Mohamad Taufek Abd Ghani |
49 peneroka tuntut RM7.35 juta dari Felda Posted: 15 Nov 2011 11:25 PM PST 49 peneroka tuntut RM7.35 juta dari Felda November 16, 2011 Tuntutan RM7.35 juta itu adalah untuk tempoh selama lima tahun seperti yang telah dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan. SEREMBAN: Seramai 49 peneroka Felda Palong 4, 5 dan 6 memfailkan writ saman terhadap Felda dan Felda Technoplant Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini. Peneroka tersebut menuntut hak mereka iaitu bayaran lebihan hasil berjumlah RM150,000.00 seorang atau keseluruhannya RM7,350,000.00 untuk 49 peneroka terbabit. Tuntutan RM7.35 juta itu adalah untuk tempoh selama lima tahun seperti yang telah dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan. Menurut peguam T Kumar yang mewakili peneroka terbabit, pihak Defendan Pertama (Felda) tidak pernah menyatakan perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit (dalam tan) sebenar yang diperolehi dan dikeluarkan dari ladang-ladang peneroka. "Plaintiff (peneroka) menuntut penyata hasil dari Defendan Pertama tetapi tidak pernah dibekalkan kepada plaintiff sedangkan dalam perjanjian terdapat persetujuan bahawa penyata akan dibekalkan setiap suku tahun. "Lebihan hasil/tan adalah hasil yang diperolehi selepas ditolak kos pengurusan sebanyak RM900.00 dan wang sara hidup sebanyak RM1,500.00 sebulan. "Maka selepas ditolak hutang peneroka (kos pengurusan dan wang sara hidup), Felda seharusnya membayar RM150,000.00 kepada setiap peneroka. Malangnya sehingga hari ini Felda gagal membuat bayaran tersebut", kata Kumar. Seorang lagi peguam Abdul Nasir Abdul Aziz pula menjelaskan penyata kewangan yang diterima oleh peneroka hanya menunjukkan jumlah pinjaman termasuk kos pengurusan dan wang sara hidup tetapi sebaliknya berapa banyak jumlah hasil yang dikeluarkan oleh peneroka tiada langsung di dalam penyata tersebut. "Penyata kewangan yang dibekalkan kepada peneroka tidak merekodkan berapa banyak hasil jualan peneroka dan berapa banyak wang dari hasil jualan kelapa sawit itu telah dibayar semula kepada Felda untuk pembayaran hutang. "Bayangkan anda mengambil pinjaman kereta atau rumah. Apabila anda menerima penyata kewangan daripada pihak bank, tiada rekod berapa banyak ansuran atau jumlah wang yang anda telah bayar semula kepada pihak Bank. Yang ada hanya jumlah pinjaman anda dari bank. "Adakah ini betul? Sememangnya ini tidak betul kerana Felda menyembunyikan hasil sebenar yang diperolehi oleh peneroka", jelas Abdul Nasir. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/16/49-peneroka-tuntut-rm7-35-juta-dari-felda/ |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan