Rabu, 16 November 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pemuda PAS harap dakwat kekal jadi kenyataan

Posted: 15 Nov 2011 11:30 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia turut melahirkan sokongan terhadap pendirian ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk menyokong pindaan perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan penggunaan dakwat kekal di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, walaupun pandangan beberapa orang pakar perlembagaan mengenai betapa tidak perlunya perlembagaan persekutuan dipinda bagi membolehkan dakwat kekal digunakan tetapi pendirian Pakatan Rakyat untuk memberi peluang perkara itu dibahaskan telah menunjukkan komitmen dan jiwa besar pimpinan Pakatan Rakyat.

Ini, katanya supaya tiada alasan lagi yang akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk tidak melaksanakan tuntutan itu.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Malaysia sepatutnya telah mendahului negara-negara lain di dalam sistem pilihanraya yang adil dan bersih kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang aman dan harmoni serta iklim politik yang sederhana sihat," ujarnya kepada Harakahdaily.

Oleh itu, katanya sebarang usaha yang baik yang akan mempastikan satu pilihanraya yang telus dan adil perlu terus diberi laluan untuk perlaksanaanya supaya rakyat dapat membuat pilihan hati mereka dengan aman dan tenang tanpa ada ancaman dan ugutan pihak lain.

Dan sudah pastinya, kata beliau Pakatan Rakyat akan turut bersetuju dan menyokong dengan sebarang penambahbaikan untuk mewujudkan sistem pilihanraya yang lebih bersih, telus dan adil di dalam negara ini.

Oleh itu, ujarnya Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan pihak Kerajaan Pusat tidak lagi berdolak dalih melainkan perlu bersegera mengambil langkah yang proaktif untuk melaksanakan dan dilihat untuk melaksanakan sebarang kaedah dan cara yang terbaik untuk membersihkan sistem pilihanraya yang sedia ada.

Justeru, katanya Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia amat mengharapkan semoga penggunaan dakwat kekal akan dapat direalisasikan di dalam pilihanraya umum yang akan datang beserta dengan beberapa lagi tuntutan semasa Bersih 2.0.

HARAKAHDAILY/-

Kenaikan gaji eksekutif swasta lebih rendah

Posted: 15 Nov 2011 11:25 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MEF ramal ekonomi dunia tidak stabil tahun depan

PETALING JAYA: Kakitangan eksekutif sektor swasta diramal memperoleh kenaikan gaji dan bonus lebih rendah tahun depan berikutan ekonomi dunia yang tidak menentu.
Ramalan itu berdasarkan kaji selidik Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) membabitkan 214 syarikat pelbagai sektor yang mempunyai 10,594 kakitangan eksekutif dan 27,345 kakitangan bukan eksekutif, sebagai responden.

Presiden MEF, Datuk Azman Shah Haron, berkata ramalan bonus untuk kakitangan eksekutif bagi 2012 adalah 2.13 bulan, menurun berbanding 2.48 bulan tahun ini, manakala bagi kakitangan bukan eksekutif 1.93 bulan berbanding 2.03 bulan tahun ini.

Kenaikan gaji eksekutif dijangka menurun daripada 6.45 peratus tahun ini kepada 6.08 peratus tahun depan, bagaimanapun gaji untuk kakitangan bukan eksekutif diramal meningkat 5.73 peratus berbanding 5.37 peratus tahun ini.

"Situasi ini berkait rapat dengan keadaan ekonomi di Eropah dan Jepun, selain Asia Barat yang berdepan pergolakan politik.

"Oleh itu, dalam merangka perancangan masa depan, syarikat perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk memastikan ia dapat bertahan bagi jangka masa panjang.
"Purata kenaikan gaji sebenar bagi eksekutif membabitkan semua sektor tahun ini adalah 6.45 peratus, berbanding 5.68 peratus tahun lalu, manakala bagi bukan eksekutif 5.37 peratus, meningkat berbanding 2010 iaitu 5.28 peratus.

"Kenaikan purata (tahun ini) didorong prestasi dan pencapaian syarikat di negara ini yang lebih baik berbanding di Eropah," katanya pada sidang media pelancaran dua buku iaitu Kaji Selidik MEF untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2011 di pejabat MEF di sini, semalam.

Kaji selidik itu mendapati 82.4 peratus syarikat responden memberi bonus kepada eksekutifnya tahun ini, lebih rendah berbanding tahun lalu iaitu 86.1 peratus.

Syarikat yang memberi bonus kepada bukan eksekutif juga menurun kepada 81.9 peratus tahun ini, berbanding 83.7 peratus pada 2010.

Daripada 214 syarikat dikaji, 84.2 peratus mengumumkan kenaikan untuk eksekutif tahun ini, berbanding 80.8 peratus tahun lalu, manakala bukan eksekutif 84.5 peratus peningkatan gaji berbanding 80.3 peratus tahun sebelumnya.

Kaji selidik MEF juga mendedahkan kekurangan kepakaran kritikal bagi kakitangan eksekutif dalam kepemimpinan profesional (48.8 peratus), pengurus (60.9 peratus), jurutera (40.2 peratus), kakitangan teknikal dan jualan serta eksekutif pemasaran yang kurang mahir dalam menangani masalah (39.7 peratus) dan 37 peratus masing-masing untuk pelayan pelanggan dan pengurusan kemahiran.

Bagi kakitangan bukan eksekutif pula, kurang kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris untuk jawatan perkeranian dan pentadbiran (63.6 peratus) dan operator mesin (47.6 peratus).

Dalam pada itu, mengulas penetapan gaji minuman RM1,500 untuk kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, Shamsuddin berkata, syarikat swasta di Selangor tidak wajib mengikut dasar kerajaan negeri itu.

BERITA HARIAN/-

Turki ugut sekat bekalan elektrik ke Syria

Posted: 15 Nov 2011 11:00 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ANKARA 16 Nov. - Turki dilapor mempertimbangkan untuk menyekat bekalan elektrik ke Syria sekiranya Damsyik masih gagal melakukan perubahan berhubung keganasan yang berlaku di negara itu.

Menteri Tenaga, Taner Yildiz berkata, buat masa ini Turki masih membekalkan elektrik ke Syria dan tidak teragak-agak untuk menyekat bekalan tersebut sekiranya masih tiada pembaharuan dilaksanakan di negara jirannya itu.

Turki dilihat semakin hilang sabar dengan kepimpinan Presiden Bashar al-Assad yang gagal menamatkan pemberontakan selama lapan bulan serta tidak melaksanakan perubahan seperti yang dijanjikan. - REUTERS

Usul saya untuk kepentingan rakyat - Fuziah

Posted: 15 Nov 2011 10:40 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 16 Nov: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, kecewa dan terkejut usulnya untuk memotong gaji Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di parlimen semalam ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Katanya, perkara yang diutarakannya melibatkan kepentingan rakyat umum dan menjadi tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat yang diamanahkan oleh pengundi untuk menyuarakan perkara tersebut.

"Usul yang saya kemukakan sepatutnya dibahas semalam tetapi ditolak oleh speaker. Usul potong gaji di bawah Peraturan mesyuarat 66(9) setahu saya tidak pernah di tolak dalam sejarah Parlimen.

"Saya akan tunggu perbahasan peringkat jawatankuasa kementerian MOSTI nanti untuk minta penjelasan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya di sini.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata usul beliau ialah supaya mesyuarat ditangguhkan untuk membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM14,917.20 daripada perkara Maksud Bekalan atau Pembangunan 30 – Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Kod Emolumen 10000 iaitu dengan memotong gaji Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebanyak RM14,907.20.

"Juga perlu dipotong ialah gaji Ketua Pengarah AELB dalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebanyak RM10. Menjadikan jumlah yang perlu dikurangkan sebanyak RM14,917.20," tambahnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Fuziah berkata MOSTI dan AELB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom) gagal menasihati MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia) dan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) berkenaan risiko serta bahaya daripada pelaburan yang di bawa oleh Lynas Corp sedangkan AELB mempunyai cukup maklum bahawa sisa buangan dari LAMP merupakan sisa buangan radioaktif.

Tambahnya, AELB dan MOSTI dalam menjawab soalan-soalan sehingga kini masih lagi menyatakan bahawa sisa buangan dari LAMP (prosesan tanah jarang) ialah sisa buangan industri yang mengandungi NORM. Sedangkan sekiranya Lynas mendirikan LAMP di Australia, mereka perlu hantar balik sisa dari loji ke Mount Weld, dimana bijih REO di lombong, menandakan bagaimana sisa radioaktif harus diselenggara.

"Sebagai sebuah agensi di bawah MOSTI, AELB tidak kompeten untuk menjadi regulator projek LAMP. Mereka dari awal mengatakan projek LAMP selamat dan telah gagal mengenalpasti apa masalah yang mungkin timbul dari LAMP.

"Ini menyebabkan IAEA terpaksa datang ke Malaysia untuk memberi saranan mereka, itupun selepas didesak oleh rakyat Kuantan. AELB juga gagal sebagai regulator untuk melihat masalah LAMP dari pelbagai aspek," katanya.

Tambah Fuziah, AELB hanya mampu melihat masalah LAMP dari aspek radiasi luaran sahaja sedangkan aspek pencemaran terhadap alam sekitar, kesihatan awam dan impak terhadap ekonomi telah diabaikan sama sekali oleh AELB dan MOSTI.

Dengan demikian MOSTI telah tidak bertindak secara telus di samping tidak mengamalkan komunikasi dua hala dengan rakyat dan pihak berkepentingan (stakeholders) di Kuantan sehingga gagal mewujudkan konsultasi awam sebelum menerima projek Lynas di Gebeng.

Hujah Fuziah, AELB tidak menghiraukan saranan panel antarabangsa IAEA di mana Rekomendasi 9 oleh IAEA tidak di patuhi dengan menggunakan Akta 304 Seksyen 41 sebagai alasan.

HARAKAHDAILY/-

Kereta api laju China akan beroperasi semula

Posted: 15 Nov 2011 10:30 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEIJING - China mengumumkan akan menyambung semula operasi 54 kereta api laju di negara itu secara berperingkat, semalam selepas perkhidmatan tersebut dihentikan berikutan nahas yang menggemparkan penduduk, Julai lalu.

Jurucakap Kemen­te­rian Kereta Api (MOR) menyatakan tempoh selama tiga bulan untuk mengubah suai dan melakukan ujian percubaan telah selesai dan segala masalah berjaya diatasi.

Perkhidmatan enam kereta api laju di laluan Beijing-Shanghai akan mula beroperasi esok.

"Jika semua berjalan lancar, semua perkhidmatan akan beroperasi seperti biasa menjelang 6 Disember depan," menurut jurucakap itu lagi.

Insiden kemalangan dahsyat kereta api laju, 23 Julai lalu telah mengorbankan 40 penumpang manakala ratusan lagi cedera.

SINAR HARIAN/-

Lesen memandu ikut tarikh lahir

Posted: 15 Nov 2011 08:30 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Mulai Isnin depan, orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

"Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kong berkata, diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa memperbaharui lesen memandu terutama apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

Beliau berkata, kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).

Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua dokumentasi mengenai Sistem Penguatkuasaan Automasi (AES) akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Katanya pemasangan sistem dijangka dimulakan secara berperingkat pertengahan tahun depan.

"Lebih 800 lokasi risiko kemalangan sudah dikenal pasti untuk dipasang dengan sistem itu bagi mengesan sebarang kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna," katanya.

AES, yang banyak digunakan di negara maju, pada asasnya adalah satu sistem kamera dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah. - Bernama

Perogol, peliwat kena pancung

Posted: 15 Nov 2011 08:30 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JEDDAH: Tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab Saudi dan dua warga Kanada dihukum pancung semalam di Jeddah selepas didapati bersalah merogol dan meliwat seorang pembantu rumah perempuan serta dua lelaki.

Tertuduh warga Arab Saudi, Badr Sami Al-Sudani, Ahmad Zain Ishaq dan Muhammad Bashir Hasan masing-masing warga Kanada dihukum bunuh selepas didapati bersalah merogol amah dan dua lelaki di sebuah rumah di daerah Al-Mushrefah, utara Jeddah dua tahun lalu, lapor Arab News.

Mengikut penghakiman mahkamah, kumpulan lelaki itu menyerang amah selepas beliau menjerit sebaik melihat penceroboh memanjat tembok rumah.

Jenayah itu bertambah berat sebaik dua lelaki keluar dari bilik mereka selepas mendengar jeritan wanita. Penceroboh mengikat dan menyumbat mulut dua lelaki itu sebelum meliwat mereka. Ketiga-tiga lelaki itu memecah masuk rumah pada lewat malam.

Polis menyiasat kes itu dan menahan pesalah tidak lama kemudian. – Agensi

Pakatan tunggu jawapan hitam putih ROS

Posted: 15 Nov 2011 08:22 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pemimpin Pakatan Rakyat mahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memberi jawapan bertulis berhubung status permohonan mendaftarkan 'Pakatan Rakyat' sebagai parti.

Sehingga kini menurut Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, ROS tidak memberi jawapan hitam putih berhubung perkara itu kepada pihaknya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini, beliau berkata, jawapan dari ROS itu penting sebelum pihaknya mengemukakan permohonan baru.

"ROS mestilah keluarkan keputusan hitam putih terhadap status permohonan terdahulu yang melibatkan Datuk Zaid Ibrahim.

"Kalau dia kata tolak, tolak...alasanya apa, Zaid tak anggotai PKR," katanya sambil menegaskan akan menunggu surat itu terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kepada kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman dalam temubual dengan Utusan Malaysia, bahawa permohonan pendaftaran 'Pakatan Rakyat' secara automatik terbatal selepas Zaid selaku pemohon telah meninggalkan Pakatan.

Beliau juga mendakwa, Pakatan Rakyat tidak pernah mengemukakan permohonan baru selepas dari itu.

Menurut Saifuddin lagi, Pakatan Rakyat telah melantik AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan tempat Zaid dan permohonan baru telah dilakukan kepada Ketua Penolong Pengarah Pendaftar Pertubuhan ROS.

Namun ujarnya, ketua penolong pengarah tersebut enggan menerimanya bagi pihak ROS kerana mendakwa permohonan terdahulu belum dimuktamadkan oleh ROS.

"Kita follow up dari masa ke masa. Kes itu pending sehingga ketua pengarah ROS kata kita tak buat apa-apa.

"Majlis Presiden juga bersetuju untuk satu permohonan baru kita kemukakan sepantas mungkin apakala keputusan ROS itu diketahui," katanya.

HARAKAHDAILY/-

53,724 calon duduki STPM dari 21 Nov hingga 15 Dis

Posted: 15 Nov 2011 08:20 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 53,724 orang calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 744 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 21 Nov hingga 15 Dis ini.

Daripada jumlah itu, 48,272 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,258 calon sekolah swasta, 4,003 orang calon persendirian individu, 187 calon sekolah kerajaan negeri, dan empat orang calon Sekolah Integriti.

Calon-calon dinasihat supaya pergi ke pusat peperiksaan terdekat dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat itu jika berlaku bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh yang menyukarkan mereka sampai ke pusat peperiksaan yang sepatutnya.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini berkata bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh peperiksaan itu, operasi Bilik Gerakan MPM beroperasi bermula 7.30 pagi hingga 6.00 petang dan boleh dihubungi di talian 03-61302666/03-61369663/03-61302664/03-61302646.

Sementara itu, MPM turut mengingatkan calon supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) sepanjang peperiksaan di samping menyemak nama pusat peperiksaan.

Calon-calon boleh melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my untuk mencetak butiran pendaftaran mereka. - BERNAMA

Saham syraikat anak Najib menjunam 30 peratus

Posted: 15 Nov 2011 07:50 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Harga saham Harvest Court Industries Bhd menjunam hampir 30 peratus pada jam pertama dagangan pagi ini, selepas Bursa Malaysia, semalam meletakkannya sebagai 'sekuriti bertanda'.

Ini di sebalik seorang pemegang sahamnya, iaitu anak kedua Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib menafikan bahawa syarikat itu mendapat layanan istimewa daripada kerajaan.

Saham dan waran syarikat itu diniagakan pada RM1.50 dan RM1.27 masing-masing pada jam 9.50 pagi, iaitu jatuh satu pertiga harganya daripada RM2.13 dan RM1.81 yang dicatatkan semalam.

Dalam wawancara yang disiarkan di dua akhbar harian berbahasa Cina - Sin Chew Daily dan China Press - Nazifuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak terbabit dengan projek-projek syarikat itu yang bernilai RM1.2 bilion.

Projek itu diserahkan oleh Harvest Court oleh Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang mana, Nazifuddin adalah pengerusinya. Syarikat itu juga membina pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu.

MALAYSIAKINI/-

Radiasi jejas pertanian Jepun

Posted: 15 Nov 2011 07:45 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEBUAH kawasan ladang dan bangunan lengang dekat Okuma akibat pencemaran radiasi.
Pencemaran Caesium-134, 137 terlalu tinggi

TOKYO: Kawasan ladang di sebahagian tempat di Jepun tidak lagi selamat kerana tanahnya dilanda pencemaran tinggi radiasi ketika negara itu terus bergelut untuk pulih daripada bencana nuklear Fukushima.

Sepasukan penyelidik antarabangsa berkata, kadar pengeluaran makanan bermungkinan 'teruk terjejas' berikutan kadar caesium yang tinggi ditemui dalam sampel tanah di seluruh kawasan timur Fukushima timur berikutan loji nuklear yang dilanda tsunami, lebur.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Laporan Akademi Sains Kebangsaan menunjukkan aktiviti perladangan di kawasan berdekatan juga mengalami pencemaran radiasi, walaupun tahap di sana masih lagi dalam had yang dibenarkan.

"Fukushima secara keseluruhannya sudah teruk tercemar terutama di sebelah barat laut loji kuasa nuklear itu," kata penyelidik berkenaan.

Kajian itu meneliti pencemaran caesium-137 yang boleh mencemari sesuatu kawasan sekurang-kurangnya 30 tahun dan memberi kesan kepada alam sekitar selama beberapa dekad.

Had yang dibenarkan bagi kepekatan caesium dalam tanah membabitkan caesium-134 dan 137 yang biasanya dihasilkan bersama adalah 5,000 becquerel bagi setiap kilogram di Jepun.

"Wilayah sebelah timur Fukushima melebihi had ini termasuk beberapa wilayah berjiran seperti Miyagi, Tochigi dan Ibaraki yang sebahagiannya hampir kepada had tertinggi," kata kajian itu.

"Tahap pencemaran yang dipantau dan dianggarkan di sebahagian barat Jepun tidaklah terlalu serius walaupun beberapa wilayah mungkin turut terjejas," katanya.

"Pencemaran di kawasan berkenaan adalah di bawah 25 becquerel bagi setiap kilogram iaitu jauh di bawah kadar yang dianggap bahaya untuk pertanian.

"Walau bagaimanapun, kami amat mengesyorkan setiap wilayah segera mengambil sampel tanah di kawasan bandar untuk mengesahkan laporan kami."

Kajian penyelidik itu menjangka, kadar pengeluaran makanan di wilayah timur Fukushima lebih teruk jika pencemaran caesium-137 melebihi 2,500 becquerel bagi setiap kilogram.

Ada juga berkemungkinan pengeluaran hasl tani di sebahagian wilayah jiran akan terjejas termasuk Iwate, Miyagi, Yamagata, Niigata, Tochigi, Ibaraki dan Chiba kerana mungkin mencatat tahap pencemaran lebih tinggi daripada 250 becquerel sekilogram," katanya.

Kajian berkenaan diketuai Teppei Yasunari dari Persatuan Universiti Penyelidikan Angkasa dari Maryland, Amerika Syarikat.

Beliau dan anggota pasukannya menggunakan pemerhatian harian di setiap wilayah Jepun dan menggunakan model serakan zarah-simulasi komputer berdasarkan corak cuaca.

Jepun mengambil langkah berwaspada terhadap kesan radiasi sejak gempa bumi dan tusnami yang melanda timur laut negara ini pada 11 Mac, melumpuhkan loji kuasa nuklear Fukushima. – AFP

Jangan pinggir mahasiswa OKU

Posted: 15 Nov 2011 07:30 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini. 80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara

membangun.Jika 10 peratus seperti yang di laporkan oleh PBB,Malaysia mempunyai penduduk sekitar 28juta, maka jumlah OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Yakni 10% daripada anggaran penduduk OKU ( 2.8 juta ) di negara kita.

Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan dalam usaha membangunkan golongan kurang upaya di malaysia sehingga diberi pengiktiraf golongan minoriti OKU dalam bentuk jaminan hak yakni akta OKU 2008.

Akta tersebut telah dibentangkan oleh Allahyarham Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Bin Md.Salleh dan di wartakan pada 24 januari 2008. selain daripada wujudnya akta OKU 2008, kerajaan juga dilihat bersungguh dalam membantu golongan minoriti ini, yakni dengan memperkenalkan dasar 1% pengambilan golongan OKU bekerja di bidang kerajaan dan banyak usaha murni terhadap golongan kurang upaya di malaysia.

selaku Presiden kelab mahasiswa istimewa UKM, saya mengharapkan dasar-dasar yang di perkenalkan oleh pihak kerajaan ini dipatuhi semampu mungkin oleh semua pihak. Dalam akta OKU 2008, bahagian IV dinyatakan tentang jaminan PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA.

Dibawah perkara tersebut di tekankan tentang Kebolehaksesan kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam. Akses kepada kepada kemudahan pengangkutan awam. Akses kepada pendidikan. Akses kepada pekerjaan. Akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi. Akses kepada kehidupan berbudaya. Akses kepada rekreasi, santai dan sukan.

Sebelum ini, kerajaan telah menyatakan bersetuju untuk memberi bantuan tambahan iaitu bantuan yuran pengajian sebanyak 700 untuk satu semester dan wang saku sebanyak RM1800 sebulan bagi semua kategori pelajar OKU di IPT yang mengikuti pengajian peringkat Diploma ke atas secara sepenuh masa di IPT tempatan. Bantuan kewangan yang baru ini meliputi pengajian sepenuh masa dan separuh masa di IPTA dan IPTS tempatan.

Perkara ini sungguh menggembirakan kepada semua mahasiswa OKU di semua IPT. Cuma ramai yang tidak tahu bahawa bantuan tersebut adalah bersyarat yakni Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja.

Saya berpendapat, syarat tersebut tidak kena kerana kos tanggungan golongan kurang upaya untuk belajar adalah lebih tinggi berbanding mahasiswa lain. Sebagai contoh, seorang pelajar buta. Di kebanyakkan kampus di malaysia tidak banyak rujukan ilmiah di perpustakaan di terjemah kedalam tulisan braille, jadi golongan buta terpaksa mengupah individu untuk membacakan bahan rujukan tersebut.

Upah untuk membaca ( professional reader ) bagi sebuah buku adalah sekitar RM200. Dalam satu semester, purata biasanya ada dalam enam subjek maka kos untuk upah membaca sudah sekitar RM1200. Ini tidak termasuk soal peralatan golongan kurang upaya dalam mendapat kemudahan pembelajaran seperti brailler, perakam khas, software khas untuk golongan buta dan lain-lain lagi ( sepanjang pengajian ).

Ini golongan buta, bagaimana pula golongan cacat fizikal dan golongan pekak. Sudah pasti mereka ini golongan yang memerlukan bantuan persekitaran dalam proses pembelajaran di kampus Sedangkan perkara ini tidak berlaku kepada mereka yang tipikal dalam proses pembelajaran. Berbalik kepada Akta 2008, yakni akses kepada pendidikan adalah suatu jaminan kepada golongan OKU.

Oleh itu, saya berharap pihak kerajaan mempertimbangkan kembali kerelevanan syarat berkenaan diletakkan, walhal golongan OKU yang di universiti pada setiap tahun sekitar 330 hingga 450 orang setahun seperti yang dinyatakan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin selaku menteri Pengajian Tinggi malaysia dalam blognya.

Dari tahun 2006-2009, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyediakan bantuan kewangan untuk 1205 pelajar dengan purata tajaan baru sebanyak 330 pelajar setahun. Melalui perluasan ini, dijangkakan hampir 450 pelajar OKU yang baru dapat menikmati kemudahan ini pada setiap tahun.(http://khalednordin.com/?p=670 ).

Jika sejumlah 1205 yang ada di IPT setiap tahun, kerajaan hanya perlu memperuntukkan sekitar dalam 6.025 juta berbanding peruntukkan sekarang sebanyak RM 4.425 juta. Sudah pasti, jumlah itu bukan satu liabiliti kepada kerajaan. Tidak salah jika ia sebagai khidmat sosial kerajaan kepada golongan tidak tipikal yang jumlahnya kecil.

