Jumaat, 17 Februari 2012

.

.


Mahkamah benar halang KPF lupus hutang kepada FGVH

Posted: 17 Feb 2012 05:09 AM PST


Hazayani Zakaria, 17 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan injunksi interim untuk melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF. Tiga permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) ialah: 1. Satu injunksi interim melarang defendan (KPF) samaada secara sendiri atau perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk berbincang dan membuat sebarang keputusan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings Berhad dan sepuluh anak syarikat kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. 2. Satu injunksi interim melarang defenden samaada secara sendiri atau melalui perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk menguatkuasakan sebarang keputuan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holding kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. 3. Satu injunksi interim melarang defendan samaada secara sendiri atau melalu perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holdings kepada Felda Global Ventures Holding Berhad. Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, mesyuarat agung khas (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh diadakan tetapi tidak boleh membincangkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. Beliau menyifatkan berita gembira itu sebagai kejayaan awal peneroka menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. "EGM 22 Februari ini boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu. "Keputusan yang sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Sementara itu, peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang. "Kami tak halang mereka buat EGM tapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH. "Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh dakwa mereka hina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil. Jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah," katanya yang juga ahli jawatankuasa Anak.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8176-mahkamah-benar-halang-kpf-lupus-hutang-kepada-fgvh

Lynas: Injuksi mahkamah jika lesen tidak dibatalkan

Posted: 17 Feb 2012 01:52 AM PST


Zulkefly Mohamad Omar mendakwa projek Lynas yang berisiko tinggi ini turut mendapat pelepasan cukai sehingga 12 tahun.

KUALA LUMPUR: Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai 'Stop Lynas Coalition' akan meneruskan injunksi sekiranya lesen ke atas pembinaan dan pengoperasian loji Lynas tidak dibatalkan.

Jurucakap yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar(berbaju kot hitam) berkata, semakan kehakiman dibuat petang ini menuntut agar pengeluaran lesen bagi projek nadir bumi itu dibatalkan.

Menurut Zulkefly, mereka menamakan tiga pihak terlibat; Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation sebagai responden dalam kes berkenaan.

"Kami tidak berpuas hati dengan lesen yang diberikan. Maka satu semakan kehakiman dibuat melalui e-filing agar membatalkan segala lesen yang diberi atau sedang dipohon dalam projek tersebut.

"Semakan ini juga dibuat agar satu kajian persekitaran terperinci dibuat semula. Ia dibuat mengikut peraturan dan pandangan semula masyarakat yang di kawasan berkenaan.

"Jika pemberian lesen terus diberi maka kami akan teruskan dengan memfailkan injunksi sebagai tindakan susulan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

10 plaintif

Zulkefly mendakwa projek Lynas yang berisiko tinggi ini turut mendapat pelepasan cukai sehingga 12 tahun.

Melalui semakan itu turut dinamakan 10 plaintif yang merupakan penduduk setempat dan diwakili oleh Tetuan Tommy Thomas.

Semakan itu akan dibuat jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengerusi Stop Lynas Coalition, Andamsura Rabu(berbaju koko) pula berharap mahkamah memberi keutamaan terhadap kes ini kerana ia melibatkan kepentingan awam.

"Bantahan penduduk ada asas kerana tiada cara untuk melupuskan sisa itu kecuali menanamnya. Kita bimbang dengan projek Lynas ini ia akan makin teruk dan menjejaskan ekosistem di kawasan berdekatan termasuklah Balok dan Gebeng," katanya yang juga Pengarah Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar).


Source: http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/17/lynas-injuksi-mahkamah-jika-lesen-tidak-dibatalkan/

Surat terbuka untuk Ahmad Maslan — Maszlee Malik

Posted: 16 Feb 2012 09:15 AM PST



February 16, 2012

16 FEB — YB Datuk Ahmad Maslan,

Saya bukanlah peneroka Felda, mahupun anak kepada peneroka Felda.

Walau bagaimanapun, sepanjang kehidupan saya semenjak bersekolahmenengah lagi saya sudah berkawan dengan anak-anak Felda serta mempunyai keluarga angkat di kawasan Felda. Kebetulan pula handai taulan saya juga ada yang menjadi peneroka, maka saya saya kira, wargaFelda bukanlah golongan yang asing di dalam hidup saya.

Datuk, seperkara yang saya pelajari mengenai warga Felda ialah budi pekerti dan juga sikap beragama mereka, terutamanya para peneroka Felda berketurunan Jawa di selatan tanah air. Cukup jika saya katakana bahawa warga Felda kebanyakannya merupakan kelompok masyarakat yang berbudi bahasa, beragama dan juga berjiwa kental, terutamanya dari generasi pertama yang saya kenali. Bagi generasi kedua dan ketiga pula, mereka merupakan golongan yang gigih. Anak-anak peneroka kini sesetengahnya merupakan golongan profesional dari kalangan doktor, peguam, pensyarah, jurutera, arkitek, pengarah-pengarah besar syarikat dan juga bermacam lagi profesion yang mencerminkan kejayaan mereka.

Hatta di kalangan mereka yang mengambil keputusan menetap di Felda dan meneruskan usaha generasi pertama juga, saya dapati mereka begitu tekun, gigih dan amat berdedikasi. Semua ini saya kira berkat jerih payah generasi pertama Felda yang begitu bersungguh-sungguh mendidik dan membesarkan anak-anak mereka agar menjadi manusia yang berguna.

Datuk, sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan warga yang cintakan negaranya, kita semua inginkan segala yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Sebagai penduduk bumi bertuah bernama Malaysia, kita mahukan hasil mahsul dan juga kekayaan di bumi bertuah ini dikecapi bersama oleh warga dari semua bangsa dan agama. Selain daripada itu, kita juga mahukan kerukunan di antara bangsa dan agama berterusan agar keamanan yang kita nikmati akan berterusan. Demi untuk memastikan apa yang kita kecapi itu berterusan, maka adab, moral dan juga tahap profesionalisme di dalam tatakelola perlulah ditingkatkan oleh semua lapisan masyarakat. Nikmat kemajuan dan keamanan yang kita kecapi selama ini bukanlah hasil usaha sesetengah pihak tertentu sahaja, tetapi ianya adalah usaha bersepadu rakyat Malaysia yang penuh dengan kesopanan dan juga budi bahasa serta saling hormat menghormati.

Mana-mana pengkaji politik akan bersetuju bahawa di zaman ini, pengamalan demokrasi yang tulen, benar dan adil (sebagaizeitgeist) adalah di antara penyumbang kepada kestablian negara, keadilan, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Di samping itu, seakan satu persetujuan ramai (ijmak), terutamanya di kalangan pakar politik dan ekonomi bahawa tatakelola yang baik (good governance) juga merupakan resipi yang penting untuk kestabilan dan pembangunan. Malah Tun Mahathir sendiri menegaskan hal ini di dalam ucaptamanya di Multaqa Kesembilan Al-Muntada Al-Islami 2012 di Putrajaya baru-baru ini. Demokrasi yang adil dan tulen yang diikuti oleh prinsip asas tatakelola yang baik seperti akauntabiliti, ketelusan, keluhuran undang-undang, pemisahan kuasa, penyertaan rakyat yang aktif, ekuiti, efisien dan juga lain-lain lagi, merupakan di antara metod untuk memandu Malaysia ke hadapan untuk mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seperti yang diidamkan oleh ramai rakyat Malaysia.

Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Demokrasi bukan hanya bermaksud mengadakan pilihanraya setiap empat atau lima tahun dan semua pihak dibenarkan bertanding sahaja. Demokrasi yang tulen dan adil memerlukan kepada kebebasan maklumat kepada setiap warga untuk mereka membuat pilihan yang tepat. Di atas dasar itulah, konsep political pluralism (kepelbagaian politik) mestilah berteraskan prinsip kebebasan politik dengan kewujudan parti-parti politik yang bersaing untuk memerintah dan mentadbir negara. Semua parti, dan tidak terkecuali mana-mana parti yang bertanding pun, hendaklah memiliki ruang dan peluang yang adil dan saksama untuk menyampaikan maklumat kepada setiap warga. Demi mencapai prinsip yang adil ini, ia memerlukan kepada kebebasan maklumat dan kebebasan bersuara sebagai asas berpolitik demi kebaikan warga agar mereka menerima maklumat yang tepat, sahih dan seimbang dari semua pihak sebelum mereka mengundi sesiapa yang mereka inginkan untuk memerintah Negara. Hal ini adalah maklum dan perkara paling asas di dalam sesebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, ianya bukanlah sains roket yang sukar dikuasai.

Maka, berdasarkan prinsip ini, 'Buku Jingga' yang telah dihasilkan oleh pihak PR sekaligus sebagai tawaran pihak PR merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik.

Berteraskan konsep demokrasi yang sihat, dokumen tersebut merupakan salah satu daripada maklumat yang perlu diketahui oleh setiap warga. Dokumen tersebut amat perlu untuk rakyat membandingkan tawaran pihak PR dengan tawaran yang pihak BN berikan untuk mereka membuat keputusan di dalam PRU 13 nanti demi menentukan masa depan negara. Berdasarkan maklumat yang cukup dari kedua-dua belah pihak, barulah rakyat Malaysia boleh membuat pilihan yang tepat dan bijaksana serta adil.

Inilah yang dinamakan sebagai demokrasi yang tulen, ini jugalah namanya politik yang matang dan bertamadun. Setiap warga dihargai akal dan pilihan mereka. Terserahlah pada rakyat untuk menerima ataupun menolak tawaran dari mana-mana pihak berdasarkan akal sihat dan pertimbangan bernas yang mereka miliki. Mana-mana rejim yang menyekat kebebasan maklumat dan juga menghadkan pengetahuan rakyat dari mendengar dari semua pihak hanya mencerminkan kecacatan pada sistem demokrasi yang diamalkan.

Sistem yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy). Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat di tahap mentaliti yang rendah. Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga. Pengamalan seumpama ini dapat dilihat pada pengamalan rejim-rejim yang pernah berkuasa di Asia barat, negara-negara Afrika dan juga negara-negara komunis. 'Arab Spring' yang berlaku semenjak tahun 2010 telah menunjukkan bahawa sistem dan pengamalan seperti ini adalah silap.

Malang sekali, apabila Datuk sebagai seorang menteri, tidak dapat menghayati konsep politik bertamadun seperti ini. Perbuatan Datuk membuang manifesto PR ke dalam tong sampah di dalam satu acara umum dan terbuka adalah perbuatan menghina konsep political pluralism yang menjadi rukun kepada sistem demokrasi yang adil. Tindakan membuang manifesto parti lawan itu juga merupakan satu penghinaan kepada ide atau tawaran kepada rakyat oleh para pemimpin PR yang rata-ratanya merupakan penggubal undang-undang (ahli parlimen) yang telah dipilih oleh rakyat. Secara moral, ini merupakan penghinaan terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara ini. Tambah lagi, ia amat menyalahi aspirasi yang cuba dibawa oleh Y.A.B Perdana Menteri lewat ucapan beliau menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2011 yang lalu yang inginkan suasana politik berteraskan demokrasi setaraf dengan negara membangun. Perbuatan itu juga seakan-akan ingin menjadikan Malaysia setaraf dengan negara-negara mundur di dalam berpolitik. Cukup juga saya katakan, perbuatan tersebut mengundurkan Malaysia dua puluh tahun ke belakang dari usaha kerajaan untuk mencapai status Negara maju pada tahun 2020.

Di samping itu, perbuatan tersebut seolah-olah merupakan penghinaan secara tidak langsung kepada sistem pendidikan negara ini semenjak merdeka yang gagal melahirkan para pemimpin dan menteri yang bertamadun, bertata susila dan bermoral. Sekali lagi saya tegaskan, perbuatan tidak bertamadun itu juga telah memperlekeh mentaliti warga Felda, seolah-olah warga Felda hanya layak memahami bahasa bakul sampah dan bukannya bahasa dialog dan hujah. Perbuatan Datuk itu di sudut yang lain pula telah mencemarkan sikap kesopanan warga Felda dengan memaksa mereka menyaksikan perbuatan di luar adab dan tatakesusilaan orang timur dan masyarakat Islam. Di sudut yang lain, Datuk juga telah memberikan isyarat seolah-olah mereka tidak boleh berfikir sehinggakan Datuk tidak bersedia berdebat atau berdialog dengan pihak PR dan ANAK di media terbuka di hadapan warga Felda untuk mereka berfikir dan membuat keputusan. Datuk tersilap di dalam hal ini. Walaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina. Saya berkeyakinan tinggi bahawa warga Felda sudah matang, boleh berfikir dan mampu untuk menilai. Tolonglah berhadapan dengan mereka dengan memandang mereka setaraf dengan Datuk dan bukannya lebih rendah dari Datuk.

Saya yakin Datuk masih ingat insiden Datuk Seri Khir Toyo memberikan penyapu kepada pegawai kerajaan negeri Selangor. Secara umum, masyarakat, samada yang menyokong BN mahupun yang menyokong PR melihat ianya merupakan satu penghinaan dan bertentangan dengan tatasusila dan adab orang timur, apatah lagi orang Islam. Maka hasilnya, Khir Toyo telah disapu dari takhtanya, dan kini sedang menantikan penentuan nasibnya di atas tuduhan rasuah. Saya kira, Datuk juga tidak mahu hal yang sama menimpa diri Datuk pada PRU ke-13 nanti. Datuk pastinya tidak mahu diri Datuk dan juga parti Datuk dibakul sampahkan oleh rakyat yang telah matang dan mampu berfikir, sepertimana yang berlaku kepada Datuk Seri Khir Toyo.

Maka, di atas semangat warga yang sedar dan juga ahli akademik yang bertanggungjawab, saya menyeru agar Datuk bersikap dengan sikap 'ahli politik bertamadun' lantas bersedia untuk berdialog dengan wakil ANAK ataupun wakil PR mengenai isu Felda. Mungkin Datuk boleh mempelajari dari sikap berani pemimpin Umno yang lain seperti YB Khairy Jamaludin, YB Datuk Saifuddin Abdullah, YB Datuk Mashita dan juga Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak gentar untuk berada di atas pentas dialog dan debat bersama pihak lawan. Seperti yang saya tegaskan di awal surat ini, bagi warga yang bertanggungjawab seperti saya, kami hanya mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Saya yakin, warga Felda dan sekelian rakyat Malaysia akan sentiasa mengenang Datuk sebagai pemimpin politik yang berintegriti dan berdedikasi jika Datuk benar-benar boleh bersikap 'gentleman' dan berani untuk mengemukakan hujah yang bernas di hadapan pihak lawan di atas 'level playing field'. Jika Datuk beradab, berani dan bertamadun, Datuk akan terus dikenang sepanjang zaman bukan hanya oleh warga Felda, malah oleh seluruh rakyat Malaysia…

* Dr Maszlee Malik adalah pembaca The Malaysian Insider.


Source: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/surat-terbuka-untuk-ahmad-maslan-maszlee-malik/

Robert Kuok kekal rakyat M’sia terkaya

Posted: 16 Feb 2012 07:53 AM PST

Robert Kuok kekal rakyat M'sia terkaya


Beliau masih menduduki tempat pertama walaupun kekayaannya merosot 8.0 peratus.

KUALA LUMPUR: Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dari Usaha Tegas dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Syed Mokhtar bumiputera terkaya

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary, dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group, menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tiga jutawan baru dalam senarai

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira -kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baru yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.

Berikut ialah senarai lengkap 20 orang paling kaya di Malaysia pada 2012 (sehingga 20 Jan, 2012):

Nama Kekayaan (RM Juta) Syarikat
Robert Kuok Hock Nien 45,700.00 Kerry Group/Kuok Group
T Ananda Krishnan 42,998.00 Usaha Tegas
Tan Sri Teh Hong Piow 12,642.01 Public Bank
Tan Sri Lee Shin Cheng 11,356.55 IOI Group
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 9,530.00 Albukhary Foundation
Tan Sri Quek Leng Chan 8,002.92 Hong Leong Malaysia
Tan Sri Lim Kok Thay 7,585.07 Genting Group
Puan Sri Lee Kim Hua 6,588.33 Genting Group
Tan Sri Tiong Hiew King 6,411.46 Rimbunan Hijau
Ong Beng Seng 4,919.56 Hotel Properties Ltd
Tan Sri Azman Hashim 3,470.00 Arab-Malaysian Corp
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun 2,541.74 Berjaya Group
Datuk Mokhzani Mahathir 1,937.27 Kencana Petroleum
Datuk Lee Yeow Chor 1,787.85 IOI Group
Tan Sri Tony Fernandes 1,772.42 AirAsia
Lee Yeow Seng 1,746.00 IOI Group
Tan Sri Lau Cho Kun 1,721.64 Hap Seng Consolidated
Tan Sri Yeoh Tiong Lay 1,711.84 YTL Group
Tan Sri Lee Oi Hian 1,589.97 Batu Kawan
Datuk Lee Hau Hian 1,586.18 Batu Kawan

- Bernama


Source: http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/16/robert-kuok-kekal-rakyat-msia-terkaya/

Tiada ulasan:

Nuffnang