Rabu, 16 November 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KEMBALIKAN CIKGU MAAROF KE SEKOLAH ASAL...!

Posted: 16 Nov 2011 02:15 AM PST


KUALA LUMPUR, 16 Nov: Kementerian Pelajaran didesak supaya mengambil langkah wajar dengan mengembalikan semula Cikgu Maarof Muttalib ke sekolah asalnya yang terletak di kawasan Dun Tenang di Johor.

Desakan itu dibuat atas alasan dakwaan arahan pertukaran Maarof dari sekolah asalnya ke sebuah sekolah kerajaan di Tanjung Pengelih tidak sah, malah penuh kekeliruan dan tanda tanya dari pelbagai pihak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, arahan pertukaran ke atas Maarof dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab pada bulan Jun tahun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun Cikgu Maarof dikatakan didapati bersalah setelah Jawatankuasa Tata Tertib mengadakan mesyuarat pada bulan September tahun lalu.

Katanya, dengan itu, arahan tersebut ternyata penuh dengan kekeliruan dan tanda tanya kerana ia dibuat sebelum Maarof disahkan bersalah oleh jawatankuasa itu.

"Ternyata arahan pertukaran itu tidak sah. Jadi kita minta supaya pihak Kementerian Pelajaran mengembalikan semula Maarof Muttalib ke sekolah asalnya di Tenang," katanya ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Arahan pertukaran ke atas Maarof, menurut beliau, berlaku apabila isterinya (Normala Sudirman) terlibat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang mewakili PAS tahun lalu.

Katanya, arahan tersebut ternyata amat merumitkan Maarof memandangkan jarak sekolah asalnya di Tenang ke sekolah barunya di Tanjung Pengelih agak jauh sehingga sekitar 250 kilometer.

"Manakala isteri dan keluarganya tinggal di Tenang," kata mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak.

Disebabkan keadaan itu, beliau yakin arahan pertukaran tersebut mempumyai motif tertentu, memandangkan ia dibuat setelah isterinya terbabit dalam pilihanraya," katanya.

Andaian tersebut, tegasnya, diperkuatkan dengan tarikh arahan pertukaran itu dikeluarkan yang jauh mendahului rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tata Tertib terbabit.

"Maarof Muttalib diarah tukar bulan Jun, tapi Jawatankuasa Tata Tertib baru bermesyuarat bulan September. Bersalah atau tidaknya Maarof perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib, tetapi kenapa Maarof dah ditukarkan sebelum Jawatankuasa Tata Tertib mengesahkannya bersalah?" tegasnya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang