N50 Dun Sri Muda |
Sumbangan Sempena Deepavali di Dun Sri Muda Posted: 07 Dec 2011 01:00 AM PST Pejabat Adun Sri Muda dengan kerjasama Wanita Keadilan Kota Raja telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena Deepavali. Sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) berupa wang ringgit kepada 30 keluarga terdiri daripada penduduk miskin dan ibu tunggal kalangan kaum India sekitar Dun Sri Muda . Majlis penyampaian tersebut telah disampaikan oleh YB Shuhaimi Shafiei selaku Adun Sri Muda bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Dun Sri Muda. Ahli Majlis MPSJ Sdr Jaberi Ami, Ketua Wanita Keadilan Cabang Kota Raja , Puan Rozaina Hamzah dan Timbalan Ketua Wanita Kota Raja Pn Ruthira Surasan turut sama hadir dalam majlis ini.
|
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan