Khamis, 8 Disember 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


PAS implemen Islam jika PR menang

Posted: 07 Dec 2011 08:19 PM PST

Petikan Sinar Harian :

KUALA TERENGGANU- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan akan mengimplementas
ikan pemerintahan Islam di dua negeri terlebih dahulu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, katanya, Islam akan diimplementasikan secara menyeluruh dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat.

"Tetapi Terengganu dan Kelantan akan dilaksanakan lebih awal kerana kita sudah mendapat kelulusan di peringkat negeri, dan kita mengambil kira bidang kuasa pelaksanaan syariah adalah bidang kuasa negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dun ke-12 di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai adakah Pas bercadang memasukkan hudud dalam manifesto bersama PR, beliau berkata, manifesto itu tidak perlu terperinci.

"Manifesto ini adalah dasar umum. Apabila kita sebut adil, mencegah kemungkaran, ia antaranya berkaitan undang-undang jenayah syariah. Itu sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu.

"Kita pilih negeri yang kita ada kuasa sepenuhnya dan negeri lain, kita perlu tengok bagaimana keadaan penerimaan orang bukan Islam. Kita menerima pendapat agar suara bukan Islam juga didengari dan tidak dipaksa. Tetapi saya percaya jika mereka melihat, mereka boleh menerima," katanya.

Menurutnya, Umno tidak perlu bimbang kerana semua parti sudah menerima Islam dan Melayu adalah teras dan turut mengakui bahawa Pas akan menjadi tulang belakang dalam hala tuju negara sekiranya dapat memerintah, Hadi berkata, Islam dan Melayu akan menjadi tulang belakang kepada pelaksanaannya.

Malah katanya, dalam konvensyen PR diadakan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka telah menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak bumiputera tetap dipertahankan.

Tiada ulasan:

Nuffnang