Saya kira jika perkara ini berlaku, sudah pasti ia memberi dorongan positif terhadap kemasukan pelajar OKU ke dalam universiti dan akses yang lebih baik kepada golongan minoriti ini untuk belajar di kampus. Untuk pengetahuan umum juga, soal penyediaan ameniti yang di nyatakan dalam akta OKU 2008 di peringkat kampus masih di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, saya cukup optimis pihak kerajaan dengan kebijaksanaan KPT dan pentadbiran universiti mampu menambahbaik perkara ini.

Sudah pasti dalam penambahbaikkan ini, pentadbiran Universiti memerlukan tempoh masa. Kita tidak mengharapkan semuanya disediakan dalam masa satu hari, cuma kita mengharapkan, dalam ekstensif masa penambahbaikan diberikan, supaya sedikit demi sedikit ditambah baik. Kita khuatir setiap tahun bila dirujuk tentang soal ameniti bagi OKU, pasti persoalan kewangan menjadi alasan yang kukuh untuk memanjangkan tempoh pelaksanaan tersebut.

Selain itu, saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil kira golongan OKU ini dalam budget negara. Maksudnya, soal pembangunan berterusan terhadap golongan kurang upaya ini selepas dari tempoh persekolahan. Umum sedia maklum, selepas pelajar berkeperluan khas tamat di sekolah pendidikan khas, kemanakah saluran mereka selepas itu. ini perlu difikirkan. jaminan pendidikan seperti kesepakatan dalam deklarasi salamanca, iaitu pendidikan untuk semua golongan sama ada sindrom down, autisme, selebrum palse, terencat akal, masalah pembelajaran,

lembam dan disleksia perlu diberi peluang. setahu saya, di malaysia kita menyediakan pembelajaran untuk golongan itu, tetapi belum meluas kepada peringkat pendidikan lebih tinggi ( universiti ). OKU yang berada di dalam kampus rata-rata dari golongan buta, pekak dan masalah fizikal dan amat jarang oku selain itu.

perkasakan kembali soal pendidikan vokasional terhadap golongan tersebut, contohnya seperti yang dilakukan Malaysia Associate For The Blind ( MAB ) tetapi dalam perkara ini, biarlah ia sepenuhnya dibawah seliaan pihak kerajaan bukannya pertubuhan-pertubuhan OKU kerana ia lebih kukuh tentang soal kewangan untuk menampung perjalanan operasi.

Soal yang seterusnya ialah kebolehpasaran mahasiswa OKU. Perkara ini juga perlu diambil kira dalam berhadapan dengan perangkap "kepercayaan" majikan terhadap golongan kurang upaya. Rata-rata majikan kurang yakin dengan kebolehan mahasiswa kurang upaya disebabkan halangan yang wujud pada individu OKU tersebut dan atau halangan komunikasi antara majikan dan pekerja OKU.

saya cukup yakin, ramai kalangan mahasiswa OKU yang mempunyai estem kendiri yang rendah untuk berhadapan dengan masyarakat. Dalam hal ini, bukan sekadar kerajaan sahaja perlu "menyuap" segala-galanya kepada mahasiswa OKU akan tetapi mahasiswa OKU sendiri juga perlu perkasakan soal nilai tambah dan mempromosikan kebolehan yang ada pada diri supaya golongan mahasiswa OKU juga boleh berada setaraf dengan golongan tipikal lain.

Saya mewakili mahasiswa kurang upaya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak terutama kepada kerajaan, pentadbiran universiti dan masyarakat sekeliling TERHADAP perhatian dan membantu memberi sokongan kepada golongan kurang upaya dalam memberi akses kemudahan khususnya yang berada di dalam kampus. Kita bukan golongan yang meminta-minta simpati, tetapi kita mahu bersifat assertif untuk kami hidup berdikari.

HARAKAHDAILY/-

Mahathir tak layak bercakap pasal bersatu

Posted: 15 Nov 2011 07:27 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada.

Masa itu Parti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini.

Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46.

Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia dibenarkan oleh demokrasi.

Dr. Mahathir mengulang lagi, sekarang orang Melayu bukan sekadar berpecah antara PAS dengan UMNO, malah ada pula KITA dan lain-lain.

Dulu PAS tak berkawan dengan DAP. Hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi UMNO kata ia bimbang. Sekang mungkin bimbangnya bertambah kerana PAS berkawan pula dengan DAP. Tetapi asas bimbang itu sama dulu dan sekarang.

Masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, perpecahan orang Melayu bukan sekadar antara PAS dan UMNO. Melayu juga berpecah kepada Semangat 46, Berjasa yang ditaja oleh UMNO dan Hamim pimpinan Tan Sri Asri yang direstui oleh Dr. Mahathir.

Sama saja dengan sekarang ada KITA dan PKR. Tetapi adanya KITA itu samalah dengan adanya S46, Berjasa dan Hamim dulu. Adanya sekejap saja dan adanya seperti tak ada saja.

Beza sekarang ada PKR yang kedudukannya lebih kuat dari S46.

Katakanlah keadaan itu tidak baik pada orang Melayu, maka ia banyak disebabkan oleh politik Dr. Mahathir sendiri.

Apa untungnya PAS berada dalam BN? Perpecahan Melayu itu dapat diredakan, malah ia seperti hampir bersatu. Tetapi yang memecahkannya ialah Dr. Mahathir sendiri. Berseteru semula PAS dengan UMNO. Angkara siapa? Jika tidak baik, Dr. Mahathirlah yang menjadikan begiu.

Kemudian berpecah pula orang Melayu kepada Berjasa dan Hamim. Siapakah yang mendorongkan wujudnya parti itu? Jangan kata Dr. Mahathir tidak ada peranan.

Kemudian tinggal PAS dengan UMNO semula kerana Berjasa dan Hamim ada seperti tidak. Tetapi gara-gara politik Dr. Mahathir memecah belahkan UMNO, muncul pula S46. Orang Melayu terbagi tiga pula. Dari dua jadi tiga. Jangan kata ia bukan angkara Dr. Mahathir!

Selepas S46 hilang stamina Melayu kembali berpecah kepada dua semula. Tetapi Dr. Mahathir berkarinah lagi. Ditendangnya pula Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Ia menyumbang kepada keadaan yang ada sekarang. Anwar dan penyokong-penyokongnya dalam UMNO membentuk PKR. Apakah keadaan yang ada ini suatu yang tidak baik bagi orang Melayu?

Kalau ia satu malapetaka kepada bangsa Melayu, maka antara orang yang menjadikannya begitu ialah Dr. Mahathir. Punca besar perpecahan itu dalam setiap kejadian adalah dari Dr. Mahathir. Jika dia tidak tendang PAS dari BN, mungkin BN itu boleh menjelma mejadi sebuah parti dominan orang Melayu.

Tetapi kerana politik gilanya memperbodohkan Tun Hussein Onn, orang tua terpengaruh lalu menendang PAS. Dato Asri, Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz tidak boleh disalahkan. Mahathir mesti belajar menyalahkan dirinya sendiri.

Kalau dia marah orang Melyu jadi begitu, dia kena marah dirinya dulu. Kalau dia menangis, itulah tagis buaya. Tangis yang sudah tidak ada erti.

Katakanlah orang Melayu betul berpecah. Yang melebar dan memperkuat perpecahan itu ialah diskriminasi kerajaan UMNO terhadap orang PAS dan anak-anaknya. Orang Islam dan orang PAS yang tidak bersama UMNO dilihat sebagai orang Melayu kelas tiga.

Orang Melayu kelas satu ialah UMNO yang menyokong Perdana Menteri. Melayu kelas dua yang tidak menyokong Perdana Menteri dan Presiden UMNO. PAS adalah Melayu kelas tiga.

Amalan diskriminasi UMNO itu lebih memecahkan orang Melayu dibandingkan dengan kewujudan beberapa parti Melayu.

22 tahun dia berkuasa dia tidak dapat buat apa-apa untuk menyatukan orang Melayu. Sepanjang masa dia memecahkan orang Melayu. Yang layak baginya bukan menyesali perpecahan itu tetapi menyesali dirinya tidak buat apa-apa untuk menyatukan orang lain.

HARAKAHDAILY/-

Pemuda Pas tetap adakan Bersih 3.0 jika...

Posted: 15 Nov 2011 07:19 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Pemuda Pas bertegas akan mengadakan himpunan Bersih 3.0, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membu­bar­­kan Parlimen sebelum Ja­wa­tan­kuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) sem­pat menambahbaik pilihan raya umum.

Ketua Penerangannya, Riduan Mo­hd Noor berkata, Najib perlu me­nyatakan pendirian rasmi sama ada mahu membubarkan Parlimen tanpa menunggu PSC atau bergantung kepada hasil resolusi PSC.

Menurutnya, pendirian rasmi Najib penting, supaya rakyat boleh mengukur keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung dalam keadaan bersih dan adil.

"Jika beliau (Najib) sentiasa menafikan atau berdiam diri seperti sekarang, rakyat akan menganggap pentadbiran beliau lemah, malah jauh lebih teruk daripada pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

"Jika Najib membubarkan Par­limen sebelum tempoh PSC sempat menjalankan tugasnya, jelaslah beliau hanya beretorik dan tidak beradab kerana tidak menghormati Parlimen dan penubuhan PSC dilihat sekadar kosmetik bagi mengaburi mata rakyat," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Selain itu, Riduan berkata, jika Najib bertindak demikian, rakyat akan hanya menganggap PSC sebagai tempat 'melepas batuk di tangga' bagi mengelak lebih banyak sera­ngan dihalakan kepada beliau.

Menurutnya, rakyat tidak sanggup menghadapi PRU13 dalam suasana penuh penipuan, penyelewe­ngan dan penyalahgunaan kuasa.

Oleh itu, Pemuda Pas mencabar Najib untuk mengumumkan segera tarikh PRU13 bagi mengetahui sama ada PSC sempat menghabiskan tugasannya atau tidak.

"Jika tidak, sia-sia semua pihak memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan kepada PSC dengan niat agar PRU13 nanti benar-benar suatu pembaharuan.

"Jika pembaharuan dalam pilihan raya tidak dibuat sebelum PRU13, kami akan menggerakkan himpunan Bersih 3.0, yang pastinya lebih besar dengan penglibatan parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh politik dan negarawan yang cintakan keadil­an," katanya.

SINAR HARIAN/-

Rahsia ibu terbongkar

Posted: 15 Nov 2011 07:15 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LEDANG: Selepas seminggu menutup perbuatannya, rahsia gadis berusia 20 tahun terbongkar apabila polis menahannya kerana membuang bayi yang baru dilahirkan di dalam parit kebun sawit Kampung Melayu Raja dekat Sagil di sini, Khamis lalu.

Penemuan bayi perempuan yang masih sihat dalam keadaan bogel kira-kira jam 9 pagi pada 5 November lalu, menggemparkan penduduk di kawasan itu yang membantu polis menjejaki dalang kejadian itu.

Hasil maklumat penduduk, polis menjejaki gadis berkenaan yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan bayi terbabit, kira-kira jam 4.30 petang, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak, berkata sejurus ditahan, gadis terbabit dirujuk untuk rawatan susulan dengan Hospital Tangkak.

"Rumah gadis itu yang tinggal bersama keluarganya terletak kira-kira 500 meter dari lokasi bayi ditemui. Siasatan awal, mendapati gadis terbabit melahirkan bayi perempuan itu sendirian kira-kira jam 6 petang pada 4 November lalu dalam kebun sawit berkenaan.

"Bayi itu kemudian dibuangnya dalam parit kebun sawit berkenaan sejurus dilahirkan, sebelum ditemui seorang penoreh getah keesokan paginya. Bayi yang ditinggalkan ditemui dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan.

"Nasib baik, sepanjang tempoh dibuang dalam parit itu, bayi berkenaan tidak menjadi mangsa dibaham ular sawa atau anjing liar yang biasanya berkeliaran sekitar kebun sawit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Ledang, di perkarangan Balai Polis Bukit Kepong, dekat Pagoh di sini.

Muhammad Salleh berkata, gadis itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Dia dibebaskan dengan jaminan kerana memerlukan rawatan susulan di Hospital Tangkak. Polis sedang melengkapkan siasatan kes ini, termasuk mengenal pasti teman lelaki gadis berkenaan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan termasuk pendakwaan di mahkamah," katanya.

BERITA HARIAN/-

Penduduk di pinggir sungai tiada air bersih

Posted: 15 Nov 2011 07:00 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BERA, 16 Nov: Bunyinya ganjil apabila tinggal di pinggir Sungai Pahang yang mewah dengan sumber air tetapi masalah bekalan air bersih sudah tiga tahun tidak pernah selesai.

Demikianlah nasib yang dideritai kira-kira 150 orang penduduk di 27 buah rumah di Taman Tualang, Mengkarak Stesen di sini sejak tiga tahun lalu.

Menurut maklumat penduduk yang ditemui akibat kesilapan kontraktror, air daripada saluran paip utama tidak naik ke tangki berkapasiti 30,500 gelen yang didirikan manakala sebuah tangki lagi yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) berkapasiti 14,000 gelen, juga gagal berfungsi.

Penduduk telah memanjangkan permasalahan mereka kepada pihak JBA Bera tetapi tidak ada usaha pembaikan dilakukan kecuali menghantar lori untuk mengisi air ke dalam tangki gantian namun tidakan itu tidak dapat menyelesaikan masalah penduduk.

Menurut seorang penduduk, Muhammad Nan, 48, sejak menduduki rumah mereka tiga tahun lalu, masalah air menjadi sangat menakutkan terutama menjelang hari perayaan atau kenduri.

"Jangan kata nak ajak saudara mara datang berkunjung, air untuk kegunaan anak beranak untuk makan minum, mandi dan membasuh pun pun tak pernah cukup. Ini disebabkan tiada bekalan air paip, yang ada angin saja yang keluar.

"Apabila perkara ini diadukan kepada pihak Jabatan Bekalan Air (JBA), ada air bersih yang dihantar lori tangki hanya dua trip dalam tempoh antara tiga ke empat hari... mana cukup dalam masa sekejap dah kering semula," keluhnya.

Muhammad berkata, keadaan ini memaksa penduduk managih simpati daripada penghuni perumahan berhampiran untuk mendapatkan air bersih dan memunggahnya dengan motosikal.

Seorang penduduk lagi, Nan Tong San, 52, berkata penduduk akan menjadi resah dan susah hati bila tiba hari kebesaran seperti Tahun Baru Cina , hari raya dan kenduri perkahwinan yang memaksa keluarga dan sanak saudara pulang.

"Sekarang ini Tahun Baru Cina dah dekat. Sebab itu penduduk amat berharap agar pihak yang berwajib terutama JBA Bera atau pemaju dapat menyelesaikan dengan segera masalah dihadapi penduduk yang semakin hari semakin meruncing ini," katanya.

Menurut Tong San, penduduk pada masa ini secara purata terpaksa menjelaskan bil RM20 sebulan bukan untuk bayar air tetapi bayar angin sahaja.

Penduduk Tan Yeow Siong, 53, (gambar) pula hairan bagaimana pihak berkuasa boleh luluskan projek perumahan tersebut kerana baginya pemaju atau kontraktornya tidak mengikut spesifikasi projek sebenar menyebabkan berlaku kesusahan kepada pembeli.

Beliau turut kesal dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Guai yang dakwanya langsung tidak cuba menyelesaikan keperitan yang dialami rakyat di situ.

Sementara itu Pengarah PAS Dun Guai, Musaniff Abdul Rahman, yang turut melawat kawasan berkenaan menggesa pihak JBA, pemaju dan Majlis Daerah Bera bertindak segera menyelesaikan masalah dihadapi 27 keluarga itu.

Beliau yang juga seorang jurutera, berkata saiz paip yang disediakan kontraktor tidak sesuai iaitu lebih kecil daripada batang paip yang mendatang sehingga menyebabkan air tidak mampu masuk ke tangki utama.

"Saya cadangkan ditambah pam lain untuk sedut air naik dari taman perumahan berdekatan sedangkan pada masa ini air disedut dari Taman Tong Ah yang jauh dan rendah pula. Pilihan kedua ialah bekalan air disedut daripada saluran paip utama berhampiran jalan raya," katanya.

HARAKAHDAILY/-

Arroyo rancang untuk tinggalkan Filipina

Posted: 15 Nov 2011 06:00 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Gloria Arroyo akan membuat satu lagi percubaan untuk meninggalkan negara itu hari ini, sehari selepas kerajaan mengeluarkan perintah mahkamah dan menyekat usaha pertama beliau baru-baru ini, kata pembantu bekas pemimpin itu.

Arroyo, 64, berkata beliau amat memerlukan rawatan perubatan di luar negara bagi mengubati penyakit tulang belakangnya, tetapi pentadbiran Presiden Benigno Aquino enggan membenarkan Arroyo meninggalkan negara itu kerana bimbang beliau akan memohon untuk mengelak daripada siasatan kes rasuahnya.

Arroyo, memakai pendakap leher dan berkerusi roda, tiba di Lapangan Terbang Manila dengan menaiki ambulans lewat petang semalam untuk terbang ke Singapura, beberapa jam selepas Mahkamah Agung memerintahkan kerajaan tidak boleh menghalang Arroyo untuk ke luar negara. - AFP

PAS Sabah anjur Wacana Rakyat 19 Nov

Posted: 15 Nov 2011 05:40 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA KINABALU, 16 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) akan menganjurkan satu wacana berkonsep perundangan bagi mengetengahkan isu berkaitan perundangan Sabah dan Persekutuan.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata wacana tersebut yang julung kali diadakan ini bakal menyaksikan tumpuan ramai terutama rakyat Sabah dalam mengetahui perkara berbangkit sama ada berkaitan perkara 20 mahupun institusi perlembagaan negara.

Menurutnya, wacana bertajuk "Perkara 20 dan Perlembagaan Malaysia" tersebut akan diadakan pada 19 November di Likas Square, Kota Kinabalu ini bakal menyaksikan penglibatan aktif Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang juga merupakan Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ujarnya, penyertaan tersebut terbuka kepada semua warga dengan bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM10 setiap seorang.

Katanya, pengetahuan rakyat umum kepada aspek berkaitan perlembagaan dan enakmen negeri Sabah adalah perlu bagi memastikan setiap warga Sabah mengetahui hak dan kebajikan yang perlu dipertahankan.

"Sudah sampai masanya rakyat Sabah memahami dengan jelas apa sebenarnya perkara 20 dan apakah disebalik pembentukkan perkara berkenaan.

"Kita ingin mengajak rakyat bagi sama-sama untuk 'celik' undang-undang terutama berkait dengan negeri Sabah ini," katanya semasa di temui di pejabat Pemuda PAS di sini.

Menurut Lahirul lagi, perkembangan positif untuk rakyat mengetahui mengenai perkaitan undang-undang juga mesti dipupuk dan disemai memandangkan peredaran perubahan zaman telah berlaku.

"Sudah 54 tahun negara ini mencapai kemerdekaan. Sudah banyak revolusi sistem, baik pendidikan, ekonomi, budaya dan sebagainya. Hari ini, kita ingin turut sama melihat rakyat sama-sama boleh bercakap mengenai undang-undang dan hak.

"Kita sudah tidak boleh untuk duduk sekadar hanya menerima sahaja. Rakyat boleh menyuarakan pandangan dan perbezaan pandangan bakal dilihat sebagai satu persaingan dan perkembangan positif," ujarnya.

Beliau turut mengajak rakyat seluruhnya untuk turut sama menjayakan program tersebut.

Hal ini katanya, peluang berbicara mengenainya tidak banyak yang menganjurkan, dan PAS merupakan agen utama membawa masyarakat ke arah perubahan.

"Pihak pemuda PAS mengajak seluruh rakyat yang berkelapangan untuk sama-sama mengikuti program ini," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti wacana berkenaan, bolehlah merujuk terus kepada Salman Muhammad Amin di talian 019-8963075 atau 088-430832.

HARAKAHDAILY/-

Penduduk runtuhkan tembok

Posted: 15 Nov 2011 05:30 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BANGKOK - Penduduk di kawasan banjir Bangkok mengadakan bantahan, kelmarin, dengan meruntuhkan tembok banjir diperbuat daripada beg pasir bagi menunjukkan kekecewaan mereka kerana sebahagian kawasan di ibu negara Thailand itu teruk ditenggelami air bagi memastikan pusat bandaraya kekal kering.

Hampir 70 orang berkumpul di wilayah Don Mueang bagi memastikan pihak berkuasa tidak memperbaiki semula tembok yang diruntuhkan orang ramai bagi membolehkan air dari kawasan teruk terjejas mengalir keluar.

Tembok sepanjang 15 kilometer itu menjadi sistem penghalang banjir utama agar air banjir dari utara negara itu tidak menenggelami kawasan pusat bandar Bangkok.

Banjir terburuk dalam tempoh separuh abad di Thailand tercetus akibat hujan lebat luar biasa sejak beberapa bulan lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 562 penduduk terbunuh dan jutaan kediaman musnah.

Selepas beberapa minggu tenggelam, banjir di Bangkok mula surut tetapi kemarahan penduduk bertambah kerana rumah mereka terpaksa dikorbankan bagi menyelamatkan pusat pelancongan dan komersial Bangkok.

Di barat Bangkok, kira-kira 200 orang menghalang lebuh raya yang menghubungkan ibu kota ke selatan Thailand bagi menuntut pam air tambahan untuk membantu pengaliran keluar air yang menenggelamkan kawasan kediaman mereka.

Kemarahan penduduk memaksa Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra merayu rakyat negara itu bersabar dan bersatu menerusi laman sosial Facebook beliau, kelmarin.

"Penduduk yang berhadapan banjir diharap bersabar dan dapat bersatu menghadapi krisis ini. Kerajaan akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," katanya.

Yingluck yang baru sahaja menerajui Thailand tiga bulan lalu berhadapan kritikan mengenai cara beliau mengendalikan bencana di negara itu.

SINAR HARIAN/-

PAS Sabah tuntut aktivis Islam dibebaskan

Posted: 15 Nov 2011 05:15 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Nov: PAS Sabah menuntut supaya semua tahanan aktivis Islam di Tawau dibebaskan serta merta tanpa syarat.

Pesuruhjayanya, Mohd Aminuddin Aling berkata, masyarakat seluruh Tawau gempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di daerah itu pada hari Isnin, 14 November lepas.

"PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar.

Meenurutnya, keluarga atau waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA).

Katanya, penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak terlalu tragis.

Beliau menambah, situasi itu dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.

"Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA.

"Di manakah kesungguhan Perdana Menteri?

"Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA?" tanya beliau

Kini, katanya ISA yang 'draconian' (mengerikan) itu menjelma kembali.

Menurutnya lagi, antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau.

"Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap 'bengis' kerajaan Umno BN terhadap kerja-kerja Islam?" soalnya lagi.

Menurutnya, masyarakat yang sakit moral kini sangat memerlukan pendakwah, jadi kenapa mereka ditangkap.

Anehnya, kata beliau pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa tanpa tindakan yang proaktif.

"PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan anak-anak mereka," ujarnya.

HARAKAHDAILY/-

Standard users: Hentikan jualan sos cili 1Malaysia

Posted: 15 Nov 2011 04:45 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.

malaysiakini/-

P Pinang tambah pusat hemodialisis

Posted: 15 Nov 2011 04:30 PM PST

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 16 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membina dua buah pusat hemodialisis untuk rakyat yang menghidapi sakit buat pinggang dengan hanya RM30 sekali berurusan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Baginya, pusat tersebut amat perlu bagi rakyat miskin kerana kos rawatan yang dikenakan sebelum itu mahal sama dari hospital atau swasta.

"Untuk meringankan bebanan rakyat kerajaan negeri telah dan akan membina pusat berkenaan, satu di sebelah pulau dan satu lagi di Seberang Perai.

"Itu semua untuk rakyat sejajar dengan slogan 'kerajaan berjiwa rakyat'," tegasnya ketika berucap di majlis penyerahan pakaian sekolah kepada keluarga daif di Pusat Banjir Pengkalan Bongor dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga semalam.

Katanya, di sebelah pulau telah wujudkanya di Kompeks Pasar Balik Pulau dan satu lagi kemungkinan di Seberang Perai Tengah di mana lokasi paling tengah antara Seberang Perai Utara dan Selatan.

"Selepas ini masyarakat yang menghidapi kencing manis atau sakit buah pinggang sehingga memerlukan hemodialisis boleh daftarkan nama di tempat berkenaan," katanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat katanya, tetap mengutamakan rakyat tidak sebagaimana Barisan Nasional (BN) yang hanya pandai mengalunkanya di bibir padahal dalam masa yang sama menekan rakyat dari belakang.

"Kerajaan BN bijak ketika berjanji tetapi malas untuk melaksananya. Maka, jangan harap lagi pada BN kerana setiap slogan yang dicipta semata-mata mengabui mata rakyat sahaja," jelasnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau.

harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang