonomi di Malaysia. Tambah Abdul Khalid, keadaan ekonomi yang berkembang pesat dan stabil di Selangor turut dipengaruhi oleh sokongan padu perniagaan SMI dan SME. Ujarnya, perniagaan kecil dan sederhana juga adalah antara penyumbang terbesar kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara atau negeri. "Justeru itu, syarikat-syarikat seperti KLSICCI perlu merangka sebuah program yang akan membuka pasaran luas dalam usaha untuk bersaing bersama pelabur lain terutama pelabur antarabangsa," jelasnya. tv news/- |
Stadium runtuh: PAS perbaharui laporan kepada SPRM Posted: 16 Feb 2012 11:25 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - (Mohd Nor, Dr Syed Azman dan Dr Alias dalam sidang media selepas membuat laporan kepada SPRM sekali lagi ekoran keruntuhan Stadium Sultan Mizan) KUALA TERENGGANU, 17 Feb: Kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh dan kecurian peralatan stadium tersebut yang bernilai RM50 juta adalah tragedi yang sangat-sangat memalukan rakyat negeri Terengganu. Oleh itu, tiga orang wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong telah memperbaharui laporan berkaitan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran 'tragedi' itu. "Persoalan besarnya bilakah baikpulih stadium itu akan dijalankan? Pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih tersebut? Berapakah kos sebenar baikpulih stadium itu? Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk baikpulih itu? "Adakah seluruh struktur stadium selamat digunakan? Dan siapakah yang 'dalang' yang bertanggungjawab terhadap kecuarian peralatan stadium itu?"soalnya. Beliau menegaskan, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu perlu memberi jawapan segera untuk pengetahuan seluruh rakyat Terengganu. Sehubungan itu, Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu pula berkata tragedi itu menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN) "Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, wlaupun ada jaga satu dua orang, stadiu itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan, "Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,"jelasnya. Beliau juga menempelak tindakan 'pendakwaan terpilih' yang hanya dibuat ke atas seorang juruteknik kerana menurutnya begitu banyak kesalahan yang berlaku dalam pembinaan stadium tersebut sebagaimana dilaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR). Menurutnya, dalam taklimat JKR kepada Jawatankuasa Kira-kira dan Kewangan Negara (PAC) punca-punca keruntuhan termasuk rekabentuk yang tidak memadai bagi menyokong struktur bumbung, salah jajaran geometri dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak pembinaan. Justeru, Dr Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri. Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia. "Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? ke hantu yang curi? "peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang,"katanya. Ketiga-tiga ADUN PAS tersebut berkata demikian dalam sidang media, selepas memperbaharui laporan 'tragedi' SSMZA di pejabat SPRM Kuala Terengganu pada Khamis 16 Februari. Tujuan laporan tersebut adalah meminta pihak SPRM menyiasat kejadian yang menimpa SSMZA sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang bertanggungjawab melakukan kesalahan dan penyelwengan tersebut ke muka pengadilan. Dr Syed Azman menyifatkan 'tragedi' SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada 'skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang meilbatkan pinjaman RM250 juta. "Memalukan….sangat-sangat memalukan kita sebagai rakyat Terengganu!,"tambahnya harakahdaily/- |
Yayasan Taqwa: PAS Desak Jamil Khir Jawab Isu Zakat Tidak Jelas Atau Letak Jawatan Posted: 16 Feb 2012 10:40 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS mendesak agar Yayasan Taqwa dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjawab beberapa persoalan tentang isu zakat yang disifatkan sebagai tidak jelas. Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, desakan itu dibuat kerana sehingga kini pihaknya masih tidak berpuas hati dengan jawapan umum yang diberikan. "Kami tak dapat terima. Apabila dipersoalkan beberapa perkara, MAIWP dan Yayasan Taqwa nampak semakin terperangkap," katanya pada satu sidang media, Jumaat. Perkara yang dipersoalkan termasuklah alasan 40 hingga 50 peratus duit zakat tidak secara langsung disalurkan ke asnaf dan jumlah RM23 juta yang dianggap banyak diberikan kepada golongan Amil. Kamaruzaman juga menuntut perincian perbelanjaan RM2 juta bagi belanja mengurus Yayasan Taqwa serta meminta agar akaun yayasan itu didedahkan. "Kenapa mereka berdiam diri dalam sesetengah perkara dan tak memberikan sebarang respons. Di mana hasil audit dalaman Yayasan Taqwa? "Ini melibatkan kepentingan umum, pembayar zakat dan seluruh umat Islam. Kami hanya minta perkara ini dibersih dan dijernihkan...itu saja," katanya. Menurut Kamaruzaman yang juga merupakan Pengarah Pasukan Petugas Zakat Dewan Pemuda PAS, pihaknya bertanggungjawab terhadap persoalan yang dibangkitkan dan mempunyai bukti kukuh. Justeru, Datuk Seri Jamil Khir dicabar meletakkan jawatan jika gagal menjawab persoalan dan mengemukakan bukti sehingga mampu membuatkan Dewan Pemuda PAS dan rakyat berpuas hati sebagai menepis dakwaan penyelewengan wang zakat. "Oleh itu kami mencabar Datuk Seri Jamil Khir bertanggungjawab sepenuhnya sebagai tanda pertanggungjawaban sekiranya kami mengemukakan bukti terhadap segala persoalan kami," tegasnya. Kamaruzaman mendakwa wujud eleman konflik kepentingan dan pelanggaran konsep urus-tadbir yang baik oleh Jamil Khir di atas kapasiti sebagai pengerusi Yayasan Taqwa dan pengerusi MAIWP sebagai entiti yang meluluskan permohonan. Dakwaan ini dibuat apabila Dewan Pemuda PAS sebelum ini mempersoalkan tindakan Jawatankuasa Baitulmal MAIWP meluluskan RM4 juta kepada Yayasan Taqwa pada 12 November 2011, sedangkan yayasan tersebut hanya memohon RM1 juta pada 17 September 2011. Menjawab persoalan tersebut, Yayasan Taqwa tampil memberi respons pantas dan menegaskan apa yang didakwa itu sebenarnya tidak berlaku sedemikian dan memberi fakta-fakta kewangan. Menjawab kembali jawapan yang diberikan, Kamaruzaman berkata pihaknya sengaja membuat kesilapan pada tarikh untuk kedua-dua pihak itu memberi kenyataan. "Cuba perhatikan 12 November 2011 dan 17 September 2011 itu kedua-duanya hari Sabtu. "Tarikh itu sengaja disilapkan Dewan Pemuda untuk memastikan mereka memberikan respons. Tarikh sebenar permohonan itu ialah 17 September 2010 dan Jawatankuasa Baitulmal meluluskan pada 12 November 2010," jelas beliau. Tegasnya, jika Jamil Khir selaku orang yang paling bertanggungjawab gagal menjawab persoalan ini dengan baik dan tidak memuaskan hati, pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kalau tak salah tak perlu takut. Sebab itu kami minta bukti. Kalau mereka boleh buktikan itu lebih baik sebab akan membersihkan nama mereka juga," katanya. mstar/- |
Mangsa radiasi Perak sokong himpunan anti-Lynas Posted: 16 Feb 2012 10:30 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Satu NGO anti pencemaran radiasi Perak akan mengadakan perhimpunan di tapak penapisan nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di negeri itu sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0. Perak Anti Radioactive Committee akan mengadakan perhimpunan itu pada 26 Februari di Bukit Merah, Perak, serentak dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Gebeng, Kuantan. Pengerusi NGO itu, Hew Yun Tat memberitahu Malaysiakini bahawa perhimpunan itu akan dijalankan di Perak kerana pengikutnya sukar untuk menyertai perhimpunan anti-Lynas di Gebeng itu. Tapak ARE – yang kini ditutup sejak dua dekad lalu – menjadi tumpuan kepada salah satu operasi pembersihan radioaktif terbesar di Asia Tenggara. Penduduk di kawasan itu mendawak masih mengalami kesan radiasi daripada tapak tersebut, termasuk leukaemia dan kecacatan bayi ketika kelahiran. ARE yang ditubuhkan untuk mendapatkan nadir bumi daripada amang bijih timah, sering ditimbulkan dalam kempen anti-Lynas peringatan kepada kesan yang boleh timbul daripada perusahaan nadir bumi. malaysiakini/- |
Pemberontak Syria tolak tawaran Posted: 16 Feb 2012 10:20 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Asap tebal kelihatan dari loji penapisan minyak di bandar Homs kelmarin selepas ia diletupkan oleh pemberontak walaupun ia dikawal ketat oleh tentera kerajaan. - REUTERS AMMAN 16 Feb. - Pemimpin pembangkang Syria dan negara Barat, hari ini menolak tawaran baru Presiden Bashar al-Assad untuk mengadakan pilihan raya pelbagai parti, ketika tentera terus menggandakan serangan di kawasan yang dikuasai pemberontak. Media Syria, semalam melaporkan, Bashar menawarkan referendum untuk membentuk Perlembagaan baru pada 26 Februari ini, sekali gus membentuk sistem pemerintahan berbilang parti di bawah Parti Baath yang memerintah sejak 1963. Pilihan raya Parlimen itu akan diadakan dalam tempoh 90 hari, sebaik-baik sahaja draf itu diluluskan. Parti-parti baru tidak boleh ditubuhkan berdasarkan kepentingan agama atau wilayah, sekali gus mengetepikan parti Ikhwan Muslimin atau parti puak Kurdis yang mencari peluang untuk mendapatkan kuasa autonomi. Perlembagaan baru itu juga akan membolehkan Presiden yang dipilih memerintah selama dua penggal dalam tempoh tujuh tahun. Ahli Majlis Kebangsaan Syria (SNC) dan Ikhwan Muslimin, Melhem al-Droubi berkata, Bashar perlu meletakkan jawatannya serta-merta. Amerika Syarikat (AS) turut menolak pelan referendum tersebut, kata jurucakap White House, Jay Carney. "Rejim Bashar hanya menunggu masa untuk jatuh," katanya. Sementara itu, seramai 37 rakyat Indonesia, termasuk 18 pekerja asing dan 17 pelajar, bersama keluarga masing-masing dijadual tiba Jakarta hari ini selepas meninggalkan Syria. Kementerian Luar Indonesia berkata, kedutaannya di Damsyik turut membantu mengeluarkan enam pekerja rakyat Indonesia dari kawasan konflik, termasuk di Homs yang menjadi medan pertempuran antara pasukan tentera dan pemberontak. Katanya, sembilan pekerja warga Indonesia telah dihantar pulang awal bulan ini dan masih terdapat 90 pekerja di Kedutaan Indonesia di Damsyik yang masih menunggu permit dan pembayaran gaji. - REUTERS/DPA |
Posted: 16 Feb 2012 08:00 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Penyerang Bangkok dipercayai buru diplomat Israel BANGKOK: Warga Iran yang ditahan selepas secara tidak sengaja menghidupkan bahan letupan di rumah sewa di ibu negara Thailand, merancang menyerang diplomat Israel. "Saya boleh katakan sasaran utama ialah kakitangan diplomatik Israel," kata Ketua Polis Thailand, Jeneral Prewpan Dhamapong, kepada stesen televisyen Thailand lewat kelmarin. Bom buatan sendiri yang ditemui di tempat kejadian Selasa lalu, padan dengan alat yang diletak pada kereta diplomatik Israel di India dan Georgia sehari sebelum itu. - Prewpan Dhamapong, Ketua Polis Thailand Beliau turut mengesahkan bom buatan sendiri yang ditemui di tempat kejadian Selasa lalu, padan dengan alat yang diletak pada kereta diplomatik Israel di India dan Georgia sehari sebelum itu. Thailand juga sedang memastikan sama ada warga Iran terbabit menjadi sebahagian kumpulan pengganas yang lebih besar. Dua daripada mereka ditahan di Bangkok, Selasa lalu, selepas melarikan diri dari rumah yang musnah itu, manakala lelaki ketiga ditahan semalam di Malaysia selepas menaiki pesawat tengah malam dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Kenyataan itu adalah pengesahan pertama Thailand letupan minggu ini sebahagian rancangan keganasan tetapi tidak terhadap kepentingan negara itu. Ia meningkatkan kebimbangan Thailand sebagai destinasi pelancongan yang dianggap selamat daripada keganasan global, turut sama terdedah. Amaran peringkat tertinggi dikeluarkan bulan lalu, dengan penangkapan lelaki keturunan Lubnan-Sweden dikaitkan dengan pergerakan Hizbullah yang membawa polis ke gudang berhampiran Bangkok dipenuhi 4,000 kilogram baja dan bahan lain yang boleh digunakan untuk membuat bom. Israel dan Amerika pada ketika itu memberi amaran kepada rakyat mereka supaya berhati-hati berada di Bangkok. Kedutaan Amerika berkata, pengganas asing mencari peluang melancarkan kawasan pelancongan di Bangkok dan media Thailand melaporkan serangan menyasarkan kepentingan Israel, termasuk kedutaan wilayah Yahudi itu. Pihak berkuasa Thailand menegaskan negara itu dijadikan landasan melancarkan serangan, bukan sasaran. Israel menuduh Iran melancarkan kempen keganasan dan mengancam mengambil tindakan ketenteraan atas kemudahan nuklear negara itu manakala Tehran menafikan sebarang tanggungjawab di atas tiga serangan berkenaan. Isnin lalu di New Delhi, satu letupan memusnahkan kenderaan diplomatik Israel, mencederakan pemandu dan isteri diplomat. Pada hari sama di Georgia, pihak berkuasa berkata penyerang meletakkan bahan letupan pada kereta pemandu Kedutaan Israel tetapi ia berjaya ditemui dan dimatikan sebelum meletup. – AP |
Isteri Muhyiddin shopping sakan di KLCC? Posted: 16 Feb 2012 07:37 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Jika sebelum ini rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan berita-berita berkaitan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang dianggap suka bebelanja mewah dan membeli-belah secara berlebih-lebihan sebagaimana yang sudah banyak didedahkan sebelum ini, kini nampaknya isteri Muhyiddin Yassin iaitu Puan Sri Norainee Abdul Rahman pun turut terpalit sama dengan gejala itu. Sudah mula kedengaran cakap-cakap dan perbualan di kalangan rakyat bahawa isteri Muhyiddin yang sering bergaya anggun dan bertudug itu pun kelihatan gagal mengawal dirinya sejak akhir-akhir ini. Dikhabarkan baru-baru ini beliau telah mengunjungi dan membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC. Tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang isteri TPM yang sering muncul di khalayak ramai sama ada secara sendirian atau menemani suaminya untuk sesekali membeli belah di butik-butik mewah tetapi yang menjadi persoalan ialah bilamana beliau telah membeli sebanyak 18 pasang kasut di butik itu. Kalau pun beliau begitu kerap muncul di khalayak ramai dan ingin kelihatan tampil berbeza serta bergaya, pembelian sebanyak 18 pasang kasut sekaligus tentulah agak tidak munasabah. Tidak bolehkah dibeli hanya tiga atau empat pasang saja? Atau tidak bolehkah ditunggu sehingga selepas pilihanraya dan selepas BN menang cemerlang dulu? Diberitakan juga bahawa selain "memborong" sebanyak 18 pasang kasut, isteri TPM itu juga membeli beberapa beg tangan yang turut mencecah puluhan ribu ringgit jumlah keseluruhannya. Jika benarlah perkhabaran yang kini mula dibualkan secara meluas ini, ia adalah episod malang bagi UMNO, BN dan rakyat Malaysia kerana dalam suasana negara menghadapi piliharaya dan negara pula berhadapan dengan pelbagai macam masalah serta skandal, kita terus juga dihidangkan dengan cerita-cerita pembaziran dan pemborosan begini. Rakyat pada umumnya sudah muak dengan berita-berita sebegini dan ia pastinya sedikit-sebanyak makin menghakis kepercayaan rakyat kepada UMNO, BN, kerajaan yang sedang memerinrah sekarang ini. Dalam suasana kesedaran rakyat makin tinggi sekarang ini, apa saja perilaku pemimpin dan keluarga mereka sering menjadi perhatian dan jika keterlaluan, pastinya bahana besar sedang menunggu. Sebelum ini beberapa siri kemewahan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang banyak didedahkan media dalam dan luar negara, pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan pemimpin termausk isu lembu NFC, sudah cukup meletakkan UMNO, BN dan kerajaan terperosok dan begitu hodoh di mata rakyat. Dan perkhabaran mengenai isteri Muhyiddin ini hanya menambahkan lagi titik hitam pada wajah politik negara. Sebelum ini, di pelbagai negara seperti Filipina, Mesir dan Tunisa, perbuatan isteri pemimpin yang bergaya mewah, membazir dan bernampilan berlebih-lebihan sudah banyak dicatatkan dan menjadi antara sebab kepada penolakan rakyat terhadap sesebuah kerajaan itu dan akhirnya ditolak jatuh oleh rakyat. Apa-apa pun, sebelum lebih banyak berita-berita lain didedahkan, adalah penting untuk Muhyiddin membuat penjelasan mengenai perkara ini kerana sebelum ini penglibatan anak dan menantunya dalam pelbagai perniagaan yang berkaitan bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri serta dakwaan seorang setiausaha di kementeriannya menerima sogokan, turut didedahkan kepada umum dan menjadi perbualan ramai. (SH 16/02/2012) - http://shahbudindotcom.blogspot.com |
