Khamis, 8 Disember 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Banjir kilat selepas hujan lebat

Posted: 07 Dec 2011 10:16 PM PST



MOHD. Shahril Bahaman menunjukkan hakisan tanah selepas dikorek oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan air melimpah di Kampung Batu 4, Ulu Bendul, Kuala Pilah, baru-baru ini.

KUALA PILAH 7 Dis. 2011 - Penduduk di Kampung Batu 4 dekat sini, meminta kerajaan negeri menyekat aktiviti pengambilan pasir sungai di situ yang menyebabkan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Mereka mendakwa, aktiviti itu juga menyebabkan arus sungai menjadi deras dan meruntuhkan tebing sungai.

Penduduk juga, kata mereka, mengalami kesukaran apabila jalan di kampung tersebut diliputi tanah merah kesan daripada banjir kilat berkenaan.

Seorang penduduk, Habibah Idris, 57, mendakwa aktiviti pengambilan pasir itu menyebabkan banyak pokok tumbang dan air sungai naik dengan cepat hingga berlaku banjir kilat.

"Pada mulanya saya dapati tiada sebarang hakisan tanah, tetapi apabila hujan, air mula bertakung dan membanjiri rumah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, penduduk kampung berharap kerajaan bertindak mengatasi masalah itu selain meminta pembinaan jalan berturap serta membaiki kawasan yang terhakis.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Shahril Bahaman, 36, berkata, aktiviti pengambilan pasir menyebabkan limpahan air hujan mengalir dengan deras dan berlaku runtuhan tanah berhampiran rumah penduduk.

Ujarnya, ketiadaan tebatan banjir juga menyebabkan rumah penduduk sering digenangi air sedalam 0.3 meter setiap kali musim hujan sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Kejadian hari ini dipercayai berpunca daripada kerja-kerja mengorek tanah sejak setahun lalu," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Sumbangan perabut terpakai untuk PASTI di Chembong

Posted: 07 Dec 2011 07:24 PM PST



PASTI Ahmadi di Chembong, Rembau dijangkakan akan mendapat pertambahan pelajar untuk sesi 2012 nanti. Sehubungan dengan itu PASTI Ahmadi perlu menambah beberapa keperluan asas terutamanya perabut terpakai.

Sesiapa yang ingin menyumbang perabut terpakai yang masih dalam keadaan baik bolehlah menghubungi Sdr. Rozmal 012-2267406

Antara perabut yang diperlukan ialah :
- Meja/kerusi guru
- Meja/kerusi pelajar
- Rak buku
- Papan putih

Untuk maklumat mengenai PASTI sekitar Negeri Sembilan sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Nuffnang