Rabu, 16 November 2011

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


PERBAHASAN PARLIMEN - YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas - Ahli Parlimen Telok Kemang

Posted: 16 Nov 2011 05:34 PM PST


PERBAHASAN 10 NOV 2011 (Khamis)

4.05 ptg.

Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya

mengambil kesempatan bersama membahaskan B.27 dan P.27 khususnya Butiran 10001, Butiran

31000, Butiran 60000, Butiran 61000 dan Butiran 81000 sekali gus. Kita dapat melihat bahawa

anggaran perbelanjaan pembangunan tahun ini ada sedikit pertambahan berbanding dengan

tahun lalu iaitu kurang daripada tahun sebelumnya. Penambahan ini daripada RM2.4 bilion tahun

2011 kepada RM3.7 bilion tahun depan. Saya ingin mendapat penjelasan kementerian mengenai

peruntukan ini iaitu meliputi projek-projek baru, projek dalam pelaksanaan iaitu work in progress

dan juga peruntukan mengenai dengan projek terbengkalai. Projek baru memang telah

diperuntukkan dalam bajet ini tetapi apa yang perlu huraikan di sini ialah projek-projek yang dalam

pelaksanaan dan juga projek terbengkalai.

Saya menyentuh kepada konsep sistem tender kita seperti mana yang disebutkan oleh

rakan-rakan yang lain. Mengikut makluman saya, dahulunya dalam perjanjian kita ada price

fluctuation clause, kita ada performance bon dan juga kita ada syarat yang mana kementerian perlu

meluluskan sekiranya ada pelantikan subkontraktor. Kita mengambil iktibar bahawa keperluan itu

penting.

Pertama, price fluctuation clause. Ini kerana ini disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri

bahawa kebanyakan projek yang gagal ialah sebab kenaikan harga bahan. Akan tetapi, harga

bahan ini tidak akan melonjak begitu tinggi dan kita boleh menjangka sewaktu kita membuat

perancangan kadar kenaikan dalam masa kontrak dalam perjalanan. Ini kita buat satu peruntukan

dalam kontrak iaitu price fluctuation clause.

Kedua yang saya sebutkan tadi ialah nama subkontraktor. Disebutkan oleh rakan-rakan

tadi ialah mengenai dengan projek yang diagihkan kepada subkontraktor-subkontraktor lapisan

kedua dan ada juga lapisan ketiga dan seterusnya. Dahulu perlu mendapat kelulusan kementerian

dan kementerian memberi kelulusan apabila mengetahui bahawa subkontraktor itu mempunyai

kemampuan. Akan tetapi sekarang ini saya tidak tahulah cara mana, kerana kalau projek ini

diagihkan berlapis-lapis, penting bagi kementerian untuk mengetahui sebenarnya siapa yang akan

melaksanakan projek ini dan juga harga yang telah pun diagihkan ataupun ditentukan oleh

kontraktor utama. Ini kerana ada kaitannya dengan pelaksanaan.

Sekiranya harga akhirnya nanti tidak memberi keyakinan kepada kementerian

bahawa subkontraktor yang ditugaskan atau yang akan melaksanakan kerja itu tidak akan mampu

melaksanakan kerja kerana dengan harga yang telah pun diberikan oleh kontraktor utama, jadi

from the start, dengan izin Tuan Pengerusi, is going to be a failure.

1610 ptg

Pelaksanaan tidak akan dapat diteruskan dan projek akan terbengkalai. Jadi timbul pula

soalannya di sini iaitu apabila projek itu terbengkalai, disebutkan juga projek itu akan diadakan

mutual termination. Saya tidak fahamlah mutual termination. Pohon penjelasan kerana apabila

projek itu gagal, ada performance bon dan di situ kerajaan berhak cash out performance bon dan

mendenda kontraktor yang gagal melaksanakan kerja. Ini perlu dilakukan kerana ada dapat

maklumat bahawa mutual termination ini tidak melarang kontraktor asal itu mengambil bahagian

kembali apabila tender ini dikeluarkan semula. Ada kes bahawa kontraktor yang gagal ini telah

mendapat kerja apabila projek yang sama dikeluarkan tender. Ini saya perlu penjelasan daripada

kementerian. Apakah maklumat yang saya terima ini benar?

The first contractor who failed was awarded when the project – the same project was

retendered. Maknanya dia daripada kontraktor yang gagal, menjadi kontraktor yang penyelamat.

Ini tidak masuk akal bagi saya. Jadi saya minta penjelasan sekiranya ada kes-kes seperti ini.

Jadi Tuan Pengerusi, dalam menaik taraf jalan raya dan jalan laluan, saya perlu bertanya

kepada kementerian usaha untuk menaik taraf plaza tol kerana banyak tempat sekarang ini yang dibina

pada 20 tahun yang lalu masih lagi pada tahap yang lama dan ada peningkatan sekarang yang

ada mengenai dengan jumlah kenderaan yang menggunakan jalan itu. Tempat itu tidak lagi sesuai.

Dulunya mungkin dua laluan cukup tetapi sekarang ini tidak kerana kita ada sekarang ini laluan

untuk SmartTag, ada touch n go, ada yang bayar tunai, ada tempat untuk tambah nilai dan sebagainya.

Jadi di sini perlulah kita membuat peruntukkan daripada kementerian untuk menaik taraf tempattempat

yang berkaitan khususnya kepada laluan, kepada pekan-pekan kecil. Ada juga kepada

pekan utama seperti di Seremban. Di Seremban masih lagi dua laluan pada satu hala.

Tuan Pengerusi, ada juga projek yang siap. Projek yang disiapkan oleh syarikat konsesi

yang tidak mengikut spesifikasi. Ini seperti mana yang disebutkan tadi ialah pengawasan oleh

pihak kementerian – Jabatan Kerja Raya. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Yang pertama

kerana tidak mengikut spesifikasi, yang kedua boleh diluluskan iaitu diberikan Certificate of Fitness

dan jalan raya ini digunakan oleh pengguna-pengguna. Ini termasuk juga bangunan-bangunan

yang dibina...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ada satu minit lagi, Yang

Berhormat.

Dato' Kamarul Baharin Abbas [Telok Kemang]: ...Oleh kementerian yang lain tetapi di

bawah pengawasan kementerian, as Supervising Officer dan berlakunya kerja-kerja yang kurang mutu

dan ini telah pun diakui siap dan disahkan oleh kementerian. Tidak sampai dua tiga tahun kita

dapat kerosakan, keretakan dan sebagainya dan perlu mengadakan peruntukan yang baru.

Akhir sekali ialah mengenai dengan peruntukan bagi projek yang tergendala sampai ke

tiga hingga empat tahun. Projek tergendala sudah begitu lama tetapi tidak dapat diteruskan oleh

kerana tidak mempunyai kewangan ataupun peruntukan. Saya sebut ini oleh kerana projek seperti

contoh Seremban-Telok Kemang-Linggi yang tergendala tiga hingga empat tahun ini tidak dapat

diteruskan oleh kerana tidak mempunyai tambahan peruntukan kerana kosnya sekarang sudah

meningkat dan kebanyakan peruntukan yang lama telah pun diberikan ataupun dibayar kepada

kontraktor yang lama. Jadi inilah sedikit sebanyak daripada masa yang diperuntukkan untuk saya

walaupun ada yang lain. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi.

Tiada ulasan:

Nuffnang