Lelaki ditemui mati di bawah jambatan muara Sungai Melaka Posted: 16 Feb 2012 07:25 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - MELAKA: Seorang lelaki ditemui mati di bawah Jambatan Syed Abdul Aziz, Muara Sungai Melaka di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata mayat yang berseluar denim gelap tanpa baju itu ditemui orang awam pada jam 5.30 petang. "Mangsa dipercayai berusia antara 30 dan 40 tahun dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kematian lelaki itu tidak mempunyai unsur jenayah dan kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan. - BERNAMA |
Singapura nafi laporan cubaan bunuh menteri Israel Posted: 16 Feb 2012 07:00 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SINGAPURA 17 Feb. – Singapura semalam menafikan laporan sebuah akhbar berhubung polis negara ini berjaya menggagalkan rancangan untuk membunuh Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak. "Laporan tersebut tidak benar sama sekali dan perkara sedemikian tidak berlaku di Singapura," katanya. Media Israel yang memetik laporan daripada akhbar Kuwait, Al Jarida berkata, pihak berkuasa Singapura bersama agensi perisikan Israel, Mossad berjaya menggagalkan rancangan pembunuhan Barak ketika beliau mengunjungi negara ini bagi menghadiri pertunjukan udara dan mengadakan perbincangan pada minggu ini. Tambah laporan tersebut, tiga anggota Hezbollah warga Iran turut ditahan pihak berkuasa Singapura selepas disyaki merancang untuk membunuh Barak. – AFP |
Pondok tol runtuh dirempuh treler Posted: 16 Feb 2012 06:50 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - LUNAS - Seorang pekerja tol di Plaza Tol Lebuhraya Butterworth Kulim Ekspress nyaris maut apabila pondok tol di mana dia bekerja runtuh setelah dirempuh treler sarat dengan muatan kayu balak kira-kira jam 2.45 petang semalam. Pekerja tol yang berada di tempat kejadian berkata, mereka telah menghalang treler itu dari melalui lebuh raya terbabit sebaliknya menggunakan jalan lama dari Lunas ke Seberang Jaya memandangkan muatan dibawa terlalu lebar. "Kami telah maklum kepada pemandu bahawa muatan yang dibawa terlalu banyak dan lebar, ini mengakibatkan laluan tol menjadi sempit. Dia hanya tersenyum dan meneruskan juga niatnya itu. "Pekerja tol yang ketika itu berada dalam pondok melarikan diri sebelum pondok itu runtuh. Bagaimanapun tidak berlaku sebarang kecederaan terhadap mana-mana pihak," katanya. Melihatkan keadaan plaza tol yang runtuh, pemandu treler terlibat melarikan diri sebelum membuat laporan polis di Seberang Jaya. sinar harian/- |
Posted: 16 Feb 2012 06:47 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - AYER KEROH - Seorang bapa sanggup bertindak kejam, memukul anaknya menggunakan besi, seterika dan botol sos, selain menumbuk dan menendang hingga menyebabkan mangsa koma selama 12 hari, hanya kerana mahu 'mengajar' anaknya yang nakal. Akibatnya, bapa kepada lima anak yang bekerja sebagai penebang pokok, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. M Anbalagan, 39, dari Pulau Sebang, Alor Gajah, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Ahmad Sazali Omar selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari perbicaraan, semalam. Anbalagan didapati mendatang kecederaan parah dengan menggunakan sebatang besi ke atas seorang lelaki berusia 17 tahun di sebuah rumah di Taman Baiduri, Pulau Sebang, Alor Gajah, kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi pada 14 Julai 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Dalam rayuannya, Anbalagan menangis memohon hukuman diringankan kerana insaf dengan perbuatannya itu. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat meminta mahkamah memberikan hukuman berat. "Mangsa adalah anak sulung daripada lima beradik. Apa juga alasan diberikan tertuduh tidak boleh dijadikan sebab yang membenarkan dia bertindak sedemikian rupa terhadap anak kandungnya. "Akibat perbuatannya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan seluruh tubuh selepas dipukul menggunakan besi, seterika, botol sos dan mangkuk kaca selain ditumbuk dan ditendang," katanya. sinar harian/- |
Skim 1Care for 1Malaysia abai rakyat miskin Posted: 16 Feb 2012 06:40 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Cadangan skim penjagaan kesihatan (1Care for 1Malaysia) adalah satu lagi rancangan besar untuk merompak rakyat yang sakit dan susah untuk memperkayakan kroni-kroni UMNO. Semasa menyediakan cadangan skim ini kerajaan tidak berunding dan berdialog dengan pihak berkepentingan. Ini mengesahkan fakta bahawa kerajaan tidak mengambil kira masalah rakyat biasa. Kerajaan seolah-olah lebih prihatin untuk menjaga atau melindungi kontrak lumayan kroni dan pemimpin UMNO. Setiap hari rakyat Malaysia melihat satu skandal selepas satu skandal yang lain. Seperti skandal RM250 juta Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), lebuhraya pantai barat dengan 60 tahun konsesi yang membebankan pengguna dan pembalakan haram bernilai RM900 juta setahun adalah senarai terbaru skandal yang seolah-olah tidak merisaukan kerajaan. Sekarang kerajaan mahu merompak rakyat yang sakit dan miskin dengan skim 1Care for 1Malaysia. Dalam bajet 2012, Menteri Kewangan memperuntukkan RM17 bilion daripada RM233 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk menyediakan penjagaan kesihatan. Peruntukan ini termasuk RM8 bilion untuk pembayaran emolumen dan RM6.61 billion bagi pembelian bekalan dan perkhidmatan seperti ubat-ubatan, barang-barang kegunaan, penyelenggaraan dan utiliti dan bakinya untuk pembangunan penjagaan kesihatan seperti membina hospital-hospital baru. Projek-projek hospital seperti pembinaan hospital di Shah Alam bernilai RM482 juta yang terbengkalai masih terus diberikan kepada kroni UMNO melalui rundingan terus. Namun, kerajaan tidak mempunyai dana untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang sempurna kepada rakyat Malaysia. Tahun lepas Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa sebanyak RM5.51 bilion dibelanjakan ke atas pembayaran yang tiada dalam senarai (unbudgeted) disebabkan pembelian barangan dan perkhidmatan yang berkualiti rendah dan pembelian balik, penalti yang dibayar kerana kecuaian dan cukai kerajaan yang tidak dikutip pada tahun 2010. Di Malaysia, setiap kali sesuatu diswastakan, ia bukan membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia, sebaliknya kita yang perlu membayar. Elektrik, Pos, Telekom, jalan bertol, Indah Water adalah beberapa contoh. Malaysia berada pada kedudukan 151 daripada 193 negara dalam perbelanjaan penjagaan kesihatan mengikut peratusan daripada KDNK di antara tahun 2000-2005. (http://www.photius.com/rankings/healthranks.html). Perbelanjaan penjagaan kesihatan kita adalah sekitar 4-5% daripada KDNK setiap tahun. Ini menunjukkan Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara yang kurang melabur (under invest) untuk kesihatan rakyat. Malaysia berada di kedudukan ke-90 dalam jangka hayat yang sihat. Secara amnya, Malaysia kurang berprestasi (underperformed) dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat. Pencapaian sistem kesihatan dan prestasi Malaysia adalah pada kedudukan 89 daripada 191 negara. Oleh itu, kita mesti melabur dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem perkhidmatan kesihatan. Dengan meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan, kerajaan melepaskan tanggungjawab membayarnya kepada rakyat yang sudah dibebani dengan kenaikan kos sara hidup dan gaji yang tidak dinaikkan. Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan sumber manusia mampu menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik tanpa terus membebankan rakyat. Sekiranya kerajaan melaksanakan skim 1CARE, apa yang akan berlaku kepada orang-orang yang menganggur, miskin dan orang-orang tua? Di mana mereka akan pergi untuk mendapatkan penjagaan kesihatan? Di bawah skim 1CARE, kerajaan mahu menetapkan pesakit hanya berjumpa seorang doktor dan pesakit tidak akan dapat berjumpa dengan doktor yang lain. Selain itu, pesakit hanya akan dapat berjumpa doktor enam kali setahun dan kerajaan mahu kita membayar 10 peratus daripada pendapatan kita setiap bulan untuk insurans ini. Pendapatan pekerja-pekerja miskin telah ditekan oleh kehadiran berjuta-juta pekerja asing. Malah, 40% tenaga kerja Malaysia adalah pekerja asing dan 34% pekerja Malaysia hidup dalam kemiskinan tegar. Bagaimana mereka akan membayar untuk penjagaan kesihatan? Malaysia mempunyai salah satu sistem penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia sebelum tahun 1980-an. Tetapi apabila keseronokan penswastaan bermula semasa di bawah pemerintahan Mahathir semuanya gagal dan merugikan, kemudian tumpuan beralih kepada memperkayakan kroni UMNO yang tamak. Kerajaan telah mengabaikan tanggungjawab sosialnya demi untuk melahirkan jutawan-jutawan BUMIPUTRA. Tetapi pada hakikatnya orang Melayu miskin terus dibebani untuk mengkayakan beberapa jutawan UMNOPUTRA. Semua program transformasi Perdana Menteri hanyalah cakap besar tanpa ada hasil. 15 tahun defisit bajet berturut-turut menunjukkan bahawa kerajaan menyalahgunakan hasil tanpa apa-apa manfaat kepada rakyat. Sebaliknya, Perdana Menteri sibuk membelanjakan RM500 untuk setiap orang miskin tetapi ramai kaum India yang miskin masih dipinggirkan dan juga RM100 bagi setiap pelajar. UMNO dan sekutu-sekutunya tiada kehendak politik untuk mengubah penjagaan kesihatan. Mereka hanya memikirkan untuk mengkayakan diri mereka sendiri. harakahdaily/- |
Posted: 16 Feb 2012 06:30 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PENAGA - Tujuh naskhah al-Quran dan beberapa naskhah muqaddam yang ditemui dua penjala ikan terendam air dalam bungkusan yang dihanyutkan di dalam Sungai Muda tengah hari kelmarin diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk dilupuskan semalam. Ketua Unit Penguatkuasa, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian itu yang berpejabat di Butterworth, Tengku Rohani Tengku Yusoff mengetuai empat kakitangannya berjumpa dengan Salleh Din, 74, yang menyimpan sementara kitab suci itu sebaik ditemui oleh anak dan cucunya ketika keluar menjala ikan tengah hari kelmarin. Tengku Rohani berkata, pihaknya bertanggung jawab mengumpul kitab suci yang dibuang, ditemui atau rosak untuk dilupuskan dengan cara yang dibenarkan oleh syarak bagi mengelak tercemar kemuliaannya. "Siasatan awal mendapati kitab suci itu memang hendak dilupuskan oleh pemiliknya dengan cara menghanyutkannya ke dalam sungai berkenaan. "Ini berdasarkan cara pembungkusannya yang menunjukkan pelakunya masih menunjukkan tanda 'menghormati' kemuliaan kitab suci itu biarpun niatnya tidak mahu lagi menggunakannya," katanya. Menurut Tengku Rohani, selain menemui naskhah al-Quran Rasm Uthmani, terdapat beberapa naskah yang bertulisan Ilmie yang menunjukkan ianya adalah naskhah lama. "Semua al-Quran dan muqaddam yang ditemui itu masih elok tulisannya dan boleh dibaca tetapi mengalami sedikit kesan koyakan kerana lama terendam air. "Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk terutamanya Salleh Din dan Ridzuan Othman yang mengambil tindakan memungut dan menjemurnya selepas ditemui sebelum menghubungi kita untuk menyerahkannya bagi tujuan pelupusan," katanya. Naskhah al-Quran dan muqaddam itu ditemui oleh anak Salleh, Yusri, 37, dan cucunya, Azman Abd Halim, 22,ketika menjala ikan di sungai berkenaan tengah hari kelmarin. Penemuan bungkusan itu mengejutkan dua saudara berkenaan yang menyangka ianya berisi mayat namun sebaik dibuka ianya didapati mengandungi tujuh naskhah al-Quran dan beberapa naskhah muqaddam yang rosak terendam air. sinar harian/- |
DAP: K'jaan manipulasi undang-undang untuk 'halal' hutang Posted: 16 Feb 2012 06:20 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - DAP menyalahkan kerajaan BN terhadap peningkatan tahap hutang negara kerana menaikkan siling pinjaman berkanun "beberapa kali" untuk "menghalalkan" hutang. Setiausaha publisiti DAP kebangsaan, Tony Pua mengecam kerajaan kerana mengubahsuai siling itu "dengan sewenang-wenangnya sepanjang dekad yang lalu, menjadikan siling hutang undang-undang tidak bermakna". Oleh itu, katanya, hutang kerajaan sebanyak 53.8 peratus daripada KDNK seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ekonomi 2011/2 di bawah siling pinjaman berkanun 55 peratus, adalah ekoran hasil "manipulasi kreatif" kerajaan. "Apa yang membimbangkan ialah hakikat bahawa 'siling pinjaman berkanun' sebenarnya telah dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan BN sepanjang dekad yang lalu untuk 'menghalalkan' tahap hutang kerajaan persekutuan yang telah meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada KDNK kita." Siling pinjaman berkanun 55 peratus hanya berkuatkuasa pada bulan Julai 2009 atas arahan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah. azlan"Sebelum had semakan itu, had berkenaan ditetapkan pada 45 peratus pada bulan Jun 2008, kira-kira 13 bulan sebelumnya, oleh Menteri Kewangan kedua ketika itu, Tan Sri Nor Md Yakcop," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menambah bahawa had itu dinaikkan kepada 40 peratus lima tahun sebelum itu, oleh Menteri Kewangan kedua ketika itu, Datuk Jamaluddin Jarjis. "Oleh itu siling pinjaman berkanun kita telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK kita hanya dalam masa enam tahun. "Persoalannya ialah jika siling berulang kali dinaikkan dengan sikap acuh tak acuh itu, jadi apa perlunya untuk kerajaan menetapkan hadnya?" kata Pua, yang juga PJ Utara MP. malaysiakini/- |
Lesap selepas bersalin dalam tandas hospital Posted: 16 Feb 2012 06:15 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita melahirkan anak dalam bilik air wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, tanpa meminta bantuan kakitangan hospital sehingga menyebabkan bayi perempuannya meninggal dunia, semalam. Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam kolah tidak berair kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh seorang tukang cuci ketika membersihkan darah dalam bilik air berkenaan. Ibu bayi itu yang berusia 20-an menghilangkan diri ketika mayat ditemui. Polis masih menyiasat kejadian berkenaan serta punca wanita itu tidak memin- ta bantuan jururawat, sedangkan dia sudah berada di hospital. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustapha, berkata seorang doktor bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu. "Mayat bayi itu dalam keadaan sempurna dan tali pusatnya belum dipotong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Baharudin berkata, siasatan awal mendapati jururawat mendakwa melihat seorang wanita dalam keadaan pucat keluar dari tandas berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi. "Jururawat berkenaan tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah tukang cuci menemui mayat bayi perempuan itu lima jam kemudian," katanya. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. berita harian/- |
Iran umum kemajuan projek nuklear Posted: 16 Feb 2012 06:00 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - TEHERAN - Iran telah melangkah setapak lagi dalam program nuklearnya selepas Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengumumkan perkembangan projek pertama melibatkan pengayaan uranium yang dihasilkan sendiri oleh negara itu, sekali gus meningkatkan lagi tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). Rakaman dari stesen televisyen tempatan menunjukkan Ahmadinejad memasukkan rod bahan bakar pertama buatan Iran di pusat kemudahan nuklear Natanz untuk menguji tindak balasnya sambil diberi taklimat oleh beberapa saintis. "Iran telah menambah 3,000 pengempar lebih canggih untuk projek pengayaan uranium ini dan kini terdapat 9,000 mesin yang beroperasi. Projek tersebut telah mencapai kemajuan sebanyak 20 peratus setakat ini," menurut Ahmadinejad. Difahamkan, menerusi pengumuman itu, Teheran berhasrat untuk mendedahkan kepada negara antarabangsa bahawa matlamat sebenar program nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan dan bukan digunakan bagi pembangunan senjata nuklear seperti yang didakwa AS dan Israel sebelum ini. Usaha negara Barat untuk melumpuhkan ekonomi Iran dengan mengenakan pelbagai sekatan dilihat tidak berjaya menghentikan usaha kerajaan tersebut untuk meneruskan program nuklearnya walaupun AS dan sekutu kuatnya, Israel mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas negara itu. sina harian/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan