Rabu, 16 November 2011

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Berita Mengenai Pembinaan Surau Al-Amin

Posted: 15 Nov 2011 11:41 PM PST



YB Teo Nie Ching selaku Ahli Parlimen Serdang  telah disambut baik oleh penduduk-penduduk dan ahli-ahli jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Amin semasa lawatan beliau  yang diadakan pada 13hb November, 2011, iaitu Ahad yang lalu.

Menurut Ustaz Haji Zainudin yang selaku pengerusi AJK Pembinaan Surau tersebut, Surau Al-Amin yang bertempat di Taman Cheras Prima masih dalam pembinaan buat masa ini, dan ia amat memerlukan dana bantuan kewangan bagi merealisasikan hasrat jemaah surau membina sebuah surau baru yang lebih selesa untuk kepentingan umat islam di Taman Cheras Prima itu.

YB Teo Nie Ching menghulurkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada surau tersebut selepas mengetahui keadaan yang dialami oleh Surau Al-Amin.

Jumlah kos pembinaan untuk Surau Al-Amin adalah sebanyak RM400,000, manakala pada setakat ini derma yang dikutip adalah sebanyak RM127,000 sahaja, maksudnya  derma sebanyak RM273,000 masih diperlukan.

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang